Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Wednesday, February 9, 2011

Please Don't Go-Bab 17

Izzul memandu Honda accordnya perlahan menuju ke Sweet Chat Cafe.Sesekali bibirnya  menyanyi lagu simple plan yang keluar dari corong radio.Jari-jemari pula mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut rentak lagu.
Izzul mengukir senyum.Entah apa yang merasuk hatinya agar memenuhi pelawaan Ilya malam ini.Mulanya dia mahu merajuk panjang lagi dengan gadis itu.Tapi dia pula merasa terseksa bila sudah berhari tidak bertemu muka dengan Ilya.
Izzul mengelengkan kepalanya.'What's wrong with me,now?'

Alat kelui yang tiba-tiba saja  berbunyi,berjaya menyentak fikiran Izzul.Cepat-cepat dia mencapai alat kelui itu.Sebelah tangannya lagi masih setia memegang stereng kereta.
“ohh god…”

*********

Rasanya sudah lima kali,Ilya membelek-belek jam tangannya,tapi Izzul masih tak menunjukkan diri.Makanan yang dipesan tadi sekadar  dipandang sepi.

‘Kalau dia tak jadi datang sini,kenapa tak call jer,bagitau yang dia tak jadi ke sini.Susah sangat ke nak buat macam tu?’Ilya membentak.Kalau betul pun Izzul mahu membalas dendam,tapi tak perlulah sekejam ini.

Ilya menunggu lagi.Dia tahu dia nampak macam orang bodoh saja menunggu orang yang tak kunjung tiba.Tapi entah kenapa hatinya tak sekata dengan akal yang memintanya pergi saja.

Hampir dua jam dia dia membatu di situ,akhirnya Ilya mengangkat punggung.
Makanan yang terhidang di atas meja langsung tak di jamah.Dia lapar tapi tak berselera. 

Langkah kakinya berjalan tanpa arah.Dia mahu pulang tapi rasa  malas mahu memandu.

Tak sangka Izzul sanggup buat dia begini.Ya dia tahu,dia bukan siapa-siapa pada lelaki itu,tapi boleh tak kalau sekurang kurangmya Izzul menghargai perlawaan untuk makan malam bersama.

Air mata Ilya yang baru menitis,dikesatnya perlahan.Entah kenapa dia rasa sedih.Rasanya itulah kali pertama dia menangis sejak kematian mama dan abahnya berbelas tahun dulu.

Mungkin orang ingat Ilya ialah seorang gadis yang cukup tabah.Masih setia senyum  walau tiada ibu yang membelai manja dan tiada ayah untuk disayang selalu .
Tapi tahukah mereka,Ilya sebenarnya cuba untuk cekalkan diri,kerana dia tahu,dia hanya punya Ibu Erma dan Arina.Hati kecilnya tak mahu dua orang kesayangannya itu berkongsi dukanya.Itupun Ilya sudah cukup bersyukur kerana Ibu Erma dan  Arina sudi menjadi sebahagian keluarganya.Bagi Ilya,biarlah segala yang sedih hanya dia yang tanggung.

‘Ahhh..kenapa pula aku teringatkan Ibu Erma dan  Arina?’

Dalam melayani perasaan sedih  itu, Ilya di kejutkan dengan seorang lelaki bertubuh tegap yang tetiba saja  berhenti mengejut di hadapannya.
Jelas kelihatan riak kepenatan di wajah lelaki itu.Lama mereka berdiam,sambil mata menatap satu sama lain.Diam Ilya mungkin kerana dia terkejut dengan kemunculan lelaki itu.Dan senyap Izzul pula kerana dia sedang mengumpul nafas untuk kembali menutur kata.

“Soory I’m late.”ucapnya setelah jangtungnya kembali berdenyut normal.

Penat juga dia pusing satu Berjaya Times Square mencari Ilya.Dan nampaknya usahanya tak sia-sia.

“Tak apa.”perlahan sekali  suara gadis itu.

Langkahnya di teruskan tanpa menghiraukan Izzul.Izzul sudah garu kepala.

‘Aik dia pulak yang meerajuk ke?’

“Awak marah ke merajuk?”tanya Izzul yang cuba menyaingi Ilya.
Sengaja dia bertanya soalan sebegitu. 
Ilya pandang pelik.

“Tak adalah.”

“Ingatkan merajuk tadi.Baru saya plan nak pujuk?”Izzul cuba memancing senyum Ilya.Dan ternyata ia berhasil.

Ilya menghela nafas perlahan.'Ahh senang pula aku senyum.'

“Dah makan?”tanya Izzul.Ilya hanya mengangguk.Dia berbohong sebetulnya.

“Jom, teman saya makan... lapar la.”Sambung Izzul lagi sambil mengusap perut yang dikatakan lapar.
Nadanya pula kedengaran manja.
Bila dilihatkan Ilya yang masih tak berhenti berjalan menuju ke entrance,Izzul mengambil tindakan drastik dengan menarik tangan Ilya perlahan untuk ke Sweet Chat Cafe.
Sebenarnya Izzul tak tahu bahawa hati Ilya kini sudah berlari 180km/jam.Micheal Schumacher pun boleh kalah dengannya.Cukup gementar dia di saat itu.Tapi cuba ditenangkan hatinya sebaik mungkin.

“Err kita pergi makan kat tempat lain la.”Ilya bersuara.

Sebenarnya dia sudah malu mahu ke cafe itu kembali setelah hampir dua jam lebih dia di sana tadi.

“Ok,no problem,dear.”Izzul tersenyum.

Ilya sudah rasa mahu melayang-layang ke awan cinta.Sesekali dia menjeling lengannya masih di pegang Izzul kemas.Selamatlah lengan bajunya ada sebagai alas.
Izzul pula dilihat selamba badak saja lagaknya.

Dalam hati,Izzul bersyukur bila Ilya tak menyoal kenapa dia lambat tadi.

P/s:ok tak cite nie..please komen ye,nnt boleh prbaiki spya novel nie lg umphh..hehe

8 comments:

si.tudung.ungu said...

so chumil~!! hehe.. sgt² suka.. tp kn Izzul lmbt sbb Arina sakit ker??

cter ni, best. x sbar nk thu lg smbungan... hee~ ;D teruskan menulis ya... ;)

S. said...

nak ag!!!

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Suka sgt Mira! :)

Anonymous said...

nape izzul lmbat...

amira aihara said...

@.:kiwi:.haha...tq kiwi..klu nk thu kna tunggu next bab..hehe

amira aihara said...

@Shamienhehh..tunggu ye....

amira aihara said...

@fallenmoonmoon ska sya??wow..hahah gurau jer...

amira aihara said...

@Anonymoushheh..nak thu knalah tunggu..heheh

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥