Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Sunday, June 12, 2011

Please Don't Go-Bab 26

Hari ini Ilya dan Izzul mula menghadiri kursus perkahwinan di putrajaya.Masing-masing berpakaian sedondon iaitu kemeja dan baju kurung biru gelap.Setelah selesai kursus pada hari pertama tersebut Izzul mengajak Ilya membuat tempahan ballroom berserta pakej penuh di hotel yang agak terkemuka di Kuala Lumpur.Kata Izzul ia untuk hari persandingan mereka.Mungkin banyak kenalan keluarga Izzul yang bergelar VIP dan VVIP yang semestinya lebih sesuai untuk menghadiri majlis di hotel.

Manakala  jiran tetangga serta sahabat handai lebih elok meraikan mereka dirumah iaitu ketika majlis bertandang lelaki di Selanggor dan majlis bertandang perempuan di Pahang.Tidak dapat dipertikaikan bahawa majlis di rumah biasanya lebih meriah tanpa sebarang protokol yang ketat.Malah tema pakaian semasa majlis bertandang lebih menunjukkan adat melayu yang tak diketepikan tidak seperti majlis persandingan mereka yang lebih kepada konsep moden.

“Hei kenapa nie?”Tanya Izzul hairan ketika mereka menaiki kereta untuk pulang.Risau kalau-kalau ada kata-katanya yang mengguris hati Ilya,sedangkan baru beberapa saat lepas dilihatnya gadis itu gembira saja.
“Tak ada apa-apalah.”katanya dengan menyembunyikan rasa sebak dihati dengan senyuman yang ternyata kepalsuannya.Muka Izzul yang sedang memandu di sebelah pun sukar untuk dia tatap.Takut air matanya tak dapat ditahan dan tumpah dihadapan lelaki itu.

“Mana boleh tak ada apa-apa?”Izzul cuba mengorek rahsia hati Ilya.
Dia yakin ada sesuatu yang mengganggu  fikiran gadis kesayangannya ini.Kalau tidak masakan wajah itu berubah jadi murung sebegini.
Ilya menarik nafas dalam-dalam.Cuba menggurangkan sebak di dadanya.Lambat-lambat dia pandang Izzul di sebelah dengan pandangan redup.Satu senyuman hambar dia lemparkan buat lelaki itu.

                “Tak sangkakan akad nikah kita nanti berwalikan hakim.”Izzul tersentak.

Baru dia teringatkan peristiwa di mahkamah dua bulan lalu.Ilya yang sudah sememangnya yatim piatu malah tiada saudara lain terpaksa menggunakan hakim sebagai walinya.Daripada mulut  Arina,Izzul dapat tahu yang Ilya menangis teresak-esak pada malam itu.Mungkin dia lebih terasa kehilangan kedua orang tuanya,apatah lagi ketika semakin hampir dengan hari bahagianya.
Izzul turut merasa pilu terutamanya bila Ilya bagaikan mahu menanggung segala kesedihannya seorang diri.

“Ilya memang macam tu doktor.Kalau dia sedih,dia bukannya mahu kongsi dengan orang lain.Dia kata ,dia nak jadi kuat supaya nanti dia boleh berdikari sendiri.Kalau ditakdirkan satu hari nanti tak ada orang lain yang boleh hulur kasih sayang dekat dia,dia masih lagi boleh terima dan terus go on dengan hidup dia.” Terimbas kembali kata-kata Arina suatu ketika dulu.

“Walau dengan awak?”Izzul tanya lagi.Arina hanya menggangguk lemah.
Izzul mengeluh .Dengan Arina yang bagaikan kembar Ilya pun,susah untuk gadis kesayangannya itu berkongsi duka,apatah lagi dengan dia,yang baru beberapan bulan saja kenal.

“Banyak kali jugak Ilya menangis sorang-sorang dalam bilik.Mungkin dia rasa lebih tenang kalau buat macam tu.”

“Ilya selalu rasa dia tabah,kuat dan boleh hadapi semua dugaan seorang diri.Tapi dia tak sedar yang sebenar-benarnya dia memerlukan orang lain untuk sokong dia.”Sambung Arina lagi.

“Ataupun mungkin Ilya sedar that she need someone..tapi dia saja nak hadapi semuanya ..sendiri.”tambah Izzul perlahan.Matanya dihalakan kearah taman hospital.

“Maybe.”UjaArina pendek.Tetiba saja Izzul teringatkan sesuatu.

“Errmmm…cara awak cakap macam..kata dekat diri sendiri aja?”Izzul pandang Arina dengan senyuman mengejek.Saja dia mahu kenakan pesakitnya itu.

“Errr..apa maksud doktor?”Arina keliru.Tadi rasanya mereka berbicara tentang Ilya.Tapi tetiba saja muncul wataknya dalam jalan cerita ini.

“Yelah,awakkan sembunyikan penyakit awak dari pengetahuan family  supaya diorang tak rasa sedihkan?Awak nak hadapi semuanya sendiri .Tak gitu cik Arina?”

“Izz..Izz..”Panggil Ilya kuat.Pelik melihatkan Izzul yang bagaikan berada dalam dunianya sendiri.

“Erk..errr.. Ilya panggil Izz ke?”Izzul tersenyih.Baru tersedar dari lamunannya sebentar tadi sehinggakan  membawa terbang ingatannya terhadap bicara Arina.

“Awak ok tak nie?”

“Sepatutnya Izz yang tanya Ilya macam tu.”Ilya tersenyih.Rasanya tak perlu untuk dia menangisi nasibnya.Dia yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sorry,I’don’t mean to make you worry about me.”

“It’s ok,dear.Kadang-kadang kita perlu untuk menangis.”

“Mana ada Ilya menangis.”

“Yelah tu,air mata kat pipi tu apa?”Izzul buat kening double-jerk .Hampir ketawa dengan perlakuan Ilya yang kalut mengesat sisa air mata dipipinya.

“Orang sedih la.”

“Orang mana?”

“Eeii Ilya serius nie.”

“Alolo..janganlah merajuk.Ok,ok Izz tahu Ilya serius.Tapi Ilya kena ingat semua yang terjadi ada hikmahnya.”

Ilya tersenyum mendengar kata Izzul.Memang segala yang tersurat dan tersirat ada hikmahnya.Dia hilang mama dan abahnya,tapi Allah gantikan dengan Ibu Erma,Arina dan…Izzul.

It's a beautiful night
We're looking for something dumb to do
Hey baby
I think I wanna marry you
 
 Blackberry Izzul berbunyi perlahan.Dengan sebelah tangan dia memasangkan handfree ke telinga.

“Assalamualaikum mama.On the way nak hantar Ilya balik nie.A’ah dah siap order.Hahh..nak suruh Ilya try masak???Biar betik,mama nie..ahh..Ya Allah..Erm..nanti Izz tanya,ok.Ok ma.Bye.”

Izzul mematikan talian.Dipandangnya Ilya yang sudah membulatkan mata.Dalam hati Izzul sudah ketawa riang.Lambat-lambat dia menuturkan ayat.

“Mama ajak Ilya dinner kat rumah Izz.”

"Err..sebelum tu?"tanya Ilya tidak berpuas hati.Dia yakin, dia terdengar ayat yang menyuruhnya masak.Gila!Mana dia tahu masak masakan yang berat-berat.Setakat sambal dan kari ayam bolehlah.Itupun puas dikutuk oleh Arina.Kurang masin la.Tak kow la.Terlebih pedas la.Haihh.

"Hahh?"Izzul buat-buat tak mengerti.

"Ilya kena masak ke?"
Izzul angguk dengan mimik muka yang diseriuskan.


            "Perlu."

"Ahhh...betul ker.Ilya tak nak la.Ilya mana tahu masak sangat.Lagipun Ilya tak biasa masak untuk ramai orang."Puas Ilya mengeluarkan segala alasan.Sudah tidak senang duduknya.

Izzul akhirnya melepaskan tawa.Kasihan pula tengok muka Ilya yang mengelabah tak tentu pasal dengan hal sekecil itu.Ini belum kahwin,Kalau sudah kahwin nanti macamanalah agaknya.
           
"Sorry dear.Izz tipu jer.Tak kena masak.Datang makan jer."

“Eeei bencilah.Buat penat jer,orang gelabah tadi."Terdengar nada merajuk disitu.

"Err..tapi Ilya still seganlah dengan family Izz.”sambungnya lagi.Tidak jadi merajuk bila perasaan gentar untuk makan malam bersama keluarga Izzul lebih menguasai dirinya.

“Apa nak segan pulak.Nantikan diorang jadi family Ilya jugak.Jomlah.”

Sebab diaorang akan jadi family Ilyalah,yang membuatkan Ilya lagi segan,bisik hati kecilnya.

“Err…”

“Ok kita kita dinner kat rumah Izz.”

“Izz….Ilya tak buat keputusan pun lagi.”

“Lambat sangat tunggu Ilya buat keputusan.Lagipun kita dah nak sampai nie.”Ilya sudah tidak terkata apa-apa.Tidak sedar bila masanya kereta Izzul membelok masuk ke kawasan perumahan mewah keluarganya.
owhh..tidakkk!!



p/s:dah lama xtulis cite nie.harap2 semua yg bce still ingat dgn Izzul n Ilya erk...




4 comments:

♥e'in♥ said...

dear.. ur blog kena review.. jom terjah!

Rtp Farra Arisha said...

ini cerita benar ataupun sekadar penceritaan dr sis? hehe. slaam singgah.

amira aihara said...

e'in:tq dear...

farra:ini cite jer..tak ada kne mngena samaada yang hidup mahupun yg tlah menggl duna..hihi

Ayie a.k.a Yizuue said...

Ehm, cepat lah sambung citer ni,, .
Dah xsbr nak tau knapa ilya marah dekat izzul lepas mereka kahwin?

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥