Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, March 23, 2012

Aku..Mahukan Cinta 17

“Tak guna !”Dato’ Azman menengking kuat.Kata-kata Bad buat darah tinggi dia naik mendadak. Hampir-hampir dia melemparkan segala fail di atas meja. Sudahlah dia masih tak puas hati bila projek megamall dekat Sungai Buloh tak berjaya diraih. Memang depan Amir dia kata okay dan berlagak selamba. Tapi dalam hati bagai nak sumpah seranah Amir dan consultantnya,Adelia. Tak pernah lagi dia kalah pada architect muda. Tapi beberapa minggu lepas dia terpaksa menerima perkara yang mengaibkannya itu.Sekarang Azriena pula yang bawa sial. Kata nak berkahwin. Hal itupun dia dengar dari mulut Bad,orang upahannya. Kalau tak memang budak sial tu nak kahwin senyap-senyap agaknya.
Dato’ Azman duduk menyandar pada kerusi empuknya. Matanya dipejam rapat. Kalau difikirkan secara teori, Azrienalah yang paling berkuasa ke atas syarikat dan harta peninggalan arwah isteri keduanya Datin Habibah. Dia perlu lakukan sesuatu. Sesuatu yang membolehkan dia mendapat kuasa dan hak itu. Yang paling penting dia tak nak tersalah langkah lagi sepertimana dia kesal ke atas  kematian kakak Azriena yang dirancangnya dulu.Bukan kesal kerana dia telah mengorbankan Azlina,tapi kesal kerana dia membuatkan Azriena lebih berkuasa. Tanpa dia sedar Azriena telah dinamakan oleh arwah Azlina sebagai penama tunggal bagi polisi insuransnya. Hasilnya, Azriena mendapat wang insurans secara beneficial, malah segala harta dan saham syarikat milik arwah Azlina juga jatuh ketangan gadis lurus itu. Nasib baik juga dia lurus,mahunya dia sebijik macam arwah Azlina, kemungkinan besar Dato’ Azman hanya merempat di Syarikat Bima.
Bila semuanya sudah tidak seperti yang dirancang, Dato’ Azman mengubah plan. Dia tak perlukan kematian Azriena untuk mendapatkan saham syarikat dan juga harta. Tetapi dia hanya perlukan persetujuan gadis itu sambil disaksikan oleh peguam keluarga arwah Dato’ Mahadi dan Datin Habibah. Dia mahukan perkara itu terjadi dengan ‘kerelaaan’ Azriena sendiri. Dan sekarang… dia juga perlu menghalang Azriena dari berkahwin. Tujuannya hanya satu, supaya harta atau saham Azriena tak dinamakan atau diberi kepada yang lebih berhak iaitu bakal suaminya nanti.
“Aku nak kau siasat background bakal laki si Riena tu. Cari kelemahan dia dan gunakan  kelemahan itu sehingga dia sendiri yang putuskan hubungan dia dengan Riena.And make sure Azriena knows nothing.” Dato’ Azman sudah merancangan. Sekarang dia akan berlakon seperti segala yang terjadi antara Azriena dan bakal suaminya adalah bukan atas tindakkannya. Disebabkan itulah dia merancang akan menggunakan taktik psikologi ke atas bakal suami Azriena supaya dia sendiri yang mengundur diri. Dato’ Azman tersenyum puas.
“Err…Dato’ tahukan yang bakal suami Azriena ialah…. Amir Isyraf?” Bad bertanya lambat-lambat. Wajah Dato’ Azman yang berubah menjadi terkejut dipandangnya dengan pandangan takut.
What did you just say? Amir Isyraf?Amir Isyraf bakal suami Azriena?” Dia sudah berdiri tegak. Mata Bad ditentang dalam. Melihat anggukan dari lelaki di hadapannya, Dato’ Azman terus menghentam kuat meja dengan penumbuknya. Tak guna kau Amir!Hatinya menjerit. Kali ini dia rasakan rancangan sedikit kurang menyakinkan. Amir bukan calang-calang orang. Bukan senang nak ugut dia tanpa melibatkan pihak lain. Silap haribulan polis datang serbu ofisnya tanpa amaran.
Tapi pelik. Kenapa selama ini dia rasa bahawa Amir menyimpan perasaan terhadap Adelia. Serius, setiap kali meeting di Syarikat Sutra dulu, dia dapat menangkap mata kedua-duanya saling bertatapan walau kadang-kala cepat saja Adelia melarikan pandangan dari Amir. Malah mereka terlalu rapat sehingga kerap-kali dia nampak mereka berdua lunch bersama. Sungguh dia rasa pelik. Takkanlah Amir saja nak berkahwin suka ria dengan Azriena.
Dato’ Azman menarik nafas. Dia perlu bertenang. “ Selama kau intip Amir dengan Azriena, diorang tu nampak macam couple ke?”
“Amir dengan Azriena Nampak mesra  tapi saya rasa diorang tak couple. Kalau dengan  perempuan lagi sorang,maybe betul kot Amir couple.” Bad teringat lagi, sejak dia mengintip pergerakan Amir, lelaki itu lebih kerap berada dengan seorang perempuan berambut ikal separas dada daripada bersama Azriena.
“Adelia?”
“Saya tak sure nama dia,tapi dia selalu ke company Amir.”
Dato’ Azman mengangguk-angguk. Memang sah Adelia. Dia yakin memang Amir dan Adelia ada something. Perasaan cinta dalam diam mungkin.Tiba-tiba Dato’ Azman mengukir senyum lebar. Matanya dihalakan ke arah Bad.
“Aku nak kau buat sesuatu….”
******
Adelia mengemas fail-failnya perlahan sambil mata memerhatikan Amir yang macam kejar masa nak keluar dari bilik meeting. Lelaki itu langsung tak memandangnya sepanjang meeting dengan wakil-wakil Intra-lina Contractor. Segala penerangnya tadi pun dipandang sepi oleh Amir. Kalau tak Amirlah yang akan bertepuk sekuat hati sambil mengerakkan bibir mengucap ‘good job,dear’ tanpa suara. Tapi hari ini bagaikan sepi sahaja. Dua tiga hari lepas pun Amir begini juga. Tapi kala itu Adelia ingatkan Amir bad mood sebab ada masalah dengan Intra-line Contractor. Sekarang, bila masalah dah selesai pun Amir still begini. Monyok tak tentu hala. Nak pandang pun tak nak, apatah lagi bercakap. Sekurang-kurangnya say something,man!. Bagi salam ke atau ucap hai ke. Agaknya ada diamond dalam mulut kot. Maklumlah diamondkan lagi berat dari emas dengan skala Mohs tertinggi iaitu 10. (http://en.wikipedia.org/wiki/Mohs_scale_of_mineral_hardness )
“Jom Delia,gi lunch dengan kitorang.” Faris mengajak. Dilihatnya wakil-wakil dari Intra-line juga sedang menunggunya di muka pintu bilik mensyuarat untuk makan tengahari bersama. Pandangan dihalakan lagi ke arah Amir yang sudah menghilang setelah bersalaman dengan wakil-wakil Intra-line.
“Err..Amir tak join sekali ke?”
Faris terkesima. Takkan dia nak cakap yang Amir tak nak lunch sekali sebab ada Adelia? Haishhh..memang parah betul dengan Amir ni. Kalau Amir tak buat keputusan nak kahwin dengan Azrienakan senang. Tak payah susah-susah nak elak dengan Adelia. Dan dia juga tak payah pening-pening nak kelentong gadis ini. “Errr…dia diet kot..hahhah.” Faris ketawa paksa.
Wajah Adelia berubah. Something fishy. Takkan badan dah sasa macam tu pun still nak diet. Bukan perut boroi pun. Silap haribulan bukan setakat six pack,eight pack,ten pack pun ada dekat badan si Mr. Amir tu. Nie mesti tak lain dan tak bukan, Amir nak mengelak dari dia. Tapi kenapa? Dia ada buat salah ke?
“Tak apa. Delia pun nak diet jugak.” Dia sengaja memerli. Yakin sangat yang Faris tahu mengenai perubahan sikap Amir. Kawan sejatilah katakan.
“Heheh…serius ke?”Faris sengeh.Macam terkantoi dengan Adelia aja.Haishhh..nasib kau la Amir,aku dah try kelentong untuk kau nie.
“Mestilah serius. Orang six pack pun diet takkan orang slim tak boleh diet?” Adelia senyum. Sempat juga dia angkat bakul.

Faris yang sengeh,tiba-tiba bertukar senyum tepi. Keningnya di angkat sebelah. “ Macamana boleh tahu Amir ada six pack nie?”
Adelia kelu.Wajah membahang. Panas!
“Oit buta ke?” Amir menahan marah. Lagi menyakitkan hati bila pemandu kereta Gen2 warna hitam itu hanya mengangkat tangan tanda mohon maaf  sambil terus memecut pergi. Nasib baik dia sempat tarik tangan Adelia yang nak melintas tak pandang kiri-kanan betul-betul. “Bawak Gen2 macam bawak F1. Lalu jalan KL macam lalu litar sepang.Menyakitkan hati betul. Dah la..bla..bla..bla…” Amir terus membebel dan membebel.
Adelia yang melekap kemas pada tubuh Amir tersentak. Bukan sebab nyaris-nyari nak kena langgar tapi sebab pelukan Amir. Uishhh…Astagfirullahalazim.
“Err…Mr Amir?”Adelia panggil Amir perlahan.
“Kenapa?”Amir bertanYA. Macam orang blur.
“Bila agaknya you nak lepaskan I ya?”Adelia senyum paksa. Memang dia pun dah rasa malu sangat. Tak tahulah dah blushing atau belum wajahnya di bawah panas terik dekat depan Sunway Piramid ni?
Wajah Amir dah membahang.Merah.Nasib baik dia pakai Police sunglasses. Tak adalah nampak sangat muka dia yang berubah.Segera tangannya yang melingkar pinggang Adelia dilepaskan. “Err…sorry,sengaja.”
“Hahhh?”Adelia hampir menjerit. Sengaja?
“Ehh..tak I mean, tak sengaja.” Muka Amir bertambah merah.Aigoo..mulut,tolong beri kerjasama pada tuan anda ya.Dia sengeh menutup getar hati. First time dia rasa berdebar begitu sejak dilahirkan. Errr…over sangat ke ayat dia?
Adelia membetulkan blous hitam yang dipakainya. Dia simpan senyum malu. Macam ni rupanya wajah orang yang diserbu malu. Sebelum nie dia tertanya-tanya,betul ke nampak merah muka orang yang diserbu darah cebab malu seperti dalam novel. Rupa-rupanya,betul. Tambahan lagi kalau orang itu berkulit cerah,memang jelas Nampak pipinya yang ala-ala pakai blusher gitu.
“Hai..jauh berangan….. serius tak nak join ke nie?”Faris melayang-layangkan tangannya depan wajah Adelia.
Adelia tersentak. Dia tersengeh seraya menggeleng.Haishhh..macamana dia boleh teringatkan peristiwa dia ber ‘dating’ dengan Amir 2 minggu lepas.
“Okay,kitorang pergi dulu.”
*******
Tok..tok..tok.
Amir panggung kepala. Penelitiannya terhadap pelan lakaran yang terdapar di atas drawing board terganggu. Siapa pulak yang datang ganggu waktu lunch ni?Takkan Adelia. Ahhh…impossible!
Come in.”Amir bersuara. Matanya dipakukan pada arah pintu. Dia terdiam. Adelia?Okay, now everything looks possible.
Busy ke?” Adelia menjenguk di sebalik pintu.,
Amir hanya mengangguk. Dup dap dup dap.Ahhh..sudah. Hati dia dah mula menari inang.Cepat-cepat dia kembali memandang pelan lakaran.
“Err..I ada buat salah ke?”Tanya Adelia straight to the point. Dia menapak masuk dan berdiri berhampiran Amir di depan drawing board.
Amir masih tekun menelaah pelan lakaran. “Tak ada.” Dia menjawab sepatah. Adelia please,leave me alone!Jeritnya dalam hati. Sejak akhir-akhir ini Adelia kerap bertanya soalan itu. Dia pulak buntu nak jawab apa. Kalau macam nie gayanya,macamana dia nak jauhkan diri dari Adelia?
“Kalau tak ada salah,kenapa you layan I macam nie?” Adelia bertegas. Asyik-asyik kata tak ada apa-apa. Tapi layan aku macam layan musuh. Tension betul.
“Entah.” Amir cuba untuk bersikap selamba.
“You nie…”Adelia bertambah geram. Jari jemarinya digenggam erat. Dia menarik nafas dalam.
Amir masaih begitu. Tenang walau hatinya bagaikan dilanda rebut. Drafting machine scale diambil dari atas meja dan dipasangkan ke  atas drawing board. Mata Adelia yang mengekori setiap geraknya membuatkan dia rasa  janggal.
 “Kalau ada apa-apa yang tak puas hati,bagitaulah. Jangan buat diam aja lepas tu layan I macam layan musuh. Apa kes?” Adelia bersuara tak puas hati.
Tiba-tiba Amir menghentakkan tangannya ke drawing board. Perlu ke dia bertindak begini. Ya perlu! “Can you just…leave me alone!” Dia juga bersuara tegas. Matanya menentang mata Adelia yang memerah. Sungguh,dia tak nak buat semua ini dengan Adelia. Sungguh dia tak nak suara tinggi untuk pendengaran Adelia.Dia tak nak bermuka masam untuk pandangan Adelia. Tapi… dia terpaksa!
Lama  Adelia terdiam. Tersayat hati bila kali pertama Amir meninggikan suara. Entah kenapa dia rasa sensitive sekarang. “Okay fine!” Dia cuba menguatkan hati dan segera berlalu pergi. Tanpa ditahan ada air mata yang menuruni pipinya. Panas dan pandangan kabur. Beg tangan segera diambil di atas meja kak Sarah. Kakinya laju dihalakan ke arah lif.
Amir terduduk. Dia maraup wajah. Terdengar keluhan berat dari bibirnya.

p/s: enjoy reading n sudi2lah komen..Tq :D

Tuesday, March 13, 2012

Aku..Mahukan Cinta 16

“Salah ke apa yang aku buat?”Amir bertanya tegas. Sakit hati,jantung dan segala organ dalam badan bila kena marah dengan Faris dan Khairul. Nak buat baik pun salah ke? Dulu masa dia kecil ustaz sendiri pernah cakap yang besar pahalanya kalau kita tolong kaum yang tak berdaya. Kaum Hawa semestinya.
“Memang salah!!!.”Serentak Faris dan Khairul menjawab marah. Amir mengeluh.Bergegar gegendang telinga dengar paduan suara dua kawannya ini.Dua pasang mata di hadapannya dipandang kosong.Sekarang dia tak ubah macam banduan yang tengah kena soal siasat diruang makan.Niat hati,bila balik apartment ini  bolehlah dia berehat dan fikir baik buruk keputusan dia nak kahwini Azriena secara tenang. Tapi ..bala yang datang. Masuk-masuk apartment aja terus kena serang dengan Khairul.Dan yang peliknya Faris yang duduk dekat Ampang pun boleh join sama? Patutlah beria-ia benar Khairul suruh dia balik apartment lepas dia cakap dia nak kahwin dengan Azriena pagi tadi di telefon. Kata Khairul,dekat apartmen lagi tenang,tak ada gangguan.Iyalah tu..tak ada gangguan konon.
“Kau nie macam tak ada benda lain kau nak korbankan untuk Azriena tu?Kau ingat nikah kahwin ni benda main-main ke?”
“She has nobody,now. Ayah tiri pulak tengah rancang nak hapuskan dia untuk dapatkan harta.Apalagi yang aku boleh tolong selain kahwin dengan dia,protect dia and make her  feel yang dia tak alone dekat dunia ni?”Amir bertanya keras.
“Banyak benda lagi,Amir.Banyak yang kau boleh tolong.Kau aja yang tak fikir.”nada Faris merendah.
“Ermm..betul cakap Faris tu.Hal kahwin ni berat tau tak?Kau akan kahwin dengan dia bukan sehari dua,tapi seumur hidup.Dan secara tak langsungnya,kau korbankan diri kau selama-lamanya.”Khairul menekankan ayat terakhir.Saja dia nak provok Amir.
Korbankan diri untuk selama-lamanya.Amir mengeluh.Lama dia diam.Air neslo di depannya dipandang lama.Adelia.Entah kenapa satu nama itu muncul.
“Apa aja yang aku boleh buat selain kahwin dengan dia?Itu aja yang terbaik,aku rasa.Lagipun dah lama aku kawan dengan Azriena. Dah ada sedikit keserasian. “
“Keserasian tu bukan cinta.Cuba kau tengok artis. Sebagai contoh paling famous la. Baru-baru jumpa,bercinta bagai nak rak. Mula-mula kahwin,berjuta-juta duit habis nak buat grand weeding of the year. Bila wartawan tanya,mulalah nak bangga-bangga cakap tak kisah habis duit,sebab kahwin sekali seumur hidup,kitorang serasi berdua,memang tak boleh berpisahlah.Tapi tu mula kahwin.Bila dah berbulan hidup bersama, maka nampaklah si artis itu dengan pasangannya naik turun mahkamah syariah.”Panjang lebar Khairul bersyarah.
Faris dan Amir dah melopong. Apasal tetiba masuk artis dalam cerita hidup diorang ni?
“Apa kena mengena artis dengan aku?”Amir bertanya.Blur seketika.Muka innocent aja.
Khairul garu kepala. “Err..aku pun tak sure.” Dia sengeh. Dengan pasrah,dia terima aja kusyen kecil yang dah sampai ke mukanya dari penangan lemparan maut Amir. Itulah padahnya kalau asyik baca gossip dekat magazine. Lagi satu baca dekat page Beautifulnara. Memang otak full dengan gossip sana-sinilah.Nak kata tak baik,tak adalah.Dia Cuma nak tahu perkembangan dunia artis. Err.. perlu ke?
Faris menghela nafas perlahan.Suasana kembali suram. Lawk Khairul tak tahan lama.Baru aja panas,dah turun balik ke suhu melebihi paras 0.
 “Tak elok kau korbankan diri hanya untuk Azriena.Kalau kau cintakan dia,tak apalah jugak.” Sungguh,kini dia tak kenal siapa Amir sebenarnya.Hanya sebab nak bantu perempuan yang dia baru kenal,dia sanggup korbankan masa depan dan cinta dia?Owhhh…dia rasa macam nak aja baling bola besi dekat kepala otak Amir.Biar lelaki tu sedar balik. Biar dia tahu keputusan dia tu bukan yang terbaik. Dulu waktu jadi playboy,susah pulak Amir nak cakap pasal kahwin. Sekarang,senang macam kacang goreng saja,dia cakap bak kahwin.
“Cintakan boleh dipupuk lepas kahwin.”Cewah..ayat,memang akan ditabik springlah dengan ustaz dia waktu kecil dahulu. Kata ustaz,kan lebih manis berkahwinan kalau baru nak belajar bercinta selepas ijab dan kabul.
“Kau nie serious nekad ke?”Khairul tak puas hati.
“Errr…ya….kot.”Amir sengeh tengok muka Faris dan Khairul yang dah macam mak singa. Neslo didepan terus dihirup rakus. Betul ke dia nekad?Sungguh,hatinya berbelas bahagi. Somebody,help me please………!!!!
“Macamana dengan Adelia.Kau kata kau suka dia?”

Amir bersandar lemah.Mug neslo diperhatikan lama sebelum diletak kembali. Rambutnya yang hitam dikirai-kirai dengan jari. “Aku akan larikan diri dari dia.” Amir menjawab ringkas. Teringat kembali wajah Adelia yang selalu ceria.Cuma kadang-kala aja  gadis itu buat muka geram dengannya.

Dia nak jauhkan diri. Kalau tak boleh,dia akan cuba cipta jurang hubungan antara mereka. Mungkin kini  tak akan ada lagi sembang mesra atau usikan cinta dengan Adelia  macam dulu,semasa dia cuba jual minyak nak tarik perhatian Adelia. Waktu itu dia memang keliru,betul ke dia sukakan Adelia,atau sifat playboy aka kasanovanya saja yang mengambil alih segala tindakan dan persaannya terhadap Adelia?Tapi bila lama-lama dia dapat rasa yang dia memang dah jatuh cinta sejati pada gadis berkarima itu. Setiap masa dia nak lihat Adelia.Paling tak dengar suara Adelia. Atau paling tak pun tanya Eima tentang kesihatan dan aktiviti harian gadis itu.
Jauh di  sudut hati,dia nak peristerikan Adelia. Tapi dia takut nak letak angan setinggi awan,bila dia tak pasti sama ada Adelia pun sukakanya tau tak. Pelikkan.Dulu dia tak pernah rasa tak yakin begini bila dia nak berpacaran . Tapi dengan Adelia,perasaannya jadi terbalik. Dia cukup takut direject. Masa jadi playboy termasyur dulu, bukan setakat direject, di tolak mentah mentah pun dia tak kesah sebab dia tak pernah menaruh harapan tinggi pada seseorang,tidak seperti Adelia.Tapi setakat ini memang dia tak pernah direject la.
 Amir mengeluh. Akan jadi kejamkah dia terhadap Adelia?Mungkin jugak dia turut kejam dengan hati sendiri.Itu dia yakin.
“Sanggup?”Faris bertanya sinis. Dari gaya Amir,dia memang yakin yang Amir cintakan Adelia,bukan sekadar suka. Tak pernah dia tengok Amir begitu mengambil berat,atau terhegeh-hegehkan seorang gadis biasa,kecuali Adelia. Dulu perempuan yang terhegeh-hegehkan dia.
 Amir pandang kosong. Sanggupkah?Dia tanya diri sendiri.“I’ll try.” Hopefully….dia berjaya .
Kini Khairul pulak mengeluh.Azriena.Nasib gadis itu memang malang. Jadi tak hairanlah kenapa Amir sanggup berkorban sampai macam nie sekali. Bukan dia tak nak faham segala keputusan Amir,tapi…entahlah.“Sekarang dia dekat mana?”
Amir panggung kepala.Matanya memandang Khairul.”Adelia?”
“Azriena.”Khairul menjawab sepatah.
“Dekat Penang,rumah anak perempuan arwah orang gaji dia.”Sejak mak iaitu orang gaji yang paling rapat dengan Azriena meninggal dunia disebabkan pendarahan dalam otak selepas jatuh dalam bilik air,Azriena menetap sementara di rumah Kak Sofia. Kata Azriena dia belum ada kekuatan nak tinggal dalam banglo besar seorang diri.Tambahan pulak disitulah tempat  arwah meninggal. Kata gadis itu lagi,ada baiknya dia duduk sementara di Penang sebab disitulah Kak Sofia dan ahli keluarga mak yang lain a kan menjalankan majlis Tahlil. Jadi ada baiknya dia tolong anak arwah mak yang tengah mengandung itu.
“Adelia dah tahu?”Faris bertanya. Terasa terlalu kekok dengan suasana diam di ruang makan apartment.
Amir termenung jauh. Perlu ke dia bagitahu Adelia?

p/s: komen anda membuatkan Amir Isyraf gembira kembali..so komenlah...hahahh

Sunday, March 11, 2012

Aku..Mahukan Cinta 15

Congratulation, Mr Amir.Our new project dah ada dalam genggaman.”Adelia bersuara riang bila meeting dengan Sutra Holding sudah selesai.Sekarang diorang kena tumpukan kepada proses pembinaan pula.
Same goes to you,Miss Adelia.”Dia membalas.Kaca mata hitam brand Police dipakai.Tengahari nie memang panas terik.Duduk pulak dekat parking tak berbumbung.Kepala dah macam kena bakar.Tapi Adelia selamba aja.Ke dia aja yang overreaction?
Kalau dibanding Adelia dengan ex-girlfriends dia dulu memang jauh beza.Diorang semua bukan setakat tak nak panas,takut  panas pulak tu.Kalau kemana pergi,mesti minah-minah tu semua bawak payung.Kadang-kadang bila cakap,dah rasa macam bercakap dengan payung aja,tuannya tak Nampak sebab dah kena lindung. Tu tak kira lagi dengan spek hitam yang besar gedabak dekat muka . Takut panas la katakan.Nanti terbakar kulit,tak da siapa nak pulak.
Tepukan yang tiba-tiba semakin kuat menghampiri membuatkan Amir dan Adelia tersentak.Serentak mereka berpaling.Kelihatan Dato’ Azman yang berwajah tenang menghampiri dan menyalami Amir.Tangan Amir di genggam kuat dan digoncang perlahan.Amir tak beriak.Malas nak turut berdrama dengan Dato’ Azman si hipocrito!
Congratulation ,En Amir.You deserve it.”Dato’ Azman senyum sinis sambil memandang Adelia.Dia pasti kejayaan Inline Architecture banyak disumbangkan oleh kerjasama antara Amir dan Adelia. Dia tak risau.Nanti bila dia dah dapat hak pemilikan syarikat BiMa,projek yang lagi besar pun dia mampu rebut.
Amir masih tak beriak bila Dato’ Azman berlalu pergi.Dia merengus.Entah sampai bila dia nak jaga Azriena.Selagi Dato’ Azman tak bertindak dan tak ada bukti jenayah lelaki itu,selagi itu dia terkongkong dalam kes ni.Tapi dalam dia rasa terbeban,dia tetap bersimpati dengan Azriena. Ada ayah tiri yang mampu jaga syarikatnya tapi tamakkan kuasa,memang sesuatu yang bukan boleh dibanggakan. Hidup pulak sebatang kara.Hanya ada orang gaji yang sanggup memberi kasih. Lebih menyedihkan Azreina,bukan macam Adiela.Tegas,pandai berdikari,pendek kata Adiela boleh menongkah arus dunia tanpa bantuan orang lain.Cukup berbeza dengan Azriena yang lemah sentiasa. Nasib ada mak,orang gaji yang selalu prihatin hal dia.Kalau tak ada,bagaimana agaknya nasib Azriena?
Adelia  pandang Amir dan Dato’ Azman yang sudah menjauh,silih berganti. Dia angkat kening.”Something fishy,here.”Dia senyum tepi melihat Amir. Dalam bilik meeting tadi pun dia dah rasa fishy-mishy. Tapi dia malas nak fikir panjang.
“Nothing fishy,okay.”Dia simpan senyum.Comel tengok Adelia senyum tepi.
“Malam nie I,Faris  and Khairul nak celebrate dekat Mid Valley.lepak-lepak dekat sana, boling,makan-makan.You nak join?”dia sambung.
Lepas lepak-lepak bolehlah ngorat-ngorat anak dara orang kan?Adelia membebel dalam hati.Kata si Amir ni playboy,for sure la tak lepas pandang dengan perempuan.
Sorry you.I nak balik kampung.Nak bawak mak I datang sini.”Adelia senyum manis.Sebut aja mak dia nak datang sini,memang dia tak boleh tahan keterujaannya.Tambah-tambah lagi,bila mak dia ni  susah sikit nak tinggalkan rumah dekat kampong.Entah apalah yang ada dekat rumah tu.
Ohh yeah?Bila you balik kampong?”
“Petang ni.Esok pagi,I balik sini balik.”
Amir senyum.“You look…so…teruja.”
“Off couse,I’am.”
“Teringin nak jumpa mak you.”Amir pandang lama mata Adelia.Entah kenapa ayat itu meluncur dari bibir merah aslinya.
Adelia dah rasa macam nak pitam.Walau dia tak nampak mata Amir yang dah kena halang dengan spek hitam yang gorgeous tu,tapi dia still rasa tak keruan.Haishh..nampaknya tactic untuk tak menghiraukan pandangan menggoda Amir,senyuman manja Amir dan gurauan berkasih Amir macam kurang berkesan.Berjaya tu,berjaya jugak.Tapi gred C aja kot.Dia memang susah nak upgrade jadi A bila Amir selalu buat jantung dia dup dap dup dap tak tentu hala.
Adelia ketawa.Nampak sangat ketawa buat-buat.”Boleh aja kalau nak jumpa.”Oh my god,what I’m saying?Ahhhhhhhh.
“Serius?”Amir tanggalkan spek hitamnya.Dia mendekat dengan Adelia yang sudah merah wajah.Tak tahu pulak merah sebab panas atau malu.
“Errr,okay bye,I balik dulu.”Adelia berjalan laju menuju ke kereta Persona hitamnya.Panggilan Amir pun dia buat tak dengar.Saja nak lari dari soalan Amir.
“Mana adil,You cakap tadi,boleh!!!”Amir tak puas hati .Tadi kata boleh,bila nak make sure,dia lari pulak.
Adelia ketawa.Boleh pulak mamat handsome tu menjerit tengah-tengah parking dekat Sutra Holding nie.Buat malu aja.Macam budak-budak.
*******
“Isk..betul ke nie mak nak pergi KL?”Puan Kalsom serba –salah.Entah betul entah tak keputusan dia nak ikut Adelia balik KL dan tinggal di sana seminggu.Beg baju dah masuk ke bonet Persona Adelia,tapi hati dia ni yang tak masuk-masuk kereta lagi.Tambah-tambah bila teringat pokok bunga siapa nak siram,itik angsa siapa nak bagi makan dan siapa pulak nak tengok rumah pusaka peninggalan arwah suaminya.
“Ala mak nie janganlah tukar plan.”
“Nanti siapa nak jaga rumah nie.Angsa lagi,pokok bunga mak lagi.Kalau pergi sana  nanti mak bosan pulak duduk lama-lama.”
“Mak jangan risau,Didi dah bagitau mak long suruh dia tengok-tengokkan semua itu masa nak datang sini tadi.Seminggu kat KL nie mak jaga anak-anak mak je ya.”Adelia memancing hati maknya.
“Didi sure mak tak bosan punya.Jiran kitaorang peramah.Lagipun  Eima dah nak start cuti sem tak lama lagi.Nanti dia boleh bawak mak jalan-jalan pusing KL.Kalau hari minggu pulak Didi bawak mak tengok wayang,nak tak?”Adelia memujuk.Memang habis semua perancangan dia keluarkan dari mulut.Minta-minta mak setuju.
“Ishh..Didi nie.Mak dah tua la.Tu semua gaya orang muda.”
“Mak muda lagi la.Boleh la mak,please,please,pleaseeeeeee”Adelia menyendeng tepi ibunya.
“Ermm..okay ,okay,okaylahhhhhhh.”
“Yeayyy sayang mak.”Adelia mencium pipi maknya puas-puas.Kalau mak dia ada tak adalah bosan sangat bila balik kerja nanti.Ini tak asyik-asyik tengok muka Eima,Eima pulak tengok muka dia.Kalau Eima keluar dengan kawan,dia balik kerja terus nampak dinding aja.Bosan!
******
“Makkkkkkkkk.”Eima lari laju keluar rumah bila terdengar bunyi enjin kereta alongnya.
“Ermm…muahhh rindu mak.”Eima peluk cium maknya.Dah hampir sebulan rasanya mereka tak bertemu.
Adelia hanya memerhati.Dia tersenyum.Walau ayah dah tiada,tapi mereka masih bahagia.Alhamdullilah.
Adelia mengeluarkan beg baju maknya.
*******
Sementara maknya ke bilik untuk bersolat magrib,Eima mendekati kakaknya yang sibuk buat air milo.
“Along,tadi Abang Amir telefon.”
Tangan Adelia yang sibuk mengacau jag berisi air milo terhenti.Abang Amir?Abang Amir mana pulak ni?Takkan Amir Isyraf? “Abang Amir mana pulak?”
“Alaa,Abang Amir yang belanja pizza dulu tu.Yang handsome bangat gitew.”Eima menyandar di tepi cabinet dapur.Dia senyum tepi.
Sah!Amir Isyraf.”Kenapa dia call?”
“Dia call along,tapi along tak pick up phone.So dia call la Eima.Tanya kot-kot something bad happen dekat along.Suara dia risau sangat tau.Macam laki hilang bini pun ada jugak…..Ermm..along ada something erk dengan Abang Amir?”Eima angkat kening.
Adelia buat-buat sibuk.”Mana ada.Haaa…nie macamana Amir tu boleh ada nombor phone Eima?”
“Masa kita bertiga makan pizza sama-sama tu.Waktu tu along tengah jawab phone dari Kak Julia.Abang Amir mintak nombor phone Eima,Eima bagilah dekat dia.”
“Eee..Eima nie tak takut ke,sesuka jantung aja nak bagi nombor phone dekat orang.”
“Biar la.Lagipun Abang Amir tu baik la.Friendly lagi.Ingat tak masa along call,suruh Eima balik naik teksi sebab along stuck jammed dulu tu?”
Adelia angguk.Memang betul-betul punya jammed waktu tu.Sudah waktu kemuncak orang balik kerja,ada excident pulak tu.Memang kereta tak bergerak langsung.Sampai rumah pun dah pukul 7 malam.Eima pulak buat muka masam,tak nak bercakap dengan dia.Adelia yang tengah tension tak habis lagi tu,buat muka lagi masam.Sudahnya,lepas hari tu terus Eima kata nak pergi dengan kawan,tak pun naik teksi.Kalau terdesak aja dia akan mintak Adelia hantar dan ambik.
“Yang hantar Eima balik,Abang Amir la.”
Adelia terkejut.Patutlah adik dia sampai rumah awal.
“Macamana dia boleh ada dekat UKM.”
Eima jongket batu.”Entah,tapi rasanya dia jumpa perempuan yang kita tengok dengan dia dulu tu,senior Eima.Nama dia Azriena.”
Adelia mengangguk.Tiba-tiba dia rasa kecewa.Erk…kenapa nak kecewa?
“Tapi pelik la.”Eima menyambung.
Adelia pandang Eima.Budak nie suka sangat cakap terhenti-henti.Cakap ajalah terus.
“Dia ambik berat dengan along,sebab dia akan call Eima tanya along tengah buat apa,sihat ke tak,keluar ke tak.Tambah-tambah waktu hujung minggu.Tapi dia pun rapat juga dengan Kak Riena.Selalu adik Nampak dia,petang-petang lepas kelas dekat UKM.”Eima berfikir sejenak.
Adelia terkaku.Amir selalu call Eima tanya khabarnya?Wowww…
“Siapa yang abang Amir suka sebenarnya?”Eima bertanya.Lebih kepada diri sendiri.
“Siapa Abang Amir,Eima?”Maknya tiba-tiba muncul di dapur dan menyampuk.
Eima angkat kening.Senyuman penuh makna dia beri pada Adelia sebelum mendapatkan ibunya di meja makan.
“Bakal ab…”
Pantas Adelia berlari pergi menekup mulut Eima.Adelia tersenyih pandang maknya yang sudah terkejut.”Bakal bos baru Didi.”
“Err..jom mak kita duduk kat sofa.”Adelia menarik lengan maknya.Sempat dia menjelir lidah ke arah Eima.
Eima geram.Tak apa,nanti dia akan berusaha bagitahu maknya jugak.
“Eima…. bawak air milo tu ke sini.Bawak biskut sekali.”Eima menghentak kaki.Sesuka aja alongnya menjerit suruh dia jadi orang gaji.
“Bos baru?”Maknya bertanya.
“A’ah.Didi dapat tawaran kerja dekat syarikat lain.Didi macam nak terima aja,sebab syarikat tu lagi dekat dengan rumah,gaji pun mahal.Lagipun dia syarikat friendly nature.”
“Bos dia pun handsome,mak”Eima menyampuk.Lepas letak jag serta cawan dan sepingan biskut dia duduk menempel disebelah Puan Kalsom.
Adelia dah membulatkan matanya.Memang nak kena sekeh kepala si Eima nie.Heee..tension!
Puan Kalsom senyum aja.”Agaknya ada peluang tak mak nak bermenantu tahun nie?”
“Makkkk!”
********
Amir mengeluh.Kata-kata gadis itu tadi dan berita yang baru dia dapat membuatkan jantungnya tersentap.Tak sangka .Sungguh dia tak sangka.

Saya dah …tak ada sesiapa lagi.Dah jadi sebatang kara.Saya sedih.Saya…saya dah tahu apa tujuan untuk saya hidup sekarang ni.Kenapa..hidup saya malang sangat,Amir?
Kata-kata itu masih berlegar dalam minda. Dia tiada jawapan untuk itu. Hanya pandangan simpati yang dia boleh bagi. Selebihnya dia jadi…blank.Semua benda ini terlalu drastic.Sangat drastic sehingga dia tak mampu berfikir dengan waras.
 “Amir kenapa tak turun makan malam?”Amir memandang mommynya dimuka pintu bilik dengan pandangan kosong.
Dia mula terfikirkan sesuatu.Sesuatu yang hanya mungkin dia boleh beri.
“Amir nak kahwin.”
“Hahhhh?”


Friday, March 9, 2012

Aku..Mahukan Cinta 14

Adelia mengerutkan dahinya.Tangannya ditekan-tekan ke perut.Sakit.Dia bersandar pada pintu tandas.Serius,seksa  sangat sengugutnya pagi ini.Rasa macam nak aja bergolek-golek atas lantai.
“Along,apasal lama sangat dalam toilet tu?Bila nak solat nie?”Eima ketuk pintu tandas.Dah 10 minit dia tunggu Adelia di bilik untuk solat subuh bersama.Tapi alongnya itu tak muncul-muncul.Bertapa dalam tandas ke?

“Pergi la solat.Along period nie.”Bersusah payah Adelia bersuara.Lagi susah nak tahan sakit sebenarnya.Memang seksa jadi perempuan.Astagfirullahalazim.Mengucap Adelia.Banyak lagi kebaikan menjadi perempuan yang kita tak tahu.

“La ya ke.Okay la Eima gi solat jap.”Eima kembali menuju ke biliknya.Nie mesti sengugut.Along kalau period tak sengugut hari pertama memang tak sah.Haishh..kesian pun ada jugak.Nak kata sebab keturunan,takkan la.Dia tak pernah sengugut pun.Bukan setakat senggugut,sesemut pun tak pernah kena.

 Adelia keluar dari tandas.Senggugutnya masih menyerang tak henti-henti.Dia duduk seperti keadaan sujud di atas katil bagi mengurangkan sedikit senggugutnya.Tangan kuat menekan perut.Tapi rasa macam bertambah teruk aja.Dia berbaring pulak.Bergolek-golek  atas katil.Parah kalau nak pergi ofis Amir dalam keadaan sakit macam nie.Nak cancle,tapi dia takut Amir kata dia cuba ambik kesempatan dengan kebaikan lelaki itu pulak.Jadi penyelesaian terbaik,pergi farmasi,beli ubat tahan sakit,makan dan terus ke Inline Architecture.

Ehh…tak boleh,mak tak kasi bergantung kepada ubat sangat,nanti bila  senggugut saja asyik kena telan ubat .Ok fine.Penyelesaian kedua,pergi farmasi beli panaflex ,tampal dekat perut dan belakang badan,kemudian terus drive ke Inline Architecture,jumpa Amir dekat bilik dia.Kalau dia tanya,apasal bau macam minyak angin,buat tak tahu aja.Kalau dia angkat kening sebelah,tak percaya,cakap aja tu perfume baru yang dia beli semalam.Kalau,tak percaya jugak,suka hati dialah.
********
Tepat jam 9.00 pagi,Adelia sudah berada di hadapan bilik Amir.Sebelum sampai ke syarikat ini,dia telah menyempurnakan perancangannya.Singgah di farmasi untuk membeli panaflex.Rasa sedikit lega bila panaflex mula bertindak membuatkan perutnya rasa sedikit panas.Tapi bau…erm memang ‘semerbak’ la.

“Ehh Miss  Adelia,masuklah kenapa tercegat dekat depan nie? Takkan baru dapat kerja baru kot?”Amir yang muncul sempat berlucuan. Sebenarnya dia terkejut tengok Adelia yang sudah berada di depan biliknya.Ingatkan pagi yang Adelia beritahu semalam ,lebih kurang pukul 10 atau 11.Tapi rupa-rupanya pagi Adelia nie memang betul-betul pagi.Cayalah...
“Kerja baru?”Adelia kerut dahi. Pasal resign pun jarang terfikir,ini nak apply kerja baru apanya. Ini yang buat dia tension ni. Pagi-pagi lagi buat dia blank dan  hilang mood. Sudahlah senggugut.  Hormon tak stabil pulak tu.
“Jadi mak guard.”Amir ketawa dengan kata-katanya sendiri. Bila dilihat Adelia masih blur-blur dengan muka tak senyum,buat dia malu sendiri. Haishhhh…apalah nasib aku pagi ini.

Adelia buat muka tak ada perasaan walaupun sehingga Amir berhenti ketawa secara mengejut. Salah ke kalau dia tak rasa lawak? Dia mengekori Amir yang sudah cemberut muka,memasuki bilik lelaki itu.”Errr..you dari mana tadi?”Adelia cuba nak berbasa-basi. Serius pagi ini tak ada mood sangat.Tapi bila fikir pasal tugasnya,dia berusaha menjadi professional.Menepis segala hormon tak stabilnya.
Human Resources’ Department.”Amir bermuram durja. Tetiba dia terasa hati dengan Adelia pagi ini.Terasa nak mogok tak nak layan sangat si Adelia. Kecewa bila Adelia buat tak tahu saja dengan lawaknya. Dia mengeluh perlahan. Haishhh..apa ni Amir.Emo pepagi ini.Pasal benda remeh pula tu. Tak pernah dibuatnya perangai macam ni sejak dulu,tetiba pulak pagi nie jadi gedik-gedik emo? Helllooooo..nie serius ke Amir Isyraf yang cool sangat tu. Ke dah bertukar jadi Amir Isyraf si emo guy?

Adelia tak tenang duduk. Sepi saja bilik nie macam tak ada orang bila Amir buat hal sendiri. Belek fail ini,tengok kertas itu,check keyboard ini, bersihkan mouse itu. Ehhh..kejap-kejap,dia  atau Amir yang kena sindrom hormon tak stabil sebab datang bulan? Pelik-pelik.Kurang jelas jantina Amir pagi ini.Emosional sangat.

Amir masih macam tu. Buat macam Adelia tak wujud. Sikit pun dia tak pandng gadis itu. Akal kata jangan buat perangai luar alam,tapi masalahnya hati yang tergedik-gedik nak buat jugak.
Tiba-tiba,tan
pa amaran tsunami dan gempa bumi,Ketawa Adelia meletus dengan 9 skala ritcher. Serius tak tipu,memang kuat.Sampaikan Amir yang tadi nak buat pekak pun,rasa bergegar hebat gegendang telinganya.Dia pandang Adelia pelik tanpa senyuman. Dia tengok ketawa Adelia memang betul-betul ketawa,bukan dibuat-buat.Kening sebelah dijongketkan tanda bertanya tanpa suara. Al-maklumlah diakan masih mogok tak nak layan si Adelia sangat.

“ Ada pulak kata saya nak jadi mak guard. Hello saya ada rupa mak guard ke?” tanya Adelia dalam ketawa.

Amir dah jatuh rahang. Nak saja dia lari pergi terjun jambatan Pulau Pinang sekarang bila dengar kata-kata Adelia.Ada ke patut lawaknya yang tadi dah berlalu 15 minit,baru sekarang Adelia nak respon?Dia rasa lawak dia tadi hantar guna email,bukan guna pos laju yang ambil masa sehari baru nak sampai.

Tapi,lama-lama tengok muka Adelia yang dah Nampak ceria sedikit buat dia senyum.Haishhh serious tak logic betul perbuatan Adelia hari ini.Sambil menggeleng-geleng kepala,intercom ditekan.Meminta 2 cawan neslo.

“Okaykan,neslo?”Amir bertanya.Mood kembali okay. Arahan mogok ditarik balik dan dibuang ke Lautan India. Tapi kalau Adelia buat lagi perangai macam pagi tadi,tak layan dia,dia yakin dia akan sanggup terjun Lautan India nak cari balik mogok yang dia buang.

Tadi saja dia memesan neslo.Dulu dia  langsung tak  teringin mencuba bila dia tak suka Nescafe.Tapi sejak Adelia membancuh minuman itu untuknya masa meeting dahulu,terus dia jatuh cinta.Setiap hari,sarapannya  mesti neslo.Sampaikan mommynya naik hairan.Apa tak hairan bila Nescafe dan milo dia asyik habis dalam masa beberapa hari aja. Kalau tak berminggu-mimggu jugak baru boleh beli baru.

Adelia senyum.Lepas dah minta neslo,baru lelaki ini nak tanya? “Okay aja.”

“Can I ask you something?”

Adelia mengangguk sambil mengeluarkan segala kertas yang perlu dari briecafenya.Tak susah nak pujuk Amir rupanya. Buat perangai pelik sikit aja terus lelaki ini okay.

“Perfume brand apa?”Amir menjongketkan keningnya dengan senyum tepi.Dia cukup kenal dengan bau seperti minyak angin ini.Tak lain dan tak bukan neobun atau panaflex yang selalu daddynya guna.Sampai naik tebal hidung dia hari-hari bau benda alah ni.Kata daddy,nak buat macamana dah joint tuanya mula buat hal,kenalah pakai pain relief patch hari-hari.

Adelia mencemikkan bibirnya.Muka dah kena simbah dengan cat merah jambu.Malu dan tanda tak puas hati dengan Amir yang terus straight to the point memerlinya.Daripada gaya Amir,dia tahu lelaki itu cam bau patch.Alahai malunya.Baru dia ingat nak tipu sunat pasal bau ni.Rupa-rupanya Amir dah tahu.


”Perfume panaflex.Wangi.Nak I belikan?”Adelia buat-buat marah.Cuba menutup malu.

Amir ketawa.”Tak apa,miss Adelia.Daddy I ada banyak perfume jenis tu.”

Adelia,mula sibukkan diri dengan membelek dan membaca kembali maklumat yang dia dapat untuk projek megamall.Kalau ikutkan mahu aja dia hentam mulut Amir dengan kertas-kertas tebal ditangannya ini. Kalau macam nie gaya,baik dia tak payah pujuk tadi.Biar Amir bisu kejap.

“Marah Nampak?”

Dah geharu,cendana pula.Adelia menjeling maut.Tetapi bertambah galak pula Amir ketawa.Memang tak makan saman betul lelaki ni.Karang ada jugak yang sarapan kertas.

“I gurau aja lah.By the way,kenapa pakai panaflex?”Amir bertanya.Wajah Adelia yang menunduk membelek sesuatu pada kertas warna putih itu ditatap lama.Nampak sedikit pucat dan susah nak senyum. Wahh..dah boleh jadi doctor si Amir nie.Prihatin gitu.Dari Adelia mula sampai tadi pun dia dah perasan. Tapi bila Adelia tak layan lawak dia,terus dia mogok tak nak bercakap,apatah lagi nak bertanya.

“Dah I suka brand panaflex.”Lembut Adelia membalas,tapi langsung tak memandang Amir.Saja dia corner kiri kanan,tak nak bagi skema jawapan yang betul terhadap soalan Amir.

Amir tersenyum.”Maksud I,you sakit apa sampai pakai panaflex?”

“Sakit gegirl.”Adelia katup mulutnya rapat dengan tangan.Matanya terbeliak memandang Amir yang sudah tersenyum-senyum.Alamak..macamana boleh terlepas?Dia ingat,dia cakap dalam hati saja tadi.

Bertambah lebar Amir senyum.“Senggugut pakai panaflex?Lega ke?”

Aik…cepat pulak si Amir tangkap maksud ‘sakit gegirl’ dia itu.“Apa you kesah?”

“Kena la kesah pasal perempuan.Nanti kalau isteri I sakit senggugut ke boleh juga I guna petua you,tampal panaflex.”

Adelia mencebik.”Alahai..sweetnya you nie.Beruntung isteri youkan.”Adelia puji tak Ikhlas.”

"Itulah pasal.Untung betul you.”Amir senyum lebar tengok mata Adelia yang membulat.

“Apasal I pulak,I bukan isteri you.”

“Memanglah you bukan isteri I…”Entah kenapa ayat itu laju saja keluar dari bibir Amir.

Wajah Adelia dah kena simbah dengan cat merah jambu sekali.Baru tadi dia cuci cat itu.Sekarang kena simbah dengan Amir  lagi?Ahh..malunya.Dah macam perempuan perasan pulak.
“…tapi bakal isteri I.”Amir menyambung. 
Adelia terkesima.Dia tunduk.Aduh..apalah penyakit Amir ni.Macam nie ke sifat playboy?

Lama mereka diam.

“Serius ke lega guna panaflex?”Amir tak puas hati dengan soalan yang tiada jawapan.

Adelia angkat wajahnya perlahan.Amir masih senyum.Adelia dah pening kepala.Apasal Amir duk paksa dia bagi testimoni lepas guna panaflex ni?Ada masuk TV ke?

“Tak ada la sampai lega senggugut,dia Cuma kurangkan senggugut.Bagi I rasa selesa sikit.”
“Owhh..kalau…

“Dah la you nie,banyak pula tanya pasal sengugut .”

“Hahah..okay,okay I tak tanya lagi.Nampaknya  kena tunggu sampai kahwin la baru boleh tanya banyak.”

Adelia tak ambil kesah.Tanya ajalah kekasih hati dia,sure kekasih dia yang berduyun-duyun tu tak kesah.Buat apa nak tunggu sampai kahwin baru nak tanya.Tapi kalau dengan dia,lebih baik bakal suami dia tu tanya, hal-hal perempuan,selepas mereka kahwin.Kalau tak,memang lelaki tu nak kena sekeh kepala. Tak pun  nak kena buang daerah.Tapi masalahnya siapa bakal suami dia?

“I rasa baik kita start sekarang,nanti lambat pula habis.Lagipun I nak terang banyak perkara pasal projek tu.”

“Sure boleh.Tapi I ada something nak dari you?”

Adelia telan liur.Nak something dari aku?Aik..lain macam saja bunyinya.“Nak apa?”

“I nak you kerja full time dekat syarikat nie.”

Adelia lega.Ingatkan apa tadi.“Maksud you?”

“Dalam perjanjian tu kata,kontrak you tamat bila projek nie siap.Tapi I nak you kerja terus dengan I.Maksudnya you jadi consultant dekat syarikat nie.Lagipun I memang perlukan consultant sebab I dah lama tinggal course architecture.Senang sikit  nanti kalau ada orang bantu dalam designing structure.”Amir senyum.Mimik wajah Adelia diteliti.Nak tahu jugak samaada Adelia selesa atau tak dengan longterm plan dia nie.

“And nanti bila I dah jadi CEO, you boleh jadi consultant dalam any project yang perlukan consutant. I ingat nanti I nak buat new vision untuk compony nie.Nature friendly a.k.a green compony.Dalam kita buat structure banggunan and site yang selamat,kita boleh buat ia sebagai  structure energy efficient and nature friendly,tak gitu Miss Adelia?”Amir memancing.Dia tahu Adelia pun sukakan visi baru compony ini nanti.

Adelia terdiam.Susah nak berhenti kalau dah suka company yang lama.Tapi susah jugak nak tolak tawaran dari new green company.

 “Maksud you,you nak I jadi pekerja you?”

 “Yup, definitely.”

“Ermm…let me think first.Lagipun benda ni serius sikit bila I kena berhenti dari syarikat yang I kerja sekarang,kalau nak kerja dengan you.”

 “Okay,take you time.I tak paksa you,sebab I nak you kerja dengan I ikhlas.”Amir senyum.Dia pun tahu Adelia rasa berat hati nak berhenti kerja sedangkan sudah hampir 3 tahun dia kerja dekat syarikat itu.

Thanks…..So ..shall we?”Adelia bertanya.

“Sure.”Amir segera membuka fail yang diperlukan. Ayat-ayat berbunga untuk Adelia disimpan sekejap.Sekarang fikirannya tertumpu pada projek.

Sorry,sorry lambat.Korang dah start mini meeting nie ke?”Tergesa-gesa Faris serbu masuk ke bilik Amir dan mengambil tempat di sebelah Adelia.Nampak sangat yang dia baru sampai ofis,bila briecsafenya dibawak masuk sekali..Tak senonoh  betul si Faris nie.

“Kau nie asyik lambat aja.Cuba kau kira berapa kali kau lambat minggu nie.”

Sorry la bro,semalam aku baru sampai dari Penang.”

“Buat apa?”

“Aku pergi settlekan hal kahwin dengan Usra.”

“Err..ye la tu.So kita mulakan?”Amir memandang Adelia dan Faris silih berganti.Mereka mengangguk serentak.

Hal projek dibincangkan teliti.Segala aspek diselusuri bersama.Mencapai kata sepakat bertiga selepas mendengar pros and cons dari Adelia dalam segala hal dari kestabilan tapak pembanggunan,pelan rekaan terbaik,piawai bahan binaan yang sesuai dan selamat  sehinggalah jadual  pembinaan yang teratur.

Esok Amir akan membentangkan proposal  projek  kepada Sutra Holding Sdn Bhd.Dia mahu Adelia ada bersama supaya pihak Sutra Holding tahu,betapa mereka merancang pembinaan yang selamat supaya banggunan yang dibina tidak membawa musibah nanti.Malah segala aspek keselamatan dan kesesuaian pembinaan mendapat rundingan dari perunding yang terlatih,iaitu Adelia.

                Sesungguhnya Amir tak mahu kalah pada projek pertamanya.Dia mahu,projek inilah yang akan mengangkat namanya sebagai akitek ternama serta membanggakan daddynya.Dan seterusnya boleh dia jadi CEO.Bukan dia nak sangat jadi CEO tu sebenarnya.Dia lagi suka jadi architect yang asyik mendesign. Bukan jadi bos yang kena pening kepala urus dan take care segala macam hal company.Dan nanti dia yakin dia hanya akan menilai pelan rekaan architect lain di bawah Inline Enterprise bila dah jadi CEO nanti,macam daddynya selalu buat.Alahai…itu bukan yang dia mahu.Tapi….disebabkan daddy dan mummy terchenta,kenalah jugak dia mengalah.Ewah..ayat bukan main sedih,macam kena buang negeri,padahal kena naik tahta jadi raja dekat negeri Inline Architecture.

Amir senyum kelat.Dia teringatkan maksud surah Al-Baqarah ayat 216 yang dia dengar dari radio secara tak sengaja semalam. '...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.'

p/s: enjoyyyyy...

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥