Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Tuesday, March 8, 2011

You're My Lollipop-Bab 1


“Apa!!?”Aku bertanya kasar dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan jejaka pilihan Malaya.
Tapi aku tak terpikat pun.Biarlah dia nak tenung aku 24 jam sehari pun,aku tak kesah.Tak terjatuh cinta pun dengan pandangan mata dia yang..errr..agak menggoda.Wait..wait..menggoda?Euwww please.Tak menggoda langsung.

“Apa!!!!!!!?”Aku tanya lagi.Sudah macam operator  pulak asyik ulang ayat yang sama.Mata mamat tegap kat sebelah aku ini masih memandangku.Kali ini dengan pandangan pelik pulak.

“Lollipop?What the….”Huhh keluarpun suara dia.Tapi ayat dia yang tergantung tu buat aku naik darah.Nanti tak pasal-pasal  aku jadi hulk kat Giant ni karang.

Mata dia asyik bergilir-gilir tengok muka aku dan bakul hijau yang penuh dengan lollipop.Diulang,bakul hijau Giant hanya penuh dengan lollipop.Diulang lagi,lollipop!

Mesti dia pelik bila aku beli lollipop denganan banyaknya.Huhhh.. aku beli banyak pun bukannya aku mintak duit dekat  dia nak bayar nanti.Aku bayar guna duit gaji aku la.Penat tau aku mintak kerja dekat  Seven Eleven semata-mata nak beli lollipop ‘seguni’ sebulan.Nak harapkan duit poket ,manalah aku ada.Baru aja lepas matriklasi beberapa bulan lepas.

“What the apa!!?”Kasar saja suara aku.Bukan salah aku.Dia yang mula dulu.Hati aku kata buat baik dibalas baik.Buat jahat dibalas jahat.Opss adik-adik yang masih dibawah umur sila abaikan prinsip akak itu ye.Nanti karang tak pasal-pasal aku kena kejar dengan persatuan ibu bapa sedunia.Tak pun kena ceramah dengan persatuan Guru-guru BM semalaya.Dan pastinya  aku akan disanjung oleh Persatuan kanak-kanak sedunia.Ok sudah!Sudah!Aku nak kembali ke cerita asal balik.

“What the fish.Dah besar pun still makan lollipop ker,apa kes?”Selamba saja dia kata dekat aku sambil terus belek-belek coklat Cadbury dekat rak yang sama.Apasallah orang kat Giant nie letak cadburry dengan lollipop sebelah menyebelah saja.Letak la Cadbury ni kat bahagian baju kanak-kanak ke,bahagian makanan basah ke,dekat  kasut ke.Uik Qistina sudah,sudah.Kau ingat Giant ni kau punya ke?

Ok aku kemabli lagi kea lam realiti.

Aku pandang sinis aja kat mamat ni.Rasa macam nak melepaskan side kick aja dekat dia.Aku tengok dia pun sudah macam semut.Eh bukan semut warga emas tapi  bayi semut yang dibelah empat.Kecik aja dia dekat mata aku.

“Suka hati aku la..mulut aku.Yang kau tu beli Cadbury,macam perempuan!!”haaa ambik kau.Kan aku dah cakap lepas.

“Hello..cadbury nie bukan untuk aku.Untuk adik aku.Hari nie birthday dia.Lagipun Cadbury nie ada la jugak khasiat.Yang lollipop kau tu ada apa?ada penyakit?”

‘Eeeeeiiiiiiii tak guna!!!!!!!!’aku jerit dalam hati.Kalaulah aku tak waras dah lama aku campak mulut dia dekat dengan ikan-ikan yang berlonggok-longgok dekat hujung sana tu.

“Sapa kata lollipop aku tak ada khasiat?”

“Aku kata.”Dia pula yang pandang sinis dekat aku.Isk cucuk mata karang.

“Adalah.”Aku melawan.

“Really?so apa khasiatnya.”Aku cuak.Aku ni main hentam aja kata lollipop ni ada khasiat.Padahal aku tak tahupun.

Aku masih berfikir.Manalah tahu tetiba ada sebakul idea terhempas dekat minda aku,bolehlah juga aku mempertahankan lollipop kesayangan aku.Tapi masalahnya sekarang idea tu tak muncul-muncul.Huaaa!!!
Apa erk khasiat dia?Yang aku tahu,makan jer.Aku mengeluh.Menyesal pula aku tak tanya pak cik google dari dulu lagi.

Aku cuba pandang mamat kat sebelah  sekali lagi.Ternyata dia masih menunggu jawapan aku sambil buat kening doble jerk.Bajet macho la tu.

“Err..dia buat aku kenyang….”Aku memberi jawapan yang tetiba saja muncul dalam benak.Dia pandang aku,musykil.Kenapa?Jawapan aku ikut skema tahu!

“……dan happy.”lagi musykil pandangan dia.
Owhh tidakkk!!!nampaknya aku akan kalah.

Dan lepas tu tebal jer telingga aku tadah segala ceramah dia dengan tajuk’keburukan memakan lollipop.’Tak apalah disebabkan free,aku dengar aja.
Aku buat-buat kusyuk  sambil pura-pura menghayati patah perkataan dalam ‘ceramah’ itu.Tetiba saja aku rasa pelik.Apasal aku boleh lepak dengar ‘ceramah’ dari orang yang aku tak kenal,lelaki pulak tu.

Isk dia pukau aku tak?Tak pun nie taktik dia nak tunjuk baik lepas tu ajak aku keluar dan kemudian diculiknya aku.Lepas culik,dia bunuh aku.Ohhh sekali lagi tidakkkkkk…

“Apa yang tidak?”Dia tanya pelik.Dahi dia pun dah berkerut seribu.Aku jadi cuak.Bukan aku cakap dalam hati ke tadi?

“Err tidak mengundang stress.”Terpacul sebaris ayat itu hasil dari kegelabahan aku.

“Hahh?”

“Lollipop ni tidak mengundang stress.”Aku cover malu.

“Haaaahhhhh.”lagi pang dia punya hah.

“Err tak ada apa-apalah.Bye..nak balik.”Terkocoh-kocoh aku jalan nak pergi kaunter pembayaran.

“Dah insaf ke?”mamat tu bersuara lagi.Aku hairan.Insaf apa?

‘Takkanlah baru dengar sekali ceramah aku,dia dah taknak lollipop nie.Huh terror jugak aku.’sempat Carl Izzudin mengomel dalam hatinya.

Aku pandang dia yang segak aja berdiri dengan bakul hijau yang ada lollipop.Aku buat tak tahu saja sambil terus berjalan,Ehhh..lollipop aku!!

Baru aku perasan bakul lollipop yang mamat tu pegang tadi,milik aku rupanya.Patutlah aku rasa tangan aku ringan aja.Bila masa la pulak bakul tu ada pada dia.Dengan tak tahu malunya aku menghampiri mamat yang aku tak tahu nama itu sambil merampas kasar bakul hijau tersebut.Bukan aku marah tapi nak cover malu.

“Isk kau nie memang suka memalukan aku.Nasib baik la kau sweet.”sempat aku berleter pada lollipop yang penuh dalam bakul itu bila aku menjauh dari mamat tadi.
Sebenarnya tak sampai setengah bakul pun lollipop tu.Adalah dalam 2 balang lollipop chupa chup.Nak mati beli banyak-banyak.
Nanti karang tak pasal-pasal aku makan selipar ibu aku bergulaikan ceramah ayah.Tapi apa-apa pun aku tetap sayang ibu dan ayah.Biasalah anak bongsu.Orang kata kalau anak bongsu nie manja sikit.Aku tak nafikan memang aku manja dengan mereka berdua.
Dan ada jugak orang kata keluarga yang anak sikit biasanya golongan kaya.Errmm..tapi kami bukanlah dari golongan berada.Cuma golongan orang-orang biasa saja.Tak ada pangkal dato’ pada nama ayah dan datin pada nama ibu jauh sekali tan sri,tapi kami tetap bahagia.

Kadang-kadang aku sunyi jugak sebab tak ada adik untuk di ajak bergurau.Tambahan pula aku ni jenis yang susah nak berkawan rapat dengan orang.Kawan  biasa-biasa yang setakat nak say hi kalau terserempak tu adalah.Tapi kawan rapat yang selalu lepak bersama,makan bersama,jalan bersama dan segalnya bersama tu memang aku tak ada.Bagi aku lagi banyak sahabat lagi tinggi peluang untuk dapat situasi gunting dalam selimut.

Nasib baiklah ibu aku suri rumah sepenuh masa.Boleh juga aku luangkan masa bersama ibu.Tambahan pula kami ditinggal di kawasan rumah teres.Kalau ibu aku malas nak layan aku,aku pergi layan kakak-kakak dan makcik-makcik sebelah rumah yang boleh dikatakan agak kepoh.

Eh kejab-kejab, kenapa tetiba aja aku cerita pasal family aku ni.Dah macam masuk rancangan dari hati ke hati pulak.

SESAMPAI saja di hadapan pintu pagar rumah teresku,cepat-cepat aku menyelongkar beg plastik giant.Dengan drastiknya  satu balang lollipop yang sudah digengaman aku  baling dengan  sempurna sehingga selamat landing di bawah pokok pudding yang ibuku tanam.Bak kata juruterbang, ‘smooth landing’.

‘Soory ye lollipopku sayang.Malam nie aku datang ambik kau yer.’

Bila ibuku aku keluar menjengah di pintu dengan muka yang mengalahkan ratu cantik mendapat tepukan,segera aku matikan enjin Yamaha ego lc.Skuter pink hitam itu aku sorong sehingga ke hadapan pintu.

“Anak ibu dah balik?”aik lain macam benar pertanyaan ibu.Ini yang buat aku tak sedap hati nie.

“Err..a’ah Qish dah balik.Dah ada depan pintu rumah nie.”jawabku lurus.Takut jugak nak jawab belok-belok.Nanti karang tak pasal-pasal aku bermalam dengan skuter ni dekat luar.

“Beli apa?”

“Heheh..lollipop…”aku tersengih minta simpati.Ibu aku ini pantang sikit kalau aku makan gula-gula.Tapi disebabkan aku ini memang sudah macam penagih lollipop,jadi beliau pun benarkan aku beli.Tapi hanya satu balang aja seminggu.

Sebalang sebulan?Wahh mana cukup.Makan lollipop ni sudah macam minum air aja bagi aku.Itulah sebabnya aku beli dua balang tadi.Tapi untuk keselamatan Negara,sebalang lagi aku terpaksa sembunyikan.Ampunkan anakanda,bonda..huhu.Anakanda tak bermaksud ingin menyembunyikannya dari bonda,tapi anakanda terpaksa wahai bondaku.

“…tapi Qish beli satu balang jer.”Cepat-cepat aku membela diri.Tapi yang musykil bin peliknya,muka ibu aku selamba.Siap boleh senyum sampai ke pipi.

“Yang Qish kelam-kabut nie kenapa.Takut ibu marah ke?”

“Heheh..takut la jugak.”

“Ibu tak kesah la kamu nak beli seguni pun lollipop tu.”Aku terkedu dengar ayat ibu.Biar betik.Itulah kali pertama sejak dilahirkan ,aku denngar ibu cakap macam tu.Boleh catat dalam diari ni.

“Betu ke bu?”

“Betul la.”kata ibu sambil senyum.Bahu aku diusap penuh kasih.Ini yang buat aku semakin takut ni.

“Haa nie mesti ibu nak Qish bodek ayah suruh beli baju baru kan?”aku meneka.Manalah tahukan.

Ibuku  mengeleng.

“Mana ada.Baju yang lama pun tak terpakai.”

“Ke..ibu nak ajak makan kat luar?”

“Tak lah..Ibu dah siap masak dah”

“Ibu ada rosakkan barang qish?”

“Bilik Qish pun ibu tak masuk lagi hari ni.”

“ ibu nak suruh qish pujuk ayah supaya jangan kahwin lain?”Aku teka lagi.Dan serentak itu…

“Adoi.Sakit la bu.”Aku menggosok-gosok bahuku yang ditampar ibu.Pedih kut.

“Tu la.lain kali cakap lagi macam tu.”Aku tersengih.My bad.

Ibu menarik aku masuk ke dalam rumah.Baru aku sedar yang kami melakukan sesi bualan di hadapan pintu!Patut la tak ada sofa.

Beberapa langkah kemudian aku aku mengkakukan gerakan.

“Tadi ibu kata apa?”

“Kata apa?”

“Ala yang pasal lollipop seguni tu?”Aku sengih manja sambil memeluk tangan ibu.

“Ibu kata Qish boleh beli seguni pun lollipop kalau Qish suka.”Ibu menerangkan kembali ayatnya tadi.

“Betul nie?”Ibu hanya mengangguk pelik.

“Jap erk ibu.”Kataku seraya berlari-lari anak ke pokok puding.Dengan pantas aku tunduk mengambil lollipop yang aku baling tadi.

“Aduh mati aku.”Aku mengeluh bia terlihatkan anak ranting pokok itu yang sudah patah.Minta-minta ibu tak perasan.

“Amboi tadi kata sebalang.Nie apasal pulak jadi dua.”Ibu menjeling tajam.

“Nak buat macamana ibu,dah pokok bunga ibu tu melahirkan sebalang lollipop.Qish ambik je la.Kata orang rezeki jangan ditolak.”Aku berfalsafah.Ceh falsafah la sangat,university pun aku tak pijak lagi.

Terus aku masik ke dalam rumah meninggalkan ibu diluar.Isk bilalah nak dapat anugerah tokoh anak mithali kalau macam ini sikap aku.

Aku menghenyakkan punggung di sofa.Plastik lollipop aku letak di atas meja kopi.Namun seketika kemudian aku terpandangkan sepucuk surat yang terang-terang tercatat nama aku yang elok terletak di atas meja yang sama.Siapalah yang rajin bagi aku surat cinta besar gajah nie?

“Bukaklah.”Ibu bersuara tiba-tiba sambil duduk disebelahku.
Aku belek-belek surat itu.Warna coklat muda,sebesar saiz A4,ada lambang UKM…owhh….WHAT!!!!!UKM???

Aku pandang ibu tak percaya.Ibu hanya mengangguk sambil senyum penuh makna.Yes..yes…yes!

p/s:berjya jagk post LC nie..hehe..suke x???

13 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Hahaa...mmg hantu lollipop tu.Kita suka Carl! :D

Nurfazzy said...

best..
faz baca sambil tersenyum2..hehe..

si.tudung.ungu said...

Nice!!! hehe...
msuk U tu nnti msti jmpa mamat cadbury tu kan? hehe...
saje²: lollipop itu MANIS!

amira aihara said...

yana:mira pun suka carl..heee

faz:hee tq dear

kiwi:a'ah pandai la kiwi teka..heee
lollipop mmg MANIS..hee

WITHOUT A SOUND said...

sgguh comelll Qish ... hihihi

Wild Cherry said...

1st, Thnks komen kt blog WC ^_^
2nd, Cite ni best...

S. said...

la...kenapa beli yg dalam peket?? Beli ajelah yang dalam balang tu, chupa chupa dalam balang baru je 18 ringgit lebih lau x silap le...bes2...Mira!! Lagi!!

amira aihara said...

Heheh..tq WC..

awin..heheh..xpe2 nnt mira sruh qish bli dlm balang...hahah

Nurul Ain Syuhada said...

LOLIPOP!!!!!!!!! hahahx ..

aina safi said...

sye ske lolipop....haha...ag2 jenama chupa chup tu...lau spt sepaket tu hisap je keje...kui3....

Afifah said...

best..sweet je..nanti mesti Qis jumpa dgn Carl dekat UKM kan..hehe..sambong lagi..

amira aihara said...

heheh...dlu xska sngat lollipop tp skrg dh jd terblik plak..hahaha

hdsjkal said...

dat!! menarek!!! hehe.

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥