Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, February 14, 2011

Please Don't Go-Bab 18

Ilya menghempaskan badannya yang kepenatan ke sofa.

"Adoi,sakit!!!"Dia terjerit kecil tatkala pinggannya sakit bila terkena bahagian keras sofa.

'Itulah,lain kali hempas laju-laju lagi badan tu kat sofa.'

Rasa bahagia yang menemaninya sampai ke rumah membuatkan dia asyik tersenyum,malah sakit dipinggang juga dirasakan bagai urutan lembut saja.
Senyumnya bertukar ketawa  bila tadi Izzul dapat tahu dia belum makan.
Ahh malunya waktu itu,bila rahsia terbongkar.Ingatkan mahu control ayu tadi.
Tapi nasib jugaklah rahsianya terbongkar kalau tak mesti perutnya tak di isi untuk malam ini.

Ilya mencapai beg tangannya ingin berlalu ke bilik untuk menyegarkan badan.Jam yang menunjukkan pukul 12.45 pagi membuatkan dia rasa mengantuk.

'Ok bed time.'Hatinya menjerit girang.Yelah siapa yang tak suka bila sampai waktu tidur.

Namun kakinya terhenti dihadapan bilik Arina.Apalah agaknya Arina buat.
Tadi sewaktu dia keluar Arina hanya terperuk dalam bilik.Katanya ada banyak kerja.

'yelah tu...banyak kerja la sangat.'

Ilya memulas tombol pintu bilik Arina.Terkejut dia bila bilik tersebut berkunci.Pelik.Selalunya Arina tidak pernah kunci pintu.Ilya ketuk bilik itu perlahan.Tiada jawapan.

'Isk mana pulak dak nie..dah la kunci pintu,aku ketuk pun dia buat tak tau jer?'

Ok dia ketuk lagi dengan lebih kuat.Mahu menunjukkan yang dia geram.

"Awww.."Dia mengaduh.Tangan yang sakit dibelek-beleknya.

'Tak merah pun..aku ingat dak kena gi hospital,jahit dah tadi."

‘Isk  tidur mati kot si Rina nie.’Ilya kembali memandang pintu bilik Arina yang terkatup rapat.

Tak lama kemudian Ilya mengambil keputusan untuk ke biliknya saja.Malas mahu menganggu Arina.Lagipun waktu-waktu begini,Arina sudah nyenyak di ulit mimpi,kot.

**********

“Macamana?Dah ok sikit?”tanya Izzul perlahan.Tadi dia hanya mahu menjenguk saja,tapi melihatkan gadis ini yang masih berjaga membuatkan dia terpanggil untuk berbual.Mungkin dia boleh nasihatkan Arina supaya berterus-terang dengan  keluarganya saja.

“Dah ok doktor.Rasanya saya dah boleh balik nie.”Arina cuba memancing agar dia boleh pulang segera.

Takut juga kalau Ilya perasan dengan ketiadaannya di rumah.Nanti tak pasal-pasal dia kena karang alasan untuk pendengaran Ilya.Tak pun dia kena smack down dengan gadis itu.

“Dah ok?Tadi awak jugak yang kelam kabut telefon saya kata sakit,dah tak tahan la,itu la ini la.”Izzul cuba mengingatkan kembali kejadian beberapa jam tadi.Kejadian yang juga membuatkan dia lambat untuk bertemu Ilya.

“Boleh la doktor.Saya takut nanti Ilya perasan saya tak ada kat rumah.”Arina sengaja menjaja  nama Ilya.Manalah tahu berjaya rancangannya untuk balik ke rumah segera.

“Ilya baru aja sampai rumah.Mesti dia dah tidur sekarang.Tak adanya dia perasan.”

Arina sudah buat muka mengusik.

“Owh doktor bawak Ilya pergi mana erk sampaikan waktu sekarang baru balik.Tak baik tau dok,Ilya dah la takut kalau drive pagi-pagi buta macam nie.”Izzul ketawa.

Dia mengaku memang Ilya penakut pun untuk drive balik seorang diri  tadi.

“Awak janganlah risau pasal kawan awak tu.Saya ikut belakang kereta dia tadi sampai rumah.”Izzul tersenyum lagi.

Lucu juga bila Ilya dengan tak segan silunya menyuruh dia ekori belakang kereta gadis itu sampai ke rumah.Erm..takut benar dia.

“Wahh sweetnya doktor.Erm…erm..doktor ada apa-apa erk dengan Ilya.”

“Apa-apa ajelah awak nie.Dah ….tidur..esok pagi baru saya benarkan awak incharge.”Izzul cuba lari topik.

“Alah doktor nie tak sportinglah.Doktor kalau saya  incharge awal pagi boleh tak?sebelum Ilya bagun pagi?”Arina mencuba lagi.

“Ikut suka jantung awaklah Arina.”Izzul berkata mengalah.

Dia meletakkan kembali fail kesihatan Arina yang diambilnya tadi.Mindanya ligat berfikir bagaimana mahu memujuk Arina untuk tinggal di wad.Susah juga untuk di lakukan,memandangkan sakit Arina yang seperti chips more itu.Sekejab sakit,sekejap tak.

“Ahh satu lagi,awak sure ke tak inform pasal sakit awak nie?Sekurang-kurangnya dekat Ilya ke?”Izzul menyoal.

Arina hanya mengangguk.100% sure.

“Saya sangat sure doktor.”

“Tapi awak kena ingat Arina,pembedahan awak perlukan kebenaran family.Kami tak tak boleh buat apa-apa kalau tak ada sign diorang.”Izzul memberi penerangan.

Rasanya sudah beribu-ribu kali  dia mengulang ayat itu.

“Ala doktor senang jer,Saya ambik la sign ibu saya.”

“Macamana awak nak ambik sign ibu awak kalau dia tak tahu all about this.Dengan penipuan ker?”Perli Izzul.Izzul buat kening double-jerk.

“Hhehe..kalau tipu sunat tak apa doktor.”

“Arina….”

“Good night doktor.”Ujar Arina kalut.

Selimutnya ditarik laju menutupi seluruh badan.Izzul hanya menggelenggelengkan kepala.
Kalau 10 orang pesakit macam nie,baik dia pencen saja.

**********

Ilya pandang tak percaya.Jam di dinding ditenung lama.Pukul 7.25 pagi baru.Pandangannya di halakan  pula ke arah  sesusuk tubuh yang nampak rajin benar mengoreng nasi untuk sarapan.Perlahan-lahan Ilya hampiri meja makan dan duduk di situ.

“Woi,rajin nampak.”

"Opcott,mak kau,aku sakit."Arina termelatah hasil warisan dari Ilya.Cuak juga kalau Ilya perasan ayat yang keluar dari latahannya tadi.Silap hari,bulan,tahun,abad boleh pecah rahsia dia.

“Isk kau nie terkejut beruk aku tau.Lain kali bagi la salam.Berkat la sikit pagi pagi nie.Ini tak duk woi-woi..”Tegur Arina.Dia buat muka garang.Ilya tersenyih.Langsung dia tak ambil kisah dengan latahan Arina tadi.Mungkin tak perasan agaknya.

“Assalamualaikum  ustazah.”

“Haa..macam tu la.Waalaikumussalam anak murid.”

Ilya ketawa.'Pagi-pagi lagi dah nak buat aku pecah perut.'
“Gembira nampak.Ada apa-apa scene  yang best ke semalam dekat Mines?”Arina bertanya mengusik.
Dia yakin Ilya tak perasankan dia yang tiada di bilik semalam.Namun dalam masa sama,dia tak sedar pertanyaannya itu mengundang rasa curiga Ilya.

 "Macamana kau tahu aku pergi Mines?”Ilya menyoal.seingatnya semalam  dia hanya khabarkan bahawa dia ingin keluar dengan Izzul.Tak pula disebut pasal Mines.

Arina telan liur.Rasa kesat dan tersekat.

“Err..aku teka jer..heheh.”Laju dia menyambung tugas menggoreng nasi.
Dah rasa macam nak pecah saja kuali itu dibuatnya.Kalah chef wan nie.

“Rina kau nak berkecai ke kuali itu.Cuba la goreng tu perlahan-lahan sikit.Mana pergi keayauan yang selama nie aku ajar kau.Isk buat penat jer aku bukak kelas kat kau.”

Ilya memberi komen.Dia kemudiannya berlalu untuk mandi.

Arina mengurut dada.Nasib baik Ilya tak tanya lebih lagi.

p/s:salam maulidur rasul semua..heheh


4 comments:

.:kiwi:. said...

shweet... Izzul ikut smpai balik... :D
tp sian Arina, tkde sape thu dia sakit.

amira said...

sweet kan...hehhe..bla la ada org yg snggup wat kt kta mcm 2..haha

fallenmoon said...

Alahai, sweetnya Izzul :D

Lysa M.R said...

suke citer neh .... < incharge shuld be discharge > keluar hospital=discharge from hospital :)

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥