Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, March 4, 2011

Please Don't Go-Bab 23


“Kalau..saya pergi meminang macamana?”Ilya terkejut.

Wajah izzul ditatap tak percaya.Dia ketawa buat-buat untuk menutup perasaannya yang sedang gugup.Izzul dilihat cuma bersahaja.Dia menyukir senyum penuh makna.

“Err..apa awak cakap nie...kitakan baru berkenal …err tak sampai  6 bulan pun lagi.”

“Hhha,kenapa ?awak takut ke?”Izzul menduga.

Baginya masa bukan segala-galanya.Kalau dia sudah menjumpai seorang perempuan yang mampu melengkapkan hidupnya apa salahnya dia bertindak lebih kehadapan.

“Eh bukanlah.”

“Ok kalau macam tu minggu depan saya hantar rombongan meminang.”Izzul membuat keputusan drastik.

Dia menyambung lariannya yang terbantut tadi.Ilya mengekori laju untuk menyaingi lelaki itu.Taman tasik Titiwangsa menjadi pilihan mereka untuk berjogging bersama pagi ini.

“Awak nie biar betul Izzul.Awak..awak nak main-mainkan saya ye?”

Izzul tersenyum mendengar soalan yang keluar dari bibir  gadis ini.

“Awak rasa saya main-main ke?”

“Mestilah main-main.Kalau orang lain mesti dia bawak kekasih hati dia ke restoran ke,cari tempat yang privasi sikit,ada candle light dinner ke.Ini tak awak melamar saya masa tengah jogging.”Ilya terkedu dengan kata-kata sendiri.

Dalam hati sudah selori sumpah seranah di berikan buat mulutnya yang terlebih aktif.Tapi Ilya masih menenangkan dirinya disaat Izzul mengerling manja.Aduh.

“Itu orang lain Ilya,bukan saya.And one more thing,siapa kata saya nak lamar awak?Saya cuma nak minta izin awak supaya saya boleh pergi rumah ibu Erma untuk meminang awak.”Kata-kata izzul membuatkan lariannya terhenti.

Izzul yang perasan dengan situasi tersebut  turut mengkakukan kakinya.Badannya lantas di toleh ke belakang,ke arah Ilya.

‘Kenapa pulak nie?'

Tanpa lengah Ilya mebawa langkahnya laju menuju ke kereta Izzul yang di parkir di hujung sana.Sekali lagi Ilya terkedu dengan tindakannya sendiri.Macamana pulak la dia boleh merajuk dengan Izzul nie.

“Ilya!!!Takkan merajuk kot.”Panggil Izzul.

Dia garu kepala.Aku salah cakap ke?Pantas dia mendapatkan Ilya dan  menghalang jalan gadis itu.Ilya terpaksa buat muka marah.Yelah untuk menutup malu kerana tindakannya yang awal sangat merajuk tadi.Jadi demi menjaga egonya,rajuk harus diteruskan!

“Tepilah orang nak jalan.”

“Orang? orang mana?”Izzul cuba mengembalikan senyum Ilya,tapi tak berjaya.

Tubuh tegap Izzul ditolak Ilya supaya ketepi.Dia meneruskan langkahnya.

“Cik Ilya sayang,kalau awak pergi ke kereta saya dulu pun,kunci ada dekat saya.Macamana awak nak masuk?.”kata Izzul  sambil menayang-nayangkan kunci keretanya.

Langkah Ilya terhenti.Betul jugak tu.
Akhirnya dia hanya mampu  menunggu lelaki itu sampai kepadanya untuk sama-sama ke kereta.Punah terus harapan mereka untuk berjogging sampai ke hujung sana.

“Nanti lepas kita kahwin barulah saya buat very very very romantic candle light dinner ok my dear?Sekarang nie kalau buat pun,tak boleh nak romantic sangat,tak best.Tapi lepas kahwin barulah best nak buat.Tak begitu Ilya?”Izzul menyoal sambil mengenyitkan matanya.

Ilya mencebik.Padahal dalam hatinya sudah berbunya girang.

Di dalam kereta Ilya hanya diam.Sepuluh patah Izzul tanya,belum tentu sepatah pun dia mahu jawab.
Izzul sudah pening.

’Tak sangka teruk jugak kalau Ilya merajuk.’

“Jangan lupa bagi tau Ibu Erma pasal hujung miggu depan, dear!!”Izzul menjerit kuat untuk pendengaran Ilya yang sudah mahu masuk ke banggunan apartmentnya.
Ilya tersenyum cuma.
Izzul terpana.

‘Aik dah habis merajuk ke?’Namun dalam hati dia bersyukur.Sekurang-kurangnya dia tak perlulah nak bersusah payah memujuk Ilya.

Setelah kereta Izzul bergerak pergi barulah dia naik ke tingkat atas.

**********

“Hai gembira nampak.”Tegur Hakeem.

Terbantut pergerakan Ilya yang mahu masuk ke rumah.Ilya hanya tersenyum.

“Baru balik jogging ke?”Ilya mengangguk.

“Hakeem pulak nak g mana?”

“Owh nak pergi office kejap.”

“Hari minggu pun kerja ke?”

“Ada hal sikit.Erm by the way,Ilya keluar jogging dengan siapa?” Pertanyaan Hakeem membuatkan Ilya pelik.
Hish,takkan semua dia nak ambil tahu kot.

“Err dengan Tengku Izzul.”

Hakeem hanya mengangguk.Dia kenal Izzul.Dan dia tahu mereka berdua ada hubungan istimewa walaupun Ilya kerap menafikannya.

“Err..Hakeem saya masuk dulu ya.”Hakeem angguk lagi.
Mungkin Ilya tak tahu betapa perasaanya tercalar setiap kali melihat Ilya gembira bersama Izzul.
Huhh…dia megeluh,Sepatutnya dia bahagia bila Ilya gembira.

*********

Ilya merehatkan dirinya di sofa.Bahagianya dia hari ini.Senyum memanjang saja.
Bila di fikirkan balik,hubungan mereka memang pelik.Mereka tak pernah ber’couple’pun.Tup tup Izzul sudah mahu meminangnya.

Dalam dia terfikir semua  kata-kata Izzul tadi,hatinya terdetik satu persoalan.Segera telefon bimbitnya diambil.

Salam,awak,erm meminang tu maksudnya bertunang ke merisik?Saja jer tanya jer ye..tak de 
maksud lain.

Mesej dihantar kepada Izzul.Ahh..malunya,macamana dia boleh tak tahu dan boleh bertanya seperti itu kepada Izzul.
Gegaran di telefon bimbitnya menandakan ada mesej masuk.Berdebar jugak hati setiap kali mendapat pesanan ringkas dari si dia.

Waalaikummusalam,Err..tetiba jer tanya kenapa?Tak sabar erk??
hahah..saya pun x sure.Kejab nak tanya mama.

Tanya mama.La aku ingatkan dia balik rumah dia.Rupanya balik rumah family dia.Mesej kedua dari Izzul sampai lagi.

mnyesal sya tanya soalan tu dekat mama.Dia gelakkan kita tau.Mama kata pergi merisik dululah,masa merisik tue baru diorang bincang oasal pertunangan pulak.Errm..Ilya mcam x 
sbar sabar2 jer nak jadi milik sya.

Ilya terkedu.Dia ke aku yang tak sabar-sabar.Cepat-cepat dia balas mesej Izzul.

Sya tanya jer la,bukannya tak sabar.Err…kirim salam kat mama awak ye.

Izzul membalas.

Insyallah akan ku kirim salammu.bakal isteri ku…peace.:-)

Ilya tersenyum.Mengada-ngada  mamat nie.

p/s:insyaallah sya nk wat novel bru..tjuknya LOLLIPOP CINTA....heheh..cute x tajuk dia???

17 comments:

WITHOUT A SOUND said...

novel bru Lollipop cinta??
comelll!!! ^^

amira aihara said...

heeh,,tq dear..tp xsure nk post bla..sbb skrg nie tgh buzy dengn prog U...huhu

Unknown said...

waaaaaaa..........
pandainya awak menulis

amira aihara said...

hafiz:hehe tq..

zura asyfar addy rifqhiey said...

sweet je izzul...btw nk wat novel baru? cm best je dengar pasal lollipop tu

kkulfy said...

wah best la bab ni..
cpat la update lg
mcm best je tajuk tu..

amira aihara said...

sis zura:hehe 2 yg letak lollipop 2..heee

fitrah:tq dear...heee

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Sweetlah Izzul ni :D

si.tudung.ungu said...

lwk r Izzul ni.. nk kawen, tp xthu procedure.. haha XD

lollipop cinta ea? mcam manis aje! hehe

nuRIna said...

ling... dah tmat ke...

nuRIna said...

ling... da tmat ke nih... huhuhu

amira aihara said...

kiwi:hehe dia mcm sempoi skit kot...

nuRIna:lmbat lagi la nak abis,dear..lpas diorg nk dekat khwin n dh khwin nnt lg byk konflik..heee...
tp myb post lmbat kot..sbb xde idea n plus nk dkat final dah..huhu..

gigiAriEma said...

hehe. best2 cita nih.. gud lux dear! gigi tak sbar nk bca cita tuh pulak.. :)

Afifah said...

best..cute je izzul dengan ilya ni..hehe..

amira aihara said...

gigi:hee..tq dear..

afifah:heheh..cute kan diorg...

Imran nyambek said...

sweet

♥sophie♥ said...

auww,,cute ! ;DD lollipop !

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥