Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Sunday, July 17, 2011

Andai Cinta Ini Milikku 7

p/s:klu lagu nie bsing bleh tekan btang stop kat sidebar..heee


Shay Azril menghempaskan badannya ke kerusi.Jarinya ligat memicik-micik kepala yang terasa pening dan berat.Sesekali jari-jari itu melurut rambutnya ke belakang.Keluhan berat dilepaskan lemah.Datuk Junaidi memang melampau.Bisiknya geram.Tak sangka mesyuarat yang dihadirinya tadi memberi kesan mendalam pada hati.Apatah lagi melihatkan wajah orang tua tak sedar diri itu yang tersenyum sinis kepadanya tatkala kontrak ditandatangani.Walaupun Shay Azril sudah dapat merasakan kekalahan dalam perebutan projek tersebut,tapi dia masih geram memandang projek tersebut dimenangi Datuk Junaidi dengan cara kotor.Kalaulah dia punyai bukti kukuh bahawa lelaki tua itu menggunakan rasuah sudah pasti perkara ini dibawa ke pengadilan.Biar dia tahu,perniagaan yang berlandaskan rasuah dan keuntungan semata-mata takkan layak berdiri megah dalam jangka masa lama.Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Bila tiba masa itu,barulah Datuk Junaidi tahu langit itu tinggi atau rendah.Begitu jugak dengan Hakim.Eh..Hakim?Ya Allah,Hanna!

Shay Azril bingkas berdiri.Baru  tersedar yang dia tinggalkan Hanna di Restoran tadi.Jam Rolex ditanggan diperhatikan sekilas.1.45 petang?Maksudnya dia biarkan Hanna menunggu lebih kurang 5 jam!Habislah,habislah.

Shay Azril mempercepatkan langkahnya.Kunci kereta dikeluarkan.Dengan halaju 150 km/j,dia memecutkan kereta ke Restoran Selera Asia.Matanya memcari-cari kelibat Hanna disetiap sudut restoran.Yakin bahawa Hanna tiada disitu,Shay Azril mengambil keputusan untuk bertanya di kaunter.

“Adik,ada nampak perempuan yang pakai baju warna coklat gelap kat sana tu?”tanyanya sambil menunjukkan meja yang Hanna duduki tadi.

“Err..ada.Tapi dia dah balik dua jam lepas.”Shay Azril mengeluh.

“Thanks.”Ucap Shay Azril tersenyum lemah seraya berlalu pergi.Pasti Hanna sudah pulang ke rumah.Tapi naik apa?
Shay Azril meraup mukanya kesal.Kalaulah ada sesuatu berlaku pada Hanna memang dialah yang patut dipersalahkan.

Shay Azril kembali memandu ke syarikatnya.Beg tangan Hanna yang berada diatas meja gadis itu yang ditempatkan di satu sudut dalam bilik Shay Azril,diambil.Kepalanya menjenguk-jenguk keluar.Takut juga  kalau-kalau ada pekerjanya yang perasan dia menjinjing beg tangan perempuan.Tak ke jatuh martabatnya sebagai lelaki macho?

Sesampai di kereta dia berfikir lagi.Agaknya macamana kalau Hakim perasankan dia tatkala dia sampai untuk memberikan beg tangan Hanna nanti.Mahu kacau-bilau.Dan yang lagi penting,pasti rancangannnya akan hancur.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memandu pulang ke rumah sahaja.Mencari-cari kelibat adik lelakinya,Shah Putra.Berharap adiknya itu tiada kuliah hari ini supaya beg ini dapat dikembalikan pada tuan yang punya.Itulah jalan terbaik.

********
“Dia kata apa?”belum sempat Shah Putra turun dari motosikalnya,Shay Azril sudah serang dengan soalan.

“Tak sangka angah bercinta dengan golongan yang boleh dipanggil mak cik.”Shah Putra menggeleng-gelengknkan kepalanya sambil menuju ke ruang tamu rumah besar itu.Soalan abangnya dibiarkan tak berjawab.Shay Azril mengekor.Keningnya dikerutkan seribu.Apahal pulak budak nie?

“Hello..bila masa pulak,along bercinta dengan golongan mak cik-mak cik.”

“Habis tu,dah handbag tu golongan mak cik yang punya.”

“Bila masa pulak golongan mak cik yang punya,abang rasa kau salah orang lah.Tu mesti mak Hanna.”teka Shay Azril.Punggungnya  dilabuhkan disebelah adiknya.Jarinya mengusap-usap dagu.Betulah kot mak Hanna.Habis tu takkan silap rumah pulak.

“Owh ye erk.Patutlah dia pandang lain macam aja.Mesti dia pelik sebab ada lelaki yang hantarkan handbag anak dia.”
Shay Azril mengganguk-anggukan  kepala.Betul apa yang diperkatakan Shah Putra.Kalau silap haribulan,mahu jenuh Hanna menjawab persoalan maknya itu.

“Mak cik tu tanya apa-apa tak?”

“Tak sempat nak tanya kot,sebab angah dan cabut dulu.Seramlah tengok muka mak cik tu.Garang semacam aja.”

“Aishh..kau nie memang tak bertamadunlah.Lain kali tunjuklah hormat sikit.”

“Orang dah tunjuk hormatlah,siap salam tangan mak cik tu lagi sebelum angah cabut lari.”

“Kak Hanna ada keluar tak masa kau pergi situ.”Tanya Shay Azril lagi.Terasa ingin tahu keadaan diri Hanna selepas dia tinggalkan gadis itu direstoran pagi tadi.Sedikit sebanyak dia rasa bersalah.

“Tak ada pulak.”

“Along,Kak Hanna tu bakal menantu kat rumah nie ke?”Tanya Shah Putra.Keningnya dijongketkan sebelah.

“Tak ada maknanya.”ucap Shay Azril sambil berlalu ke tingkat atas.Sedaya-upaya melarikan diri dari soalan seperti itu.

“Alah nak lari la tu.”Shay Azril tersenyum.Hanna?Haha..bukan taste dia.

*******

            “Nak telefon, tak nak,nak telefon, tak nak,nak telefon, tak nak…Hiashh susahnya.”
Kelopak bunga yang dicarik-carik tadi diperhatikan.Sudah dua kuntum bunga daisi  jadi mangsanya.Kalau tahu Mak Siti nanti,mahu kena bambu dia dengan penyapu wanita itu.

“Apasallah aku susah-susah sangat nak fikir?Telefon ajalah.”Ujarnya sendirian.Blackberry diambil.Nombor telefon Hanna ditekan.Ehem..ehem..membetulkan tekak sebelum  panggilan diangkat di sebelah sana.

“ Hello.”Lembut saja suara Hanna menjawab.

“Hello Hanna,awak ok?”Tanya Shay Azril lagi lembut.Biasalah,kalau nak memujuk  ayat kena  siram dengan Soflan dulu.

“Siapa nie?”
Shay Azril sudah menggaru kepalanya.Ahh…lakonan apa pulak si Hanna nie?Nie mesti kes merajuk .

“Err..takkan awak tak kenal suara saya yang macho nie,bos awak.”

“Sorry,saya tak kenal orang suara macho yang namanya bos awak.”Hahh ambik kau,sekali aku bagi,bisik Hanna.Ketawa yang ingin pecah ditahannya sehabis baik.

“Hanna,I’m so sorry.Saya tak sengaja nak tinggalkan awak kat sana.Saya terlupa.”Shay Azril sudah kembali serius.Baru nak bergurau senda dengan Hanna,tapi gurauan itu bagaikan tak dilayan.

“Saya tak kenal awak.Awak ada buat salah dengan saya ke?”

“Hanna please.Janganlah macam nie.Penat nak pujuk.”

“Sorry ,saya nak letak phone.”

“Wait,wait,wait.Okay fine,saya akan buat apa saja asalkan awak maafkan saya.”

'“Betul nie?”

“Aikk..dah kenal saya?”Shay Azril senyum.Dah makan pujuk nampaknya.

“Saya nak letaklah.”

“Ok,ok sorry.Ok now tell me apa yang awak nak saya buat untuk dapat kemaafan dari awak.”

“Ermm…bos takut dengan binatang apa?”
Shay Azril berfikir-fikir sebentar.Pasti Hanna ada rancangan tersendiri dengan soalan yang pelik itu.

“Mesti  jujur.”Hanna memberi amaran.Shay Azril mengeluh.Baru saja dia terfikir untuk berbohong tadi.

“Err…harimau.”Harimau?Betul apa.Memang dia takut harimau.

“Bos,seriuslah.Harimau tu the rock pun takut.”

“Err..anaconda.”

“Bosssss!!!!!”

“Ok,ok..sugar glider.”

“Apa kebenda alah tu,bos?”

“Binatanglah.”

“Owhh ye erk?”nampaknua terpaksalah dia Tanya Mr. Google,siapakah gerangan sugar glider nie.

“A’ah.”

“Ok memandangkan esok hari minggu,saya nak bos datang ambik saya depan rumah saya pukul 9 pagi.Jangan lambat,kalau tak saya tak maafkan bos.”

"Err nak pergi mana?"

"Satu tempat yang bos takkan lupakan seumur hidup."Kedengaran seram suara Hanna dihujung talian.Shay Azril kaku.Aishh..apa pulak Hanna nie nak buat?

“Tempat yang saya takkan lupakan seumur hidup?Urm..That doesn't sound so bad.By the way..depan rumah awak ke?kalau jauh sikit,boleh?”Shay Azril cuba untuk tak fikir bukan-bukan dengan menukar topik bualan.Kalau setakat Hanna yang tingginya hanya paras bahu dia saja,apa yang hendak ditakutkan.

“Bos,kaki saya yang melecet sebab jalan balik tengahari tadi pun tak lega lagi.Ini bos nak suruh saya jalan lagi?Bos nak bagi kaki saya patah ke?”

“Hehe..ok ok.Saya jemput awak depannnn rumah awak.”Perkataan depan ditekannya.

“Perli nampak?”

“Mana ada.Urmmm,apasal suara  awak serak-serak aja nie?Nak demam ke?”

“Taklah,saya ok aja.Jumpa esok,bye”

“Ehh..kaki  melecet tu jangan..”

Tut..tut..tut.Blackberry dipandang sepi.
              
             “…lupa letak krim.”

p/s:komen please...

9 comments:

lala lalilu said...

best ! :)

Nurf said...

mase tuk balas dendam...hehehe

amira aihara said...

lala>>tq dear..:)

nurf>>>Hahah masa itu akan tiba(dgn ton suara jhat..)

aya said...

shay ni caring jugak pasal hanna eh?WAwawawa..xsabar nak tggu sambungan!!nak lagi~~~

amira aihara said...

aya>>biasalah ..org laki klu ska kat girl 2,dia akan mbik berat...cma dia aja yg xsedar..heee

iniakuyangpunyahati said...

balas dendam kaw kaw dulu heheh

nursya said...

mcm nk rendam jer si shay nie dlm kolam panas...
x patut betul la...
hanna buli cukup2...
bg pengajaran skit...

Luv said...

dear,

i dah floow u u follow me back k

http://suteracintaku.blogspot.com/

leh fren2

tq

Nurfazila Suhaide said...

balas..balas..biar shay tau..padan muka dia..sapa suruh jahat sngt..

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥