Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Wednesday, January 19, 2011

Please Don't Go-Bab 12

Resah mata Ilya memerhatikan Arina yang tertidur setelah menelan dua biji panadol.Sesekali tangannya akan memicit-micit dahi gadis itu.
Sejak mereka sampai dari Kuantan petang tadi Arina asyik mengadu sakit kepala.Ajak ke klinik dia kata sakit kepala biasa saja.Ahh..begitu degil si Arina ini.

Seingat Ilya sudah banyak kali Arina sakit kepala.Cuma kali ini saja sakit kepalanya agak teruk.Hendak dikatakan demam badannya tidak pula panas.

Ilya menghembus nafas perlahan.Berhati-hati dia menuruni katil agar tidak mengejutkan Arina yang lena tidurnya.Dia berjalan keluar bilik.Badannya di sandarkan ke pintu bilik Arina yang ditutup rapat.Otaknya mula ligat memikirkan tentang ubat-ubatan yang terdapat dalam laci gadis itu dulu.
Cuba mengkaitkan antara ubatan itu dan sakit kepala Arina.Namun otaknya blank.
 Ilya tahu dia bukan ahli farmasi yang begitu arif tentang ubat dengan hanya sekali pandang.Lalu petang tadi  dia menyelongkar laci itu kembali bila Arina tidur.
Namun hampa bila laci tersebut  hanya menyimpan sebuah buku tebal dan fail-fail kerja Arina.Laci yang lain juga sempat dia selongkar.
Tapi tiada apa-apa yang memusykilkan di temui.

Kesudahannya,Ilya terus memadam segala memori yang membuatkan dia fikir yang tidak-tidak  tentang kesihatan Arina dari mindanya.Takut kalau-kalau ianya menjadi nyata.

***********

Pagi itu Arina bangun dengan sedikit ceria.Peningnya yang sudah hilang membuatkan kepalanya terasa agak ringan.
Mahu berterima kasih dengan Ilya namun dilihatnya Ilya sudah hilang.Mungkin ke pejabat agaknya.
Arina tersenyum girang bila terpandangkan nasi goreng,roti bakar,telur separuh masak dan susu panas yang elok terhidang di atas meja makan.Sesuai dengan perut yang mulai terasa lapar.
Untuk menghargai jasa Ilya yang amat-amat jarang sekali menyediakan sarapan,Arina menghantar SMS yang berbunyi..
Thank you,sayang.
Sedap nasi goreng nie,tapi banyak sangat sayurnya.Dah macam sayur goreng.                                                           Pembakar roti kita rosak erk Ilya,sebab aku tengok roti nie hitam bebeno.                                                                            Telur nie telur separuh masak ke telur tak masak?Hehe juz kidding...                                                                                                                Bg pendpat lidah akukan,Susu suam lagi sedap dari susu panas
Ilya sayang ,Nanti teman aku gi farmasi jap  erk,aku rasa lidah aku dah terbakar hangus da..
*
*
*
*
BTW I luv who U are,my dear…=)

Ilya tersenyum membaca mesej Arina.Mulanya geram juga dia bila Arina mengutuk semua menu sarapan yang disediakan khas untuk gadis itu.Tapi bila terbaca sebaris ayat terakhir mesej itu,bibirnya kembali memekarkan senyuman.

Ilya kembali meneliti pelan dekorasi untuk rumah pelanggannya.Tinggal ruang dapur saja yang belum disempurnakan.
Dia kira-kira petang ini dia mahu ke sana bagi meneliti lebih jelas hasil kerja mereka.

***********

“Afzan,macam mana?Semua dah ok?”tanya Ilya sambil menguntum senyum buat Afzan Hafiz,ketua  bagi pekerja yang membantu Ilya dalam merealisasikan ideanya.

Everything settle untuk  ruang tamu nie.Cuma tinggal dapur jer.Ilya nak ubah apa-apa ke?Nak tambah ker?”soal lelaki itu kembali.

Ilya hanya berdiam diri.Kakinya perlahan-lahan bergerak meneliti sekeliling ruang tamu.
Dia berpuas hati dengan warna jingga dan coklat yang digunakan bagi ruang tamu ini.
Warna yang agak berlainan dari kamar tidur.Bukan apa dia cuma mahu penghuni rumah ini tidak bosan dengan mainan warna setiap ruang.
Disatu sudut lain Ilya letakkan pasu tembikar  dan cermin kayu bagi menampak gaya etnik.Tak lupa juga dengan pokok buluh hiasan sederhana tinggi di kiri kanan televisyen prisma.Nampak kehijauan di situ.
Sofa empuk dan hamparan karpet berbulu yang berwarna putih di tengah ruang tamu pula jelas menonjolkan elemen moden.





“Erm..rasa-rasanya dah ok kot.Kalau ada ada apa-apa nanti Ilya bagitau.”

“Ok.Kalau macam tu saya ke belakang dulu.”Afzan meminta diri.
Ilya masih memikirkan apa yang patut dan tak patut berada di ruang tamu besar ini.Kakinya di hala ke sofa lalu duduk santai disitu.

‘Errm,pandai jugak aku pilih sofa  nie hehe.’sempat lagi dia memuji diri sendiri.

Baru saja dia ingin melentokkan kepala di penyandar sofa empuk itu,kedengaran enjin kereta menuju masuk ke perkarangan banglo.

‘Aik..pelik.Rasanya mak cik Sharifah kata dia busy dua tiga hari nie,tapi ada pulak masa dia nak ke sini?Ke dia nak check aku buat kerja ke tak?’Ilya mengomel sendirian.

Dia bangun dan mengemaskan baju kurung pink yang dipakainya.Ringan kakinya di atur ke pintu utama.
Berkerut dahi Ilya bila dia seperti terlihat kelibat lelaki dalam kereta yang agak familiar pada pandangan matanya.Lelaki itu kemudiannya keluar dari kereta dengan muka selamba.
Wajah Ilya pula sudah pucat tak berdarah.Mahu ternganga mulutnya melihat lelaki itu yang kini mendekati Ilya yang tercegat di muka pintu.Lagak mereka tak ubah seperti seorang isteri yang menunggu kepulangan suami dari tempat kerja.

“Rasanya dua tiga ekor jugak la lalat boleh menetap dalam mulut awak tu.”Ayat yang begitu selamba dilontarkan buat Ilya.

Ilya yang masih tercegat di situ cepat-cepat menutup mulutnya dengan tangan.Dia kemudiannya mengekori  langkah lelaki-sorry-naik-ferry itu masuk ke dalam rumah.

‘Apasal la bumi nie kecik sangat.Macam tak ada orang lain yang aku boleh jumpa.Eh kejap-kejap..takkan dia nie Tengku Izzul pemilik banglo.Adoi habis la aku.’sempat lagi ILya mengomel.

“Adoi!!!!!”Jeritnya agak kuat bila dia terlanggar belakang tubuh Tengku Izzul yang tetiba saja berhenti.Jarinya pantas menggosok dahi.

“Tu la lain kali jalan tu tengok depan.Ke…awak nak…goda saya…??”Ujar Izzul rambang.
Badannya ditoleh menghadap Ilya.

Seperti yang pernah dilakukan dulu,dia sekali lagi mendekatkan mukanya hampir ke wajah Ilya.Kali ini cepat-cepat Ilya menapak ke belakang.Takut juga kalau-kalau pekerja lain yang berada di dapur menjadi penonton tak berbayar adegan mereka ini.

Muka Ilya sudah merah.Tak tahulah sama ada dia menahan marah atau menahan malu.

‘Aku malu la siot.’jerit hati Ilya.

Izzul hanya tersenyum  dengan reaksi gadis itu.

By the way,I’m Izzul.”perkenal lelaki itu seraya menghulur salam.Namun salamnya tak bersambut.

“Saya…”

“Ilya Darisya binti Ahmad Kamal.”potong Izzul sambil menjauh dari Ilya untuk ke tingkat atas.

Mungkin untuk melihat-lihat biliknya yang berimej baru.
Ilya hanya memandang lelaki itu dari bawah.

’Peliklah dia nie.’

*******
p/s:ok x??heee jgn lupa komen yea..

6 comments:

fallenmoon said...

Sukalah dgn watak Izzul :)

.:kiwi:. said...

haha.. pelik pelik aje Izzul ni... haha

apela yg jd kt dua org ni lepas ni.. huhu ^^

shamien said...

tak cukup lah mira!!lagi....Arina tu pesakit izzul tu kan?

amira said...

@fallenmoonsya pun cinta bangat ngan izzul..haha

amira said...

@.:kiwi:.biasalah hero kna jdi pelik skit..bru heroin ingt..heheh

amira said...

@shamienhehe..shamien rase???
sje jer nk wat shamien suspen..ahakzzz

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥