Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, January 8, 2011

Please Don't Go-Bab 9


Ilya menapak keluar.Wedges hitam disarung sebelum pintu di kunci dari luar.Arina?Entah kemana dia menghilang sejak awal pagi di hari minggu ini dalam keadaan kelam-kabut.Tetapi sempat pula gadis itu memesan masak lemak cili api untuk makan malam nanti.Nampaknya dia memang bercadang untuk  pulang hanya pada malam hari.
Saat Ilya ingin pergi,langkahnya terhenti.Segala kotak-kotak yang bertimbun-timbum di hadapan apartment sebelah dengan pintu yang terbuka diperhatikannya.Teringin untuk  menjenguk sebentar namun dibatalkan saja bila mengingatkan kata-kata Arina bahawa jiran mereka ini ialah seorang lelaki.Nanti karang tak pasal-pasal Kak Ijah buat tawaf ke sana-sini menjaja ceritanya yang digosipkan dengan jiran barunya ini.
Lantas kaki Ilya dihala ke escalator.
Cik Ilya?”tegur seseorang  semasa escalator terbuka.Ilya terkejut.
Dia membiarkan lelaki yang agak familiar dengan pandangan mata itu keluar dan mendekatinya.Macam kenal,bisiknya.Otaknya mula ligat berputar mencari fail-fail dahulu dalam kotak memori yang seakan hilang.
“Err..Encik..”Ilya masih berusaha mengingati lelaki dihadapannya ini.
            “Hakeem.”Pintas lelaki tersebut.
Ilya senyum malu.Baru kini dia ingat dengan lelaki kacak ini yang dijumpai di restoran tempoh hari.Entah macamana dia boleh lupa akan lelaki yang bersamanya ada wanita yang cuba mencari kontroversi di tempat makan itu.
 “Encik Hakeem buat apa dekat sini?”Soal Ilya yang masih terkejut dengan pertemuan yang tak disangka itu.
“Saya baru pindah ke sini.”Ujarnya sambil menarik senyum.Berdoa agar Ilya juga tinggal di Apartment Sri Bayu ini.
“Dekat floor nie ke?”soal Ilya lagi.Semakin ingin tahu tentang tempat tinggal lelaki dihadapannya itu.
“Yup,tu apartment saya.Yang banyak kotak tu.Kenapa?”Soalnya tidak sabar.Bagaikan ada berita gembira yang akan keluar dari bibir comel milik Ilya.
Oh My Gucci.”Tetiba saja terkeluar ayat yang agak popular dalam filem Pisau Cukur.
“Kenapa?”Soalnya lagi,.Tidak puas hati bila Ilya bagaikan ingin mendera jiwanya saja.
Encik Hakeem jiran baru sayalah ni.”Terang Ilya.
What!!!”Jerit Hakeem girang.Sudah seperti yang disangkakan.
Malam  itu Ilya dan Arina menjemput Hakeem untuk makan bersama.Kasihan pula melihatkan lelaki itu yang penat lelah mengemas barang, terpaksa pula untuk keluar membeli makanan diluar.Mulanya di ingin mengajak makan tengahri bersama juga,tapi tak manis pula nanti kerana Arina tiada dirumah ketika itu
Begitu gembira Hakeem menerima jemputan tersebut.Apatah lagi dapat merasai air tangan Ilya pada hari pertama dia menduduki apartment itu.
“Ermm..sedap masak lemak cili api nie.”Puji Hakeem iklas.Memang tak dapat dinafikan bahawa Ilya seorang pemasak yang handal.Dalam diam dia bangga dengan Ilya.Kerana zaman sekarang tak ramai gadis-gadis muda yang pandai memasak apatah lagi setelaah memiliki pekerjaan yang bagus seperti Ilya.

No comments:

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥