Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, July 1, 2011

Please Don't Go-Bab 27


baju akad nikah Ilya



Majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan  yang bertemakan warna putih dan perak  berjaya mengamit suasana romantik bagi pasangan sejoli itu.Ilya yang berpakaian jubah moden berwarna putih bersih bersulam manic perak  nampak ayu di atas pelamin kecil.Hatinya berdebar sakan tatkala menanti si pengantin lelaki mengucapkan lafaz yang akan menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Izzul juga segak bergaya dengan baju melayu warna senada dengan sampin berwarna perak.Nampak tenang saat tok kadi berjabat tangannya erat.Bersiap sedia dalam memikul tanggungjawab baru beberapa saat sahaja lagi.

 Arina yang sentiasa berada disebalah Ilya hanya tersenyum simpul.Gaya duduknya mengalahkan si pengantin perempuan.Terlebih ayu dan sopan.Sampaikan sewaktu Ilya sah menjadi isteri orang,dialah yang pertama menangis bersungguh-sungguh.Ilya pula yang terpaksa menenangkan Arina.Arina kata dia sedih kerana ‘kembarnya’ kini telah berkahwin dan sudah pastinya masa untuk diluangkan bersama akan terbatas nanti.

Sesi pembatalan air sembahyang berlansung tatkala Izzul selesai mengerjakan solat sunat syukur.Dia yang nampak lebih tenang datang menghampiri wanita yang baru nikahinya ini.Duduk bertentangan Ilya ,membuatkan hatinya sejuk sahaja.Ilya yang tunduk malu semakin kaku saat Izzul memegang tangannya lembut bagi menyarungkan cincin emas putih di jari manisnya.Kini giliran Ilya pula menyarungkan cincin platinium permata biru ke jari manis milik suaminya itu  sebelum tangan lelaki itu disalam dan diciumnya.Syahdu sahaja perasaannya bila Izzul menghadiahkan ciuman pertama didahinya.
Tanpa diminta air matanya mengalir perlahan.Dahulu dia kerap menerima ciuman seperti ini daripada kedua orang tuanya.Tapi setelah mereka pergi,dia tak lagi merasa ciuman sesyahdu ini.

Keesokkan harinya majlis bersanding dijalankadengan lancarnya. Walaupun hanya diadakan di rumah namun kesempurnaanya tetap diutamakan.Terasa kemeriahannya dengan riuh rendah suara tetamu yang sekali-sekala ditenggelami oleh suara DJ jemputan yang kerap memainkan lagu-lagu berunsurkan cinta.Sesekali Ilya turut  rasa gementar bila ada jiran-jiran yang menggusik,apatah lagi ia diiringi jelingan nakal  Izzul yang sedari tadi asyik mengenggam tangannya erat.Kemana-mana saja dia akan bersama Izzul,terutamanya  semasa melayan tetamu.Bagi Izzul,waktu bersanding tadipun dia mahu memegang erat jemari Ilya,tapi apakan daya kerusi persandingan mereka yang empuk lagi besar dipisahkan oleh jambangan bunga ros merah hati ditengahnya.Kalau dia tahu begini,sudah pastinya dia menyuruh wedding planner menggunakan kerusi panjang sahaja.Bolehlah dia duduk berdekatan isterinya selalu.

“Ibu,Arina mana?”Tanya Ilya bila Ibu Erma datang mendekat.Senyuman wanita tua itu tak pernah pudar hari ini.Rasanya Ibu Ermalah orang yang paling gembira.

“Dalam bilik.Tadi Rina kata,dia pening kepala.”

Izzul yang sudah tahu keadaan Arina,mengeluh perlahan.Dari saat dia dan Ilya bersanding tadi pun,muka Arina sudah nampak pucat.Sebagai doktor,dia risau tapi itulah jalan yang Arina pilih.Hanya berdiam diri.

“Teruk ke pening dia,Ibu?”Sedikit-sebanyak Izzul perlu mengambil tahu keadaan kesihatan Arina.

“Tak teruk sangat.Ibu dah suruh dia rehat lepas telan panadol tadi.”Izzul mengangguk-angguk mendengar penjelasan Ibu Erma yang kini menjadi Ibu mertua angkatnya.

“Ilya nak pergi tengok Rinalah.”Katanya seraya ingin berlalu.
Namun langkahnya dihalang Ibu Erma.

“Ilya kan pengantin.Mana boleh tinggalkan tetamu.Lagipun tak elok biarkan suami kamu layan tetamu sorang-sorang,”ujar  Ibu Erma lembut.Dia tahu Ilya risau keadaan Arina yang tak menentu sekarang ini.
Ilya hanya tersenyih.Betul juga apa yang dikatakan Ibunya tadi.

“Tak apalah,biar ibu aja yang tengokkan Rina,ya.”Ibu Erma segera berlalu masuk ke dalam rumah.
Selamat jugalah mereka  menggunakan khidmat catering,jadi dia,sebagai tuan rumah tidaklah sibuk sangat mengurus itu dan ini.Ilya sengih lagi sambil memandang suaminya.Izzul pula mengambil kesempatan itu dengan mencuit hidung Ilya manja.Selamba sahaja perbuatannya tanpa menghiraukan senyuman nakal para tetamu dan DJ yang tak sudah-sudah mengusik mereka berdua.Naik segan Ilya apatah lagi DJ yang semestinya menggunakan microphone.Jadi sudah pastilah suara usikan akan kedengaran lantang dan kuat.

 “Sayang,kejap erk.”Ujar Izzul tiba-tiba.Ilya yang sedang sibuk melayan  kawan-kawan satu universiti dulu,berasa pelik.Kemana suaminya itu mahu pergi?Tadi sibuk saja suaminya itu menyempit ke mana saja dia pergi.

“Ala Ilya,suami kau tu takkan lari punya la.”Selamba sahaja Umairah menggusiknya.Ilya hanya tersengih.Nampak sangat ke?

“Sini,meh teman aku makan nie.”ajak Suria yang datang sedikit lambat bersama tunangnya.Disebabkan itu dia terpaksa makan sendirian memandangkan tunangnya sudah enak menjamu selera di kanopi yang berada disebelah pentas persandingan sana yang dikhaskan untuk kaum Adam.Kawan-kawan yang lain pula hanya duduk bersembang.Tak berselera kalau makan seorang diri tanpa teman,fikir Suria.

“Aku kenyang la Su.Kalau minum je boleh la.”

“Minum aja pun pun tak apa.”

“Eh Ilya,apa suami ko buat kat situ tu.Siap pegang mic lagi.Dia nak karok ke?”Khairina ataupun lebih mesra dengan panggilan Khai menuding jari ke satu arah.Pantas anak mata Ilya dilarikan ke situ.Terpaku  dia bila melihatkan suaminya sedang memegang microphone sambil membisikkan sesuatu pada DJ jemputan.Mungkinkah Izzul ingin membuat pengumuman?Atau dia ingin..menyanyi?Biar betik!

Tak dinafikan Izzul Masih nampak kacak walau kini dia dalam keadaan santai tanpa samping dengan lengan baju yang sudah disinsing sehingga ke siku.Mentang-mentanglah sekarang sudah jam 5.30 petang menandakan sekejab lagi majlis akan berakhir.Ahh..pasti dia akan merindui saat ini.

 Para tetamu mula  bersorak riang tatkala Izzul member isyarat menandakan dia sudah bersedia.

“Testing 1,2,3.”Baru saja Izzul ingin memeriksa microphonenya,suara tetamu sudah riuh rendah dengan siulan.Mana tak riuhnya,pengantin lelaki ingin menyanyi.Sudah tentulah para tetamu rasa teruja.

“Saya tujukan lagu ini..khas untuk…”Izzul berjeda sebentar.Ilya sudah tak senang duduk.Kawan-kawan di sebelahnya pula sibuk mengusik itu ini.

“..isteri saya yang tercinta.”Mata Izzul dipakukan lembut kearah Ilya.Ilya terasa terharu.Suasana bising di sekeliling tak dirasakannya.Sunyi sahaja.Cuma terdengar  kicauan burung,desiran angin dan..suara lelaki tercinta yang mengalunkan lagu untuknya.Izzul pun rasa begitu.Hanya ada dia dan Ilya.Dunia indah ini dirasakan hanya untuk ..mereka.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta s
Sedetik lebih serta selamanya
Dikala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu..

Terasa setiap bait-bait lagu Sedetik lebih yang dinyanyikan Izzul meresap ke dalam hatinya.Ia bagaikan kata hati suaminya.Dan tak dinafikan ia juga kata hatinya kini.


 P/s:Sorry u'all...sbb skrg bru update e-novel PDG nie..bukan apa,bab yg sblum nie mcm xdapat sokongan sgat,komen pun skit jer..so idea pun kureng..heheh...

P/ss:kalau lagu ini menggnggu pembcaan anda,sila mute volume ya..heheh..nak buang lagu nie tpi ini lgu tema PDG kali nie....heee jgn marah..

pic credit to google image

10 comments:

kkulfy said...

cntik wedges ilya...hehe...

~aI_Da~ said...

dh lama tggu...wahhh..best2..

~aI_Da~ said...

wahhhh..dh lm tggu..bestnye..suka izzul ngan ilya..sweet sgt2

amira aihara said...

fitrah:haha tringin nk wedges mcm 2,tpi ilya dah ambik....

alda:hehe tq dear...

E'in said...

ade bakat tulis novel.. nape xwat buku?

amira aihara said...

ada gak terpkir...insyallah klu ada rzeki..hihi

hani said...

so sweet n romantik...nak lg...!!!!!!!!

Jieha mohd said...

bile nk cntnue lg..hee nktaw the next wht hpen to kembar ilya.. hmm mcty sdih n mcty ilya xdpt tmer kwn dye mti n x maafkn iz ble dpt taw ix hidden frm his wife kn? ishh mcty best.. cntnue!!

syahsulaiman said...

best sgt cite nie....sorry bru bg comment coz td khusyuk gt bce....mmg serius sgt2 best...x sbr nk tau knape dorg gduh....

Lysa said...

thanks for sharing Enovel neh .... baru jumpa dis blog n started reading it from Ch1-27 .... best citernya..suke ...like..like..like .... hope ada new n3 .. kite tunggu neh ... wondering napa rumah tangga Izz n illyana tak ceria(prolog)... sedangkan mereka kawen suke sma suke ... mystery!!! pls cepat continue d story ... :)

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥