Anak mata Ilya meliar-liar memerhatikan setiap pelanggan yang masuk ke Restoran Setia Murni.Tertanya-tanya juga dia bilakah gerangan yang di tunggu akan memunculkan diri.Sudah penat dia mengira setiap detik yang berlalu.Expresso Coffee yang dipesan tadi juga sudah habis separuh.
“Assalamualaikum.”
Dalam kelekaan dia mengomel sendirian,terdengar salam yang bergitu hampir dengannya.Segera dia berdiri.Sebuah senyuman diberikan buat wanita di hadapannya ini walau ternyata hatinya terkejut dengan sapaan itu.Namun begitu salam tetap disambut dan tangan segera di jabat erat.
“Puan Sharifah?”
“Ya,sayalah tu.”Jawab wanita separuh abad itu yang juga merupakan pelanggan yang ditunggu-tunggu sejak tadi.
“Duduklah puan.”dengan penuh abab Ilya mempelawa wanita itu duduk.
“Cik Ilya tak rasa pelik ke saya ajak jumpa dekat restoran?”Soalan pertama yang keluar dari mulut Puan Sharifah menyentak hati Ilya.Bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman.Sebenarnya sudah lama dia perhatikan Ilya sejak dia sampai ke restoran ini tadi.Cuma Ilya saja yang tak perasan.
“Mula-mula saya pelik juga.Tapi bila fikirkan sekarang nie dah tengahari.Jadi ada baiknya kita lunch dulu.Tak gitu puan?”Begitu lancar mulutnya melepaskan setiap perkataan.Tak dinafikan tadi dia berdebar juga,bila mengetahui bahawa pelanggan yang ditunggunya adalah seorang yang agak berusia adan agak bergaya orangnya.Mungkin sudah berpangkat nenek.Pada fikirannya pelanggan seperti ini lebih cerewet dan kurang mesra.Tapi ternyata anggapannya meleset sama-sekali.
Puan Sharifah ketawa.Tak menyangka fikirannya sama seperti Ilya.
“Oklah hari ni saya belanja Cik Ilya ya?”Pinta Puan Sharifah setelah ketawanya reda.
Belum sempat Ilya menyampuk,Puan Sharifah lebih pantas memanggil pelayan restoran.Tak apalah.Rezeki jangan ditolak,bisiknya nakal.
“Erm puan tak payah la bercik-cik dengan saya,rasa kekok pulak.”Ujar Ilya jujur.Memang dia kekok.Tambah-tambah lagi bila mengingatkan bahawa dia akan banyak berurusan dengan wanita berusia itu.Jadi ada baiknya dia memulakan suasana yang santai bersama Puan Sharifah.
“Owh boleh tapi kamu pun kenalah panggil saya auntie .Barulah sepadan.”Ilya tertawa.Dengan mudahnya dia bersetuju.
“Ermm..untie,nak Tanya sikit boleh?”
“Tanya apa?”
“Yang selalu telefon saya,untuk uruskan itu ini tu siapa,auntie?”Tanya Ilya ingin tahu.Sejak dari pertama kali dia menyetujui untuk mendekorasi rumah banglo yang baru dia lihat semalam,hanya suara lelaki yang kedengaran dari corong telefon membuat temu janji.Tetapi hari ini yang datangnya seorang perempuan pula.Mahu dikatakan mereka suami isteri,mustahillah sebab suara lelaki itu kedengaran muda orangnya.Mungkin sebaya dengannya.
“Owh…Itu anak lelaki auntie.Dia tak boleh datang sebab kena pergi seminar.Rasanya dia sebaya Ilya.Tak pun tua dua tiga tahun aja dari Ilya.Dia single lagi tau.”
Ilya tersedak.Isk..lain macam aja Puan Shaifah nie.Seram den.
“Eh kamu tak apa-apa ke Ilya.”
Ilya hanya menganggukkan kepalanya.Perit rasa tekak akibat tersedak tadi.
Tatkala selesai menjamu selera.Puan Sharifah mengajak Ilya ke rumah banglo dua tingkat milik anaknya.Ilya pantas bersetuju.Lagi senang kerjanya kalau perbincangan diadakan dirumah itu sendiri.Tak perlulah dia bersusah payah membayangkan setiap ruang rumah tersebut.Semalam dia sudah ke situ ditemani Arina berbekalkan alamat yang difaks oleh anak lelaki Puan Sharifah.Tetapi dia hanya memandang dari luar sahaja kerana kunci rumah masih belum diberikan pemiliknya.
“Wahh..besar filer rumah nie.Mesti best.”Kata Ilya penuh kagum.Tak dinafikan Ilya memang mudah kagum dengan rumah yang besar dan cantik.Maklumlah.perempuan mana yang tak inginkan kediaman seperti ini.Kalau ada pun mesti perempuan itu buta,tak pun hipokrit.Mata Ilya melilau sekeliling.Sesekali terhenti pada perabot-perabot warna coklat gelap yang tidak tersusun.Plastik yang membalutinya juga masih tak terusik.
“Memang best rumah besar,tapi tak ada maknanya kalau tak ada isteri.Bak kata orang,tak ada penyerinya.”Ucap Puan Sharifah penuh makna.Dia menjeling Ilya dengan ekor mata.Sahaja ingin melihat reaksi gadis itu.
Ilya senyum paksa.Semakin lama semakin janggal pula kata-kata Puan Sharifah.
“Tak apa mak cik,kalau anak mak cik dah kahwin nanti dah ada anak isteri nanti,adalah serinya rumah nie.”Kata Ilya berlagak selamba.Puan Sharifah tersenyum.Rasa senang berkomunikasi dengan gadis bernama Ilya Darisya ini.Lagi senang kalau Ilya menjadi menantunya.
“Jom Ilya duduk kat luar tu.Seronok sikit nak bincang.Kat dalam ni banyak habuk.Rasanya tak pernah kemas sejak anak mak cik beli rumah nie.”
Ilya mengekor langkah Puan Sharifah menuju ke arah laman rumah.Dia kemudiannya duduk di gazebo yang dihiasi meja jepun berbentuk 4 segi ditengahnya.Memang cantik.Ukiran corak rabung yang nampak klasik pada tiang gazebo juga berjaya menarik perhatian Ilya.
“Rumah nie memang tak pernah orang duduk ke auntie?”Tanya Ilya.Saja ingin berbasa-basi.Sebenarnya dia sudah tahu semua perihal rumah ini kerana anak lelaki Puan Sharifah pernah menceritakan sedikit-sebanyak melalui telefon dahulu.
“A’ah.tak pernah ada orang duduk sebab Izzul anak auntie tu beli masa rumah nie tak siap di bina lagi.”
Ilya mengangguk-angguk tanda faham.Pandangannya meliar lagi ke seluruh laman rumah.Rasa tenang melihat laman di tepi dan dihadapan rumah yang di dekorasikan dengan gaya tropika.Penuh dengan kehijauan.Yang paling berjaya menarik hati Ilya ialah pokok buluh cina yang tumbuh tinggi di setiap penjuru pagar.Terdapat binaan dinding slate ditepi pokok buluh cina yang pastinya untuk aliran air terjun kerana dibawahnya terdapat sebuah kolam yang sederhana besar.Walaupun masih kosong tanpa air mahupun ikan,Ilya sudah dapat merasai suasana alam semulajadi disitu.Teringin dia untuk punyai laman seperti ini.Tapi apakan daya.Dia dan Arina menginap di rumah yang tegaknya tinggi tak bertanah.
“Dekat laman ni sebenarnya dah ada orang decoratekan.”Terang Puan Sharifah.Ilya hanya mengangguk.Memang itulah yang ingin ditanyanya tadi.
“Cantik.”Kata Ilya sepatah.Puan Sharifah menguntum senyum.
“Ilya tak teringin nak duduk dekat rumah nie ke?”
“Siapalah yang tak teringin,auntie.”Ilya terkedu dengan jawapannya sendiri.Rasanya dia sudah terjebak dengan soalan berangkai Puan Sharifah.Pastinya wanita yang sebaya Ibu Erma ini ingin menjodohkan dia dengan anak lelakinya itu.Ke dia hanya berangan.Masakan anaknya yang berkerjaya elok,berwajah tampan dan muda itu ingin dikenenkan dengannya?
Demi menutup kekalutannya,Ilya pantas menyelongkar beg yang berisi segala ilmu dekorasinya.Dua buah buku yang mengandunyi pelbagai jenis cat warna dan kertas dinding dikeluarkan,lalu diletakkan di atas meja jepun berhadapan dengan Puan Sharifah.Salah satu taktik untuk menukar topic yang dimulakan Puan Sharifah.
“Auntie pilihlah warna cat dinding dan corak kertas dinding yang auntie suka.Semuanya ada dalam buku ni.Kalau auntie tak tahu warna mana yang sesuai,auntie boleh cerita dekat Ilya ciri-ciri warna dinding yang auntie dengan anak auntie mahukan.Nanti Ilya boleh suggestkan mana-mana warna.”Panjang lebar Ilya member penerangan.
Puan Sharifah membelek setiap helaian buku itu.Namun untuk seketika cuma bila dia menutup dan menolak buku-buku itu kembali kepada Ilya.Ilya memandang pelik.Cepat benar Puan Sharifah buat keputusan.Kalau pelanggan lain mesti berjam-jam lamanya,tak pun berhari-hari hanya untuk menentukan warna pilihan.
“Dah siap pilih ke auntie?Cepatnya.”soal Ilya untuk lebih pasti.
“Auntie tak pandai sangat pasal warna-warna semua ni.Kamu ajalah yang pilih.”Ternganga Ilya mendengar permintaan Puan Sharifah.Biar benar.
“Eh mana boleh macam tu auntie.”Ilya cuba membantah.Bukan apa,dia Cuma takut nanti warna pilihannya bukan menjadi warna pilihan anak lelaki Puan Sharifah.nanti karang dia jugak yang susah.
“Kenapa pulak tak boleh.Sekarang nie auntie bagi kuasa kat Ilya untuk decoratekan rumah ni ikut citarasa Ilya.”Jelasnya lagi bersahaja.Ilya sudah tenganga.Ahh..kini dia rasa mahu pengsan!
“Nanti anak auntie tak suka macamana?”Ilya memberitahu kegusaran hatinya.
“Jangan risau auntie dah bagitau dia yang auntie nak suruh i.d yang uruskan 100% rumah dia nie,dia setuju aja.Jadi Ilya tak payahlah takut ya.Buat aja apa yang Ilya rasa sesuai untuk rumah nie.Kos semuanya ditanggung beres.”Terang Puan Sharifah dengan sedikit gurauan. Berharap sangat akan mendengar persetujuan gadis ini.
Ilya masih berfikir.Takut juga dia untuk terus bersetuju.Segala buruk baik perkara tersebut harus di senaraikan dahulu didalam mindanya sebelum apa-apa keputusan dibuat.
“Erm Okaylah auntie, saya setuju.”akhirnya Ilya bersuara.
Puan Sharifah tersenyum lega.Kurang sikit bebannya untuk rumah ini,kerana mulai saat ini semua tugas diserahkan pada Ilya.
*********
“Hello.Mama macamana?Dah jumpa I.D tu?”
“Amboi tak sabar-sabar nampak.”
“Mestilah.”
“Ermm…mama dah jumpa dia ke?”Izzul bertanya lagi
“Dah jumpa.Cantik.”
“Apa yang cantiknya?”
“I.D tulah.Cantik,bersopan santun,peramah lagi.Mama berkenan dengan dia.”
“Dan angah tak berkenan dengan dia.Fullstop.”
“Alah sekarang nie bolehlah kamu kata tak berkenan.Nanti bila angah dah jumpa dia,berurusan dengan dia,makan pun tak kenyang,mandi pun tak basah dan tidur pun tak lena.Kamu tengoklah nanti.”
Izzul ketawa.Ada-ada saja mamanya ini.Mana mungkin sampai macam tu sekali keadaannya hanya kerana cinta.Itu semua dusta.Mana mungkin makan tak kenyang kalau semua jenis makanan masuk ke mulut.Tak mungkin juga tidur tak lena kalau berlapikkan tilam empuk.Apatah lagi kalau rasa mengantuk menguasai minda.Bom meletup pun belum tetntu terjaga.Dan paling tak mungkin,mandi tak basah.Huh…mustahil badan tak basah kalau mandi guna air.
“Angah boleh jamin yang angah takkan jadi macam tu.”Izzul mendabik dada.Cinta silamnya dulu mengajar dia untuk tidak senang jatuh cinta lagi.
“Jangan cakap besar angah.Kalau betul-betul jadi baru kamu tahu.Mama nie dah makan garam lagi awal daripada kamu tahu.Dah pakar dalam bab-bab cinta nie sebelum kamu lahir lagi.”
Izzul terdiam.Mengakui kemungkinan kata-kata mamanya menjadi nyata.Memang boleh menjadi nyata.Tapi tak semestinya dengan gadis I.D itu.
No comments:
Post a Comment