Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, September 27, 2010

Please,Don't Go:Prolog



“Risya jom makan.”Ajak Izzrul lembut.
Jelas sekali dia tidak menghiraukan pandangan mata Ilya yang menjelingnya tajam.Mungkin marah bila bacaannya terganggu dek suara Izzrul.

“Jomlah nanti makanan sejuk pulak.”Pujuknya lagi bila Ilya buat endah tidak endah saja.Izzrul menarik nafas dalam.Dia tahu dia perlu bersabar dengan sikap dingin isterinya itu.Sekali sekala dia takut jugak kalau-kalau kesabarannya pecah.Mana tidaknya sudah 8 bulan sejak diijab kabulkan,isterinya tak pernah sekali pun menunjukkan  tanda-tanda untuk berdamai dengannya.Kadang-kadang Dia berharap sangat agar Allah membuka hati Ilya untuk  memaafkannya.Ya dia tahu mungkin Ilya tak mampu terima hakikat itu.Tapi siapa dia untuk menghalang takdir Allah.Sebenarnya dia juga kesal dengan apa yang terjadi.Kalau boleh diputarkan masa,dia lebih rela tidak dipertemukan dengan gadis cantik ini.Bukan kerana benci.Tapi dia tidak mahu menjadi punca Ilya bersedih.Pilu hatinya bila setiap kali terdengar esakan isterinya.Dan lagi pilu bila dia dituduh Ilya sebagai penghancur hidupnya,sedangkan dia dilantik Allah untuk membahagiakan Ilya sebagai isterinya.
Izzrul mengeluh lagi.Matanya masih setia di wajah isteri tersayang.Perlahan-lahan dia turun dari katil lalu melangkah keluar dari bilik Ilya.
Ilya hanya memerhati dari ekor mata.Dia mencebik.

’Huh..nampak sangat tak ikhlas ajak makan.’Dia mengomel sendirian.Novelnya masih utuh di gengaman.
Beberapa minit kemudian terdengar pintu bilik Ilya dikuak.Ilya masih sibuk dengan novelnya.Dia tahu,itu pasti Izzrul.Siapa lagi yang ada dalam rumah bangglo ini kalau bukan mereka berdua.
Dengan berhati-hati Izzrul meletakkan dulang berisi makanan di atas katil dihadapan isterinya.Ilya mengalihkan pandangannya dengan memandang Izzrul.

“Apa nie?”tanyanya tegas.

“Nasi dengan lauk la sayang oii.”jawab Izzrul lembut.Bibirnya masih menguntum senyum.

“Saya taknak la!!!”

“Dari pagi tadi Risya tak makan .tak kan tak lapar?”

“Orang kata tak nak,tak nak la.”

“Ok kalau Risya tak nak makan nasi,nah minum susu nie.”ujar Izzrul sambil meghulurkan susu.Pantas Ilya menepis tangan Izzrul.

Pannnngg..
Ilya terpana.Matanya menyoroti gelas yang sudah berderai.Nafas Izzrul sudah turun naik.Mungkin inilah masanya.

“Risya!!kalau Risya tak nak susu tu tak boleh ke cakap elok-elok .Jangan nak naik angin tak tentu pasal,boleh!!"Izzrul mula meninggikan suara untuk pertama kalinya.Ilya tersentak.Semakin marah dengan tengkingan Izzrul .
“Izz boleh tak awak jangan nak paksa saya dan jangan pedulikan saya.Saya rimas tau tak.Rimas!!!!”balas Ilya dengan not suara yang lebih tinggi.Terasa dengan sikapIzzrul  yang mula menyinga.Izzrul mula berdiri.
“Ok fine.Kalau itu yang Risya nak,mulai hari ini kita buat hal masing-masing,dan Izz takkan pedulikan Risya lagi!Faham,TAKKAN PEDULIKAN RISYA LAGI!!!”Tegas suara Izzrul.
Mungkin kesabarannya hanya sampai disitu.Lantas dia berjalan laju menuju keluar.Pintu bilik Ilya di hempas kuat.Ilya terkesima.Pandangannya kaku di pintu biliknya.Walaupun dia amat membenci Izzrul,tetapi hatinya tetap tersentuh dengan kelakuan lelaki itu.
Didalam bilik,Izzrul tersandar lesu di kepala katil.Dia meraup muka berkali-kali.Keluh resah juga terdengar.Buat pertama kali dia merasakan hidupnya….huhhh..entahlah.Dia keliru adakah ini yang dia inginkan?


1 comment:

pipvz devil said...

wow nmpk bez cite ni..dah bce bab1 n 2..rse xsabo plak nk tnggu smbungan nyer..hrp2 jgn le lme sgt ek.. -pipvz devil-

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥