“Hai Lia.”terbantut suapanku.
Pantas aku alih mukaku kearah si pemanggil.Imran jalan bersahaja menuju ke arah meja yang aku dan Maria duduki.Maria buat muka pelik.Mungkin dia pun rasa hairan bila Imran hanya memanggilku Lia.
'HelloEn Imran,panggilan manja itu hanya untuk suami I.'bebelku dalam hati.Geram dengan perangai lelaki ini.
“Eh Maria,awak pun makan kat sini ker?”Tanya Imran.
‘Memang sah si Imran nie buta.’
“A’ah En Imran.Saya yang besar trailer nie pun En Imran tak nampak ke?”Balas Maria lembut tapi tegas.
“Bukan tak nampak,cuma tak perasan jer.”Balasnya sambil tersengih.
‘Ayat penipu!!!!!!!!!!’
Aku jadi tak senang duduk bila Imran mengambil tempat disebelahku dan terus memesan makanan.
Rasa macam nak tendang saja kerusi dia jauh-jauh.
Bertambah perasaan jelek aku dengan perangai si Imran yang tak tahu menghormati privasi orang dan tak tahu nak minta izin.
‘Eeeeeeeiii,tak suka,tak suka,tak suka!!’
“Err..Liana,En Imran,saya nak pergi toilet kejab ya.”Ujar Maria tiba-tiba.
Aku buat muka dekat Maria.
‘Janganlah tinggalkan aku dengan si mangkuk nie Maria.’Aku keluarkan bahasa mimik muka.
Maria membalas.
‘Aku pergi kejab jer, dah tak tahan nie.’Aku terpaksa membiarkan Maria ke tandas.Kalau ikutkan hati mahu saja aku ikut bersama.
Aku senyum paksa kearah Imran.
“Sikitnya makan?”Komennya.
'Suka hati akulah,perut aku.'
“Saya memang makan sikit jer.”Balasku malas.
“Nak rasa tomyam nie?”pelawanya sambil menunjukkan semangkuk tomyan yang baru saja dihidangkan diatas meja.
Nampak macam Tomyam Seafood.
Lantas aku geleng kepala.
Tak rela tekakku menerima makanan laut.Dan lagi tak rela aku berkongsi makanan dengan Imran!
“Eh rasalah,sedap nie.”Paksanya lagi.
Disudukan tomyam itu ke dalam pingganku.
‘Adoi,tak paham bahasa pulak si Imran nie.’
“Err..tak apa tak apa.”Aku cuba menghalang,tapi tak diendahkannya.
‘Isk karang,ada jugak orang yang nak kena makan selipar saiz 10 nie!’
“Sayang.”Aku terkejut mendengar suara itu.
Imran pun sama.
“Abang.”balasku gembira.
'My hero!!!'
Aku bangun lantas menuju kearahnya.Perasan dengan pandangan Imran,lalu aku buat-buat manja disisi Fakrul sambil merangkul lengannya.
‘Huh,padan muka kau Imran.’
Dengan lagak tenang aku tarik Fakrul perlahan ke meja kami.Aku mengambil tempat duduk Maria dan Fakrul pula disebelahku.
“Abang dari hospital ke?”Fakrul mengangguk sambil mengukir senyum.
“A’ah.Abang telefon office Lia tadi,nak ajak Lia lunch dengan abang.Tapi Hidayah kata Lia keluar makan dengan Maria dekat sini.Tak sangka pulak En Imran pun ada.”
Aku hanya tersenyum.Aku tahu Fakrul bukan jenis orang yang cemburu buta.
Ada riak terkejut di muka Imran.
Mungkin dia tak sangka Fakrul juga mengenalinya.
“Maria pergi toilet.Kata kejab ker tapi sampai sekarang tak keluar-keluar toilet.”
Beritahuku lantas mata di tinjau ke arah tandas yang berada dipenjuru restoran.
"Saya Fakrul,suami Liana."Fakrul memperkenalkan dirinya sendiri sambil menghulurkan salam.
Lambat-lambat Imran menyambut huluran tangan Fakrul.
Senyuman suamiku juga dia balas dengan senyuman tak ikhlasnya.
Fakrul kembali mengfokuskan matanya kepadaku.
“Eh Lia makan seafood ke,sayang?”Soal Fakrul bila melihatkan pingganku dipenuhi udang dan sotong yang datangnya dari tomyam si Imran.
“Taklah,abangkan tahu Lia tak makan Seafood.Tadi En Imran nie yang paksa Lia makan tomyam seafood nie.”aduku terhadap Fakrul sambil menekankan ayat terakhir
.Sengaja aku memanjakan diri dengan Fakrul.
Biar Imran sedar bahawa aku sudah berpunya tak perlulah dia nak mengorat aku,banyak lagi perempuan single yang mahukan dia.Itu pun kalau ada la.
Cuma satu yang aku musykil.Kata Hidayah rakan sepejabatku,Imran tahu pasal arwah Nazrin yang seiras dengan wajahnya.Dan sejak itu aku perasan dengan tingkah Imran yang cuba mendekatiku.
“Ye ker sayang.”
“Err..saya tak tau pulak Liana tak makan seafood.”Imran akhirnya bersuara.
“Owh tak apa.”balasku acuh tak acuh.
“En Imran,saya nak makan tengahari dengan isteri saya kat meja sana bolehkan?Biar romantik sikit.”Ujar Fakrul tiba-tiba sambil menunjukkan satu meja yang agak tersorok di satu sudut.
Aku bersorak gembira.Mahu saja aku melompat tinggi.hahah
‘Nie yang buat aku sayang lebih kat Fakrul nie.’
Selepas kami menuju ke meja yang di katakan Fakrul,barulah aku ternampak kelibat Maria.
‘Apalah yang dia buat kat dalam toilet tu lama-lama.’
Aku perasan dengan jelingan Maria.
Mimik mukanya menunjukkan yang dia tak selesa ditinggalkan sendirian bersama Imran.
‘Hahah..baru dia tahu.Tadi dia sesenang jer tinggal aku.’
Telefon bimbitku bergegar menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.
‘Lia apasal kau tinggal aku.’
Aku membalas.
‘Ala kau nie bagilah chance aku nak bermesra dengan husband aku.Kau layan jer si Imran tu,diakan bos kau.Untung-untung dia belanja ker.’
Tak lama kemudian,aku lihat Imran berlalu pergi meninggalkan Maria seorang.Kasihan pua aku tengok Maria sensorang,tapi nak buat macamana aku kena pentingkan suami aku.Itulah aku suruh kahwin cepat-cepat tak nak.Tengok macam aku,sudah tiga kali aku bersanding walaupun masih muda.Sempat lagi aku memuji diri sendiri.