Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, June 30, 2011

Andai Cinta Ini Milikku 1

“Oit,anak dara,kalau nak menguap tu tutup la mulut dulu.Ini tak,nganga tu bukan setakat lalat,gajah pun boleh masuk.”Pagi-pagi lagi sudah terdengar suara Hakim membebel dengan mulut yang penuh dengan nasi goreng.
Hanna mencebik dengan muka sebal.Hiperbola sungguh!Ada ke patut gajah muat untuk masuk ke dalam mulutnya.Haish..memang tak logik.

“Orang nak menguap pun tak boleh.”
Hakim tersenyum mendengar suara adik tunggalnya yang bagaikan merajuk.Alah bukan lama pun rajuknya itu.
“Ibu mana?”Haa..kan betul kata Hakim,rajuk adiknya itu takkan berpanjangan.Paling lama pun adalah dalam 30 saat.

“Dekat dapur,tengah goreng karipap.”Ujarnya sambil menyuap nasi goreng kampung ke mulut.

“Nie dah mandi belum?”Tanya Hakim.Rambut Hanna yang kusut masai dengan baju tidur yang masih tersarung ditubuh gadis itu  sudah menjawab pertanyaannya tadi.Hanna buat tak endah sambil tangannya menuang air teh O panas ke dalam cawan.

“Oit..along tanya nie.”

“Dah mandi.”

“Dah mandi?Bila?”

“Semalam.”jawab Hanna selamba.Bibirnya menarik sengih.Itulah lain kali Tanyalah lagi soalan yang sudah diketahui jawapannya

“Banyaknya Ibu masak breakfast pagi ni.Nak sambut orang ke?Ke nak sambut bakal ayah tiri kita orang ke?”Hanna menjongketkan keningnya sambil mata tertumpu kearah Ibu yang sedang menatang sepinggan karipap.

“A’ah nak sambut orang.Tapi bukan bakal ayah tiri kamu, bakal suami kamu.”Ujar Puan Halimah selamba.Tersedak Hanna mendengar sebaris ayat tersebut.Kelam-kabut dia mencapai cawan abangnya.

“Oit,air along tu.”

“Ala air orang dah habis la.”Ujar Hanna membela diri.Alongnya pandang dengan renungan tajam.Alah macamlah tak boleh tuang air

“Tuang la dalam cawan tu.”

“Manalah sempat.Orang tengah tersedak tadi.Kedekut betul along nie.Air aja pun”

“Ishh..sudah,sudah.Asyik bertekak aja.Hanna pergi naik atas mandi.kejap lagi Adif nak datang sarapan dekat sini.”Berdesing telinga tatkala nama Adif disebut.Hakim pula ketawa kuat.

 “Apasal dia nak datang pulak ,rumah dia tak ada sarapan ke?”Hanna bertanya tidak puas hati.Memang tak kuasa dia mahu berjumpa lelaki miang itu.Kalau boleh bayang lelaki itu pun dia tidak lalu melihatnya Tapi yang peliknya,sejak bila pula ibunya itu kamceng dengan Adif.Siap ajak sarapan lagi.

“Apa salahnya dia datang sini.Lagipun kan kamu berdua akan bertunang nanti.”

“Ala,Hanna mana boleh langkah bendul.Kena tunggu Along kahwin dulu.”Alasan yang dikeluarkan Hanna itu rupa-rupanya menyentak hati Hakim.Hanna yang perasan dengan pandangan maut alongnya segera menundukkan kepala.Dia jadi semakin hairan dengan sikap alongnya yang bagaikan tidak mahu dikaitkan dengan soal nikah kahwin ini.Pasti ada sesuatu yang disembunyikan alongnya itu.

“Apa masalahnya dengan Hakim?”Puan Halimah kembali membuka mulut demi merungkaikan situasi tegang itu.

“Eeeiii…orang tak naklah Ibu.Adif tu dah la miang.”Puan Halimah terdiam sejenak.Kalau Hanna tidak cakap pun dia tahu Adif itu seorang yang agak tidak boleh dipercayai.Masakan dia sanggup melepas anak perempuannya kepada lelaki seperti itu.Ini semua hanyalah lakonannya saja,demi kebaikan Hanna juga.

“Kalau kamu tak nak bertunang dengan Adif,boleh…”Ujar Puan Halimah lambat-lambat.Saja mahu melihat reaksi anak bongsunya itu.

“Apa syaratnya,Bu?”Tanya Hanna gembira.Matanya juga sudah berkelip-kelip menanti ayat seterusnya dari bibir si Ibu.Bajet,comellah tu.

“Kamu mesti cari kerja.Hidup dengan lebih teratur.Ibu dah bosan tengok kamu menganggur sudah lebih setahun.Hidup kamu pun  dah tunggang-langgang Ibu tengok.Cuba tengok macam along kamu tu.Ada kerja tetap.Kamu tak kesian ke tengok along kamu asyik keluarkan duit untuk kamu sentiasa.”
Hanna buat muka masam mendengar kata-kata Ibu.Lagi sebal bila alongnya tetiba saja berdiri tegak sambil mendabik dada.Tahulah dia tak sepandai alongnya itu,tapi tak perlulah Ibunya berkata begitu.

“Orang taulah yang orang nie tak pandai macam along.Along graduan dari UKM,orang dari kolej swasta aja.”Ujarnya perlahan menahan sebak.Sedih kut,bila ibu sendiri cakap begitu.

“Sudah,sudah jangan nak buat drama air mata pulak.Sebelum Ibu kahwinkan kamu dengan Adif baik kamu pergi bersiap-siap cari kerja.”Puan Halimah sudah memberikan amaran awal.Hanna terkejut.

“Ehh..jangan,jangan.Hanna gi siap sekarang.Ibu,kalau Adif datang jangan bukak pintu,buat tak tahu aja tau!”Tergeleng-geleng kepala Puan Halimah dengan gelagat kelam-kabut Hanna.Nampaknya nama Adif memang sesuai digunakan sebagai ugutan untuk Hanna.Lagipun untuk kebaikan nak gadisnya itu juga.

Ahh..kasihan Adif.Tidak pasal-pasal namanya dijaja demi menghalang Hanna dari terus menanam anggur dirumah ini.

 p/s:ok x??jangan lupa komen tau.Nanti senag sya nak tau cite nie ok or x..nak bgi idea pun ok..hikhik

2 comments:

Unknown said...

Oke, oke sangat citer ni,. .
Sambung lg tau!
Dah xsabo nak tau lanjutan nya,

_hIdAyAh_ said...

da best da..
thumbs up!! :)

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥