Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, July 1, 2011

Andai Cinta Ini Milikku 2

Hanna

Hanna pandang bangunan pencakar langit dihadapannya ini bersilih ganti dengan fail resume berserta sijil yang dipegangnya.Sehelai tisu dikeluarkan bagi mengelap dahinya yang sudah berpeluh.Hari ini sudah tiga buah syarikat yang dia jejaki demi memiliki satu pekerjaan.Semua menolaknya mentah-mentah.Berbagai alasan yang mereka berikan.Tak ada jawatan kosonglah,majikan pergi oversealah,tak cukup kriterialah dan bermacam-macam lagi.Ala..kalau tak mahu mengambilnya berkerja,cakap sajalah terus-terang.Bak kata orang putih straight to the point.Tak perlu nak belok sana-sini memberi alasan.Buat menyakitkan hati aja.

Hanna sudah nekad.Inilah syarikat terakhir yang  akan dijejakinya.Kalau tak dapat juga nampak gayanya  esok dia kena mula pencarian kerja di restoran pula.Tidak pun dekat butik atau pasaraya.Yang penting dia ada kerja daripada dia terpaksa menyerah diri untuk lelaki bernama Adif.Ahh..tak kuasa I!

Masuk sahaja di lobi syarikat,matanya tertumpu pada sebaris manusia.Mungkin mereka juga sepertinya.Datang mencari punca rezeki.Kalau ikutkan hati yang sudah malas,mahu saja dia berpatah balik.Masakan dia mampu menandingi manusia-manusia dihadapannya ini yang nampak penuh yakin dengan pakaian mengalahkan  bos.Ahh..peduli apa dia.Manalah tahu kalau-kalau rezekinya ada disini.

Keluar saja dari bilik temuduga,Hanna mengeluh panjang.Nampak gaya macam susah saja mahu mendapat jawatan di syarikat besar ini.Tapi sekurang-kurangnya dia telah mencuba.Cehh..ayatnya pun sudah 100% berbunyi pasrah.
******
Bumm.
Kuat Shay Azril menumbuk mejanya.Tangannya yang terasa sakit dibiarkan saja.
Disebalik tirai biliknya ada mata-matanya yang memandang penuh hairan.Mungkin kerana terkejut dengan bunyi bising ataupun sekadar ingin mengorek cerita tentang keadaan bos mereka yang kelihatan berang sejak masuk ke pejabat tadi.

“Tak guna!!jeritnya lantang.Kalau ikutkan hati mahu saja dia belasah lelaki tadi.Dia ingat aku akan biarkan dia rebut semua tender aku.Huhh..no way,man!kau tak tahu lagi siapa aku.Kalau kau dah mula main taktik kotor,nanti jangan salahkan aku,kalau aku turut sama main taktik kotor!Shay Azril tersenyum penuh makna.Hanya dengan sekelip mata panas barannya mereda.Shay Azril duduk dikerusi empuknya dengan menyandarkan badan kebelakang.Dia mula terbayangkan muka lelaki tadi yang pastinya akan terkejut kerana dia sudah bersedia untuk bertindak lebih teruk lagi kali ini.

Tok tok tok.

            “Masuk.”

Shay Azril  memandang sekilas  setiausaha yang  berlengang-lenggok berjalan menghampirinya.Entah kenapa dia rasa bunyi kasut tumit tinggi Nina itu amat menjengkelkan hatinya.Terasa mahu dibuang sahaja kasut itu dari tuannya.

“Shay,are you ok?”Tanyanya dengan lagak risau.Disyarikat ini hanya si Nina ini sahaja yang berani memanggil Shay Azril dengan hanya panggilan nama.

“Kenapa?I Nampak macam tak ok ker?”Tanya Shay Azril kembali.

“Tak ada.Cuma…”

“Ada apa you masuk bilik I nie?”Cepat sahaja Shay Azril memotong ayat Nina.Dia sudah malas mahu berbalas soalan dengan perempuan dihadapannya ini.Nina sudah mencebik geram.Nasibl baikah Shay Ini bosnya,kalau tidak mahu sahaja dia menyumbat mulut Shay dengan fail yang dipegangnya ini.Orang nak ambil berat pun salah ke?Bentak Nina.

“Ini fail yang mengandungi semua maklumat candidates yang datang interview tadi.Take a look.I dengan En Roslan dah pilih lima terbaik.Cuma tunggu you approve aja.”Terang Nina dengan suara manjanya.Dia tak boleh mengalah walaupun hatinya sedang sakit.Lelaki sekacak dan sekaya Shay Azril mana boleh dilepaskan begitu saja.

Shay Azril menjeling Nina sekilas.Nak mengayatlah tu.But sorry to say,Nina bukanlah calon sesuai untuk dijadikan isteri.Untuk bersuka ria,mungkin ya.

Ok,just leave it here.Nanti I tengok.”Ujar Shay Azril bersahaja.Dia kembali sibuk meneliti fail progress projek terbarunya.

“You tak nak tengok sekarang ke?”Nina cuba berbasa-basi.Sebenarnya dia Cuma mahu berlama-lamaan dengan lelaki kacak ini.

“Nanti aja I tengok.”

“Owh..ok.Errmm you nak coffee?nanti I buatkan.”

“Nina,please..just leave me.. alone.”

Nina tersentak dengan ayat Shay Azril.Owwh..nak jual mahal ya.Tak apa,tak apa tunggulah nanti,I akan pastikan you jatuh hati dengan I.Janji Nina di dalam hati.

*****

                Penat meneliti fail merah ditanggannya,Shay Azril berpaling pada fail biru yang diberikan setiausahanya tadi.
Sehelai demi sehelai helaian dibukanya malas.Resume candidates yang datang menemuduga tadi juga hanya dibaca sekali imbas.Macam mesin scan pun ada jugak gayanya.
Sehinggalah dia terbaca sebaris nama.Nur Hanna bt Ismail?Macam tidak percaya sahaja dia bila terihat nama itu.Lalu resume milik Hanna diperhatikan penuh minat.Gambar yang terdapat pada resume tersebut sudah membuktikan bahawa memang dialah perempuan itu.Dia tersenyum sinis.Nampaknya dia tidak perlu bersusah payah membeli umpan,kerana umpan itu sendiri yang datang menyerah diri.

“Nina,saya nak awak call candidates yang namanya Nur Hanna bt Ismail.Bagitau dia yang dia sudah Berjaya dapat kerja dekat sini.And make sure dia datang berjumpa dengan saya esok tepat jam 10.Biar saya sendiri yang akan interview dia sekali lagi.”arah Shay Azril melalui intercom.Nina disebelah sana sudah terkejut lantas laju saja kakinya dibawa ke bilik Shay Azril.

“You biar betul Shay.You serius ke nak pilih budak tu.Dia tak sesuai la untuk jawatan setinggi itu.Lagipun kenapa you tak pilih top five yang I dengan En roslan pilih tu aja.”Nina tidak puas hati.

“Siapa kata I nak bagi dia jawatan pengurus pentadbiran tu?”Selamba sahaja riak muka Shay Azril.Bibirnya sentiasa menyuntum senyum.

“Habis tu yang you nak temu duga dia sekali lagi tu untuk apa?”

“Untuk jawatan lain.”

“Jawatan lain?Jawatan apa?”

“Itu you tak perlu tahu,sampai masanya nanti you akan tahu jugak.By the way untuk jawatan pengurus pentadbiran tu I serahkan pada You n En.roslan untuk pilih.I dah tak berminat.Sekarang I lagi suka uruskan jawatan untuk Nur Hanna.”

“Hahh..??”Nina bertambah pelik dengan sikap bosnya ini.Sudah macam disampuk sahaja.Jangan pula dia jatuh hati pada Hanna sudahlah.Mahu menangis berlagu shahdu aku nanti.bisiknya dalam hati.

“Sekarang you boleh keluar.And jangan lupa call Hanna,bagitau dia I nak jumpa pukul 10 pagi esok.”

 P/S:komen ya...

7 comments:

blinkalltheday said...

alamak!!hana ni musuh tradisi shay ke?cepat sambung taw!!

Ayie a.k.a Yizuue said...

Best best,. .
..
Apa yg shay azril nak dari Hanna???

Anonymous said...

Cepat2 sambung!
Dah xsabo,
hehe =))

Andini said...

Menarik.

amira aihara said...

TQ semua...heee..akan dsmbung secepat mungkin.insyallah..

Anonymous said...

jeng3x...
jwtan apakah utk hana 2?
cpt smbung ea cik writer... ^_^

Nurfazila Suhaide said...

hah..?
apa kan jadi ngan hana..?
plesss...smbung..x sabo nak baca...!

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥