Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Tuesday, July 19, 2011

Andai Cinta Ini Milikku 8

Hanna mengerutkan dahinya seribu.Pelik dengan pemakaian Shay Azril  yang lengkap dengan cermin mata hitam dan topi di kepala.Bertambah hairan bila lelaki itu menaiki kereta Honda Coupe.Kemana perginya Honda CR-Vnya?

“Apahal dengan bos nie siap bercermin mata hitam bagai?Lepas tu,nie kereta siapa pulak?”Tanya Hanna sambil mengambil tempat disisi pemandu.Shay Azril hanya tersenyih sambil memecutkan keretanya pergi dari rumah Hanna.Takkan dia nak khabarkan pada Hanna yang dia takut Hakim kenal dia,kalau dia berpakaian biasa dan menggunakan kereta yang selalu dibawanya.Lagipun teringin jugak dia nak keluar jalan-jalan membawa kereta sportnya yang sudah lama bersarang didalam garaj.

“Kita nak pergi mana nie?”Shay Azril memandang Hanna sekilas yang cukup simple dengan kemeja berkotak-kotak warna coklat dan seluar jean hitam.Dalam sifatnya yang agak  selamba masih terserlah keayuan.

“Kita nak pergi ..errr..haa bos belok kanan dekat simpang empat depan tu ya.”Beritahu Hanna sambil menunjukkan jalan dihadapannya.Shay Azril hanya mengikut tanpa banyak soal.

“Lepas tu?”Tanya Shay Azril lagi bila terdapat simpang dua pula dihadapan.

“Errr…”Cepat-cepat Hanna keluarkan kertas bersaiz A4 yang berlipat dari dalam beg tangannya.

“Haaaa…map ke?”Tanya bosnya terkejut.Pelik sebentar.Adakah sekarang dia masih hidup di zaman 80 an?
Hanna tersengih.”A’ah..Dari pak cik google map.”Peta tersebeut diperhatikannya lagi.

“Belok kanan lagi bos.”Shay Azril menurut lagi.

“Eh..ehhh..bos salah jalan.U turn,U turn cepat!”
Kelam-kabut Shay Azril memulas stereng keretanya.Berdesit bunyi tayar yang bergeser dengan permukaan jalan.Bukan dia takut mereka semakin jauh tersasar ke jalan yang salah tapi terkejut dek suara Hanna yang macam bunyi gunung berapi meletup.Okay itu hiperbola!

“Err..lepas tu,belok kiri kot.”

“Hanna!”Hanna tersenyih.Shay Azril menggeleng-gelengkan kepalanya.Tak percaya dengan arah tuju yang diberikan gadis itu bila ada perkataan ‘kot’.

“Then?”

“Err..Err..”Hanna sudah garu kepala.Dia juga sudah pening dengan peta ditangan.Haishhh siapalah yang buat peta nie.Mnyusahkan orang betul.
Hanna pandang Shay Azril bila kereta diberhentikan di tepi jalan.

“Ok..kita nak pergi mana sebenarnya nie?Cuba awak bagitau nama tempat tu.Kan lagi senang kita guna GPS  aja.”Hanna berfikir sebentar sambil matanya memandang sekeliling.

“Eh bos tu la kedainya!”Hanna menjerit riang.Tangannya automatik menampar lengan Shay Azril.
*******



“Tauke,bolehkan kalau kitorang pegang-pegang?”Hanna meminta izin untuk memegang binatang tersebut dari tuan punya kedai haiwan ini.

“Ohh..boleh ma.”Katanya sambil menyerahkan binatang itu kepada Hanna.Hanna mengambilnya dengan berhati-hati.Owhh..inilah rupanya sugar glider.Tak adalah menakutkan sangat.Shay Azril yang berdiri dua meter jauhnya  didekati.Ternyata muka lelaki itu nampak pucat,tapi masih control macho.

“Bos ..nah.”Hanna mendekatkan sugar gilder comel itu ke arah bosnya.

“Hahh..awak giler ke?”Shay Azril semakin menjauh.Ok,control Shay,control.

“Sebab saya giler la,saya nak bos pegang binatang nie.Kalau tak saya takkan maafkan bos.Nie bos tengok kaki saya nie,dah bertampal merata  tempat disebabkan bos.”Shay Azril memerhatikan kaki Hanna yang bertampal plaster luka disebabkan melecet.
Dia berfikir sejenak.Haiwan bermata bulat itu bagaikan memandangnya dengan penuh pengharapan.Alahai comelnya.Tapi  apa-apa pun Shay Azril masih geli dengan binatang kecil itu.
Hanna dipandangnya dengan pandangan lembut.Manalah tahu,kalau-kalau Hanna terkesan dan menjauhkan sugar glider itu darinya.Tapi ternyata usahanya gagal.Hanna semakin mendekat.Sugar glider diserahkan.Shay Azril pasrah.Lambat-lambat dia memegang tengkuk binatang tersebut dengan hanya menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya.Mukanya usah dicakaplah,sudah hilang macho disebabkan mimik muka kegeliannya.
Hanna menggeleng-gelengkan kepalanya.Mati binatang tu kalau begitu cara pegang Shay Azril.


“Bos,bos nak seksa binatang tu ke?Cara pegang dia,macam nie.”Hanna mengambil Sugar glider itu.Lantas ditunjukkan cara pegang yang sebenar.Shay Azril sudah terbeliak biji mata.Guna dua belah tangan?What the..

“Nah bos pulak.”

“Err..kena pegang ke?”Tanya Shay Azril perlahan.

“Bos!tengok kaki saya nie!”
Shay Azril mengeluh.Asyik-asyik nak ugut guna kaki yang bertampal itu.Haishhh.
Sugar Glider diambil Shay Azril menggunakan dua belah tangan.Nasib baik binatang itu diam sahaja duduknya.Kalau ikutkan sebelah tangan pun sudah memadai kerana saiz binatang itu yang kecil sahaja.

“Ok sekarang bos pegang guna sebelah tangan dan sebelah tangan lagi bos kena belai dia sampai dia tertidur.”

“Tak kuasa.”

“Bos!”Hanna tunjuk lagi kakinya itu.
Shay Azril pasrah.Lambat-lambat sebelah tangannya membelai sugar glider.Kalau tengok betul-betul,Shay Azril bukannya membelai tubuh kecil binatang itu,tapi membelai bulunya sahaja.

“Bos,cubalah belai betul-betul.”
Shay Azril mengikut.Dalam takut-takut dia belai binatang itu.Mata bulat sugar glider ini semakin mengecil.Shay Azril melepaskan nafas lega.

“Sekarang bos kena cium dia pulak.”

“Hahhhh.”

“Tak de hahh hahh.Cepat cium.”

“Kalau cium awak,tak boleh ke?”

“Bos giler!saya kata cium sugar glider bukan saya.”Hanna cover perasaan berdebar-debarnya dengan suara yang semakin tegas.Malu siot.
Shay Azril pasrah lagi.Rasanya hari ini sahaja sudah beratus kali dia pasrah dengan Hanna.

“Ok,misi pertama bos dah selesai.”
Shay Azril mengerutkan keningnya.Misi apanya?

“Tauke saya nak binatang nie dengan pasangan dia jugak ya.Lengkap dengan satu set ya tauke,sekali sangkar dengan makanan.”

“Ok,ok..boleh.”Tauke kedai tersebut sibuk menyediakan semua yang diperlukan setelah mengambil kembali sugar glider dari tangan Shay Azril.Pandangan Shay Azril yang tajam memandang Hanna,tidak dihiraukan.

“Siapa nak bela?”

“Boslah.”Kata Hanna sambil melangkah ke kereta.Dia menunggu Shay Azril di situ.

“Bos jangan lupa bayar pulak.”jeritnya.
Shay Azril menepuk dahinya perlahan.Haishhh memang kejam Hanna nie.Mahu tak mahu,Shay Azril mengambil juga sangkar dan bungkusan makanan yang diberikan tauke kedai tersebut.Setelah membayar duit,dia mendekati Hanna yang bersandar dipintu kereta.

“Hanna,awak cantik sangat hari nie.Nampak ayu aja.Tak pernah saya tengok perempuan secantik ini.”ucap Shay Azril lembut.Dia masih memegang sangkar putih itu

“Tak payah la nak puji saya bos.Saya takkan bela binatang tu!”

 p/s:bab terakhir sebelum balik bercuti kat kampung..Lepas nie mybe akan jarang2 post..tpi jgn lupa support sya...n jangan lupa komen ya... :)

10 comments:

mimi syafiqah said...

best2...nk lg leh ? :D

iniakuyangpunyahati said...

hahaha i like.. hanna hanna.. apa misi kedua nyer tue??

Nurf said...

misi hamper berjaya:)

binatang nie menakotkan....

amira aihara said...

mimi:hehe..bleh2
iniakuyangpunyahati:hehe..kna tnggu next bab...
nurf:mula2 tgok mcm takut,tpi last2 nmpk comel plak...hee

lynx said...

ambOi..nakal betul hana kena shay..
harap2..misi kedua lebih susah..hahhah..

nursya said...

ala pendeknyer...
nk lg...
comel btl la suger glinder tu...
mahal x hegenyer???

amira aihara said...

lyn>>misi ke 2 xssh sgt sbb dia cian kan shay dia..haha

nursya>>comelkan...hrga dia mhal la jgak beratus la...dlm rm200 ke atas,tp xsure la klu ada lgi murah..tpi tgok jenis bntg 2 jgak...

Afifah said...

comel je hanna dengan shay ni..hahaha.. best!! :)

nur said...

comeynyeee

miss ida adiera said...

wah.. best la cite nie... sbar nak tunggu bab2 seterusnya...

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥