Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, February 18, 2011

Please Don't Go-Bab 19

“Assalamualaikum ibuku sayang!!!!”Terdengar riang suara Arina.

Ibu Erma yang baru muncul dari dapur rumah terus disalam dan dipeluk seerat mungkin.

“Waalaikumussalam.Rindu ibu dekat anak ibu nie.Kenapa tak bagitau kata nak balik?”soal ibu tua itu.

Syukur juga anak-anaknya balik pada hari restoran tidak di buka.Boleh juga mereka  luangkan lebih banyak masa bersama.

“Mana Ilya?”soalnya lagi.

Biasanya mereka akan balik bersama.

“Ada kat luar tu..”jawab Arina dengan sengih penuh makna.

“Ibuuuuu..”terdengar suara Ilya memanggil dari luar.'Aih mendayu-dayu betul suara dia.'

“Ye ye sayang,Kenapa tak masuk?”Ibu Erma pelik bila Ilya buat muka masam.

Dia berdiri di muka pintu sambil memerhatikan gadis itu.Tangan Ilya yang mengusap-usap bahagian tepi kereta diperhatikan.

“Ibu tengok la Rina bagi calar kereta Ilya.”Adunya manja.

Ibu Erma menyarungkan sandal untuk pergi melihat-lihat calar yang diberitahu Ilya.Arina sudah tercegat di muka pintu.Dia hanya tersengih.Sebenarnya kereta Ilya yang dibawanya tadi terselisih dengan pokok kelapa yang ada di tepi jalan dek kerana sakit kepalanya yang tiba-tiba saja menyerang.Bersyukur juga hanya sekejab saja sakitnya itu.Tapi kasihan pula dengan kereta Ilya yang 'cedera ringan' itu.

“Alah Ilya sikit jer.Nanti aku bagi calar kereta aku pulak erk.Biar fair..heheh”Ilya tak mapu menutup tersenyum.
'Baru tadi aku ingat nak istiharkan perang dengan minah nie,alih-alih dia buat lawak pandai pulak...isk.'

Dalam dia tersenyum itu sempat pula dia ter fikir apalah munasabahnya Arina bagi idea macam itu.

**********

Selesai makan tengahari,Arina menyepi diri di pangkin bawah pokok rambutan di tepi rumah.Ilya pula sibuk melakar dekorasi untuk restoran.Alang-alang dia sudah menjadi pereka hiasan dalaman,apa salahnya kalau dia mereka hiasan untuk restorannya sendiri.Ibu Erma pula setia mendengar celoteh Ilya.Sesekali dia akan memberidea supaya hiasan yang dicoret Ilya diatas kertas putih itu,tampak lebih sesuai dengan tema restoran.

Arina termenung panjang.

“Macamana aku nak dapatkan sign ibu nie?Kalau aku bagi surat nie,suruh dia sign and then aku cabut lari cepat-cepat dengan surat nie,ok tak?”Arina bertanya sendiri.

Walau kedengaran tak masuk akal,tapi boleh guna juga kepala otak dia nie.

Surat  kebenaran untuk pembedahan itu di tenung lama.Aih..besar masalahnya ini.
Arina mengeleng-geleng kepala.Sekejab-sekejab dia angguk pula.Dah macam lagu angguk-angguk geleng-geleng pula gayanya.

“Tak boleh…tak boleh..nanti ibu mesti nak baca.”Kali ini Arina geleng pula.

Dia termenung lagi.Teringatkan perbualannya dengan doctor Izzul di pejabat lelaki itu semalam.


“Arina sakit awak nie bukan di tahap  main-main lagi.Awak sedar tak?”Izzul sudah mula tegas.

Sudah lama dia tahan dengan sikap Arina yang suka ambil ringan dengan sakitnya.

Arina sudah duduk tak diam di kerusi itu.Apa pulak alasan aku nak bagi nie?

“Err..rasanya saya ok jer?Tak adalah sakit selalu.”Arina berkata berani.

Izzul mengeluh.Ada saja jawapan budak nie.
Badannya di sandarkan ke kerusi.

“Cik Arina…kanser otak bukan macam sakit terluka.Setiap masa rasa sakit jer.Kanser otak nie dia datang tak kira masa.Adakalanya awak ok,adakalanya tak.Dan bila sampai tahap betul-betul,kronik waktu tu barulah pesakit sedar.Lepas tu barulah nak duduk hospital,mintak ubat,nak operation la.Tapi waktu peluang untuk hidup dah memang tipis,awak sedar tak semua tu?”
Arina mencebik.Nak perli aku la tu.

'aih budak nie karang aku tarik mulut tu baru tau.Orang serius dia buat main-main pulak.'Ngomel Izzul di dlam hati,saat Arina bagaikan tidak ambil peduli apa yang dikatakannya.

“Tak apa doktor,saya selalu makan ubat.”Alasan lain pula yang keluar dari mulut Arina.

Izzul mengeleng-gelengkan kepala.Budak nie memang parah.


“Haaa..surat apa nie?”Usik Ilya sambil merampas surat yang berada di tangan Arina.Terkejut Arina dibuatnya.Sampaikan hilang semua flashback semalam.

Belum sempat Ilya membaca surat tersebut,Arina sudah  kelam kabut mendekatinya.Laju Ilya lari keliling pokok rambutan.Arina sudah cemas.

“Ilya bagilah balik.”Jerit Arina kuat.

Mukanya menggambarkan marah.Tiada senyuman di bibirnya.Ilya yang terkejut  dengan riak wajah Arina terus terhenti lariannya.Cepat-cepat Arina merampas surat di tangan Ilya dan dia segera berlari ke masuk ke rumah.Tiba di muka pintu Arina menjerit kuat.

“Tau takut.”katanya sambil ketawa,cuba menutup situasi tegang tadi.

Ilya mengurut dada.Dia ingatkan tadi Arina betul-betul marah tadi.Takut juga bila dia lihat wajah masam Arina.Rupa-rupanya ia lakonan Arina semata-mata.

'huh buat penat jer aku takut tadi.'Ilya mengomel.

Ilya duduk dipangkin itu.Fikirannya masih terfikirkan surat Arina tadi.

“Hospital…”hanya perkataan itu yang dia sempat lihat pada surat tersebut.Pelik!

‘Macam ada sesuatu saja yang Arina sembunyikan pada aku.Tapi apa ya?Berkenaan hospital ke?Tapi hospital mana?Wait..wait..kalau berkenan hospital,dia ada kaitan dengan sakit ke?ahhh..tensionnya.’

p/s:nak tye cite nie semakin melalut ke?ke ok jer??
BTW slamt mmbca n komen yea....

4 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Arina patut bagitahu Ilya dia sakit.Jgnlah rahsiakan..

Izzah Mahirah said...

rasanya sakit arina ada kene mengena dgn permasalahan rumah tangga diorang je..

okay, memandai je aku ni :P

btw, cite ni best! In a hour habis semua bab hingga 19. hehe sambung ye..

amira aihara said...

hehehe..tq dear..a'ah pndaila awk teka...skit Arina akn mengoyah sdikit cinta ant Izzul n Ilya..heee

Afifah said...

best..sambung cepat..

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥