Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, February 19, 2011

Please Don't Go-Bab 20

Tiga bulan kemudian...


“Ilya…kenapa nie.”Izzul bertindak menegur Ilya yang  di duduk menyandar lemah dikerusi  di hospital tempatnya bekerja.


Tangan kiri Ilya yang berbalut dan dahinya yang bertampal membuatkan hati lelakinya risau.
Dia boleh mengagak bahawa Ilya baru terlibat dengan kemalangan.
Dia mendekati gadis itu yang kelihatan pucat.Kerusi di sebelah Ilya di dudukinya.
Pandangan Ilya yang nampak terkejut melihatnya,membuatkan dia rasa ingin ketawa.'comel...'


Mungkin Ilya tak menyangka bahawa dia seorang doktor.

“Awak doktor ke?”Ilya menyoal.


Soalan yang dirasakan bodoh baginya.Masakan jubah putih dan stetoskop yang tergantung di leher lelaki itu tidak mengambarkan pekerjaan sebenar Izzul.'Takkanlah Izzul cleaner kat sini pulak.'

“Soalan saya pun awak tak jawab lagi.Awak dah tanya soalan lain.”

Ilya menghela nafas panjang.Dia kembali menyandar di kerusi.Terasa lenguh-lenguh seluruh badannya.

“Accident.” Jawabnya ringkas.

“Cuainya awak nie.Macamana boleh accident nie?Dengan apa?”

“Accident dengan kereta sendiri.”Ilya menjawab malas.


Izzul tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.Dalam masa yang sama dia turut pelik.


"Awak langgar kereta sendiri ke?"Izzul mengusik.Ilya sudah menjengilkan mata.


'Kalau aku langgar kereta aku,tak adanya aku ada kat sini.'

“Awak berangan ke sampai accident macam nie?”Izzul bertanya kembali

Ilya sekadar senyum tawar.Hari ini dia betul-betul tiada mood.
Trauma dengan masih kekal dalam hatinya,rasa bagaikan kian membesar.


Dia takut sangat waktu kemalangan tadi.Nak berjalan pun dia tak mampu.Longlai segala ototnya.Nasib juga ada pemandu kereta lain yang datang membantu.Arina pun sama.Tapi dia tak cedera teruk.

Kenangan pahit yang meragut nyawa arwah mama dan abahnya menjelma kembali.
Sejak peristiwa itulah dia trauma dengan kemalangan jalan raya.
Tanpa sedar air matanya menitis.Terlalu cepat mama dan abahnya pergi.Tak sempat melihat dia berjaya.

“Hey kenapa nie?Sakit ye?”Izzul bertanya cemas sambil menyentuh bahu gadis itu.Ilya geleng kepala.Tangan kanannya mnyeka air mata yang turun.

“Jomlah saya hantar awak balik.Berehat kat rumah ya?”Izzul memujuk.

“Tak apalah,kitorang nak naik teksi jer.”

“Kitorang?Siapa lagi yang accident dengan awak?”

“Tu,.”Mulut Ilya dimuncungkan kearah Arina yang datang membawa dua cawan Nescafe ice.


Izzul terkejut.Arina rupanya.


Tapi Izzul hairan bila dilihatnya Arina ok saja.Tak ada pula luka seperti Ilya.Cuma dahinya saja yang nampak lebam.

Arina jalan lambat-lambat ke arah teruna dan dara dihujung sana.
Dia berdoa dalam hati agar Izzul buat-buat tak mengenalinya.

“Dia yang drive ke?”tanya Izzul untuk kepastian.


Ilya hanya mengangguk.

Izzul mengeluh.Nampaknya ada perhitungan yang perlu dibuat antara dia dan  Arina.

“Err Ilya..nah.”Ilya menyambut air huluran Arina yang sudah tercegat di hadapannya.

“Err nie mesti doctor Izzul kan?Lelaki yang selalu keluar dengan Ilya,kalau tak silap 
saya.”Pandai Arina mengeluarkan skrip lakonannya.


Dia berharap Izzul akan menyambung lakonannya juga.

“A’ah saya Izzul,tapi pelik ya,macamana cik nie tahu yang saya doctor.Ilya pun baru jer tahu.”Izzul saja mengenakan Arina.


Arina dah membeliakkan mata memandang lelaki dihadapannya itu.

“Err sebab En. Izzul pakai pakaian doctor.Haa tu la sebabnya saya tahu.”Arina berkata yakin.


'Aduh,aku pulak yang terkena.'Izzul mengeluh.

“Owh I just know that.”

“ehemmm”Ilya berdehem.


Dia pelik dengan perkataan-perkataan yang keluar dari dua bibir mereka.


Serentak itu mata Arina dan Izzul menghala kearahnya.

“Errr…saya nak balik.”

“Ok saya hantar ya?”Izzul menujukan soalan itu kepada Ilya.

“Err…”Ilya serba salah.

“Ok saya hantar.Jom!”Izzul segera memintas ayat penolakkan Ilya.


Selamat jugalah sekarang nie waktu rehat.Boleh juga dia menghantar gadis berdua ini pulang dengan selamat.

*********

“Well macamana ya cik Arina boleh accident macam nie?Cik Arina berangan ker?”Tanya Izzul terus terang.


Wajah Arina yang gelabah di pandang melalui cermin pandang belakang.'Isk doktor nie saja nak bongkarkan ransia aku ke?'

“Auwwww.Sakit la.”Jerit Izzul perlahan bila lengannya di cubit Ilya.


Ilya sudah menjeling tajam.Pada fikirannya pertanyaan Izzul itu terlalu lancang.Apatah lagi Izzul baru saja kenal Arina tak sampai setengah jam pun.

Izzul buat tak tahu dengan jelingan Ilya.Tangan kanannya menggosok bekas cubitan gadis disebelahnya itu.

“Cik Arina tak kesahkan saya tanya macam tue?”

“Owhh..tak kesah pun.”Arina ketawa buat-buat.

“Haa..see,Ilya.Arina pun tak kesah.”Izzul pandang Ilya bersama  kenyitan matanya.

“Cik Arina tak jawab lagi soalan saya.”Tanya Izzul kembali.

“Hhaha..err..saya memang tengah berangan pun waktu tu.”

“Ye ker?betul ke tengah berangan?ke cik Arina sakit kepala ke pening ker?”

Izzul senyum sinis.Arina telan liur yang terasa kesat.


Ilya pula pandang mereka berdua pelik.Macam ada sesuatu.

***********

“Lenggan awak dah ok sikit?”tanya suara disebelah sana.Ilya meneliti luka ditangannya yang sudah dibuka plasternya.

“Rasa tegang.Sakit.”Adunya manja.

“Tak apa dua tiga hari lagi ok lah tu.Dah letak ubat?”

“Dah..erm  awak,kalau saya balut balik boleh tak?”

“Ilya...kan saya dah cakap tadi kalau awak balut lagi lambat sembuh luka tu.”

“Risau la macamana kalau saya terganas waktu tidur nanti.Kalau luka balik macamana?”

“Erm..ok kalau macam tu kejab lagi saya pergi rumah awak.”

“Haa..nak buat apa datang sini?”Tanya Ilya terkejut.

“Nak jaga awak la,Nanti tak adalah awak tidur ganas-ganas sangat.”Izzul mengusik.

“Gila!”Izzul ketawa mendengar kata-kata Ilya.

“Yup... I’m crazy of you.”ucapnya penuh makna.

Ilya terdiam.Dia tak tentu arah.Alamak apa nak cakap nie?


p/s:slamt mmbce n komen tau..jgn bce jer..hehhe peace no war...

21 comments:

.:kiwi:. said...

Ish.. Arina. jgn la dgil lg... dh teruk dah tu... Izzul pksa Arina ngaku yg dia sakit... ish...

amira aihara said...

kiwi:arina nie mmg degil..dia rhsiakan sbb dia tkot org len sedih...

hakeem kira said...

heh baru singgah sini . fuyo sampai 20 bab ?

Shamien said...

lagiiiii!!!!!

amira aihara said...

hakeem:bru 2o..ingat nak wat 200..haha

shamien:tunggu....

Anor said...

sampai bila arina nk rahsiakan
penyakitnya tu...bila dh teruk
baru nk operate ke....kesian dkt
ilya dia tk tau yg arina sakit...

zura asyfar said...

adoyai arina ni..hmmm

amira aihara said...

ermm arina nie mmg nak kne..hehe

hani said...

Cepat....cepat....nak lg...!!!

fallenmoon said...

arina tu dah teruk.jgn dbiarkan..

amira aihara said...

hani:sabo ye..hehe
moon:mmg dh teruk pun dia...huhu

Along Usop said...

alahai.. lambat bace.. =(

tapi best!..

suwit nye lah si izzul tu...








macam along.. =p

amira aihara said...

along:anda memg suwittttttttttttt...hihi

Along Usop said...

ahahah.. blushing jap.. =p

amira aihara said...

hahah...ssh nk jmpa llaki blushing nie..heheh

einaa_akemi said...

jgn la matikan watak arina..tsk,tsk..sedih...

einaa_akemi said...

jgn La matikan watak arina..tsk,tsk...

Along Usop said...

ahahah.. ni dah jumpe.. takde la susah mane.. =p

amira aihara said...

eina:sorry dear..i hve too..btw dn't be sad erk..nnt lps 2 akan de konflik gempk pye antr ilya n izzul dssbkn arina

along:bertuahnya jmpa along..hahah

Along Usop said...

ayark.. dah laen macam je bunyi.. =p

amira aihara said...

haha...xde len mcm bunyinya..xdgr bunyi pun sbnrnya...hahah

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥