Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, January 13, 2011

Please Don't Go-Bab 11


Lagak pemanduan Ilya Darisya mengalahkan formula one saja dihari minggu ini.Bukan setakat laju,malah dia tak lupa untuk melanggar tiga lampu isyarat secara berturut-turut.Lampu isyarat kuning yang menyala dihadapannya langsung tak mematahkan semangatnya untuk terus laju.Baginya lampu isyarat kuning bukan bermaksud pandu perlahan-lahan,tetapi pecut selaju mungkin sebelum lampu bertukar merah.Kesalahan seterusnya ialah dia memotong di lorong yang terdapat double line dek rasa tidak sabarnya mengekor kereta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu.Ehh...boleh guna ke peribahasa itu untuk situasi sebegini.
Ahh..abaikan.Apa-apapun yang penting kalau ada pemeriksaan polis,rasanya dialah orang pertama yang paling banyak mendapat ‘surat cinta’.Tidak pun mungkin keretanya antara kereta paling glamour di jalan yang terdapat speed trap.
“Huh..ini semua sebab Rina.Sampai hati tak bagitau aku yang kau nak balik Kuantan sebab nak pergi picnic dekat TC ya..Jaga kau aku sampai nanti.”Sambil tangan memegang kemas stereng kereta yang dipecut dengan kelajuan yang sememangnya tak mematuhi had laju,sempat lagi Ilya Darisya mengomel geram.
Sakit hatinya belum reda apabila pagi tadi Arina memberitahunya ingin balik kampung melawat Ibu Erma.Tak dikhabar pula dia mahu berkelah bersama wanita itu di Teluk Cempedak.Niat hati menelefon Arina untuk bertanyakan sama ada gadis itu sudah sampai atau belum,terbantut dek kedengaran deruan ombak dan suasana riang yang menjadi latar.Huh,memang sah Arina sedang bersuka ria di Teluk Cempedak!
Lalu dengan tekad di dada,di harunginya terik mentari tengahari untuk sampai ke Kuantan dan singgah di Teluk Cempedak dengan perut kosong semata-mata ingin berkelah dengan orang tersayang.
Sampai sahaja di Teluk Cempedak,Ilya Darisya menarik muka masam.“Masa aku tak nak singgah dekat sini,tak adalah pulak kereta berduyun-duyun dekat tempat parking nie.Haishh..saja nak boikot aku ke?”
Matanya mengerling ke kiri kanan tempat meletak kenderaan di situ dengan mulut berleter sakan.Mencari-cari tempat kosong,namun hampa saja.Keretanya dipandu lagi ke hadapan.Berharap akan ada petak kosong untuknya memakir kereta.
Harapan Ilya Darisya bagaikan dimakbulkan bila ada kereta yang baru sahaja meninggalkan tempat letak kenderaan.Cepat-cepat Ilya memandu keretanya dan mahu memarkir disitu.Takut kalau-kalau ada orang lain yang sempat kebas tempat itu sebelumnya.
Namun entah apa silapnya bila keretanya hampir-hampir bergeser dengan kereta yang diparkir di sebelah petak kosong tadi.Berdesir juga bunyi brek yang ditekan bagi menghalang keretanya dari menyentuh kereta sebelah.
Ilya Darisya mengurut-urut dadanya sambil menghela nafas lega.“Selamat tak langgar.”Tapi malang tetap ada bila Ilya terperasankan pemilik kereta itu yang bersandar tenang di bonet kereta.Mungkin menunggu seseorang atau saja berehat disini.
‘Ehh,..macam kenal aja mamat nie.’bisiknya sambil memikirkan sesuatu.Pandangan sisi lelaki itu dipandangnya.Namun jelingan tajamnya membuatkan Ilya Darisya cepat-cepat keluar dari keretanya.Takut disalah tafsir  bahawa dia takut padahal dia belum melakukan apa-apa kesalahan.Hanya kereta yang dipakir agak senget sedikit.Huh..kesah apa dengan senget.Asalkan keretanya masih didalam kotak kuning.
Dengan gerak yang bersahaja Ilya Darisya keluar dari kereta Myvi pinknya.Ayu sahaja lagaknya.Tangannya sibuk membetulkan tudung di bahagian dada sehinggakan lelaki itu langsung tak dipandangnya.Riak wajah pula bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
'Ok steady Ilya Darisya steady,jangan gelabah.Jalan aja macam biasa.'
Nice parking.”Perli lelaki itu.Dikerlingnya kereta Ilya di sebelah yang memang nyata di parkir agak serong.Sebuah senyuman sinis dilemparkan buat gadis yang cukup dikenali walaupun namanya belum diketahui.Mulanya terkejut juga dia bila terjumpa gadis disini.Maklumlah dia pun baru kali pertama datang ke sini.Itu pun hanya  singgah sebentar selepas dia membatalkan hasratnya untuk berjumpa dengan keluarga pesakitnya,seorang gadis malang yang cukup tabah.Entah kenapa jiwanya sebagai doktor bagaikan tidak tenang sekiranya gadis  itu merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan keluarga.Bagaikan ada suara  di telinga yang menyuruhnya menyampaikan hal tersebut kepada keluarga pesakitnya.Disebabkan itulah dia berada di sini.
Namun hasratnya terpaksa dibatalkan setelah baik buruk akan perbuatannya ini di timbang berkali-kali.Takut pula dia akan mengeruhkan lagi keadaan.
Pada fikirannya kini ,lebih baik gadis itu memberitahu keluarganya sendiri.Lagipun pasti ada sebab munasabah kenapa dia berbuat begitu.
Langkah Ilya Darisya terhenti.Dia mengetap giginya kuat.Dadanya diurut lagi supaya jiwanya tenang  sebelum menoleh kearah lelaki di sebelahnya.Dengan beraninya dia meletak pandang pada wajah lelaki itu.Walaupun hatinya bengkak dengan kata-kata lelaki ini,tetapi senyuman tetap diberikan bagi membalas kata perlian tadi.Biarlah jahat lelaki ini,dibalas baik olehnya.Wahhh..baiknya gadis bernama Ilya Darisya!
Tengku Izzul terkesima.Jantungnya berdetak hebat.Cuba menyangkal perasaan hati.Tetapi dia mengaku memang senyuman gadis ini mampu membuatkan dia…..ahh entahlah.
''Terima kasih sebab 'puji' saya."Ilya Darisya membalas.Tangan kanannya menggengam  erat tali beg tangan Bonianya.Berlalu dengan pantas dan hentak kaki yang kuat.Cuba memberontak dalam diam.    
Langkah Ilya Darisya yang semakin menjauh dipandang Tengku Izzul.Tanpa sedar,senyumannya ditarik menghiasi bibir.Cermin mata hitam yang tersangkut di kolar baju dipakainya perlahan.Mungkin sekejap lagi dia ingin beredar.Tetapi hatinya bagaikan tidak merelakan matanya lari dari lenggok gadis tadi.Dia tersenyum panjang.Dua kali pertemuannya dengan gadis tadi,dan semuanya dihiasi dengan kata-kata perlian.Ahhh..memang hatinya sudah gila.
Dalam fikirannya yang masih lagi kelam kabut,Ilya Darisya menoleh ke belakang sekejap.Tindakan drastiknya itu membuatkan jantungnya tak teratur apabila dia bertemu pandang dengan lelaki tadi.Namun seketika saja apabila ingatannya mula mengenangkan sesuatu.Wajah lelaki itu yang baru bercermin mata hitam ditelitinya lama.Dia berfikir sejenak dengan jantungnya yang mulai tak keruan.Wait!That guy is...Ohh My Dior!‘Lelaki dekat Home Garden Warehouse’jeritnya hanya dalam hati.Terkejut untuk pertemuaan kali kedua,membuatkan matanya masih tak melepaskan paras rupa lelaki itu.Lelaki itu yang tetiba saja melambainya dengan senyuman,membuatkan Ilya Darisya terpana.Smart sangat,bisik hatinya lembut.Ahh sudah..Apa nak jadi nie.Dia kembali sedar.Tak manis dia menenung anak teruna orang sebegitu rupa.Ahhh...yang pastinya lelaki itu mesti perasan handsome nanti.Tapi…memang handsome pun!Ok,ok stop it,Ilya! Ilya Darisya kembali meneruskan langkahnya mencari kelibat Arina dan Ibu Erma.Cuba mengawal perasaannya yang mulai bercelaru walau dia sudah menjauh dari lelaki tadi.

***********

“Ibu,!Ilya datang nie”Dari jauh sudah terdengar suara Ilya  Darisya menjerit girang.Suasana yang agak bising memaksanya menekankan intonasi suaranya.Dari kejauhan,senyuman Ibu Erma disambutnya dengan mekar senyuamannya.Senyuman pelik Arina pula dibalas dengan jelingan.Masih geram denganArina yang tidak memberitahunya tentang perkelahan ini.Arina mencebit.Seketika kemudiannya senyumannya kembali menyakitkan hati Ilya Darisya apatah lagi Arina dengan sesedap rasanya melantak ayam KFC dihadapannya dengan lagak manja.Saja mahu menduga nafsu makan Ilya Darisyalah itu.
"Ermm sedapnya ayam goreng nie,Ilya.Sehingga menjilat tapak tangan."ujarnya penuh kenikmatan.
Ilya Darisya yang semakin b geram,segera mendekati Arina.Pantas tangannya merampas kotak ayam KFC dari Arina.Sengaja dia memberi  senyuman kemenangan.Dengan selamba dia mengigit dan mengunyah seketul ayam KFC dengan aksi mengoda.Okay sekarang mereka berdua memang layak menjadi duta KFC.Serius tak tipu.
Arina buat muka tak puas hati.Dikejarnya Ilya Darisya sesungguh hati tanpa menghiraukan penggunjung lain.Sudah tak ubah macam dalam filem Hindustan saja.
Ilya Darisya pula lari sekuat hati.Tak mahu mengalah dengan Arina.Sedikit sebanyak dia bersyuukur kerana dengan kenakalan Arina itulah dia mampu membuang ingatannya pada situasi tadi yang hampir merengut seluruh nafasnya.
Ibu Erma hanya menjadi pemerhati.Sesekali dia mengeleng-gelengkan kepalanya dengan perangai dua beradik angkat itu.Buat malu saja.Namun jauh dalam hatinya dia gembira dengan gelagat mesra Ilya Darisya dan Arina.Pasti sunyi hidup jika tiada dua gadis itu.

Dari jauh Tengku Izzul melihat aksi dua gadis itu dengan pandangan terkejut.Tak sangka tindakannya mengekori langkah gadis yang mulai menjadi pujaan hatinya itu telah menimbulkan  seribu persoalan dalam benaknya.Terfikir-fikir apakah hubungan mereka?

‘Takkan la…’





3 comments:

Bulan @ Moon said...

Haha...jumpa pun diorang balik ye :)

♥ cnf ♥ said...

bagusnye jumpe gak akhirnyeeee

amira aihara said...

hehhe..terjmpa scr xsngaja..tertaip..haha

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥