Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, September 23, 2011

Please Don't Go 29

“Abang,janganlah.Mama nampak nanti,”bisik Ilya Darisya perlahan  kepada Tengku Izzul yang erat  memeluknya dari belakang.Mahu dirungkaikan lengan Tengku Izzul yang melingkar di pinggangnya,namun tangannya yang penuh dengan sabun menghadkan pergerakannya.Sesekali matanya menoleh kearah Puan Syarifah yang sibuk menggoreng nasi dan adik iparnya,Tengku Irdina yang membancuh air teh ‘O’ sambil rancak berbual.Takut juga kalau mama dan Tengku Irdina perasan dengan situasi romantik mereka berdua.Dia juga yang malu nanti.Tengku Izzul?Huh…dia bermuka tebal seinci.Mana tahu malu.Tambahan pula di hadapan keluarganya sendiri.
“Sikit aja,sayang.Takkan tak boleh kut?Dah la,malam pertama pun belum lagi.”Tengku Izzul turut berbisik separuh mengungkit sebelum mencium telingga Ilya Darisya yang sudah mengeliat kegelian.Dia tersenyum malu.Memang terasa ingin ketawa semalam apabila dia masuk ke tandas tak keluar-keluar selama 30 minit semata-mata takutkan malam pertama mereka.Maklumlah kali pertama.Dia ingatkan bila keluar bilik,suaminya itu sudah terlena,tetapi ternyata lelaki itu masih segar matanya sambil membaca majalah.Jadi terpaksalah dia berpura-pura sakit perut.Tetapi sekejap Cuma bila Tengku Izzul membuka mulut tiba-tiba.
“Sayang,kalau sayang tak ready lagi,abang boleh tunggulah.”Lembut sahaja suara suaminya menampar telinga.Badan Ilya Darisya yang terbongkok-bongkok  melakonkan watak seorang yang sakit perut,terus menegak.Sungguh tak sangka lakonannya yang sebegini mantap dapat dikesan Tengku Izzul.
“Err…Abang tak kesah ke?”Tanya Ilya Darisya ingin kepastian.Wlaupun dia inginkan mala mini tiada apa yang terjadi,tetapi dia harus juga tahu perasaan suaminya itu.
“Of couselah abang kesah.Tapi abang tunggu sampai syang bersedia.And once you said that you’re ready enough,abang dah tak lepaskan sayang dah.”Tengku Izzul senyum nakal.Matanya dikenyitkan kearah isterinya yang kaku di sisi katil dengan muka merah.
“Dah jom tidur.Mesti sayang penatkan duk ulang-alik dalam toilet sampai setengah jam.”
“Abang nie,saja jer nak malukan Ilya.”Iya Darisya buat-buat merajuk untuk cover malunya.Tapi tak jadi bila Tengku Izzul menarik tangannya lembut.Tetapi terjatuh juga dia ke atas dada bidang suaminya.
Tengku Izzul senyum menggoda sambil mencium dahi si isteri.Ilya Darisya yang kalut,berasa bersyukur bila Tengku Izzul hanya memeluknya erat sampai kepagi.Selamat tiada apa yang berlaku.
“Amboi,amboi.Dua orang nie,berasmaradana kat dapur nampak?” Tengku Irsyila ,kakak sulung Tengku Izzul yang baru memasuki dapur tersenyum melihat kelakuan mereka.Romantik sakan.Maklumlah pengantin baru.Kalau sudah bergelar pengantin lama,agak-agak romantic lagi ke?
Ilya Darisya yang tersentak dengan teguran itu hanya mampu tersengih malu.Hilang semua layar ingatannya pada malam semalam.ega bila tangan Tengku Izzul sudah melepaskan pinggangnya.
“Ala along nie.Nak romantik dengan wife sendiri pun tak boleh.Kacau line betul.”Ujar Tengku Izzul seraya mencubit lengan kakaknya geram.Selamba sahaja dia berlalu ke ruang tamu tanpa rasa bersalah.
“Angah!!!!”lantang suara  Tengku Irsyila.Bekas cubitan adiknya itu digosok laju.Sakitnya bukan main lagi.Sampaikan berbekas merah dibuatnya.
“Entah,apalah Along nie.Penat tau adik dengan mama,jaga line angah dengan kak ngah.Tetiba aja along datang potong line.”Kata Tengku Irdina sambil mengenyitkan matanya ke arah Puan Syarifah.Sepantas kilat wanita itu membalas kenyitan anaknya.Ilya Darisya pula sudah ternganga mendengar bicara Tengku Irdina.Jaga line?Ahh…sudah!Apa pulak line-line nie?
Tengku Irsyila yang mula menampakkan reaksi  teruja terus merapati adik bongsunya itu.Ingin mengorek cerita lanjut.
“Kak Ngah kena berthank you dengan kitorang tau.Penat  adik dengan mama jaga line Kak Ngah dengan Angah.Dah dua jag tau adik bancuh air nie.Mama pulak dah sampai nak garing nasi nie mama goreng semata-mata tak nak kacau angan dan kak ngah berasmaradana dekat depan sinki tu.”terangnya panjang lebar.Memang itu ancangan meraka.Bukan apa,Cuma mahu membri ruang lebih luas untuk pasangan pengantin baru itu membuai asrama.Ehh..asmaralah.
Puan Syarifah dan Tengku Irsyila tersenyum penuh makna.Ilya Darisya yang sudah malu bertambah malu dibuatnya.Puas juga dia cakap perlahan dengan suaminya itu supaya Ibu mertua dan adik  iparnya tidak sedar akan situasi romantic mereka tadi.Tetapi,rupa-rupanya semua itu menjadi perhatian mereka berdua pula. Haish..terkantoi sudah.
“Tak lama lagi dapat cucu baru la mama.” Tengku Irsyila masih tak habis-habis dengan usikannya.Bahu Ilya Darisya di cuitnya sedikit dengan sengihan panjang.
“Along,malu la Ilya.”Ilya Darisya berkata perlahan.Pada masa yang sama dia jadi pelik dengan ayat-ayat yang keluar dari bibirnya sejak berkahwin dengan Tengku Izzul.Lembut semacam aja.Sudah macam gaya perempuan yang mahu merebut gelaran perempuan Melayu Terakhir saja.Atau itu petanda dia sudah boleh digelar wanita, dan bukan lagi gadis yang happy go lucky ketika dia hidup bersama Arina dulu.
 “Ermm..Mama dah tak sabar nak menimang anak Ilya dengan Izzul nanti.Asyik menimang anak Along aja.”Puan Syarifah mula mengharapkan satu impian yang daripada pasangan pengantin baru itu.Ilya Darisya sudah telan liur.Rasa gemuruh pula bila mendengar bicara berkenaan zuriat ini.Apatah lagi di usia peerkahwinan yang masih muda.Rasanya belum puas lagi dia hidup berdua dengan Tengku Izzul.
“Ifah,bila nak makan nie,abang dah lapar,”Tengku Imran merungut tatkala tercegat di pintu dapur.Seketika kemudian dia menoleh ke arah Ilya Darisya.“Ilya,kamu jangan layan sangat diorang nie.Asyik nak mengusik aja kerjanya.Sampaikan buat breakfast aja pun berjam-jam.Rasanya esok mama kamu kena bangun masak breaksfast sebelum subuh kalau nak makan sebelum tengahari.”Tengku Imran menasihati.Mulanya dia tak mahu masuk campur dalam situasi di dapur,tetapi memandangkan meja makan masih kosong tanpa sarapan,dia mula mengorak langkah.Mengingatkan supaya orang-orang yang berada di dapur sedar bahawa sarapan belum terhidang dan terjamah.
Ilya Darisya ketawa mendengar bebelan bapa mertuanya ini. Lega dengan kehadiran  lelaki  ini yang berjaya menghentikan hentaman usikan oleh ibu mertua dan iparnya.
“Alah abang nie.Nak usik pengantin baru nie pun tak boleh.Dahlah,jom pergi meja makan.”Ujar Puan Sharifah tak berpuas hati sambil menatang semangkuk besar nasi goreng Thai. Tengku Irdina pula membawa sejag air.Tersenyum Tengku Imran dengan lagak merajuk-rajuk sayang isterinya itu.Mengalahkan anak muda sahaja gayanya.
“Bila kamu berdua nak pergi honeymoon?”Puan Sharifah mula menyoal  berkenaan bulan madu anak menantunya itu.IlyaDarisya  yang baru ingin menyuapkan nasi goreng ke mulutnya,terhenti.Dia pandang Tengku Izzul untuk meminta kepastiaan.Setahunya Tengku Izzul tidak pernah membicarakan soal bulan madu saat sebelum mereka disatukan sehingglah sekarang.Malah jauh sekali untuk menyoalnya berkenan tempat-tempat yang dia mahu tujui untuk percutian mereka berdua.Sehinggakan Ilya Darisya pernah terfikir sendiri yang suaminya itu terlalu sibuk dengan kerjanya hingga tiada masa untuk bercuti panjang.
“Hari Selasa nie ma.Sehari selepas reseption dekat hotel.Tapi hotel tak book lagi.”Ujar Tengku Izzul selamba.Pandangan  tajam isterinya yang bagaikan meminta penjelasan langsung tak dipedulikan.Dia pasti selepas sarapan ini,Ilya Darisya akan menyoalnya sehabis mungkin.
“Tak apa.Pasal hotel jangan risau,biar mama dengan abah yang bookkan untuk kamu berdua ya.”
“Cayalah mama.Mama jangan lupa pilih honeymoon suite yang paling romantic punya erk.” Tengku Izzul tersenyum sambil mengenyitkan mata  kearah mamanya.Sebuah senyuman nakal diberikan buat Ilya Darisya.Sahaja dia mahu mendera perasaan isterinya itu.
Ilya Darisya hanya mencebik.Geram kerana dia selalu sahaja menjadi orang terakhir yang mengetahui segala perancangan Tengku Izzul.
“ABANG tak rasa ke nak terangkan sesuatu dekat Ilya pasal honeymoon?”soal Ilya Darisya.Keningnya dijongketkan sedikit sambil menekankan nada honeymoon.
Tengku Izzul senyum.Makanan ikan ditangannya ditaburkan kearah kolam yang dipenuhi dengan ikan haruan.
“Abang…Ilya tanya nie.”Ilya Darisya mula mendesak.Makanan ikan ditangan suaminya itu dirampas.
“Ri..sya..Erm sedap dengar.Bunyinya pun macam romantik aja.”kata-kata Tengku Izzul bagaikan untuk dirinya sendiri.Dia berjalan mendekati gazebo dan duduk di situ
Ilya Darisya tersentak.Sudah hilang melayang segala persoalan tadi.Malah rasa marahnya juga sudah terbang melayang.Risya.Erm nama itu memang kedengaran lebih lembut berbanding Ilya.Didunia ini hanya arwah mama dan abahnya sahaja yang memanggilnya begitu.Kata orang tuanya itu,panggilan itu hanya untuk orang yang teristimewa daripada orang teristimewa sahaja.
Ilya darisya mengekori langkah Tengku Izzul dan mengambil tempat disebelah suaminya itu
“Abang nak panggil Ilya,Risyalah.Bolehkan?”soal Tengku Izzul lembut sambil mendekati wajah Ilya Darisya.Dia jadi kelu dan berdebar.Lega bila apa yang akan terjadi seterusnya tidak sama seperti yang difikirnya apabila Tengku Izzul hanya berniat untuk mengambil kembali  botol yang mengandungi makanan ikan dari tangannya itu.Bila difikirkan kembali,betul ke dia lega?Atau kecewa?
Lama Ilya Darisya memerhatikan belakang badanya suaminya yang masih sibuk memberi makan ikan.Terasa sebak bila Tengku Izzul memanggilnya Risya sebentar tadi.Rasa rindunya pada arwah orang tuanya menerpa kembali.
 “Dah lama tak ada orang panggil Ilya macam tu.”beritahu Ilya Darisya perlahan searaya bangun dari gazebo.Tengku Izzul menoleh.
“Hahah..sebab tulah abang nak panggil Ilya macam tu.Biar nampak istimewa sikit.”Dia menghampiri si isteri.Makannan ikan diletak tepi.Tangannya pantas memeluk pinggang Ilya Darisya.dirapatkan dadanya ke badan Ilya Darisya.Menenangkan perasaan isterinya itu dengan cara tersendiri.Dia tahu isterinya sedih melalui riak wajahnya yang keruh.
“Haaa..abang jangan nak off topic pulak ya!”Jerit Ilya Darisya tiba-tiba.Tangan Tengku Izzul ditepisnya seraya menjauh dari suaminya itu.Tengku Izzul yang terkejut terasa mahu ketawa saja dengan perubahan cuaca isterinya itu.Sekejap mood sedih,sekejap mood lain pula yang datang.
Off topic apa?” Tengku Izzul cuba meraih tangan Ilya Darisya.Maklumlah sudah halal.Apasalahnya pegang-pegang.
“Pasal honeymoon tu la.”
Tengku Izzul ketawa mendengar suara Ilya yang mulai kedengaran lembut dan manja.
“Hahah..Ok jom kita duduk kat buaian tu dulu.Nanti abang ceritakan Risya pasal cadangan abang.”
Ilya Darisya menjongketkan sebelah keningnya.Tidak percaya dengan bicara suaminya itu.Bukan boleh harap sangat Tengku Izzul ini.Dari semalam dia suka main-mainkan dirinya.
“Abang tak tipulah sayang.”
“Betul?”
“Betul,my dear  sweethoney.”
Mereka bergandingan menuju ke buaian besi yang berada di samping pokok keladi besar.
“Ok,now tell me everything abaout your planning.”
“Kita naik flight.”beritahu Tengku Izzul tiga patah perkataan.Ilya Darisya menunjukkan riak tidak puas hatinya.Tengku Izzul ketawa sambil memeluk bahu isterinya.
Ilya Darisya menepis tangan sasa itu.Dia mula ingin membuka mulut.Tetapi tidak jadi bila jari Tengku Izzul diletakkan rapat pada bibirnya.
“Wait,wait,wait.I’m never  say that I’ll tell you the whole planning,right my dear?”
“Abang selalu buat Ilya macam nie.”rajuknya.
“Risya.”sebut Tengku Izzul sambil melentokkan kepalanya ke bahu Ilya Darisya.
“Hahh?”Ilya Darisya keliru.
“Kan abang panggil Risya.So Risya kenalah bahasakan diri,Risya dengan panggilan Risya,faham?”
“Pening.Banyak sangat Risya dalam ayat abang tadi.”adunya lembut.Hilang sudah rajuknya.Tak bertahan walaupun untuk 5 minit.Ahh..senang benar dia kalah pada kata-kata dan perbuatan Tengku Izzul.Dia tersenyum bahagia bila suaminya ketawa riang.

p/s: comment please....hehe

8 comments:

Anonymous said...

bestt...smbg lg ye ;-)

Unknown said...

sweet,,,...
sambung lagi ye.

evy said...

best...x sbr nak tau tengku izzul nak bw Ilya honeymoon kat mn?...

Salina Azni said...

mmg best... Harap2 n3 tetap ada....

Anor said...

best.. cepat sambung nak tau ape yg
berlaku seterusnya.

Jieha mohd said...

heheh bestnye mode hneymoon huhuhu :D

belle.talib said...

aww~
so sweet~~~
:D

amira aihara said...

tq so much,all..next week sya post new en3,Insyallah..

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥