Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Sunday, January 2, 2011

Please Don't Go:Bab 8


“Rina… jom dinner kat luar?”Ajak Ilya dengan senyum memanjang.Dia duduk bersebelahan Jari-jemarinya saja di main-mainkan di lengan Arina.
Arina yang sibuk membelek majalah Remaja pantas menepis lembut jemari Ilya.Geli dengan perbuatan Ilya yang pasti dilakukan hanya untuk meminta persetujuannya.
“Aku dah agak dah.Hari yang kau kena masak aja mesti kau ajak pergi dinner kat luar.Pemalas betul.”Tempelak Arina.Dia kembali menyelak helaian majalah dengan kasar.Saja menunjukkan protes kerana tidak mahu makan malam diluar.
Ilya hanya tersengih kerana dia tahu Arina hanya bergurau.Tetapi dalam bergurau-bergurau pun,ada benarnya juga kata-kata Arina.Dia memang rasa malas sikit mahu memasak.Apatah lagi hanya untuk makan berdua.
“Alah sekali-sekala nak jugak tekak aku makan air tangan chef.”
“Nak rasa air tangan chef konon.Ke nak rasa duduk goyang kaki sambil tunggu makanan tu datang tunjuk diri kat depan kau?”
“Pandailah kau teka.Tak sia-sia ibu Erma hantar kau pergi sekolah.”
“Ermm..sejak azali lagi aku memang pandai.”
“Ye ye.Kau memang pandai.Otak bergeliga.”Ilya memuji setengah hati.Setengah hati lagi tengah tunggu Arina bersetuju untuk makan diluar.Perutnya yang sudah berdondang sayang dari dalam,hanya tunggu masa untuk di isi sebelum gastric menyerang.“Jomlah.Pergi siap.”Ilya menarik tangan Arina supaya bangun.
Arina hanya menurut.Kalau bab memujuk memang bibir Ilya penuh dengan gula.Bak kata pepatah menanam tebu di pinggir bibir.Manis saja mulutnya.

*******

So,apa lagi yang you tak puas hati dengan I?”Lelaki itu mula naik angin dengan sikap  wanita dihadapannya.
“Eeei,you nie kenapa?Memang saja nak buat I marahkan?”Soal wanita itu sedikit nyaring.Susu dan garfu yang dipegang di hempaskan ke pinggan.
Tidak menghiraukan mata yang memandang penuh minat.Berbisik-bisik dengan penuh keterujaan menyaksikan drama dihadapan mata.
Dari satu meja lain Arina memandang Ilya penuh makna.Sudah nampak aura gosip di mata Arina.Tak ubah seperti Kak Ijah mamarazzi yang menyewa di apartmen di tingkat 2.
 “Suka hati youlah.I dah malas nak layan.”Nada suara lelaki tersebut sedikit merendah.Mungkin sedar bahawa mereka tak patut mencari publisiti di tempat awam.Bukan member apa-apa faedah malah mencalar maruah sahaja.Dia kembali menyambung  suapannya.Langsung tak menghiraukan wanita dihadapannya  yang sudah merah muka menahan geram.
Pantas wanita itu berdiri sambil menggalas tas tangannya kasar.Langkah yang panjang di atur meninggalkan restoran itu.Jelas lelaki itu menunjukkan riak terkejut.Tapi di biarkan saja wanita tersebut pergi.Tiada tanda-tanda bahawa dia ingin mengejar.
“Apa nie?Buta ke.”Tempelak wanita itu kuat di tengah-tengah restoran yang dipenuhi pelanggan.
Muka pelayan wanita yang dilanggarnya tadi hanya menunduk sambil berkali kali memohon maaf.Takut kalau-kalau majikannya perasan dengan situasi sekarang.
Tangan kiri wanita itu kasar membersihkan minuman yang tertumpah dilengan kanannya dengan sehelai tisu yang diambil dari tas tangan.
Lelaki tersebut juga tersentak dengan kejadian yang berlaku.Dia hanya menggeleng kepala.Ingatkan kekecohan akan terhenti.Rupa-rupanya bersambung ditengan jalan.Namun dia malas untuk masuk campur dengan hal wanita itu lagi.Biarlah dia selesaikan masalah yang ditimbulkan sendiri.
Ilya dan Arina yang duduk di meja berdekatan juga membeliakkan biji mata.Ahh..begitu kurang sopan wanita itu.Walhal dia yang melanggar pelayan tersebut.
“Lain kali jalan tu tengok depan!”Herdiknya lagi seraya berlalu.
Terkocoh-kocoh pelayan itu membersihkan gelas yang pecah.Ilya turut ingin membantu.Kasihan pula melihat pelayan restoran itu yang umur mungkin baru belasan tahun.
Tanpa disedari Ilya,lelaki tadi tersenyum manis melihat tingkahnya.
“Eh Cik tak apa tak apa.Saya boleh bersihkan sendiri.”Ujarnya  laju.Sebuah senyuman diberikan Ikhlas buat Ilya sebagai tanda terima kasih.Ilya mengerti.Lalu dia kembali ke mejanya.

“Err cik saya jumpa  gelang nie dekat tempat tu.”Beritahu pelayan tadi jujur tatkala mendekati meja mereka.Tangannya menunjukkan tempat pelanggaran tadi.
Lambat-lambat Ilya menyambut gelang itu.
“Aku nak buat apa dengan gelang nie.”Tanya Ilya keliru setelah pelayan itu pergi.Mungkin pelayan muda itu ingat gelang ini Ilya yang punya.
“Bagi dekat perempuan sombong tu tadi la.”Jawab Arina acuh tak acuh.Ilya mengaru kepalanya yang bertudung.
“Macamana nak bagi,dia kan dah blah.”Arina pula yang mengaru kepala.
“Ya tak ya jugak.”Ilya dipandangnya sambil berfikir.
“Haa..kita bagilah dekat lelaki tu.”Tunjuk Arina ke arah seorang lelaki yang sedang makan.
Lelaki itulah yang tadinya mereka berdua gosipkan bersama wanita sombong  tadi.Siapalah yang tak bergosip kalau lelaki dan wanita itu tiba-tiba sahaja bergaduh di tempat awam begini.
Ilya membuat mimik muka , menyuruh agar Arina saja yang memulangkannya.Arina buat tak tahu.
“Pelayan tadi bagi dekat kau.So kau la yang kena pulangkan kat lelaki tu.”
“Aku seganlah.”
“Apa nak segannya.Lepas kau bagi,kau cabutlah cepat-cepat ke sini.”Arina memberi cadangan yang kurang bernas.Rasanya nanti dia pula yang akan digosipkan kerana bersikap kebudak-budakkan.Ada ke patut disuruhnya cabut setelah memberikan gelang ini.Sudah macam kanak-kanak perempuan yang malu-malu memberikan surat cinta pada budak lelaki pujaan dan kemudiannya pecut lari sebab malu.Ohh..tidak.Ilya menarik nafas panjang.Kakinya dihalakan kearah lelaki itu.
“Err,Encik.”Panggil Ilya sopan.
Lelaki itu tersentak.Seketika kemudian dia memandang Ilya dengan senyuman.
“Encik kenal gelang nie?”

“Macam gelang..err..kawan saya.”Ucapnya tersangkut-sangkut.Ilya pelik.
‘Owh,kawan rupanya.Cara bergaduh macam kekasih aja.’Omel Ilya hanya di dalam hati.
“Yang makan dengan Encik tadi ke?”Tanya Ilya hanya untuk kepastian.Manalah tahu kalau-kalau gelang ini milik orang lain.Lega bila melihatkan anggukan lelaki kacak itu.
Thank.”Ucap lelaki itu sopan.Gelang itu kini bertukat tanggan.
“Saya Hakeem.”Perkenalnya tiba-tiba.
Langkah Ilya terbantut.Dia menoleh kembali ke wajah lelaki itu.Ilya tersenyum.Salam lelaki itu tidak disambutnya.Berharap lelaki itu mengerti.
 “Saya Ilya.Erm saya mintak diri dulu.”Ujarnya sopan.Ahh..macam tak percaya saja dia sesopan ini.
“Err..”Belum sempat Hakeem menghabiskan ayat Ilya sudah meninggalkannya.Ah..melepas baru nak mintak nombor telefon.Bisiknya kecewa.
Ilya yang bergelak tawa bersama temannya yang sedang makan diperhatikan penuh minat.Tanpa disedari bibirnya mengukir senyum.

*******

“Ilya kau tahu tak yang apartment kosong sebelah apartment kita tu dah ada orang duduk.”Terang Arina bersemangat tatkala mereka dalam perjalanan pulang dari restoran.
Ilya terkejut.Rasanya semalam apartment tu macam kosong lagi.Tak ada pun bunyi bising orang pindah barang.
“Ye ke?Aku tak tau pun.”
“Aku pun baru aja nampak petang tadi.Aku perasan dia keluar.Lelaki tau.Tengok dari belakang,macam handsome aja.”Terang Arina lagi.Wajahnya mengambarkan keterujaan.


4 comments:

salsabila said...

hahahaha..saya nak tergelak baca cerita ni..sebab nama sebenar sy arina..dan nama roomate saya ilyaa aifaa..mcm cerita kami pulak..hahhaa

amira said...

smemgnya sya wat cte khas utk awk ber2...hahaha...gurau jer...
kbetulan betul...hihi

sissyira said...

salam

wah pandai menulis, teruskan belajar yea :D

amira said...

@sissyira:heheh..tq ye dear...

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥