Ilya memakirkan keretanya berhadapan kedai menjual perhiasan rumah,Garden Home Warehouse yang terletak berhampiran pejabatnya.Saja dia meyinggah di kedai tersebut untuk meninjau-ninjau lampu bilik tidur yang sesuai dengan kamar beradu pelangannya.
Pada fikirannya dia mahu menghias bilik itu dahulu memandangkan bilik tidur tersebut telah lengkap dengan serba-serbi.Katil bertiang empat beserta tilam,sebuah almari 4 pintu warna putih,sofa berbentuk L di sudut bilik,sebuah tv plasma dan satu cermin besar berbentuk bujur yang sudah elok tergantung.Memang bercitarasa tinggi dengan pelbagai kelengkapan.Cuma dindingnya saja yang masih kosong tiada berwarna.
Pada fikirannya dia mahu menghias bilik itu dahulu memandangkan bilik tidur tersebut telah lengkap dengan serba-serbi.Katil bertiang empat beserta tilam,sebuah almari 4 pintu warna putih,sofa berbentuk L di sudut bilik,sebuah tv plasma dan satu cermin besar berbentuk bujur yang sudah elok tergantung.Memang bercitarasa tinggi dengan pelbagai kelengkapan.Cuma dindingnya saja yang masih kosong tiada berwarna.
Manakala ruangan lain pula masih dalam pembaikan memandangkan Puan Sharifah mahukan lantainya berlapikkan papan.
Ilya puas hati dengan kebanyakkan lampu tidur dan juga chandelier yang dijual disini.Nampak eksklusif dengan mutiara dan Kristal yang menghiasinya.Namun satu saja yang dia risau.Adakah nanti pelanggannya yang sememangnya lelaki akan menyukai lampu-lampu pilihannya yang lebih berciri kegadisan!?Dalam kelekaan mendongak memandang pelbagai lampu chandelier yang kemas tergantung,tiba-tiba saja kaki Ilya terpijak sesuatu.Segera dia menoleh ke belakang.Seorang lelaki santai berkemeja santai lengan pendek lengkap dengan cermin mata hitam bagaikan memandangnya tajam.Sekali-sekala dia menjatuhkan pandangan pada kasut yang dipijak Ilya tadi.
Ilya turut memandang kasut lelaki tersebut.Bersih tanpa secalit habut.Dia lega.
“Sorry,…tak sengaja.”Mohon Ilya sopan seraya menunduk sedikit.Dilihat muka lelaki itu bersahaja lagaknya.Tidak kelihatan marah,namun tiada juga senyum buatnya.Ilya dipandangnya atas bawah.
‘Apalah masalah dengan mamat ni.Rasanya ok aje blaus hitam jingga dengan jean hitam.Takkan aku nie seksi kot.’ngomel Ilya bila lelaki itu mempamerkan reaksi misteri dengan pandangannya yang ditutupi cermin mata hitam.
“Sorry… naik…. Ferry,”begitu bersahaja ayat itu luncur dari bibir lelaki dihadapannya.Perlahan namun mampu menaikkan darah Ilya.Tapi disabarkan hatinya.
“Apa?”Tanya Ilya.Nada suara dilembutkan sehabis mungkin.Senyum paling terpaksa,diberikan.Sudah tidak tahu macamana mahu memberi seikhlas mungkin buat lelaki durjana ini.Opss..terlalu lancang bibirnya ini.
“Well…did I say something that bordering you?”Lelaki itu menyoal kembali dengan senyum sinis.Suka sangat dia mengusik gadis bertudung ini.Pandangannya disibukkan dengan melihat-lihat pada bunga-bunga Kristal yang terletak elok di dalam pasu panjang.Tidak mempedulikan Ilya yang sudah merah muka dengan hati yang berapi.
“Yes…you did!”,jerit Ilya sedikit lantang.Dia juga pening dengan mulutnya sendiri yang bagaikan melayan kata-kata lelaki ini.Nanti hatinya pula yang kena barah hati dek sakit yang teramat.
“Owh…iya ke?So awak nak saya cakap apa?Sorry?”
Ilya mengangguk laju.Ahhh..sudah!Kepalanya pula yang buat hal.Apasallah yang diangguk-angguk tadi.Ingat dia kebulur sangat ke dengan kata-kata maaf dari lelaki yang langsung dia tak kenal?
Izzul tersenyum.
“So..you have to ‘fighting’ to have it.”
Ilya membeliakkan matanya. Fighting?Hanya untuk mendapatkan kata-kata maaf dari bibir si lelaki ini?Ohh..’mahalnya’.Dan..jawapan dari bibir Ilya,ohh..dia tak ingin!
“Tak kuasa,”ujar Ilya.Dia mula ingin melangkah meninggalkan lelaki kacak ini.Huh..memang kacak,tapi sayangnya ada masalah percakapan.Langsung tak tahu cara berbudi bahasa.
“Takut ke?Ke dah mengaku kalah?”
Ilya sudah panas telingga.Agaknya lelaki ini ada masalah mental yang kronik.
“Apa awak cakap?”Ilya kembali berhadapan dengan lelaki itu.Semakin dekat dan dekat.
Mereka berbalas pandangan seketika.Terasa segala aura amarah keluar dari anak mata Ilya dan dibalas dengan aura yang kurang pasti dengan pandangan lelaki itu yang dicover dengan cermin mata hitamnya.
Ilya cuba mengawal rentak pernafasannya supaya tenang.Penat saja dia bermurah senyum dan berlembut kata memohon maaf,tapi lihatlah apa yang dia dapat.Reaksi bersahaja lelaki itu yang hanya tersenyum seolah-olah ingin mencabar kesabarannya.
Perlahan-lahan lelaki itu melangkah mendekati Ilya.Badannya ditundukkan sedikit agar mukanya berada dekat dengan wajah Ilya.Begitu hampir sehingakan deru nafasnya hangat menampar pipi si Ilya.
Cepat-cepat minda Ilya mengarahkannya untuk menjauhkan diri,namun kakinya tak seia dengan arahan otaknya.Kaku tanpa pergerakan untuk mengundur ke belakang.
“Nottttthinggggg..”ucapnya lambat-lambat dengan senyuman mengoda.Dengan langkah tenang lelaki itu berjalan menjauhi Ilya dan mendekati kuanter pembayaran.Dia menerangkan sesuatu pada pekedai sambil sesekali tangannya ditunjukkan ke arah Ilya.
‘Erk,apahal pulak ni.’Ilya semakin cuak.
Langkah pekedai itu elok saja di atur menuju ke Ilya.3 kuntum bunga kristal ungu yang terletak berhampiran dengan lampu-lampu bilik tidur itu diambil dan dibalut kemas dengan kertas warna coklat terang sebelum ia bertukar tangan.Selesai membayar harga bunga Kristal tersebut,lelaki itu mula melangkah untuk beredar.Namun seketika cuma,bila langkahnya terhenti.Mukanya ditolehkan ke belakang.Memandang Ilya dengan senyuman yang sukar ditafsir.
Ilya mencebik geram.Tak mengaku bahawa kini dia sudah terpikat dengan senyuman itu.Setelah yakin bahawa lelaki tadi telah menghilang,Ilya mengatur langkahnya untuk pulang.Sudah hilang moodnya untuk membeli lampu-lampu tadi.
Pekedai di Garden Home Warehouse itu hanya menggeleng-geleng kepalamelihat drama dikedainya itu.Macam-macam ya perangai orang-orang muda zaman sekarang,bisiknya.
Ilya memandu perlahan ke banglo 2 tingkat itu.Tetapi belum sempat keretanya membelok memasuki perkarangan rumah tersebut,terdapat kereta lain yang meluncur keluar.Kereta siapa tu?Nak kata kereta Puan Sharifah,rasanya bukan.Masakan Puan Sharifah menggunakan kereta BMW X5 yang lebih cocok dipandu oleh pemandu lelaki,monolognya didalam hati.Malas memikirkan perkara yang seremeh itu,lantas Ilya kembali memandu keretanya masuk ke perkarangan banglo.
Ilya memasuki rumah banglo tersebut.Melihat-lihat sekeliling.Tiada niat untuk memulakan kerjanya memandangkan hari sudah menginjak petang.Pekerja-pekerja lain sudah mula sibuk meratakan dinding serta mengeluarkan apa yang patut untuk memulakan proses mengecat sebelum mengemaskini lantai rumah.
Esok Ilya perlu menerangkan sedikit lagi tentang konsep dan idea keseluruhan dalam menghias banglo dua tingkat ini kepada mereka.Semalam dia cuma sempat menerangkan tentang warna cat dinding saja.Ingatkan mahu diselesaikannya hari ini,tetapi terbantut dek annual meeting yang ditukarkan dari minggu hadapan ke pagi tadi.
“Err..Jeff,tadi tu kereta siapa erk?”Ilya tak dapat menahan bibirnya dari mengeluarkan persoalan itu.Memang mulut kata tak kesah,tapi hatinya meronta-ronta mahu tahu.
Jefri yang sibuk membersihkan dinding dari habuk-habuk simen,memanggungkan kepalanya sebentar.Dia berdiri bersebelahan Ilya.
“Tadi? BMW tu ke?”
Ilya menggangguk.
“Owh..anak Puan Sharifah,Tengku Izzul.”Jefri kembali menyambung kerjanya.
“Dia datang sini tengok-tengok aja ke?”
“Yup.”
“Dia ada cakap nak tambah apa-apa tak?Or something yang dia tak berkenan ke?”
“So far rasa ok lagi kot,Ilya.Jangan risaulah.Lagipun dia datang cuma hantar bungkusan tu.Nampak gayanya pun macam nak cepat aja.”Jefri menunjukkan bungkusan yang dimaksudkan.“Dia suruh letak dekat ruang tamu,bila siap nanti.”sambungnya lagi.
Ilya memerhatikan bungkusan itu lama.Macam pernah lihat,tapi..di mana ya?
“Benda apa nie?”
“Hiasan Kristal.”
“Kristal?”Ilya terfikirkan sesuatu.Takkanlah.Ahh..kebetulan aja nie.
“Bunga ke?”
“Entahlah.”
Walaupun sifat ingin tahu bagaikan sudah menggunung tinggi berkenaan bungkusan itu,namun Ilya gondolkannya memandangkan dia perlu berkejaran ke pejabat semula untuk menyiapkan pelan lakaran lengkap rumah ini.Kalau tidak sempat,mungkin dia terpaksa bawa ‘pejabat’ ke rumahnya.
**********
“Ilya.”Arina melangkah masuk ke bilik tidur Ilya.Dia melabuhkan punggung di birai katil sambil memerhatikan Ilya Darisya yang sedang berperang dengan kertas putih dan pensel ditangan.Kadang-kala gadis itu menyelak helaian buku yang menjadi rujukannya dalam hiasan dalaman sebagai kekuatan dalam ‘peperangan’ ini.
“Ermmm.”Jawab Ilya Darisya acuh tak acuh.Langsung kepalanya tidak ditolehkan kea rah Arina.Sibuk benar dia.
“Kau buat apa?”
“Lakaran decoration for my new customer.Yippppy!”
“Yippy?”Pelik sungguh Arina dengan mimik muka Ilya Darisya.Orang sebut yippy dengan muka meriah bagai nak rak.Dia pula dengan muka macam orang tertelan asam jawa.Apasal?
Tangan Ilya langsung tak melepaskan pensel yang dipegang.Sekali-sekala mengaru-garu kepala dengan dahi yang berkerut-kerut.Nampak benar dia tengah dalam mood bekerja yang terlebih.
“Customer aku tu la,dia suruh aku decorate rumah tu guna idea aku 100%.Aku ulang 100%.Giler apa.Tak pernah-pernah aku buat macam tu.Sekurang-kurangnya bagilah idea sikit.1% pun tak apa.”
Arina sudah ternganga.Memang dia tabik springlah dekat kawannya ini.Bukan sebab 100% idea itu tapi sebab Ilya Darisya mampu pot pet pot pet panjang lebar dengan mata dan tangan langsung tak terangkat dari pelan lakarannya.Memang hebat!Kalau Kak Ijahlah mesti tangan dengan kepala bergerak sekali dengan mulut becoknya itu.
“Ehh..kau tahu tak Rinaaaa…”sambil tangan sibuk tepuk tampar bahu Arina.Naik lebam bahu gadis itu dihentamnya.”Si Julia,jiran akak tu sombong beno..”mulut duduk menjuih-juih ke arah apartment si Julia.Mata jangan nak cakaplah.Terjuling-juling tengok pintu apartment ibu muda itu.”Akak tegur,dia buat dek aja.Pekak agaknya.Nyesal akak duk pi sibuk nak ngomong-ngomong dengan dia,dia buat dunno aja.Huh.”
Hah,begitulah gaya gossip ataupun pot pet pot pet Kak Ijah mamarazzi.Memang jauh berbeza dari Ilya Darisya.Bagai burung di langit dan ikan di lautan.
“Alah tak apa Ilya.Waktu nielah kau nak tunjukkan ke’magic’kan tangan kau tu.”
“Baik bos.”Ilya pandang Arina sekilas yang sudah landing bagus di atas tilamnya.Sekilas aja?”Kenapa tetiba datang bilik aku nie.Selalunya pukul 1 pagi macam nie kau dah berdengkur.”
“Heheh..err,tak ada,tadi aku tengok lampu bilik kau nyala tu yang aku datang nak tolong tutupkan.Ingatkan kau tidur di dalam terang tadi.Rupa-rupanya berjaga dalam lampu..”
“Isk..pelik berbeno mu nih.Sejak bila rajin nak datang tutup bilik lampu bilik den nie”Hah ambik kau.Sekali Ilya campur aduk loghat perak,kelate dan negori.Dah berjangkit dengan Kak Ijah agaknya.
“Sejak tadi.”
“Yelah tu.Kau nak bagitau apa nie?”
Arina bangun.Dia duduk menegak dibirai katil.“Err.. aku nak gi outstation kat Sabah… dua minggu.”
“Biar betik kau nie…dua minggu?”Ilya terkejut.Dia datang menghampiri Arina.Dua minggu?Giler lama.
“A’ah.”
“Buat apa?”
“Err..err projek.Projek baru.”
“Yang kau nie bererr-err nie apesal?Dah gagap pulok?”
“Baru aja gagap tadi.”
“Ngok-ngek betul kau nie.So kau nak pergi bila?”
“Esok.”
“Esok?Kau nak pergi esok.Hari nie baru kau nak bagitau aku?Apasal tak bagitau minggu depan!”
“Hehe…janganlah marah adik manis,aku lupa nak bagitau.”
Ilya mencebik.Banyaklah adik manis kau.
“Kau nak aku hantar gi KLIA tak?Kau mesti naik flight kat sana kan?”
“Err..ya..ya..tapi aku..aku gi dengan van syarikat!”
“Owh..ye ke?Ermm kau nak bertolak esok pukul berapa?Boleh gak aku hantar kau pergi bawah tu.”
“Errr..dalam pukul 12 tengahari.”
“Ok…”
“Hello..”Serak suara Ilya menyambut pemanggil di awal pagi.Jam di dinding ditelek lama.Maklumlah baru bangun tidur jadi otak pun belum aktif sepenuhnya.Jarum pendek tunjuk pukul 8 jarum panjang pukul 4.Ermm..8.20 pagi?Hahhh..terbabas solat subuh!
“Err siapa nie..”Tanya Ilya.Kelam kabut dia ke bilik air dengan telefon bimbit masih di telingga.
“Ilya aku nie,Arina.”
Langkah Ilya terhenti.Skrin telefon bimbit diperhatikan lama.Nombor tak dikenali.Arina?Jauh benar ke bilik dia dengan bilik aku sampai kena telefon bagai?Fikirnya.
“Aku err..dah sampai KLIA”,ujarnya lagi apabila Ilya terdiam lama.
“Hah!Kejap-kejap aku nak fikir balik.Semalam kau datang bilik aku kata nak pergi Sabah hari ini dan nak pergi KLIA pukul 12 tengahnari.Lepas tu aku terbabas solat.Kau call aku guna nombor lain pukul 8.20 pagi dan cakap kau sekarang dah dekat KLIA!”
“Heheh..sabar sabar.Tadi syarikat aku tukar waktu perjalanan.So dirang datang ambil awal pagi.Aku ketuk pintu bilik kau,tapi tak ada respon pun.”
“La ye ke?Aku tak dengar pun.Ermm..sekarang kau kat KLIA la erk?”
“A’ah..sorry la erk.Tak sempat nak jumpa kau dulu.Tak apa nanti aku bawak oleh-oleh ok.”
“Hahah…ok,ok.Make sure satu beg plastik besar.”
“Bankruplah aku.Oklah.I’ve got to go.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam dear.Take care.”
“You too.”
No comments:
Post a Comment