Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, December 18, 2010

Please,Don't Go:Bab 7


Beberapa minggu lepas  Ilya telah menghantar lakaran pelan dekorasi serta kos untuk seluruh ruang rumah ini termasuk bilik tidur kepada Puan Sharifah.Tengku Izzul bersetuju tanpa sebarang perubahan ataupun komen  yang dia lakukan.Entah dia suka atau tidak,Ilya sendiri tidak pasti.Jadi.Ilya mengambil keputusan untuk memulakan proses mendekorasi lebih awal.Lebih awal?Ilya tersenyum.Kata-kata Puan Sharifah di telefon beberapa hari lepas kembali terngiang-ngiang di cupingnya
“Ilya,kalau auntie cakap sikit Ilya jangan ambik hati ya?”
“Err..cakap apa auntie?”Ilya sudah berdebar-debar.Macam ada sesuatu yang tidak kena.
“Anak auntie kata…err… progress decoration rumah dia tu slow sangat.”Puan Sharifah tersenyum sumbing.Nampak riak mukanya yang serba-salah.”Tapi auntie tak kesah pun,asalkan rumah tu siap.”
             Ilya senyum.Sedikit terasa dengan sikap Tengku Izzul.Kenapa dia sendiri tidak bertemu muka dengannya untuk menyatakan hal-hal yang tidak memuaskan hatinya.Tidak pun,dia boleh menyuruh Ilya sendiri datang menemuinya.Guna telefon saja pun boleh.
            “Well..urmm auntie sebenarnya saya tunggu persetujuan dari anak auntie mengenai pelan dekorasi dengan kos yang saya hantar 2 minggu lepas.Tapi Tengku Izzul macam tak respond aja.Sebab saya takut kalau-kalau saya mula mendecorate dengan team saya,nanti Tengku Izzul tak suka pulak.”
“Haaa…itulah pasalnya. Auntie dah bagitau.Tapi dia kata dia busy sangat.Tak sempat nak tengok fail yang Ilya kasi tu.Tapi tak apa,nanti auntie cakap dekat dia suruh cepat-cepat bagi keputusan okay.”
“Thanks auntie. And so sorry,kalau-kalau kerja saya tak memuaskan hati anak auntie.”
“Eh jangan cakap macam tu Ilya.Anak auntie memang macam tu,dia bukan fikir dulu before cakap.”
“Tak apa auntie,saya tak ambik hati pun.”Ilya ketawa.Ternyata ketawanya itu hanya dibuat-buat.Masakan dia tidak ambil hati walaupun sedikit.Dia juga manusia yang punyai perasaan.Tapi dia terima semua itu.Salahnya juga kerana tak mendesak Tengku Izzul untuk memberi kata putus dengan kadar segera untuk memulakan tugas mendekorasi.Sedikit sebanyak dia rasa kecewa dengan Tengku Izzul kerana tak meneliti betul-betul perjanjian mereka yang diberikan menerusi Puan Sharifah sebulan yang lepas.Dalam perjanjian itu Ilya Darisya mengatakan yang bahawa proses pengubah suaian dan mendekorasi akan bermula sepenuhnya dengan persetujuan Tengku Izzul ataupun wakilnya.Kalau tidak,pasti Tengku Izzul tahu kenapa rumahnya baru siap 10 peratus saja.

*********
“Abang Sham,kejap lagi bagitau team kita yang kita semua ada short meeting ya.”
“Ehh..dah dapat ke Ilya?”
“Dah.Setelah Ilya tunggu berminggu-minggu.Punyalah mahal kata-kata persetujuan dia tu.Sampaikan penat Ilya nak dengar bos kita tu berleter sebab kerja tak settle 50% pun.”
“Biasalah tu Ilya.Customer  semuanya betul.Kita aja yang salahnya
********
“Su,Su.”Suriati yang melintas di hadapan mejanya digamit laju.”Sini jap.”
“Kenapa?”
“Kau rasa ok tak kalau aku guna warna merah,hitam dan putih untuk master bedroom nie?”Tanya Ilya seraya menunjukkan skrin laptop yang memaparkannya idea pelan lakaran untuk master bedroom.
Pelan lakaran yang sudah lengkap dengan susun atur perabot serta warna-warna yang bakal dimainkan pada ruang bilik yang menggunakan software pada laptop Ilya ditatap Suriati.
“Wow…very the pelik.”
“Isk..kau nie mana ada peliknya.Cantik apa.”
“Memanglah cantik,nampak eksklusif gitu.Tapi warna dia ermm….”Kata-kata Suriati rakan sekerjanya itu terhenti.Jemarinya mengaru-garu dagu dengan kening yang hanpir bercamtum.
“Warna dia apa?”Ilya tak sabar.
“misteri.”ujar Suriati dengan gaya ala-ala pengacara misteri nusantara.
“Misterilah best kan?”
“Oklah.Aku tengok pun macam romantic sikitlah sebab kau guna warna gelap.Tapi ok aja kalau pencahayaan dia cukup.”
“Pencahayaan master bedroom nie memang cukup and perfect.Ada balkoni.Biliknya pun luas.Itu yang aku tak takut guna warna gelap tu.
“Kalau macam tu just go on ajalah.Aku pun tak sabar nak tengok hasilnya.Ehh..dengar kata pemilik rumah banglo tu bujang lagi erk.”
“A’ah bujang lagi.”
“Mesti hensem.Dahlah kaya.”
“Kalau hensem dan kaya.Tak adalah dia membujang lagi.”
“Ehh..Ilya.Lelaki zaman sekarang mana mahu kahwin muda.Tak ada class gitu.Tengok macam suami aku.Umur 40 baru dapat anak.”
Ilya ketawa.Tak habis-habis cerita pasal suaminya itu.


 Setelah hampir 3 hari akhirnya bilik tidur utama telah siap disempurnakan.Konsep ‘white black rose’ yang diketengahkan untuk ruang beradu ini adalah hasil idea Ilya dan bantuan para pekerja.
Ilya sekali lagi meneliti kamar indah ini.Manalah tahu kalau-kalau ada yang perlu diperbaiki sebelum dia mengfokus pada ruang rumah yang lain pula.
Untuk kertas dinding yang menghiasi kamar ini Ilya senang memilih corak bunga padat ala enggeris hasil kombinasi warna merah dan putih berlatarkan warna hitam.Rasa macam pelik dan jarang dengar bukan?Tapi bila sudah siap,ia menghasilkan satu suasana yang membuatkan kita lupa dengan dunia luar seketika.
Katil kayu bertiang empat yang memaparkan rekakan klasik era vitroria,Ilya hias dengan set cadar bersama comforter berlatarkan warna putih bersih.Corak geometri yang mengabungkan  warna merah dan hitam serta kelabu  pada tengah cadar pula menampakan ia lebih maskulin sekaligus menutup sedikit ‘kelembutan’ kertas dinding yang bercorak bunga.
 Di dinding bahagian atas kepala katil,Ilya gantungkan satu bingkai ayat kursi sederhana besar.Tidak ada salah kalau kita sebagai umat islam mengantung bingkai ayat-ayat al-Quran daripada mengantung lukisan-lukisan yang entah apa-apa.Kadang-kadang maksud lukisan itu sendiri kita tak tahu.
Dikiri kanan katil pula berdiri megah lampu tidur tinggi yang bentuknya bagaikan spring memanjang ke atas.Ringkas tanpa corak dibadannya namun ia tetap menyerlah gaya moden.
Tv 29 inci, almari empat pintu dan sofa putih susu juga di muatkan dalam bilik itu.Langsir pada sliding door yang memisahkan bilik ini dari balkoni pula cukup ringkas dengan fabrik polos  warna putih .
Sentuhan terakhir Ilya pada bilik ini ialah kusyen hiasan yang dibuat sendiri untuk sofa serta katil.Cukup misteri dengan warna merah dicantikkan lagi dengan jaluran-jaluran melintang berwarna putih dan sedikit jingga di tengah fabrik kusyen tersebut.Butang senada pula dijahit di tengah kusyen.
Ilya mengaku bilik ini nampak gelap sedikit namun ia tidak menjadi masalah kerana ruang bilik itu yang agak besar malah ia di lengkapkan pula dengan balkoni indah yang memberikan pencahayaan yang cukup.Dari pemerhatiannya,Ilya berasa puas dengan dekorasi bilik tidur utama ini.Berharap benar,ia juga disukai pemiliknya
 Ilya menuruni tangga menuju ke ruang bawah.Kelihatan pekerja-pekerja sibuk mengecat dan ada juga yang masih meneliti pelan lakaran untuk hiasan rumah banglo ini.
Mulanya pening juga untuk Ilya memilih konsep yang sesuai untuk rumah ini.Tapi bila melihatkan laman yang kehijauan,Ilya membuat andaian bahawa Tengku Izzul seseorang yang amat menyukai ketenangan.Yelah siapa yang tak mahu jadi tenang.Lalu Ilya memilih konsep etnik dengan sedikit moden gayanya.Cukup kena konsep etnik itu dengan perabot  kayu yang sudah tersedia dalam rumah ini yang  kebanyakkannya berwarna coklat gelap yang memaparkan rekaan klasik.
Tatkala langkah melintasi ruang tamu matanya terperasan  satu bungkusan coklat terang yang terletak elok di atas satu almari hiasan.
‘Macam kenal aja….’

2 comments:

Unknown said...

akak!!!
huhu
sambung cepat2 tau^^
nak tau sgt2 apa yg jd sampaikan izz dan ilya ke kahwin
:D

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Bunga kristal yang ada Izzul beli tu kan? :D

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥