Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, February 24, 2011

Please Don't Go-Bab 21

“Bye ma.”Izzul berkata laju.Tangan mamanya Puan Sharifah di salam dan dikucup.

“Nak kemana?”tanya mamanya pelik.

Dari segi pemakaian Izzul yang santai dengan  t-shirt polo,seluar jean biru gelap dan tak lupa cermin mata berjenam emporio armani yang kemas tergantung di leher baju jelas menunjukkan bahawa dia bukan tengah on call.
Apatah lagi anaknya itu baru saja pulang kerumah mereka pagi tadi.Ktanya dia cuti.

“Nak beli something untuk bakal menantu mama..”jawab Izzul selamba.

Puan Sharifah sudah ternyanya.Biar betul anaknya sebut pasal bakal menantu.
Dia ingatkan anaknya itu sudah tak berperasaan terhadap perempuan sejak kehilangan kekasih hatinya dulu.

“Bye mama”Izzul melambai-lambai mamanya sambil berjalan yakin ke kereta.

“Bye mak zai.”Kini dia melambai mak zai,pembantu rumah mereka sebelum masuk ke perut kereta.
Mak Zai yang sedang menyiram pokok bunga juga ternganya dengan aksi terlebih gembira si Izzul ini.

Puan Sharifah masih termenung  memikirkan siapa gadis yang berjaya menawan hati anaknya lagi.

Dia yakin kali ini gadis itu bukan saja menawan malah dah pandai melarikan hati Izzul.
Hati tuanya tersenyum.
Sekurang-kurangnya  dia rasa sedikit lega dengan perubahan itu.

“Apa yang pelik bebeno angah hari nie Pah?”Mak Zai bertanya sambil mendekati Puan sharifah.

Memang tak dinafikan bahawa keluarga Tengku Imran memang rapat dengan Mak Zai yang sebatang kara.
Malah mereka tak pernah menganggap Mak Zai ini sebagai orang gaji.

“Tulah  yang saya pelik nie kak.Dia kata dia nak pergi beli apa entah untuk bakal menantu saya.”

“La berita baik tu.Syukur la dia dah lupakan perempuan dulu tu.”

“Harap-harap dia betul-betul dah lupakan perempuan tu la.”

*********

Izzul berjalan memasuki Poh Kong.Segala barang yang dijual di situ di belek teliti.

Sesekali dia akan meminta pekedai untuk mengeluarkan cincin emas putih yang dia suka dan memakaikan cincin itu di jari kelingkingnya.Harap-harap betul la saiz yang dia pilih.
Kalau tak muat karang dia juga yang malu.Kalau malu saja tak apa.Mahunya dia ditolak mentah-mentah sebab tak pilih cincin yang sesuai lagi parah.
Silap hari bulan dia pula yang jadi pesakit hati.

Lama juga Izzul berada di Poh Kong.Pekedai perempuan yang setia melayani segala kerenahnya pula sudah memaparkan senyum tak bergula.
Tapi Izzul buat tak tahu saja.

‘Aku bukan tengok jer aku nak beli..so ada aku kesah.’

Akhirnya Berjaya juga dia membeli cincin yang diminati setelah hampir sejam lebih dia ‘mendiami’ Poh Kong.
Harap-harap si dia juga suka.

Sambil berjalan-jalan mata Izzul melilau-lilau mencari kedai silver pula iaitu mangsa dia yang seterusnya.

Misi membeli cincin tak habis lagi.Kini dia mahu mencari cincin silver yang seakan-akan cincin emas putih tadi buat dirinya pula .
Barulah sweet couple gitu.

Izzul memasuki sebuah kedai yang menjual barangan kemas silver.
Yelah dia kan lelaki,mana boleh pakai emas.

Segera Izzul menunjukkan cincin emas putih tadi,supaya pekedai tersebut boleh mencari yang serupa buat dirinya.
Lama jugak la dia menunggu.
Kini barulah dia faham perasaan pekedai di Poh Kong tadi.

‘Patut lain macam jer muka dia tadi.’Izzul  berbisik  sendiri.

Setelah agak bertahun juga dia menunggu,hanya jawapan hampa yang dia dapat.

“Design cincin yang macam nie tak ada la encik.Kalau encik nak order  kami boleh buatkan.”

Izzul sudah tersenyum penuh keterpaksaan terhadap pekedai Itu.

‘Kalau bagitau awal-awal kata tak adakan senang.Muka aku nie kacak sangat ke sampai dia suruh aku duk sini sampai nak dekat 45 minit.Ok diulang 45 minit.dengan 45 minit tu aku boleh wat macam- macam tau.'

“Erm ok!”hanya itu yang dia jawab.

Biasalah hati sudah panas,mana boleh cakap panjang-panjang.

Tanpa disedari Izzul ada sepasang matanya yang memandangnya penuh sayu.



p/s jgan lupa komen ya..komen anda bermakna buat sya..hehe
p/s/s:soory n3 kali nie mcm skit jer...

14 comments:

Shamien said...

siapakah org itu??????

amira aihara said...

shamien:heheh..itu rhsiaaaaa....

fitrah said...

agaknyanya org itu akan muncul kembali x????

fallenmoon said...

Rasanya tu bekas gf Izzul? Jangan berani kacau Izzul!

amira aihara said...

fitrah:rse2??hahah berteka teki plakk

moon:uishh takot prmpuan 2 nk dtg kaco izzul..hahha

ejulz said...

novel mane ni? heHe

Jgn lupe singgah k.. :)

1 "Siapa student UNISEL kat sini???"

2 "Munajat Keampunan"

3 "Malam semalam ejulz mimpi ngeri!!!"

einaa_akemi said...

Sape yg tengok tuh?..pendek n3 no,smbung la lagi cpat2...xsbar nak bace

amira aihara said...

einaa:hahah..besa la idea tgh kering..2 yg pendek 2...

pipvz devil said...

teramat-amat pendek n3 kali ni.xpuas bce..p i like le gambo cincin 2 menawan..hehe

ejulz said...

tag awk.. :)


"Mak Dara 1st Giveaway (GA)"

amira aihara said...

pipvz:hehhe..xpe nnt sy wat pnjg ckit erk...

amira aihara said...

ejulz:hehe..tq..nnt de msa sya join...

zura asyfar said...

sape kah itu? curious je nk tau...

amira aihara said...

hehe,,kan tunggu nie...

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥