Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Sunday, April 14, 2013

Aku..Mahukan Cinta 27 --last post dkat blog???


Uweekk, eeeuwww masin gila. Berkerut dahi Adelia menelan suapan makanan yang ditempah Julia.
Wooww. Julia pandang Adelia penuh kekaguman.
Adelia yang tengah lap mulutnya dengan tisu, buat muka tak bersalah. Apahal?
Subur betul. Baru 2 minggu kahwin.
Adelia sentap. Terus dia baling tisu di tangan tepat mengenai Julia. Nasib baik bukan garfu. Kalau tak jadi Kassim tak selamatlah si Julia ni.
Oit..tak senonoh betul. Aku suci lagi tau.
What....!!!" Julia ternganga"....suci lagi?!! .
Shhhh..kau nie kalau boleh 1 malaysia kau nak bagi dengarkan? Adelia menekan suara. Memberi isyarat supaya ton suara Julia diperlahankan.
Julia cuba bertenang. "Biar betik? Dengan suara tertahan dia bertanya.
Betiklah. Dah family kitorang tak bagi duduk serumah. Adelia menyampaikannya tanpa perasaan. Minuman susu bercampur guano disedut sedikit.
"Aiseh..korang okay tak nie? Mesti sengsara.
Adelia ketawa. Boleh pulak Julia buat muka macam ayam hilang kaki. Gaya macam mati suami pun   ada jugak.
"Yang kau nie tolong sedih untuk aku ni kenapa? Aku cool aja."
"La..tak kuciwa ke?" Julia garu kepala. Pelik. Takkan si Adelia dan Amir tak teringin nak berkasih sayang kot. Halal tu. Rugi dibiarkan saja.
Tak ada maknanya. Aku cool aja. Si hubby kesayangan aku tu yang tertungging. Adelia ketawa panjang. Iya ke Amir kuciwa tertungging? Entah- entah beriang- ria macam orang bujang.
Haish..jahat kau erk. Kesian hubby ganteng kau tu.
Adelia hanya senyum. Tiba-tiba dia menyesal fikir yang bukan- bukan fasal Amir apabila dia teringat kembali bagaimana Amir buat muka tak puas hati dengan mummy, daddy dan mak. Sampaikan mogok   tunjuk banner Amir Puasa Sebab Tak Dapat Kasih Sayang Isteri !. Adelia masa itu terkesima. Eh..apahal pulak Amir  mogok tak nak makan sebab dia?
Sudahlah tu, meh makan sini. Depan mak mertua pun nak buat perangai tak matang.
Malaslah nak makan, bukannya boleh duduk serumah dengan Didi pun.
Adelia ketika itu  terkaku. Tak sangka Amir punyai otak yang terlalu bergeliga. Pasti setiap manusia  di  vila itu terpedaya dengan lakonan mantap Amir. Lambat- lambat Adelia kembali menyambung makan dessert yang Datin Hannah buatkan. Puan Ainon disebelah sudah kuis-kuis pahanya supaya pergi           memujuk Amir. Tetapi, dia hanya buat tak tahu. Rasanya pelakon hebat lagi mantap macam Amir tak perlukan bantuan pelakon tambahan yang mungkin akan merosakkan cerita macam dia. Tambahan pula karakter kebudak-budakkan Amir yang tiba-tiba muncul sejak Puan Ainon tiba pagi tadi memang buat dia  rasa macam nak terjun bangunan. Al-maklumlah pelakon lelaki fofular. Haish.. nak termuntah hijau menyebutnya.
Didi…” Puan Ainon dah menjeling ke arahnya tajam. Adelia buat muka tak puas hati. Tapi akhirnya dia mengalah jugak.
Serious ke tak nak makan? Dari meja makan Adelia bertanya kepada suaminya yang berada di anak tangga.
Malas. Dia jawab sepatah sambil menyibukkan diri dengan I-padnya.
Ok. Sayur keladi ni Didi yang punya. Ujar Adelia teruja. Satu mangkuk sayur keladi sudah berjaya landing dihadapannya.
What? Sayur keladi? Amir yang dengar terus bergegas duduk di meja makan dengan sengihan panjang. Dah tak hiraukan mogok berserta lakonan mantapnya yang tertamat sebelum waktunya. Tapi yang pasti  semua insan di meja makan ini yakin Amir, suami yang sangat mencinta isterinya, Adelia sampai mogok tak nak berpisah rumah.
Adelia pandang Amir lama. Juga mangkuk berisi sayur keladi yang sudah bertukar tuan. Tadi kata malas nak makan?
Sekarang dah rajin.  Amir membalas dengan kenyitan matanya. Cuba menggoda si isteri.
Insan-insan lain yang berada di meja makan hanya mengeleng-gelengkan kepala. Kecuali Puan Ainon yang tersenyum puas bila sayur keladi buatannya jadi rebutan tengah hari ini.
"Terima kasih."
Adelia tersentak dari lamunannya. Terkejut dengan suara Julia yang berterima kasih kepada pelayan. "Order lagi?"
"Lapar." Julia buat muka manja dengan tangan yang mengosok-gosok perutnya.
Adelia mencebik. Lapar ke nafsu?
"Eh.. kau tak jawab pun soalan aku?" Dengan mulut penuh makanan, Julia bersuara. Adelia pulak tengah blur.
"Soalan apa?"
Julia pandang lama. "Kan tadi aku tanya mana suami kesayangan kau tu di hujung minggu yang permai ini."
Adelia garu kepala kerana dua sebab. Pertama, bila masa dan ketikanya Julia bertanya? Adakah semasa dia tengah mengelamun teringatkan Amir? Yang kedua ialah kerana dia sendiri kurang pasti dengan jawapan untuk soalan Julia.
######
            Dari jauh Amir memerhatikan Azriena yang baru melepasi pintu utama DECTAR selepas menerima ijazahnya. Dia nampak seperti tercari-cari kelibat seseorang. Amir tak pasti siapa. Dengan keluhan berat dia melangkah mendekati Azriena dalam kesesakan ramai. "For you." Jambangan bunga mawar warna merah hati disuakan betul-betul separas wajah Azriena. Gadis itu yang tadinya terkejut, terus senyum panjang melihatkan wajah jejaka idamannya depan mata.
"Tak sangka awak datang." Dia teruja.
Amir senyum sedikit. Agaknya kalau dia tak datang, mungkin tiada lagi orang lain yang akan peduli dengan hari konvokesyen gadis manja ini. "So..mana kawan-kawan awak yang lain?" Amir pandang kiri kanan. Mencari kawan-kawan Azriena walaupun ia hanya sia-sia memandangkan dia langsung tak kenal mereka. Lagipun masakan kawan-kawan gadis ini akan bersamanya padahal mereka sudah ditunggu- tunggu famili masing- masing untuk mengucapkan tahniah ataupun untuk mengabdikan potret bersama. Jelas disekelilingnya penuh dengan  siswa-siswi yang baru grad, sibuk dengan famili masing- masing. Kecuali.... Azriena. Gadis itu hanya diam memandang Amir dengan tangannya erat memeluk skrol dan jambangan bunga.
        "Riena.. Sorry papa lewat."
Azriena tersenyum. Dia terus menyalami Dato' Azman yang baru muncul dari kesesakan ramai. Amir yang melihat berlagak selamba. Padahal dia terkejut dengan drama yang baru memasukkan watak antagonis. Fikirannya juga penuh dengan tanda tanya. Kenapa Dato' Azman datang sini? Macamana Dato' Azman semesra ini dengan Azriena? Dan adakah semua ini lakonan Dato' Azman semata-mata, walaupun wajah kedua- dua insan di hadapanya ini nampak sangat ikhlas? Ahhhh.. dia cukup tension dengan permainan ini.
"Papa, kenalkan, ini kawan Riena, Amir Isyraf. Dan Amir, ini papa tiri saya, Dato' Azman." Dengan perasaan sangat gembira dia memperkenalkan mereka. Tak sangka sekarang ini banyak kejadian yang baik-baik berlaku terhadapnya.
Dato' Azman menghulurkan salam. Lambat-lambat Amir menyambut. Nampak wajah lelaki awal 40an itu yang penuh senyuman dan Amir yang penuh ketegangan.
"Kenapa Mr Amir? Macam tak suka saya saja?" Dato' Azman bertanya dengan penuh yakin. "Jangan risau. Kita bukan hidup di zaman cinderella." Dia menyambung.
Amir ketawa buat-buat. Sengal betul kepala otak Dato' Azman. "No. I'm not worry even if kita hidup dalam zaman cinderella. Cuma saya takut kita dah termasuk dalam dunia cinderella moden. Who knows, kan Dato' Azman?" Amir tekan intonasi suaranya. Dia senyum sinis.
Azriena tiba-tiba ketawa. "Tak sangka papa dengan Amir layan cinderella." Dato' Azman turut ketawa sambil mengusap-usap rambut anak tirinya yang nampaknya langsung tak mengesan perubahan situasi.  Amir pandang tajam segala perlakuan Dato' Azman. Apa rancangan lelaki itu sebenarnya.
"Come, Mr Amir join us." Tiba- tiba lelaki itu mengajaknya mesra. Azriena turut tersenyum. "Kitorang nak pergi ambil gambar potret dan lepas tu nak makan petang dekat bangi. Awak ikut ya?" Azriena juga mempelawa.
 "Sure..saya takkan lepaskan peluang ni."  Dia berkata sinis dengan mata yang tak terlepas dari wajah  Dato'Azman.
Lelaki tua itu tersenyum. "Saya takkan halang." dia membalas

              "Oit tengok apa tu, cepat la kata nak beli bunga untuk Kak Sara. Jap lagi dia merungut pulak kena tunggu lama. Kempunan den nak pau coklat yang dia dapat."
              Eima tersentak. Dia hanya menonong mengikut tarikan lengannya oleh Fatonah. Namun matanya masih terpaku pada 3 figura manusia yang sibuk memotretkan diri dalam keadaan sesak dan bising. Sungguh tak sangka dia masih dengan senior itu.
######
" Along, abang Amir pergi mana?" Dia bertanya, bila melihatkan kakaknya yang bersenang-lenang depan televisyen.
"Entah tak tahu."
"Along nie... suami sendiri bukan tahu nak jaga." Eima tak puas hati. Inilah padahnya kalau suami isteri duduk berasingan. Seorang ke hulu, seorang ke hilir.
"Ala pandai-pandai dia la jaga diri sendiri. Dia bukan budak kecik lagi." Adelia jawab endah tak endah. Dia bukannya tak hiraukan Amir, cuma dia tak nak Eima masuk campur hal mereka. Eima pulak nampaknya sudah naik geram.
"Kalau ada perempuan lain yang tolong jagakan dia untuk along macamana?" Eima cuba memprovok. Apabila kakaknya buat tak tahu, segera dihalangnya pandangan mata Adelia yang terpaku ke arah skrin televisyen dengan badannya yang tak sebeberapa besar.
"Apasalahnya mummy jaga dia." Adelia bersahaja. Dia masih tak faham kiasan Eima. Rasanya terlalu tinggi bahasa yang digunakan untuk dicerna secara dalam oleh otaknya yang masih risau tentang Amir. Selalunya Amir akan menelefon tak pun SMS terutamanya hari minggu begini. Tapi hari ini dah hampir jam 11 malam, Amir masih belum menghantar 'laporan harian' kepadanya.
Satu yang dia perasan Eima bagaikan beria-ria mahu ambil tahu hal mereka suami isteri. Kenapa ya? Mak upah dia jadi spy ke?
"Aaah....geram, geram, geramnyaaaa...l" Eima menghempas badan ke sofa bersebelahan Adelia. Frust dengan kakaknya yang buta kiasan.
"La kenapa nie?" Adelia buat-buat bertanya. Belum sempat Eima membalas terasa ada silauan cahaya kereta dari arah tingkap menganggu penglihatan mereka. Tanpa sedar Adelia tersenyum dan Eima mencebik. Abang Amirlah tu.
Sengaja Adelia melengahkan masa membuka pintu. Tak mahu nampak sangat yang dia tertunggu-tunggu berita Amir. Dan sekarang sungguh tak sangka tuan badan sendirinya pula yang muncul di tengah malam ini.
"Kenapa datang sini? Nanti jiran fikir apa pulak." Ayat itu yang terlontar dari mulut Adelia tanpa sempat ditapis. Tapi sememangnya dia sebagai perempuan amat risau akan hal tersebut. Maklumlah tak ramai yang tahu mereka sudah bernikah.
Tanpa sempat bersuara lagi, Amir tiba-tiba memeluknya kemas. Adelia terkesima tetapi dia membiarkan sahaja perlakuan suaminya. Sejak Amir turun dari kereta lagi dia sudah syak yang Amir ada masalah. Dia ingatkan itu hanya lakonan sebab Amir selalu kenakannya dengan mimik wajah begitu.
"Sorry." Lama dan akhirnya Amir bersuara perlahan. Pelukannya masih kemas. Mulanya Adelia biarkan sahaja. Tetapi bila dia rasa lemas, segera pelukan suaminya dilepaskan. Dia tak sanggup dipeluk begitu. Takut nanti susah dia nak lepaskan Amir pergi.
"Err..sorry kenapa?" Dia bertanya.
Amir menggelengkan kepala. "It' not so important for you to know. But please say.... you forgive me."
Demi mendengarkan ayat itu, kening Adelia berkerut seribu. "Macamana saya nak maafkan awak kalau saya tak tahu salah awak."
Amir menghelakan nafasnya. Mana mungkin dia berterus- terang. "Pleaseeee... Say it, Didi."
Adelia semakin pelik. Tetapi dia ikutkan juga kemahuan Amir.
"Thank you so much dear." Dia kembali ceria. Tanpa dapat dikawal dia peluk Adelia lagi. Eima yang melihat sejak tadi berdehem dengan muka kelat.
"Eh ... Eima kat sini lagi?" Adelia bertanya dan berusaha melepaskan pelukan Amir. Dia jadi malu. Ingatkan tadi Eima dah naik atas, tidur.
"Errmm..kenalah duduk sini. Nak kawal orang tu." Dia berkata dengan penuh maksud tersirat.
Amir hanya senyum dan melangkah mendekati sofa. Belum sempat sofa didudukinya Adelia menarik lengannya. "Awak, tak eloklah masuk rumah nie, mak dah balik kampung . Awak balik erk?"  Adelia menghalau secara lembut. Tak nak Amir kecil hati dan pada masa sama tak nak jiran-jirannya nampak.
"Alaa..kejap aja. Nak tengok isteri sendiri pun tak boleh ke?" Amir bersuara manja. Adelia sudah menggelengkan kepalanya. Amir, terlalu drastik dia mengubah karakternya. Hurm..you are so easy to please. Hanya kerana ayat I forgive you, dia boleh jadi seceria ini.
Eima yang mendengar, mencebik. "Petang tadi tak teringin pulak nak tengok isteri sendiri." Tanpa memandang Amir, dia bersuara.
Amir dan Adelia berpandangan. 'Kenapa dengan si Eima tu.' Dengan isyarat badan Amir bertanya Adelia.
Adelia menjongketkan bahu. Dia juga tak faham dengan perangai Eima sejak gadis itu pulang rumah lewat petang tadi.
"Awak ada buat salah apa-apa ke dengan dia?" Adelia bertanya risau. Dia mula membetulkan silanya lalu duduk berhadapan Amir di atas sofa.
Amir buat muka pelik. "Mana ada, saya jumpa  dia pun tak. Inikan pulak nak cari pasal."
"Habis tu kenapa dia bad mood?" Adelia pandang Amir dan Amir pandang Adelia balik.
"Datang bulan kot." Akhirnya Amir menembak rambang. Sebab biasanya perempuan kalau datang bulan, mesti asyik nak sembur orang aja, kan?
Adelia berfikir sejenak. Kemudiannya dia mengelengkan kepalanya laju. "Tadi saya nampak dia solat."
"Then, kenapa dia bad mood?" Amir bertanya bagikan mendesak.
Adelia buat muka monyok. "Janganlah tanya saya. Saya tak tahu." Manja suara Adelia buat Amir tersenyum. Cara macam nak goda suami saja. Nantinkarang tak jadi pulak dia nak balik vila.
"Aahhhh.." Tiba- tiba Eima menjerit. Terus dua pasang mata yang tadinya bertentangan kini sudah difokuskan pada satu arah yang sama. Eima. "I'm here." Dia memberitahu kuat.
"Err...yeah. We know." Amir menjawab.
"So boleh tak anda berdua bersembang, macam Eima ada dekat sini."
"Yeah, we are doing it, now." Adelia pula menyampuk. Amir disebelah mengangguk-anggukkan kepala. Tanda setuju dengan bicara Adelia.
" Then, asking me directly. Tak payah nak try and error."
"Owh..boleh erk?" Adelia bertanya.
Eima dah tahan geram. Amir pulak dah siap ketawa. Kelakar betul Didi ni.
"Kenapa Eima bad mood sangat hari ni. Putus cinta erk?" Adelia bertanya dan meneka. Eima pandang tajam wajah kakaknya. "What? Tadi suruh tanya." Adelia buat muka tak bersalah. Dia pandang Amir. Mintak sokongan.
"Malaslah nak layan. Eima nak naik atas,tidur." Akhirnya Eima mengalah. Naik pening kepalanya dengan situasi tadi. Seketika kemudian dia berpaling.  "And ... Abang Amir, I'm watching you."
Ternganga Adelia mengekori langkah Eima sehingga menghilang. "Awak dengan Eima dah jadi musuh ke?" Dia masih dengan wajah terkejut. Amir buat muka hairan.
" Tak lah."
"Habis tu?"
"Baru datang bulan kot."
"Owhhh...."


 p/s: sorry sgt2 sbb lmbat post, syg2 ku..heheh...hepy reading. 
p/ss: rasa mcm nk hentikn posting seketika sebb nak siapkn mss...heheh..boleh x?





Monday, March 4, 2013

Aku..Mahukan Cinta 26


Suara riang itu menggamitnya mendekati taman mini milik Datin Hannah. Kelihatan ibunya bersama Adelia tergelak-gelak dengan keletah Mickey si arnab putih yang dibela. Sesekali Datin Hannah menunjukkan cara menjinak Mickey. Tak susah cuma perlu mengusap-usap di bahagian tengkuknya sahaja. Macam kucingkan? Memang pun.
            Happy nampak?”  Dia menegur.
Serentak itu dua wanita di hadapannya berpaling. Adelia senyum sikit. Tak menjawab soalan Amir apabila dia tak pasti untuk siapa soalan itu ditujukan. Last-last dia hanya membiarkan soalan itu tanpa jawapan.
Datin Hannah pula hanya diam dengan pandangan hairannya. “Nak pergi mana nie?” Dia bertanya dengan mata yang memandang Amir dari atas bawah. Gaya macam mahu keluar bersiar-siar. Tapi seingatnya, semalam anak bongsunya ini cakap nak duduk rumah saja di hari minggu ini. Nak merehatkan diri bila semalam dia terpaksa ke ofis atas urusan pejabat yang tak dapat dielakkan sehinggakan anak lelakinya itu pulang dengan wajah lesu. Sungguh dia rasa pelik saat itu.
Amir merenung Adelia. Semalam dia ke ofis seorang diri. Tanpa Adelia. Walaupun kini Adelia sudah menjadi full time consultant di syarikat mereka, tetapi mereka berusaha supaya tak selalu nampak bersama demi menjaga rahsia dari staf-staf di Inline Architecture. Semalam juga dia menghubungi Puan Ainon. Memberitahu bahawa mereka ingin menginap di villa buat 2 atau 3 malam sebelum menghantar Adelia pulang. Syukur kerana Puan Ainon, Dato’ Ariff dan Datin Hannah sudah bersepakat membuat keputusan supaya Amir dan Adelia tidak tinggal sebumbung sebelum hari persandingan mereka tiba berkuatkuasa minggu depan. Bak kata orang-orang tua, tak nak seri pengantin mereka hilang. Mulanya memang Amir gembira sebab tak perlu dia susah payah meng’cover’ pernikahan mereka kepada orang sekeliling bila mereka tinggal sebumbung, tapi..ahhhhh rugilah pulak rasanya tak berada berdekatan isteri tersayang yang sudah sah baginya. Tetapi dia nak buat macamana? Demi rahsia pernikahan, terpaksalah dia setuju separuh hati, apatah lagi semalam Dato’ Azman muncul membawa masalah baru kepadanya.
“Nak keluar kejap, Mummy. Jom Didi.” 
“Hahh?” Adelia terkejut saat Amir menarik tangannya tanpa sempat untuk dia bersedia. Beg tangan pun dia tak sempat nak masuk ambil. Nasib baik juga pakaian dia baik-baik sahaja untuk keluar rumah.
“Nak pergi mana ni?” Setelah lama menyepi dalam CRV Amir, Adelia bersuara. Namun Amir hanya diam diri dengan reaksi muka yang kosong. Dahi Adelia sudah kerut seribu. Mogok ke ni? Tapi sebab apa? Rasanya macam tak ada motif untuk Amir mogok bisu.
“Okay. Dah sampai.” Akhirnya Amir bersuara. Dia menanggalkan tali pinggang keledar dan terus keluar.
Adelia memerhati dari dalam kereta. Mentafsir sesuatu. Amir nampak macam orang yang susah hati dan datang ke sini hanya untuk meleraikan gundahnya. Susah hati sebab apa? Sebab kahwin drastik dengan dia ke?
Tok..tok…Adelia terkejut. Amir dah berdiri sebelah kereta sambil mengetuk cermin kereta. Memberi isyarat menyuruhnya turun. Nampak sangat komunikasi antara mereka hari ini ditahap terendah. Amir pun jarang-jarang bersuara. Dia? Kalau Amir tak bersuara, dia lagilah mati akal.
“Buat apa datang sini?” Adelia menyoal serius. Berjam-jam dalam kereta, hanya untuk datang ke sini? Sudahlah ke mari sehelai sepinggang saja. Kad pengenalan pun dia tak bawa bersama. Paling dia geram dengan perangai Amir yang berubah tiba-tiba. Sejak lelaki itu balik ofis semalam, dingin saja sikapnya. Tak ada pun usikan-usikan romantik.
Amir yang sudah melangkah ke hadapan menoleh dengan senyuman yang hanya sedikit. “Saja. Nak ambik angin. Nak tenangkan diri.”
“Tenangkan diri? Ada masalah ke?” Adelia mula rasa bersalah. Tak baik dia mengutuk suami sendiri. Entah-entah lelaki ini punyai masalah di syarikat.
“Siapa?” Amir menyoal. Blur seketika sebelum dia melabuhkan duduknya di tepi pohon Ru.
“Awaklah.”
“Kenapa I pulak?”
“Dah tu, awak yang cakap nak tenangkan diri.”
“Tenangkan diri, tak bermaksud ada masalah. Cuma nak rehat-rehat sambil tengok alam  aja.”
“Tu nak beriadah. Bukan tenangkan diri.” Adelia geram. Nak beriadah aja rupanya. Ingatkan ada masalah dunia tadi. Tapi…kalau tak ada masalah, kenapa dia berperangai pelik.
“Bukan sama aja ke?”
“Lebih kurang sama tapi situasi tak sama.”
Tak sama ke? Amir mula berfikir logiknya kata-kata Adelia. Namun tiba-tiba dia rasa pelik. Apasal dia kena fikir soalan bahasa melayu ini? “Dahlah. Malas nak fikir. Balik nanti I tengok kamus DBP ya,” dia memutuskan. Matanya kembali pada ombak-ombak yang menghempas pantai. Bila sedar Adelia masih berdiri jauh darinya, terus dia gamit Adelia duduk bersebelahan.
“Nanti basah seluar.”
“Pasir ni tak basahlah. Lembab sikit aja.”
Adelia akur. Dia duduk memeluk lutut di sebelah Amir di atas pasir pantai Port Dickson. Turut merenung ke hadapan. Bunyi ombak ini memang mengasyikkan. Buat dia rasa seperti didodoi.
“Kenapa awak kahwin dengan saya ya?” Entah kenapa soalan itu meniti lancar di bibirnya.
Serentak Amir berpaling memerhatikan wajah Adelia yang tenang di sisi. Dia mengeluh perlahan. Jawapan apa yang ingin dia kasi? “Entah,” dia menjawab sepatah.
“Entah?” Adelia mengulang jawapan Amir. Suatu jawapan yang ternyata meleset dari apa yang dia fikir. Dia memandang suaminya itu lama. Meminta penjelasan atas jawapan ‘entah’ tadi. Namun Amir hanya senyum sekilas padanya sebelum lelaki itu sekali lagi hanyut dengan menungnya. Sedikit sebanyak Adelia rasa sedih. Sedih kerana Amir bagaikan terpaksa mengahwininya tanpa secubit pun rasa ikhlas menerima jodoh ini. Dan secara tiba-tiba dia rasa dirinya bodoh sangat. Bodoh kerana menerima pernikahan ini tanpa mendengar sebab yang kukuh dari Amir. Malah alasan kenapa Amir ingin menikahinya juga dia tak ambil peduli. Apa sebenarnya niat Amir? Betulkah Amir mengahwininya kerana rasa cinta? Atau Amir sengaja mahu main-mainkan perasaannya? Tapi…untuk apa?
“Saya tak tahu… nak fikir positif ke negatif?” Adelia bertanya perlahan. Lebih kepada persoalan untuk diri sendiri.
“Fikir apa yang hati you nak.” Amir membalas juga perlahan.
Pantas Adelia pandang Amir dengan pandangan penuh kemusykilan. Dia mula rasa bahawa dia tak kenal siapa Amir Isyraff b. Dato’ Ariff. Semalam lelaki ini penuh dengan gurauan. Kata-katanya menghiburkan walau kadang-kala suka menyakitkan hati. Tetapi pagi ini, dia nampak…. lain. Pasif dan hanya suka mendiamkan diri. Semalam pun Amir hanya mengikut apa yang dia cakap. Tak membantah langsung bila dia menyuruh Amir tidur di atas sofa. Selalunya mereka pasti akan berperang bantal terlebih dahulu. Bila sudah penat mengacu senjata bantal, akhir sekali kedua-duanya tumbang. Yang kalah atau menang akan tetap mendapat katil. Yang menjadi pertahanan di tengah-tengah pula hanyalah bantal peluk. Dan biasanya bantal peluk tersebut tiba-tiba saja ghaib bila pagi menjelma. Yang malunya mestilah Adelia, kerana tatkala dia bangun Amir dah tersenyum nakal. Entah waktu bila dia peluk Amir masa tidur pun dia tak pasti. Tetapi semalam dengan relanya Amir menjadikan sofa sebagai tempat tidurnya. Ahhh…pelik betul dengan perangai suaminya ini. Bad mood semacam. Benci!
“ Apa masalah awak nie? Kalau awak tak suka kahwin dengan saya bagitaulah terus-terang?”
“Eh, kenapa nie?”
“Awak tak nampak ke saya tengah marah?”
“Nampak.”
“Dah tu tanya lagi?”
“Memang la kena tanya. Dah you marah tiba-tiba.”
“Yang awak tu, tak bad mood tiba-tiba ke? Dari semalam bad mood. Tension tau tak!”
“Ehh..sepatutnya I yang tension, bukan you.”
“Apasal pulak?”
“Sebab I bad mood.”
“Owhh…” Adelia berfikir sejenak. Betul jugak tapi.. “Awak ingat orang yang tengok orang bad mood, tak tension ke!?”
“Tension..”
“Haa..see. Awak pun tahu orang lain akan rasa tension bila tengok awak bad mood. So..janganlah bad mood. Saya tak suka.” Adelia meminta perlahan. Selesai ayat dia hanya tunduk bermain main pasir dengan ranting kecil yang dipungut.
 Sorry.” Amir ucapkan kata itu bagaikan berbisik. Wajah Adelia dipandang lama. Sanggupkah dia libatkan Adelia dalam kes ini? Sanggupkah dia membiarkan wajah yang penuh innocent ini, tiba-tiba bertukar jadi ketakutan. Dan sanggupkah dia pertaruhkan nyawa gadis ini hanya kerana dia sudah mengahwininya. Amir mengeluh. Dia membuang pandang ke hadapan. Apa pilihan yang dia ada? Dia bertanya sendiri.

Monday, January 28, 2013

Aku.. Mahukan Cinta 25


 “Apasal pulak I yang kena duduk rumah?” Amir merungut. Disandarnya badan ke kepala katil dengan perasaan tak puas hati. Matanya memerhatikan tajam segala gerak-geri si isteri yang sudah lengkap memakai pakaian untuk ke ofis. Ahh.. rugi jugak masuk bilik lambat lepas sarapan tadi. Kalau tak dapat jugak peluang keemasan. Ini tak masuk-masuk aja Adelia dah siap segalanya. Tinggal nak gerak ke ofis aja. Bukan setakat peluang keemasan, peluang kegangsaan pun tinggal dihujung tanduk aja..Eh!Gatalnya kau, Amir.
“Yelah, sebab awak boss. Saya temporary project consultant aja.”
“ Tapi boleh aja kalau kita pergi ofis sama-sama kan?” Amir masih tak putus asa.
“Boleh, kalau awak nak staf-staf awak mula curiga kenapa awak dan saya cuti pada hari yang sama dan start kerja pada hari sama jugak. Nak ke jadi macam tu?”
“Okay aja.”
“Okay, fine. I don’t care. Yang  nak tanggung problem awakkan, bukan saya.” Adelia berkata selamba. Geram pun ada jugak. Dari mereka berada di taman tadi, Si Amir ni asyik nak cari pasal aja. Sudahlah dia tengah sibuk menjalankan misi pencarian telefon bimbit yang entah ke mana hilangnya.
Amir pandang Adelia tajam. “Arghhhh.”  Dia menjerit sambil meramas-ramas geram rambutnya. Cuba  melepas rasa teraniya oleh isteri sendiri.
Adelia sembunyi senyum. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. “Boleh tolong call phone saya tak?”
Call sendiri.”
Eh eh. Merajuklah tu. Ingat isteri awak nie nak pujuk ke? “Okay, saya guna phone awak kejap erk. Awak letak nama apa?” Adelia bertanya sambil meneliti nama- nama dari senarai contact Amir.
“Isteri kejam!”
“Haaaa..?” Adelia terkejut. Dia tatap wajah masam Amir. Iskk..tu dah macam doa aja. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa sebab suami murka.
Amir mengeluh perlahan. Kesian pulak tengok wajah terkejut Adelia.
My love.” Dia berkata perlahan. Pandangannya dihalakan pada skrin televesyen yang terpasang sejak tadi.
Adelia senyum panjang. Dia mula mencari nama ‘My Love’. Namun selepas itu, dia tersentak. “Kenapa ada My love 1 dengan My Love 2 nie? Awak curang erk? Eeeei …itulah kerja playboy. Tak cukup satu.” Adelia rasa geram bercampur sedih. Nak aja dia baling handphone canggih ini keluar tingkap. Biar berkecai. Nak kata dia ada dua nombor, memang mustahil. Dia tak suka guna banyak nombor. Sejak dia guna telefon bimbit, baru dua kali nombornya bertukar. Itupun sebab sim kad nombor lama hilang setahun lepas.
Amir terdiam. My Love 1 and My Love 2? Owhhh..dia tersenyum sendiri. Kenangan hampir setahun dahulu kembali berada di minda.
“Ehhhh..bro kita tanya perempuan tu la.”
“Iskk..tak payah la. Guna GPS sudah. Bukannya sesat dalam hutam amazon pun.” Khairul membantah. Nampak sangat tujuan utama Amir bukan sekadar bertanya tempat tapi nak bertanya nombor phone. Memang tak habis-habis dengan playboynya. Kata nak insaf, tapi rasanya dah berbulan dengar tapi tak jugak insaf-insaf. Semakin menjadi-jadi adalah.
“Ala..relax arr. Kau ingat GPS ni betul sangat ke?”
“Yelah tu, kata GPS tercanggih abad ni.”
“Heheh..tak boleh nak turn back la, aku dah siap parking kereta depan dia ni.” Amir senyum. “Kau tunggu dalam kereta. Aku keluar tanya kejap.”
“Keluar tanya ke keluar jual minyak?” Khairul menyoal geram.
“Kau rasa?” Amir senyum seraya mengenyitkan matanya.
Ahhhh..dasar playboy. Bagitau mummy kau karang, baru tahu.
“Errr…cik, nak tanya sikit boleh?” Amir senyum sehabis manis. Berbeza dengan perempuan di hadapannya ini yang memandangnya seperti pesalah yang perlu dihukum gantung. Agak seram.  Tapi tak apa. Mungkin juga itu taktik perempuan ini untuk jual mahal. Eh..ye ke?
Adelia masih belum bersuara. Hanya diperhatikan tindakan lelaki ini yang kembali ke kereta mengambil sesuatu. Haaah.. se..suatu? Pisau ke? Dia nak merompak? Ahhh…serius ke nie? Tapi…dia pakai baju melayu. Siap naik kereta CRV yang smart tu. Ehh…Hello Adelia jangan ingat manusia yang mengenakan baju melayu tak mencuri ya.  Kalau dah niat mencuri, merompak, meragut dan segala ‘me’ lagi, pakai baju apa pun dia tetap akan buat kerja tak senonoh tu. Eh..betul jugak. Oh my god. What should I do?
“Okay Didi, relax.”  Adelia menenangkan diri sendiri. Dia menfokuskan matanya. Macam benda petak warna ungu. Apa tu? Hahhhh…Sapu tangan yang ada kloroform ke? Dia nak culik aku? Ahhhhh..makkkkkkkk.
“ Err..cik, owhh cik.” Amir pelik. Boleh pulak perempuan cun nie melayan perasaan dekat sini. Culik karang baru tahu. “Cik..”
“Awak nak culik saya erk?!” Adelia sedikit menjerit.
Amir dah ternganga dengan soalan mengejut itu. Tapi dasyat jugak perempuan ni. Macamana dia tahu apa yang Amir fikir. Anak nujum tak? “Ehhh..mana ada. I just nak tanya jalan aja nie?”
“Ohhh. Iya ke?” Ton suara Adelia diturunkan sedikit. Tetapi dia masih kurang percaya.
“Iya.” Amir menyakinkan.
“Err..jalan apa?” Adelia masih ragu-ragu. Tapi bila diteliti gaya lelaki ini macam tak ada ciri-ciri penculik atau perompak pun.
“Nie.” Amir menunjukkan alamat rumah pengantin lelaki pada kad kahwin yang dibawa.
Adelia termalu sendiri. Patutlah pakai baju melayu dengan sampin bagai. Nak pergi rumah kenduri rupanya. “Ermm..kejap ya saya tengok.” Dia meneliti alamat tersebut. Lama. Lama. Dan tenungan paling lama.
“Err..cuba ikut peta dekat belakang kad nie. Nanti jumpalah tu.” Adelia sengeh.
Bummmm. Amir dah jatuh rahang. Punyalah lama dia tunggu perempuan ni fikir, kot-kot la dia nak tunjukkan jalan sampai depan pintu rumah pengantin ke, but lastly….. itu aja yang dia dapat? Memang betullah cakap Khairul, dia patut tanya GPS aja.
Adelia masih sengeh. Aisehh..rasa kejam pulak bila suruh lelaki ini tengok peta aja, tapi aku pun bukan orang sini. Setakat ibu negeri aku tahulah.
“Err..kalau sesat macamana?”
“Err.. kereta awak yang smart tu tak ada GPS ke?”
“Tak ada.” Tipu sunat.
“Owhhh..” Adelia terdiam. Blur seketika. Macamana kalau dia sesat. Dah la nak pergi kenduri. Karang sampai-sampai aja, orang dah sibuk nak kemas. Entah-entah khemah pun dah dirobohkan masa itu.
“Ermm..okay macam ni. Boleh bagi nombor phone awak?” Amir berlagak serius dengan cadangannya.
“Nak buat apa?” Adelia mula rasa pelik.
“Kot-kot saya sesat, boleh call awak tanya direction yang betul.”
Haa?..Adelia garu kepala. Sejak bila pulak dia nie jadi Google maps. Nak tanya direction bagai. Dekat tempat sendiri pun  dia selalu kena buat U-turn sebab asyik sesat, inikan pula dekat tempat orang. Haishhh. Ehh..wait, takkanlah nie taktik nak mengorat kot.
“Iya ke takut sesat? Ke taktik nak mengorat. Tapi kan taktik nie dah lapuk la. Kalau lelaki tu playboy dia takkan guna taktik ni dah.” Adelia semakin berani. Maklumlah lelaki ini nampak baik saja. Lainlah kalau muka samseng dengan tatu bagai. Mahu kecut perut dia. Waktu itu bukan setakat cakap, nak bernafas pun dia rasa semput.
“ Hahah..Adoi..ye ke? So saya salah guna taktik la nie.”
Gotcha! Pandai jugak aku teka ya. Dia memuji diri sendiri.
“Saya memang nak mengorat awak tapi kan…saya still takut kalau saya sesat. So nah…ini kad saya. Ada nombor phone dekat situ.” Ujar Amir sambil menghulurkan kadnya.
Lambat-lambat Adelia mengambilnya seraya memikirkan sesuatu.
“Untuk apa kad nie?”
Incase saya sesat nanti.” Amir senyum. Adelia fikir panjang.
“Tapi….kalau awak sesat, macamana saya nak tahu awak sesat waktu bila? Dan macamana awak boleh expect yang saya akan call awak right after awak sesat?” bertubi-tubi Adelia menyoal.
 Oh god, macaman saya  boleh tak terfikir,ya? Haishhhh…” Amir tepuk dahi. “Errmm..It’s okaylah, kalau macam tu. Nak buat macamana kan. I think I have to go. Kawan saya dah tunggu lama tu.”
“Eh.kejap.” Adelia mengambil pen di dalam beg tangannya. Dia mencatit sesuatu di belakang kad yang Amir bagi tadi.
“Nah..nombor phone saya. In case kalau sesat nanti, call lah.” Dia menyerahkan kembali kad Amir yang mengandungi nombor telefon bimbitnya.
Amir kawal senyum. “Thanks ya.” Dia terus mendapatkan keretanya. Seketika kemudian dia berpaling. “You know what. Kalau playboys professional kan dia akan mix and match kan old tactic dengan the new one untuk dapat nombor phone ni.” Amir berkata dengan senyuman penuh menggoda bersama lagak playboy. Tangannya melambai-lambai bersama kad yang sudah tertera nombor Adelia.
Adelia yang baru tersedar akan tactic mengorat lelaki tadi, terus terkaku. Tapi selepas itu dia senyum saja. “Dasar playboys cool and smart.”  Dia memuji
Dari jauh Adelia hanya memerhatikan CRV itu meluncur laju. Kemana? Dia pun tak pasti dengan alamat rumah pengantin tadi.
“ 18. 34 minit. The longest time kau guna untuk dapatkan nombor phone perempuan. Ermmm..why huh? Dah merudum ke kerjaya playboy kau?” Khairul senyum sinis.
Relax la bro. Yang baik takkan mudah dicapai.”
“Haha..Iyalah tu.”
#####
 “Mana satu, nombor saya nie?” Adelia bertanya geram. Handphone canggih sangat sampaikan dia tak tahu macamana nak tengok nombor phone My Love 1 and My Love 2.
“Bak sini.” Amir mengambil handphonenya. Hilang sudah kenangan yang diimbau. Dia kemudiannya mendail nombor telefon bimbit My Love 2.
“Yeayyy..dah jumpa. Thanks ya.” Adelia gembira. Segera dia mencapai telefon bimbitnya yang tersorok dibawah bantal dan segera turun ke bawah. Terlupa untuk bersalam dengan suaminya. Juga terlupa dengan ‘kecurangan’  Amir.
Amir hanya memandang. Dia senyum sedikit. “Haishh.. nombor phone sendiri pun tak perasan.”
Dalam leka itu, tiba-tiba phonenya berbunyi. Mummy’s calling.
####
“Mak, Didi dah pergi kerja erk?” Tergopoh-gapah Amir menuruni tangga. Puan Ainon yang sedang sibuk memvakum karpet merahnya memandang pelik. Aik..baru aja nikah beberapa hari, dah buat hal masing-masing ke?
“ Dekat luar lagi kot. Tadi dia tengah panaskan enjin kereta. Cuba Amir pergi tengok.” Puan Ainon memberi saranan. Amir segera keluar mendapatkan Adelia.
“Didi.”
Adelia menoleh. Amir nampak termengah-mengah. “Mummy call. Dia tanya kenapa menantu dia tak jenguk-jenguk dia pun?”
“Haaa?” Adelia ternganga. Aduhai..macamana dia boleh lupa yang dia dah ada keluarga mertua. Habislah dia. Dah  dua hari nikah,tapi dia masih belum berkenalan dengan keluarga mertuanya secara rasmi. Mesti dia dah di cop sebagai menantu derhakakan? Ahhhhhhh….
“Err..awak..nak buat macamana nie?” Dia gelabah.
“Masuk dalam, pergi tukar baju lepas tu kita balik rumah sana.”
“ Sekarang ke?”
“Habis tu tahun depan?”
“Takuttttt.”
“Siapa suruh cari pasal.”
“Tolonglaaaaa.”
“I tengah tolonglah nie. Dah cepat tukar baju.”
“Nie semua awak dengan perempuan hari tu punya pasal la.”
“Perempuan hari tu?” Amir menjongketkan keningnya. Adelia dah gelabah. Jangan Amir cop dia sebagai seorang yang cepat cemburu sudah. Bukan dia tak faham yang si  Amir nie playboy. So banyak aja perempuan yang dia kena hadapi bila dah jadi isteri nie. Salah satunya perempuan di villa keluarga Amir hari tu. Siap berpeluk sakan lagi. Itulah penyebabnya kenapa dia terbantut nak bertemu dan berkenalan dengan keluarga Amir. Bukan dia sengaja mengelat tau.
“Gadis hari tu ke?” Amir senyum panjang.
Adelia sudah mencebik muak. Rasa nak termuntah. Gadis? Eleh gadis la sangat perempuan hari tu. Benci arrr.
“Cakap la orang tu jealous.” Amir senyum extreme lagi. Dia menolak perlahan bahu Adelia dengan bahunya berkali-kali bila isterinya hanya diam. Malulah tu.
“Malas nak jealous. Kalau saya nie cepat jealous dah lama saya bunuh diri sebab tak tahan dengan sikap playboy awak tu. Dah berapa orang perempuan saya tengok duk menyendel dekat awak, saya cool aja.”
“ Haha..okay, okay. I faham. Mrs Didi nie memang tak jealous macam gadis hari tu yang cabut lari dengan teksi  sebab nampak hubby dia bermesra dengan gadis lain kan? Siap kena kick dengan handbag lagi. Cian hubby dia.”
“Err..itu geramlah bukan jealous.”
“Eh..Mrs Didi nie kenal ke dengan gadis hari tu?” Amir menyakat laju.
“Eeei..karang ada jugak orang yang nak kena side kick lagi. Suka betul nak kacau orang. Pagi-pagi lagi dah bagi orang marah. Nak balas dendam pasal agreement pagi tadilah tu.” Adelia mengomel panjang. Geram dengan usikan Amir punya pasal, menonong saja dia masuk ke dalam rumah. Ada baiknya  dia get ready untuk bertemu keluarga mertua daripada layan Amir melalut.
Amir ketawa kuat. “Gurau sikit pun nak marah. Period ke apa?”
#####
“Wow banyaknya makanan. Mummy masak semua nie ke?” Adelia rasa teruja. Makanan di atas meja makan diteliti satu-persatu. Berkat sejam lebih mereka bersuai kenal, Adelia mulai rasa selesa. Kagum dengan abah dan mummy mertuanya yang sangat low profile. Tak macam Amir yang memang nampak habis gaya mertoseksualnya.  Dari jauh pun  dah tahu dia ini anak orang berada.
Datin Hannah hanya tersenyum. “Bukan mummy aja, Mak Mah pun join.”
“Iyalah, nak suruh menantu baru dia masak, datang pun dah pukul 12 lebih. Padahal siap punyalah awal.” Bersahaja Amir membuka pekung di dada. Adelia dah jegil mata. Gila tak membantu isteri langsung.
“Amir..kenapa usik Adelia macam tu?”  Amir buat muka dengan teguran ibunya. Adelia dah ketawa gembira. Maklumlah dah ada orang yang sayang dalam vila ni.
“Dah..tak payah hiraukan Amir nie. Jom kita makan.” Datuk Aliff mula membaca doa makan. Mak Mah turut menyertai bila Datin Hannah memberi isyarat mata menyuruh wanita separuh abad itu duduk bersebelahannya. Tak mahu meja makan nampak kosong  bila anak-anaknya yang lain sibuk dengan family sendiri.
“Sedap. Mummy mesti selalu masakkan?” Adelia memuji. Dia sebenarnya kagum dengan Datin Hannah yang lebih suka memasak sendiri tanpa bantuan Mak Mah. Bagi Datin Hannah biarlah segala makanan dari air tangannya sendiri.
“Suri rumah, Delia. Tak ada kerja lain, asyik masak dan jaga rumah tangga ajalah.”
“Itulah sebabnya abah sayang mummy. Kan abah kan?” Amir menyampuk. Habis merah muka Datin Hannah. Malu bila diusik begitu di depan anak menantu. Kalau dia muda lagi, tak apalah jugak.
“Tau tak apa.” Dato’ Aliff bersuara selamba. Memang riuh meja makan dibuatnya bila Datin Hannah menjeling manja.
 “Adelia, pandai masak?” Datin Hannah bertanya tiba-tiba. Soalan itu walau kedengaran lembut, tetapi Adelia sudah terbatuk-batuk. Kalaut juga Datin Hannah mengusap-usap belakang menantunya. Amir dah ketawa geli hati.
“Err.. tak pandai sangat. Masakan yang simple-simpa aja Didi tahu.” Adelia bersuara tatkala tekaknya sudah terasa lega. Ada baiknya dia berterus terang menganai kelemahannya yang itu, daraipada dia cakap bohong.
Datin Hannah tersenyum. Sejuk mata Adelia melihatnya. Patutlah Dato’ Aliff sayang sangat dengan Datin Hannah. Maklumlah isterinya sangat sempurna pada pandangan mata manusia. Kalau dia, tak tahulah Amir sayang sampai ke tua atau tak. Sudahlah kasar, kerja nak melawan cakap dengan Amir aja. Masak pun tak pandai sangat, apatah lagi menguruskan rumahtangga.
“Tak apa, mummy dulu pun abah yang ajar masak.”
“Really.” Adelia kagum. Tak sangka Dato’ Aliff pakar dalam memasak. Tapi memang dia percaya pun. Bagi dia lelaki masak lagi sedap dari perempuan yang memasak. Sebab itulah dekat restoran-restoran ramai chef-chefnya ialah lelaki.
“Itu dulu, Adelia. Sekarang abah nak goreng telur pun dah tak pandai. Nak kena harapkan mummylah.” Dato’ Aliff merendah diri.
Adelia senyum. “So maksudnya, awaklah yang kena ajar saya masak?”
“Hah? Apasal pulak?” Amir pelik.
“Iyalah dah abah yang ajar mummy masak. So awak pun kenalah ajar saya masak.”
“Tak kuasa I.”
“Ek eleh..cakaplah awak pun tak tahu masak.”
Amir diam. Segera dia menghabiskan nasi dalam pinggannya. Tiba-tiba dia rasa berselera. Nak membantah cakap Adelia, tapi tak boleh sebab dia memang tak tahu masak! Tapi logic la jugakkan kalau lelaki tak tahu masak?

 p/s: hepy reading n don't forgt 2 leave comment n like.. :)

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥

Loading...