SEJURUS sampai ke rumah,Ilya menonong saja menuju ke biliknya.Dia hanya teringatkan katil dan bantalnya nya saja.wajah Arina pun dia sudah lupa.Okay,ayatnya terlalu keterlaluan.
Saat matanya terpandangkan sejadah dan kain sembahyang yang digantung kemas pada palang besi di satu sudut biliknya,Ilya baru teringatkan sesuatu.Dia belum solat lagi!Lantas laju saja kakinya di arahkan ke bilik mandi dahulu dan kemudiannya solat isyak.
Selesai solat,Ilya menghempaskan badan ke katil.Ahh..empuknya.Anggota tubuhnya diregang-regangkan demi menggurangkan lengguhnya setelah seharian berada di restoran.Puas juga Ibu Erma menghalang dan menyuruhnya berehat saja di rumah mereka di Kuantan.Tapi Ilya sekadar memekakkan telinganya saja.Dia yang perlu bekerja esoknya terpaksa memandu pulang ke Kuala Lumpur.
Ilya mengeliat ke kiri katil..Berhasrat untuk mengurangkan tekanan pada jantung agar jantungnya dapat mengepam darah dengan baik sekaligus memberikan dia tidur yang aman.Lagipun inilah cara tidur Rasulallah.Wow!Tetiba Ilya tersenyum sendirian.Berfikir sejenak,sejak bila dia begitu bagus dalam mengamalkan segala kebaikan ini? Namun senyuman manis itu kaku tatkala matanya cepat saja tertancap pada anak patung Barbie miliknya yang sudah lusuh.Malah kaki dan tangan anak patung Barbie tersebut juga sudah hilang akibat peristiwa lalu.
******
“Risya ,sudahlah tu.Nanti kita beli yang baru ya sayang?”Mamanya masih lagi cuba memujuk,lantas dipeluk anaknya yang teresak-esak itu penuh kasih.
“Sayang,hari nie kan hari lahir sayang mana boleh nangis-nangis macam nie,dah tak comel dah.”Si ayah pula cuba memujuk lembut.Dia melutut di hadapan anak perempuannya itu bagi membolehkan dia duduk sama tinggi dengan anaknya.Kepala Ilya diusapnya.
Sepasang suami isteri yang berdiri berdekatan mereka memandang dengan pandangan serba salah.Anak lelaki mereka yang membuat onar sehingga menangisnya anak perempuan tauke restoran itu pula tengah sibuk menyeksa kucing terbiar di kaki lima restoran itu.Sudah dilarang,bukannya dia mengerti malah nakalnya semakin menjadi-jadi.Tidak sedikit pun dia menunjukkan rasa bersalah dengan tindakannya yang sengaja memijak anak patung Barbie milik Ilya yang terjatuh di kakinya tatkala mereka menjamu selera di restoran tersebut.
Puas sudah pasangan suami isteri itu memohon maaf dan cuba memujuk Ilya.Namun Ilya masih menangis.Tangannya erat memegang anak patung tersebut.Sedih bila mengingatkan hadiah pemberian mama dan ayahnya sempena hari jadinya yang ke lima itu di rosakkan di depan mata.Tak sampai sejam pun dia bermain dengan anak patung itu.Dalam pada itu,sempat juga dia meletak pandang tajam kearah kanak-kanak lelaki yang mungkin tua 2 atau 3 tahun darinya.
“Risya,nanti mak cik belikan yang baru ya?”Wanita itu mendekati Ilya.Lalu dipujuknya pula bila dilihatnya Ilya bagaikan tidak mahu berhenti tangisnya.Ilya mengeleng-geleng dengan air mata yang bercucuran di pipi mulusnya.Langkahnya pantas mendekati si ayah dan terus memeluk lelaki itu.
“Kak,tak apalah,nanti biar saya cuba pujuk anak saya.Budak-budak biasalah tu,kejab aja menangisnya nie.”Mama Ilya cuba meredakan perasaaan bersalah pasangan yang kelihatan berada itu.
Pasangan itu hanya senyum nipis.Masih rasa kurang enak walaupun mama Ilya sudah memberikan kata-kata penenang tadi.Apatah lagi melihatkan kenakalan anak lelakinya ini yang sukar dibendung.Setelah meminta diri,pasangan suami isteri itu mula beredar meninggalkan mereka.
Ilya masih lagi berwajah muram.
“Jom,sayang kita pergi beli yang baru ya.”Ajak ayahnya lembut.Mamanya tersenyum apabila anaknya kembali riang.Bukan susah pun mahu pujuk kanak-kanak.
“Jom!”Balasnya girang sambil tangannya menarik pantas tangan ayahnya menghampiri kereta.Tangan kiri pula masih kukuh memegang anak patung yang sudah rosak itu.
“Erma ,tolong tengok-tengokkan restoran ya.Akak nak pergi mall kejab.”Ibu Erma yang baru muncul di kuanter pembayaran restoran hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Hati-hati ya,kak.”
**********
Dalam perjalanan ke pasaraya,Ilya berceloteh girang.Gembira bila barangnya yang rosak pasti akan berganti baru.Sesekali dia cuba membetulkan anak patung Barbie tersebut.
“Tak boleh la ayah.”adunya lantas disuakan anak patung Barbie itu dekat pada wajah ayahnya yang sedang memandu.
“Cuba sayang suruh mama tengokkan.”Arah ayahnya bila perbuatan Ilya menganggu fokusnya pada pemanduan.
“Mari sayang mama tengokkan.”Ilya menggangguk.Namun belum sempat anak patung Barbie itu diserahkan pada mamanya tiba-tiba sahaja ia jatuh.
“Jatuh la mama.”Ujarnya dengan muka suram sambil cuba membongkok melihat kalau-kalau anak patung itu boleh dicapainya.Mamanya turut berbuat demikian.Mengagau dengan tangan.Tapi malangnya anak patung Barbie tersebut jatuh berdekatan dengan kaki ayahnya pula.
“Tak apa,tak apa nanti sampai dekat traffic light ayah ambik ya?”Tambahnya seraya mengusap kepala Ilya.
“Ok.”Ilya senyum lega.
Kereta dipandu berhati-hati memandangkan hujan yang mulai membasahkan bumi.Sesekali terdengar bunyi guruh yang berselang-seli dengan suara comel Ilya.Masih Nampak gembira dia berada disisi mama dan ayahnya,walaupun hari semakin gelap dengan hujan lebat.
“Eh,kenapa tak boleh brek nie.”suara ayahnya yang tiba-tiba menjadi cemas berjaya menyentak tawa mamanya.Ilya mulai takut.Mukanya pucat melihatkan wajah mamanya yang sudah menangis dan ayahnya yang panik bila brek yang di tekan bagaikan tersekat.Matanya risau memandang simpang empat dihadapannya yang sesak dengan kenderaan lain.Dia redha.Dalam hati sudah berkali-kali dia mengucap dua kalimah shahadah.Mungkin itulah takdir yang akan tersurat nanti.Doanya hanya satu.Berharap agar isteri dan anak perempuan tunggalnya selamat.
Ilya mengesat air matanya perlahan.Itulah kali terakhir dia memandang wajah kesayangan hati.Tiada senyuman buatnya saat itu.Hanya wajah-wajah penuh kerisauan.Ilya manarik nafas dalam.Kenangan itu walaupun pahit,
Pilu jiwanya yang kosong bila Ibu Erma membuka pekung didada bahawa penyebab berlakunya kemalangan itu adalah berpunca dari brek yang tersekat oleh anak patung Barbienya.Nampak kecil saja penyebabnya,hanya disebabkan anak patung Barbie yang tidak sebesar mana.Tapi itulah yang tersurat.Ibu Erma menyuruhnya bersabar atas ketentuaan Ilahi.Ya betul dia harus menerima takdir tersebut.Tapi tahukah Ibu Erma betapa sukarnya untuk dia mendidik hati agar redha dengan semua ini dan tak menyalahkan dirinya sendiri?Susah untuk dia terima bahawa dialah yang memaksa ayah dan mamanya untuk ke pasaraya.Dan dia jugalah yang menjatuhkan anak patung Barbie tersebut sehingga menyekat brek kereta ayahnya.
Sejak dari peristiwa itu,Ilya begitu takut kalau-kalau dia terserempak dengan kemalangan jalan raya.
Kekasihku di jalan yang berliku
Disaatku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Disini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi…
Ilya mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek.Arina?
“Hello Rina.”Sapanya pelik.Fikirnya Arina tengah dibuai mimpi.
“Wow,rock giler suara kau.Baru buat jamming ke?”Ujar suara disana sambil gelak kecil.
“Banyak la kau punya jamming.Baik aku berzikir aja.”
“Alhamdulillah,tetiba aku rasa bertuah ada kawan macam kau nie.”
“Dan baru sekarang jugak aku rasa kau dah waras balik.”Giliran Ilya pula ketawa.Arina mencebik geram.Pandai pula si Ilya nie pulangkan buah keras.
“Haa,pehal nie kau telefon aku.Kau kat mana?”tanya Ilya lagi.
“Heheh..aku kat jalan TAR nie.Kereta aku buat hal pulak,kau boleh datang sini ambik aku tak?Aku takut nie.”
“Ceh takut apanya.Kan banyak mamat-mamat kat situ.Kau suruh ajalah diorang tolong.”Ilya memberi saranan sekadar bergurau.
“Gila kau,karang tak pasal-pasal aku kena culik.Kau jugak yang merana nanti.Please Ilya,datang ambik aku.”rayunya lagi.Ilya sudah menekan-nekan perut mahu ketawa.Pandai pun Arina mintak tolongnya.Tadi masa mahu kesana tak pula dikhabarkan.Mesti pergi shopping baju sorang-sorang nie.
“Tolonglah,sapalah yang buta sangat nak culik kau tu.”
“Ilya..please..pelase.”
“Oklah nanti aku sampai,aku call kau.”akhirnya Ilya mengalah.
“Hehe..thank Ilya.Nie yang aku sayang kau lebih nie.”Ilya senyum nipis.Walaupun dia kehilangan orang tuanya,tapi Allah gantikan dengan ibu dan saudara angkatnya ini.Sekurang-kurangnya dia mendapat berkongsi kasih sayang mereka walau tak segah kasih sayang arwah mama dan ayahnya.
“Yelah tu.”
1 comment:
akak~
sukala ngan citer nie^^
Post a Comment