Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, October 1, 2010

Please,Don't Go:Bab 2



Tangan Tengku Izzul bergerak-gerak perlahan mengelap pinggan basah.Otaknya mulai ligat berputar.Masih mencariaTangan Tengku Izzul bergerak-gerak perlahan mengelap pinggan basah.Otaknya mulai ligat berputar.Masih mencari idea untuk misi kedua.Iaitu memaniskan mulut dengan pembuka bicara dan sokongan ayat bernas.Nanti senanglah mamanya bersetuju untuk menggantikannya untuk bertemu dengan pereka dalaman bagi rumah barunya pada hujung minggu ini.Ini semua gara-gara dia terpaksa menggantikan Dr.Badrul untuk ke seminar kedoktoran di Johor Bharu selama seminggu.Bersyukur juga dia kerana misi utamanya yang dahulu dijalankan dengan jayanya iaitu membantu mamanya melakukan kerja rumah,seperti yang dilakukannya sekarang.
Tetapi yang parahnya apabila Puan Sharifah bagaikan berat hati melepaskan dia untuk berdikari membina hidup sendiri.Inikan pula nak meminta tolong mamanya berkaitan rumah itu.Nampaknya memang kena berkerja keraslah dia nanti.
Dalam diam, Tengku Izzul mengerling mamanya yang bernyanyi kecil sambil ligat membasuh pinggan kotor.
‘Peluang nie.’bisiknya sambil tersenyum nipis.Puan Sharifah yang nampak girang memudahkannya melakukan misi kedua.
“Angah,bertimbun lagi pinggan lain yang kamu boleh lap,bukan pinggan nie aja.”tegur Puan Sharifah tiba-tiba.Lantas mengambil pinggan dari tangan Tengku Izzul,lalu diletak diatas rak pinggan.
“Kalau biar lagi lama angah lap pinggan tu,mahunya luntur corak pinggan mama nie.”Puan Sharifah membebel.
Tengku Izzul pula hanya tersengih.Tahu kesilapan diri.Hishh…saat-saat genting begini ada pulak salah yang di lakukannya.
            Selesai kerja-kerja membasuh pinggan,Puan Sharifah menutup pili air.Kakinya diatur ke meja makan.Ingin mengemas apa yang patut.Dia menjeling anaknya yang masih kaku disingki.Dia tahu benar apa yang bermain di fikiran anaknya itu.Tapi dia buat tak endah sahaja.Biar Tengku Izzul yang mulakan dahulu.Siapa suruh dia pindah rumah!Tetapi jauh disudut hatinya,dia merelakan anaknya itu berpindah.Sudah sampai masa anaknya untuk hidup sendiri walau sedikit berat hatinya.Lagi pula rumah baru Tengku Izzul yang lebih dekat dengan hospital tempatnya bekerja memudahkan lagi rutin hariannya memandangkan dia tidak mahu duduk di kuarter yang di sediakan untuk semua doktor MO.Jadi untuk apa dia menghalang Tengku Izzul berpindah habis-habisan sedangkan anaknya it punyai banyak alas an kukuh yang boleh disenaraikan.Kalau bawak pergi ke mahkamah pun,dia pasti kecundang sebelum di panggil ke pengadilan.
Hanya satu perkara yang dia pasti setelah ketiadaan Tengku Izzul nanti.Sunyi.Ya dia yakin rumah besarnya ini nanti hanya tinggal sepi.Tadi pun dia hanya makan malam berdua bersama anaknya itu.Manakala suaminya,Tengku Imran bersama dua orang lagi anaknya Tengku Irdina dan Tengku Izzmir lebih suka makan diluar sambil menonton bola.Bukan Tengku Izzul tak minat bola,tapi katanya lebih baik dia temani mamanya di rumah.Ahh…bagusnya kalau anak-anaknya yang lain berfikiran begitu.Malah dia tak menyangka bahawa Tengku Izzul adalah anak yang baik.Cukup berbeza sewaktu dia kecil dahulu.Nakalnya,hanya Allah saja yang tahu.Cuba beritahu berapa barangan mainannya yang sudah di pecah dan dirosakkan dalam masa sehari saja.Itu tak termasuk lagi anak kucing,hamster dan arnab yang di seksanya.Ada yang di make upkan menggunakan alat soleknya,ada yang di usung ke hulu kehilir malah ada yang direndamkan dalam ketulan ais.Apa?Dia ingat beruang kutub ke nak buat begitu.Tetapi itulah anaknya, Tengku Izzul.
Tak seperti anaknya yang sulung,Tengku Irsyila yang selalu mendengar kata waktu kecil dahulu.Tetapi kini dia sudah berumahtangga dan pastinya punyai tanggungjawab lain yang perlu dipikulnya.
Puan Sharifah mengeluh sambil tangan sibuk mengemas.
Setelah lama berdiam diri di dapur Tengku Izzul mula menyusuli mamanya.Dia menarik kerusi di meja makan itu, lalu di dudukinya.Kedua tanggannya menongkat dagu.Senyuman sumbing diberikan kepada Puan Sharifah ampaikan wanita itu rasa mahu ketawa saja,tetapi di tahannya.
“Nie apahal pulak.Senyum-senyum.Nak kahwin ke?”
“Hehe..A’ah nak kahwin.Tapi lepas Izz dah berjaya duduk dekat rumah sendiri yang dah di decorate cun habis.”
“Iskkk..dah mula dah.”Mamanya menrungut.
 “Mama,bolehlah.”pujuk Tengku Izzul.Tangan memegang lengan  mamanya.Dia pasti mamanya mengerti bicara yang ingin disampaikannya.
Puan Sharifah mengeluh.Nampaknya Tengku Izzul masih tetap dengan pendiriannya.Langsung tak terusik untuk membatalkan niat untuk berpindah rumah.
“Angah nie betul-betul ke nak pindah?”Tanya Puan Sharifah untuk kesekian kalinya.Kerusi bertentangan Tengku Izzul ditarik dan diduduki.
“Mama,mama mesti tahukan jawapan angah.”Mamanya itu mengeluh lagi.
“Nantilah mama fikirkan”
“Ala kalau tunggu mama fikir lepas raya haji pun tak habis.Bolehlah ma.Kali nie aja mama tolong Izz.”
“Kalau macam tu kenapa kamu tak suruh achik ke adik ke yang tolong.Sure tak sampai raya haji lagi rumah kamu tu dah siap.” Tengku Izzul tersengih mendengar kata-kata mamanya.Mengerti dia tersilap gurauan.
“Mama kalau angah suruh diorang sure punyalah rumah angah tu jadi reban ayam.”Jelas Tengku Izzul.Mungkin itu sokongan ayat bernas yang agak keterlaluan.Reban ayam?masakan banglo yang dibelinya dengan bantuan abahnya menjadi reban ayam hanya kerana sentuhan-sentuhab kurang kreatif dari adik-adiknya?
“Ok.”jawab ibunya sepatah.
“Biar betik mama,senangnya mama setuju?”Ujarnya lagi dengan riak tak percaya.Puan Sharifah memandang geram.
Tengku Izzul hanya tersenyih.Sepatutnya dia bersyukur,tapi ini dipersoal pula.
“Heheh..Thanks mama. You are the best mama in the would.” Tengku Izzul tersengih senang sambil mencium pipi Puan Sharifah.
“Haa..dah tak  nak tolong mama buat kerja rumah ke?”
“Alamak mama bukan tak nak tolong,Izz sakit perut nie,nak tercirik dah.Izz naik dulu erk.Dah tak tahan.”
“Bertuah punya budak,tercirik betul-betul baru tahu.”

“MAMA..”Panggil Tengku Izzmir girang sambil meluru masuk ke rumah.Pinggang Puan Sharifah dipeluk erat.Lagak macam sudah bertahun tak bertemu.
“Aik dah balik awalnya.Selalunya kalau jam tak tunjuk pukul sebelas,selagi itulah mama tak nampak batang hidung kamu berdua dengan abah waktu weekend macam nie.”
“Hehe..tak jadi tengok bola.Pergi makan aja tadi.”
“Kenapa?”
“Abah terserempak dengan kawan.Lepas tu kawan dia ajak gi dinner sekali.Tak best langsung.Baru aja angah ingat nak makan dekat cafe sambil tengok bola.”Irdina menyampuk.
“Ermm..dah-dah la tu.Pergi naik tidur.”Puan Sharifah mula menukar topic.Sja tak mahu melayan rungutan anak-anaknya.Itulah pergi makan luar lagi.
“Awal lagi mama.Esok bukannya sekolah.”Bantah Irdina.
“Dah mama tak kira.Pergi naik tidur jugak.”Puan Sharifah menjegilkan matanya.Klau tak dipaksa memang tak menjadi.
“Mama nie…” Tengku Irdina buat muka monyok.Dengan langkah kaki yang kuat dia menaiki tangga.Huh..nak tunjuk protest la tu.
“Haa..adik,tak nak naik tidur ke?”
“Eh..adik pun kena ke?”
“Mestilah.”
“Heheh..ok.” Tengku Izzmir sengih menampakkan giginya yang tersusun elok.
Puan Sharifah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.Kalau hari minggu saja mesti anaknya itu nak tidur pukul 12 tengan malam.Esok paginya,orang sudah siap solat subuh,diorang masih terbongkang di atas katil.Puas dikejutkan,sampaikan kekadang dia terpaksa malakukan kegiatan merenjis-renjis air pula.
“Abang jumpa kawan ke tadi?”Tanya Puan Sharifah sambil mendekati suaminya dimuka pintu.
“A’ah.Shahmin.”
“Shahmin?”
Tengku Imran menggangguk lemah.Dia menghenyakkan punggung ke sofa.Badannya di sandar ke belakang.Mata di tutup rapat.Ingin merehatkan minda yang semakin bercelaru dengan masalah yang baru muncul.Walaupun masalah ini hanya setitis air dilautan dugaan buat anaknya, Tengku Izzul.
“Shahmi dengan family dia dah balik Malaysia ke?”Puan Sharifah turut mengambil tembat di sebelah suaminya.
“Diorang balik bulan lepas.Nur pulak dah hampir 2 tahun balik sini.”
“2 tahun?”Tengku Imran menggangguk lagi.
“Angah dah tahu ke?”
“Entahlah.Abang pun tak sure.Tapi dari gaya Tengku Izzul,macam tak pernah jumpa Nur aja
Puan Sharifah terkejut.Maksudnya sudah dua tahun Nur pulang ke Malaysia.Dan selama dua tahun ini Tengku Izzul tak bersemuka langsung dengan Nur?Pelik!Atau ada sesuatu yang dirancang Nur itu.Dia mula rasa tak sedap hati.Masih tak percaya dengan gadis licik bernama Nur itu.Sayang,akhlaknya tak seindah namanya.
Entah kenapa Nur tidak seperti ahli keluarganya yang lain yang berpegang pada agama.Disebabkan itulah mereka tidak memberitahu keuarga Nur dengan perangai sebenarnya.Bukan untuk pandang sebelah mata segala sifat buruk Nur,tapi Puan Sharifah dan Tengku Imran berharap dia akan berubah setelah berpindah ke London dahulu.
Namun kini Nur sudah kembali ke Malaysia.Masih belum bertemu muka dengan gadis itu untuk meneliti keadaan dia untuk masa kini.Tapi hanya satu harapan.Berharap Nur kini bukan seperti Nur dahulu.
 n pembuka bicara dan sokongan ayat bernas.


Nanti senanglah mamanya bersetuju untuk menggantikannya bertemu dengan pereka dalaman rumah barunya pada hujung minggu ini.Misi utama sudah settle iaitu membantu mamanya melakukan kerja rumah,seperti yang dilakukannya sekarang.

Bertambah pening otaknya bila mengingatkan mamanya yang menentangnya untuk berpindah.Ini pula nak 
meminta tolong mamanya berkaitan rumah itu.

’Isk..gawat sih.Silap haribulan mamanya berkomplot dengan pereka dalaman tersebut untuk memecah-belahkan rumahnya,supaya dia tak jadi berpindah.'

’Eh..astagfirullahalazim,sorry ye mamaku tersayang,terkutuk mama pulak..hehhe’bisiknya nakal.Takkanlah mamanya sanggup berbuat begitu.


Semua gara-gara dia yang terpaksa menghadiri kursus penting seminggu di Alor Setar.


Niat di hati dia ingin menangguhkan janji temu ke minggu depan.Tapi bila di fikirkan yang sudah dua kali dia menunda janji tersebut,dia pendamkan saja niat suci murninya itu.Pastinya sekeping hati dibawa berlayar..opss ternasyid pulak..sambung-sambung


Pastinya sekeping hati milik pereka dalaman tersebut sedang membuak-buak marah.Sudahlah dia menukar tarikh ikut suka hatinya saja.Kesibukan dia saja yang diambil kira.Kesibukanpereka dalamn tersebut?erm..entahlah.


Dalam diam. Izzul mengerling mamanya yang bernyanyi kecil sambil ligat membasuh pinggan kotor.
‘Peluang nie.’bisiknya sambil tersenyum sumbing.


Puan Sharifah yang nampak girang memudahkannya melakukan misi kedua.


Puan Sharifah yang mulai hairan dengan kelakuan ganjil anaknya bersuara setelah lama dia berdiam.

“Angah,bertimbun lagi pinggan lain yang kamu boleh lap,bukan pinggan nie saja.”tegurnya lantas mengambil pinggan dari tangan Izzul,lalu diletak diatas rak pinggan.


‘hish,kalau biar lagi lama budak nie lap pinggan tu,maunya luntur corak pinggan’Puan Sharifah mengomel sendiri. Izzul pula hanya tersenyih.


Puan Sharifah menutup pili air.Kakinya diatur ke meja makan.Ingin mengemas apa yang patut.Dia menjeling anaknya yang masih kaku disingki.Dia tahu benar apa yang bermain di fikiran anaknya itu.Tapi dia buat tak endah.Biar Izzul yang mulakan dahulu.’Siapa suruh dia pindah rumah.’


Tetapi jauh disudut hati ibunya,dia merelakan anaknya pindah.Sudah sampai masa anaknya untuk hidup sendiri.Lagi pula rumah baru Izzul yang lebih dekat dengan hospital tempatnya bekerja memudahkan lagi rutin hariannya memandangkan dia tidak mahu duduk di kuarter yang di sediakan untuk semua doktor MO.


Pasti sunyi nanti tanpa Izzul.TAdi pun dia hanya makan malam berdua bersama anaknya itu.Manakala suaminya,Tengku Imran bersama dua orang lagi anaknya Tengku Irdina dan Tengku Izzmir lebih suka makan diluar sambil menonton bola.


Tengku Irsyila,anaknya yang sulung pula sudah bersuami.


Mak Zai,pembantu rumah mmereka pula pulang ke kampung.Puan Sharifah mengeluh sambil tangan sibuk mengemas.Memang sunyi kalau begini caranya.

Setelah lama berdiam diri didapur Izzul mula menyusuli mamanya.Dia menarik kerusi di meja makan itu,lalu duduk.

“Mama..bolehlah.”pujuknya lagi.Dia pasti mamanya mengerti bicaranya.Dia sudah terlupa tentang bicara manis serta sokongan ayat bernas.Puan Sharifah turut duduk.


“Kamu nie betul-betul ke nak pindah?”

“Mama,mama mesti tahukan jawapan angah kan.”Mamanya itu mengeluh lagi.


“Nantilah mama pikirkan”


“Ala kalau tunggu mama pikir lepas raya haji pun tak habis.Bolehla ma.Kali nie je”

“Kalau macam tu kenapa kamu tak suruh achik ke adik ke yang tolong.Sure tak sampai raya haji lagi rumah kamu tu dah siap.” Izzrul tersengih mendengar kata-kata mamanya.Mengerti dia tersilap gurauan.


“Mama kalau angah suruh diorang sure punyalah rumah angah tu jadi reban ayam.”Jelas Izzrul.Mungkin itu sokongan ayat bernas yang agak keterlaluan.


“Ok.”jawab ibunya sepatah.


“Biar betik mama,senangnya mama setuju?”Ujarnya lagi.Mamanya memandang geram.


Izzul hanya tersenyih.Sepatutnya dia bersyukur,tapi ini dipersoal pula.

“Thanks mama.You are the best mama in the would,hehhe.” Izzul tersengih senang.Lengkap sudah misinya.Kakinya melangkah ingin ke bilik.

“Haa..kata nak tolong mama wat kerja rumah?”Protes mamanya


“Alamak mama sakit perut,nak tercirik nie.Angah naik dulu erk,adoyai sakit.”


“Bertuah punya budak,tercirik betul-betul baru tahu.”

1 comment:

Anonymous said...

kenape x nampak ?

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥