Saturday, January 22, 2011

Please Don't Go-Bab 13

‘Nak naik  ke tak?nak naik ke tak.Adoi boleh pening aku kalau gini caranya.’Ilya bermonolog sendiri.

Kini dia sudah berdiri di anak tangga pertama.Berdiri tegak ala-ala askar yang sedang menunggu untuk menyanyikan lagu Negaraku.

‘Negaraku.Tanah tumpahnya darahku.rakyat hidup….’

Tetiba saja dia menyanyikan lagu kebangsaan itu dalam hati.Pantas jari jemarinya menampar perlahan pipi sendiri.

‘Waktu gawat macam nie pun aku boleh nyanyi lagu Negaraku?’

Afzan yang terlihat gelagat Ilya dari pintu dapur memandang pelik.

“Kenapa Ilya?”soalnya tanpa sebarang mukhadimah terlebih dahulu.
Ilya yang terkejut segera mengurut dada.

‘Aishh..boleh mati aku kalau selalu macam nie.Sudah la penat melayan perangai pelanggan aku yang kat atas tu.’

“Sorry sorry.”Pintanya seraya mendekati Ilya.

“Owh tak apa,tak apa.”ujar Ilya tersengih.

“Afzan pergilah buat kerja kat dapur tu.Ilya nak gi jenguk Tengku Izzul kat atas.”Ujar Ilya pantas bergerak memanjat tangga.Terus hilang sifat ragu-ragunya untuk ke atas tadi.
Lagak Ilya tak ubah seperti menyuruh orang gaji masak makan malam sementara dia pergi melihat suami tercinta yang berada di bilik mereka.
Haahahah..memang lucu.

Afzan masih di tempatnya.’Owh kereta tadi tu kereta anak Puan Sharifah rupanya.

********

Dari jauh Ilya sudah perasan sepasang mata ibarat pedang yang sedang menghunus tajam ke arahnya.

‘alamak aii,dia tak suka ke?’

Namun di biarkan saja pandangan itu.Berlagak ala-ala pandangan timpul saja yang diberikan lelaki itu.

“Hai Tengku.Macamana ok ke bilik nie?”Tanyanya dengan lagak terlebih tenang.

Dalam hati dah macam mercun raya cina saja.

Izzul yang tadi ingin menyuara ketidakpuasan hati tentang warna dinding biliknya,terbantut.

‘Tengku?Hurm..Dari planet mana la si Ilya comel nie turun.’

Ilya garu kepala yang bertudung.

‘Salah ke aku cakap?Ok apa aku tanya pasal bilik nie.Bukannya aku tanya dia dah ada makwe ke belum?Kalau ada melepas la saya….Isk apa aku merepek nie.’

Ilya berpura-pura tenang.Naik kebas segala muscle kat muka bila di tenung sebegitu rupa.

‘Aii cik abang nie nak kena blender mata nie…ke…dia tak suka aku panggil tengku?Tapi aku rasa ok jer.Bukan ke orang yang berketurunan tinggi nie suka orang panggil nama pangkal diorang.Tengku la,syed la,megat la…’

Izzul berdehem perlahan.Hampir terangkat Ilya dek terkejut.

‘Ya Allah ya tuhanku panjangkanlah umurku.’Ilya berdoa dalam hati.
Takut juga kalau dalam sijil matinya menyatakan dia mati terkejut sebab dikejutkan dengan lelaki kat Malaysia.Isk merepek betul gadis ini.

Dihadapannya Izzul sudah menahan senyum melihat reaksi Ilya.

“Awak nak mata saya juling ke?”tanyanya terus ke Ilya.Kembali berwajah serius.Serius-serius pun kacak.Heheh

“Alah,juling jer bukan buta.”Ilya menekup mulutnya.

Wah,tak sangka dia boleh jawab begitu dengan pelanggannya.Dia lihat Izzul dah membulatkan matanya.’Heheh..comel.’

“Err bukan semua benda negative tu akan jadi negative sentiasa,Tengku.”

Ilya sudah mula untuk member ceramahnya.Terjangkit dengan Arinalah nie.

“Contohnya warna merah dan hitam nie..”Tmbahnya sambil berjalan mendekati dinding bilik meninggalkan Izzul di muka pintu.

‘Adoi macamana aku boleh terover reaction nie..terpaksa sambunglah nie.’

“Orang mesti ingat yang warna macam nie,sakit mata la,tak de feel la.Tapi sebenarnya warna macam nie la menaikkan semangat,membuatkan orang lebih aktif,megah dan elegan.”Ilya mengakhirkan ceramahnya.

Dia masih memandang dinding,mahu menoleh ke belakang,dia takut.Takut dengan reaksi muka lelaki itu.
Izzul hanya tersenyum.

“Well..ermm not bad.”

Perlahan-lahan Ilya toleh juga mukanya menghadap lelaki berkemeja jalur hitam itu.

‘Apa yang not badny?’

“Tapi saya rasa panas pulak kat dalam bilik nie.”ujarnya tiba-tiba.

“Effect dari warna merah kot.”balas Ilya pula.

“Ehhh..jangan!!!!!!”Ilya menjerit kuat hasil tindakan spontannya bila dilihatnya lelaki itu bagaikan mahu menanggalkan baju.
Izzul pandang pelik.

“Apasal?”

“Err Tengku jangan la tanggalkan baju..err air condkan ada.”Ilya menunjukkan ke arah aircond di satu sudut bilik.

Habis saja sebaris ayat itu,Izzul ketawa kuat.

“Cik Ilyaaaa sayang..saya nak kemaskan baju jer.Bukan nak tanggalkan baju.”terangnya seraya berlalu ke tingkat bawah kembali.Ketawa masih lagi bersisa di bibir lelaki kacak itu.
Muka Ilya dah membahang merah menahan marah.

'Sayang?'

“Isk kenapa la mulut nie asyik nak memalukan aku jer?”

p/s:selamat mmbaca n komen ye...
sorry ye n3 nie simple jer..hehhe..idea kureng

13 comments:

  1. Hadoi! haha... gler la... takkanlah si Izzul tu nak bukak baju. Ilya ni pun.. haha..

    lawak sungguh. lagi²...

    ReplyDelete
  2. @.:kiwi:. haha..tau xpe..apelah si Ilya ni jd mcm 2..nervos kot..haha

    ReplyDelete
  3. semangat patriotik betul Ilya 2...haha

    Izzul...apakes ni...dah pandai nak sakat anak dara orang? Hoho...
    Dia ingat tunjuk body ketul2 dia Ilya akan tertawan??

    Haha...Kau senyum pun Ilya dah CAIR...kau pecat baju...haih...melayang la Ilya 2...

    Sambung lagi Mira!Thumbs up!

    ReplyDelete
  4. @shamien haha..slamat izzul x bkk bju betul kan...

    ReplyDelete
  5. hehe.. mra bc pn sengih2.. comel2!! XD

    ReplyDelete
  6. Haha..ingat Tengku Izzul nak buat apalah td.Haha

    ReplyDelete