Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, November 30, 2012

Preview Aku..Mahukan Cinta 24

Assalamualaikum semua...peaceeeee

hehe bg peace awal2..jgan marah ye..bukan cik writer xnak sambung tapi tgh busy...
sbb skrang tgh smbung master..duk buat kajian dekat Hulu Perak..memang hulu smpai tak ada internet..hehe
hrap maaf ye semua..tpi jgan risau..cik writer bg sikit preview Aku..Mahukan Cinta 24...(nie aja yg sempat taip tanpa edit buat masa ni) 
peacee yoooo... :)


“Nak pergi?..Ke tak payah pergi?” Adelia bingung dan resah. Dia melangkah setapak dan berhenti. “Tapi macamana nak cakap? Nak bagi intro apa?” Perlahan kakinya melangkah setapak ke belakang kembali. “Tapi kalau tak cakap sekarang, nak tunggu bila lagi. Nanti Eima dan mak balik dari pasar, kecoh pulak. Tak ada privasi.”  Dia melangkah setapak lagi. “Tapi…” Kakinya kaku. “Ahhhhh..apasal payah benor nak buat keputusan nie?!!!!”
“Buat ajalah. Apa yang susah benornya.”
Adelia terkaku lagi. Suara itu membuatkan dia cuak. Kuat sangat ke dia monolog tadi? Perlahan-lahan dia tersengeh memandang wajah Amir yang santai membaca majalah di meja batu di tengah halaman rumah. Tanpa senyum Amir menggamitnya ke situ. Lambat-lambat Adelia meenghampiri dan duduk bertentangan suaminya.
Majalah ditangan Amir ditutup dan diletakkan ketepi. “Ermm…nak cakap apa?" ujarnya selamba.
Bummmm! Terus Adelia rasa nak pengsan. Nampak sangat yang dia monolog ramai-ramai. Bukan monolog sendirian. Kalau tak tak adalah si suaminya ini dengar.
“Err.. tak ada apa-apa.”
“Habis tu yang duk cakap sorang-sorang dekat tepi tiang rumah tu, buat apa?”
“Err..Hobby!”
“Hobby?”
“A’ah..tak pernah tengok hobi orang yang suka cakap sorang-sorang tepi tiang?”
“ Pernah!”
“Haaa..kan ada orang yang hobi dia macam tu.” Adelia sengeh tak bersalah. Muka penuh dengan rasa blur. “Awak jumpa dekat mana?” Adelia excited. Tak sangka ada jugak hobi macam nie..tapi… macam pelik aja dengar. Serius  ke ada?
“Dekat rumah bernombor 234 Taman Selasih Mewah.” Tanpa perasaan Amir bertutur laju.
Adelia diam.  Rumah bernombor 234 Taman Selasih Mewah? Macam pernah pergi jer. Adelia masih berfikir. Amir tahan ketawa sehinggalah akhirnya dia tak mampu bertahan.
Adelia terkejut. Tak guna punya suami! “Awak nie teruklah. Dahlah malas nak layan!” Adelia monyok. Jalan pun straight aja sambil menghentak kaki. Nampak sangat yang suaminya mengutuk 'hobi' nya secara terang-terang.
“So tak nak cakaplah nie?” Amir memancing.
Adelia terhenti. Kalau tak cakap sekarang bila lagi nak cakap? Dia kembali mendapatkan suaminya.
Amir senyum. Umpan mengena.


Tuesday, July 31, 2012

Aku..Mahukan Cinta 23


“Isk.” Adelia geram. Tangan yang sedang menganggu wajahnya ditepis. Eeii mangkuk hayun ni memang tak tenanglah tengok kakak dia yang comel ni tidur. Asyik nak kacau aja. Pang karang baru tahu.
Amir senyum. Comel pulak tengok Adelia membebel-bebel tanpa suara dengan mata masih tertutup. Dahi Adelia yang berkerut-kerut itu diusapnya.
Eh,kasar benar tangan si Erma. Baru aja tolong buat hantaran untuk dia minggu lepas terus tangan dah jadi macam tangan buruh kasar. Dahsyat. Tapi disebabkan mata dia yang sangat berat bagaikan dihempap piramid mesir, membuatkan dia hanya mampu menepis jari-jemari itu. Dan beberapa minit kemudian, dia menepis lagi. Hai Erma nie memang nak kena sumpah jadi Kasim Selamat agaknya. Tak faham-faham. Asyik duk merayap aja tangannya. Dulu tak ada pula dia suka kacau macam nie. Paling koman pun dia bagi dengan bantal aja. Adelia masih mampu bersabar tatkala tangan itu mengusap-usap rambutnya. Buat dia lagi rasa nak lena panjang, tapi bila tangan itu mula bermain-main di lehernya, dia sudah tak tahan. Gelilah!
“Hey, apa nie..”Ayatnya tergantung. Mata terus membuntang. Tanpa amaran..”Makkk!”
Amir yang  terkejut terus menutup rapat mulut Adelia dengan tangannya. “Syhhh..apa jerit-jerit nie. Dah la malam nie malam pertama kita. Nanti mak pikir abang ganas pulak.” Amir mengomel tapi bila melihatkan mata Adelia yang terkebil-kebil terus dia ketawa. Tangannya yang menutup mulut Adelia ditarik perlahan.
“Awak siapa?”Adelia tanya lantang dengan muka tak bersalah.
Kaku terus ketawa Amir. Matanya pula yang membuntang. Ahh..sudah. Tragedi apa pulak ni. Hilang ingatan di malam pertama?
“Eh..Eh..salah soalan. Awak buat apa dekat bilik saya ni?”Adelia duduk di atas katil sambil mencekak pinggangnya. Malu betul bila salah tanya. Pang mulut dia sekali sebab sengaja malukan tuan dia yang sememangnya pemalu. Eh..pemalu ke?
Amir melepaskan nafas lega. Baru aja ingat nak tunjukkan sijil nikah diorang dekat Adelia.
“Bukan ni bilik KITA ke?” Sengaja Amir menekankan perkataan kita.
“Sejak bila?” Adelia, masih dengan perangai blur selepas bangun tidur.
“Sejak pagi tadi, sayangku.” Lambat-lambat Amir berkata. Geram pun ada jugak. Rasa macam nak aja cubit mulut orang kesayanganya ini.
Adelia garu kepala. Cuba nak mencari balik memori yang bertaburan waktu dia terkejut tengok Amir lepas dia bangun tidur tadi.
“Err…apasal awak tak balik rumah mummy dan daddy.”
“Penat nak drive.” Amir kembali berbaring. Baju melayu yang dia pinjam dari pak long Adelia yang kini merangkap pak longnya juga tak ditanggalkan lagi. Iyalah kalau dia tanggal nak pakai apa pulak nanti. Maklumlah datang rumah mak mertuanya sehelai sepinggang aja tadi gara-gara Adelia buat drama criminal berair mata. Baju nikahnya, Adelia dah selamat letak dalam bakul baju kotor. Takkan dia nak pakai baju kurung isterinya, tak pun kain batik dengan t-shirt pink? Oh my god, hilang macho yang selama ini dipertahankan. Kalau itu terjadi, rasanya 10 tahun dia lari balik Lombok. Eh..Lombok?
“Eh..bukan dari sini ke sana 15 minit aja ke?” Adelia garu kepala. Bukan 15 minit aja ke? Takkan pak cik teksi petang tadi bawak laju sangat kot.
“Lama tu. Panas punggung tau kalau nak drive sampai 15 MINIT!”
Erk?Adelia dah rasa nak terjun katil. Memanglah si Amir ni sengal. 15 minit aja pun bukan 15 jam!
“Habis tu awak nak tidur mana?”
“Tidur sinilah.” Kata Amir merujuk kepada katil  dimana tempat dia berbaring sekarang. Bantal peluk yang terletak ditengah-tengah katil terus dibaling tepat ke arah kerusi kayu yang terdapat disudut bilik. Adelia dah membulatkan mata dengan muka marah. Amboi-amboi-amboi suka hati aja suamiku ini membaling bantal kesayanganku.
Amir sengih. “Bantal tu jealous la. Kacau daun aja duduk tengah-tengah katil ni.”
“Mr. Amir…”
Terus Amir tolak perlahan tubuh isterinya turun dari katil. “Dah..dah. Pergi ambil wudhu, lepas tu solat isyak. Tadi ibu cakap Didi tak solat isyak lagikan.Dah dekat pukul 1 pagi ni.” Saja aja si Amir ni nak tutup mulut isterinya. Bukan boleh harap sangat si Adelia nie. Nanti karang kalau biar Adelia terus membebel. Dia juga kena tidur atas sofa, macam dalam novel-novel melayu sekarang nie. Sangat klise. Yang melepasnya si suamilah jugak. Baru aja nak bermanja-manja dah kena halau.
Lambat-lambat Adelia turun ke bawah menuju ke bilik air. Sambil berfikir-fikir sejak bila dia tertidur dekat katil? Rasanya lepas dia merajuk dengan Amir, dan lepas Amir tertidur petang itu terus dia keluar dari biliknya. Mandi-mandi, solat dan terus jadi rajin tolong ibu buat kuih jala gara-gara tak nak duduk sebilik dengan Amir. Lepas Amir bangun, lelaki itu buat biasa aja. Siap boleh bergurau senda dengan ibu dan Erma tanpa rasa nak terangkan siapa Farhana sebenarnya. Nak tanya sendiri tapi dia malu. Takut nanti Amir cakap dia jealous. Bukan dia memang jelous ke? Ah..lupakan. Dan lepas azan, Amir terus bonceng motosikal dengan Pak Long yang duduk lebih kurang 1 kilometer dari rumah teresnya. Eh, pandai kau kira jarak ye Adelia. Bila ditanya, Amir cakap dia nak solat berjemaah magrib dan isyak dekat surau kawasan perumahan itu. Erm..tetiba musykil. Playboy pun tahu solat berjemaah? Ingatkan tahu berjemaah mengorat perempuan aja. Ehh… Astagfirullahalazim, Astagfirullahalazim,  Astagfirullahalazim, apa kau buat nie Adelia.  Berdosa tau kutuk suami. Okay..sambung balik. Lepas Amir ke masjid, Adelia jadi lega, bila Amir tak ada. Rasa macam burungyang duk melayang-layang di awan biru  lepas keluar dari sangkar. Tanpa buang masa terus dia solat maghrib dengan mak dan Erma. Lepas itu, bertengeklah mereka bertiga depan Tv tengok Aaron Aziz jadi hero dalam drama yang dia lupa tajuknya. Dan rasanya lepas itu dunianya sudah gelap. Bukan buta ya tapi membuta. Bila bukak mata aja terus dia nampak wajah Amir dan..dalam bilik?Oh my..takkan…
“Oh malu..malu. Rasanya berat aku dah naik 4 kg minggu ni. Ahh..tidak!”
“Apa yang taknya?”
“Opocot mak kau.” Adelia mengurut dada. Ingatkan siapa tadi.
Amir senyum . Eh.. melatah jugak?
“Apa awak buat dekat sini?.” Amir geleng kepala. Trivia. Hari ini soalan utama isterinya adalah….apa awak buat dekat sini. Alahai isteriku. Dah nama pun suami, mesti sentiasa di sisi isteri. Tak gitu. Eh.. Amir bukan isteri ke yang sentiasa di sisi suami. Ahhh apa-apa aja. Sama aja subjek bagi dua-dua ayat itu kan?
“Dahaga. Itu yang datang sini.” Amir simpan senyum sambil terus berlalu ke dapur. Bukan dahaga pun. Saja dia tipu. Padahal tadi dia cuak sebab Adelia lama sangat dekat bawah nie. Ingatkan pergi cari telaga nak ambil wudhu rupa-rupanya sesedap aja isteri dia landing atas sofa di ruang tamu sambil cakap-cakap seorang diri. Alahai..comel betul manusia bernama Adelia ni.

p/s: Sorry semua sbb en3 lambat..heheh skarang nie buzy sikit sbb tgh praktikal...idea pun kurengg je...apa2 pun..hepy reading
(special to sweety n semua peminat AMC..syang anda ketat2..muahhh)

Sunday, June 10, 2012

Aku..Mahukan Cinta 22


Adelia cuak. Lambat-lambat dia berpaling. Amir yang berdiri di sebelahnya sudah buat muka pelik memandang perempuan dihadapannya tanpa berkelip. Adelia dah naik geram. Hilang segala perasaan gementar. Perempuan yang tadinya menegur dia macam nak cari gaduh, kini sedang senyum menggoda memandang suaminya. Ehh..hello isteri dia dekat sebelah ni! Perasan tak!?
“Hey, sweetheart. Apasal tadi tak datang majlis I?” tanya Amir seraya memeluk perempuan yang boleh dikatakan cantik juga. Apatah lagi dengan pemakaiannya yang nampak sungguh err..ayu? Ayulah jugak dengan kebaya ketat. Macam tak cukup kain!
Mata Adelia terus membulat saat perempuan itu tanpa segan silunya mencium pipi Amir kiri dan kanan. Terus terkaku Adelia. Hatinya tercalar melihat suaminya yang masih lagi berpakaian akad nikah mereka bermesra dengan perempuan lain di depannya. Sungguh dia tak sangka Amir curang, betul-betul dihadapan mata. Dasar playboy! Tak ada selindung-selindung. Malah perbualan mereka yang mesra tanpa menghiraukannya yang berdiri bagaikan patung cendana mengguris perasaannya. Terasa mahu menangis, tapi dia simpan saja air matanya. Terasa mahu menghambur geram pada Amir, tapi rasanya tak manis berbuat begitu dihadapan rumah mertua. Terasa mahu saja dia menarik rambut perang perempuan tak sedar diri itu, tapi dia tahu itu bukan cirri-ciri wanita bermaruah.
Tapi entah kenapa prinsipnya sudah ke laut dan ke gunung bagai bila Amir langsung tak pandang dia. Tangan Amir yang masih mengenggam erat jemari halus perempuan membuatkan dirinya tak dapat dikawal lagi. Terus dia menjerit.
“You nie memamg teruk Amir! I hate you! I hate you !” Adelia menghamburkan marahnya yang tak tertanggung dengan linangan air mata. Amir yang tersentak tak sempat mempertahankan diri bila Adelia memukul-mukulnya menggunakan handbag. Bagai dirasuk, Adelia bertindak tanpa menghiraukan family Amir yang sudah ternganga di depan pintu menyaksi drama pasangan baru nikah ini.
Amir masih lagi berusaha menenangkan amarah isterinya. “Didi calm down.Hey please…”tangannya meraih lengan Adelia tetapi cepat saja Adelia menepis. Nampaknya senjata Adelia terlalu berkuasa. Handbag yang sudah beberapa kali menghentak kepala membuatkan dia hanya mampu mempertahan diri tanpa berbuat apa-apa.
“Hey Didi!” Amir sudah cuak. Dia mengejar Adelia yang sudah  berlari melepasi pintu  pagar. Tanpa sempat ditahan Adelia terus menaiki sebuah teksi yang kebetulan lalu.
Amir terkaku. Bukan kebiasaan bila teksi melalui kawasan perumahan mewah ini. Hanya teksi tertentu sahaja yang boleh masuk kesini. Dia jadi pelik. Tiba-tiba hatinya berdetak hebat. Cepat sahaja dia meloloskan diri kedalam kereta.
“Chayok!”Perempuan tadi yang dipanggil Farhana sudah tersenyum memberi semangat. Amir hanya senyum sikit. Perasaan risau akan isterinya lebih menguasai diri.
Lama dia berpusing di sekitar kawasan perumahannya, namum kelibat teksi merah putih itu sudah tak kelihatan. Satu sahaja optionnya kini. Rumah Adelia!
******
“Tengok mak, Didi dah cakap tak nak kahwin dengan dia….baru aja Didi…Didi jadi isteri dia..dia dah main kayu tiga, depan Didi,mak. Depan Didi dia bermesra dengan perempuan lain.” Adelia sudah teresak-esak. Telefon bimbitnya digenggam erat. Dia perlu meluahkan rasa gundahnya kepada ibunya. Pemandu teksi yang tak tahu hujung pangkal hanya menggarukan kepalanya.
“Didi, Didi salah faham kot, sayang.”
“Mak! Apa yang salah fahamnya. Depan mata Didi kot dia curang.”
“Didi sayang, kadang-kadang mata boleh menipu tau.”
Adelia diam. Dia ingatkan ibunya berada dipihaknya, tapi nampaknya ibunya lagi percayakan menantu hantu itu!
“Didi, cuba Didi tanya Amir betul-betul dulu.”
“Malas nak cakap dengan dia. Malas nak cakap dengan mak jugak. Mak lagi sayangkan menantu hantu mak tu daripada Didi!” Adelia bersuara tegas. Ibunya hanya ketawa.Didi, Didi tak matang lagi rupanya anakku ini.
Sampai sahaja dirumah, Adelia dengan mata dan hidung yang merah disambut oleh ibunya. Erma entah kemana menghilangnya. Langkahnya longlai saja menuju ke pintu.
“Didi…”
“Tak nak cakap dengan mak..”
Puan Kalsom ketawa lagi. Adelia tengah merajuk dengan dia dan juga Amir.
Adelia terus masuk ke biliknya. Badannya dihempaskan ke katil. Wajahnya ditekupkan dengan bantal. Dia menangis semahunya. Sungguh, dia baru sahaja nak menyemai rumah tangganya dengan kasih-sayang dan keikhlasan. Menerima suaminya, kerana dia yakin Amir memang jodohnya. Memekarkan kembali cinta yang pernah dia semai buat lelaki itu. Tapi nampaknya semuanya sia-sia. Amir jadi playboy macam dulu, di depan matanya!
“Didi…” Puan Kalsom memanggil lembut. Kepala anaknya yang masih berbalut tudung dan veil diusapnya perlahan. Terdengar sedu sedan Adelia membuatkan dia juga turut rasa sebak. Dah hampir 20 tahun dia tak dengar Adelia menangis. sejak kali terakhir iaitu semasa kematian  suaminya dulu. Waktu itu. Adelia cakap yang dia akan jadi kuat untuk mak dan Erma. Sungguh Puan Kalsom akui itu. Adelia terlalu kuat. Kuat dengan menyembunyikan sedih hanya untuk kegembiraan orang lain. Dan hari ini dia terdengar suara ini menangis hiba kerana seorang lelaki yang baru dinikahinya. Tapi dari anak mata Amir dia yakin lelaki itu mampu menjadi suami yang terbaik buat Adelia. Bukan kerana dia menyebelahi Amir, tapi…entahlah. Mungkin dia yakin dengan Amir. Dan harapnya Amir takkan hancurkan keyakinan dia, atau tak mungkin Amir akan menyesal nanti.
“Didi…”
“Didi benci dia, mak.”Perlahan saja suara Adelia. Wajahnya masih bertutup bantal. Malu pada ibunya kerana akhirnya dia menangis kerana seorang lelaki.
“Tak baik cakap macam tu. Mana tahu kot-kot itu salah faham aja.” Puan Kalsom cuba memancing.
Adelia hanya diam. Katil bergerak sedikit. Mungkin mak mendekati dia agaknya. Terasa kepalanya diusap perlahan. Tangan mak ke nie? Kenapa rasa lain? Ahh..tak kesahlah.
“Kalau salah faham kenapa dia tak cari dan terangkan semuanya pada Didi? Dia tak hiraukan Didi pun.” Setelah lama menyepi, Adelia meluahkan rasa tidak puas hatinya. Geram bila Amir langsung tak berusaha menjernihkan benda yang keruh. So, maksudnya perkara yang dia fikir tu betullah.
“Siapa cakap abang tak hiraukan sayang? “
Mendengar saja suara itu, terus Adelia mengangkat bantal yang menutupi wajahnya yang basah dek air mata. Terkejut saat melihatkan Amir yang santai berbaring mengiring mengadapnya di atas katil. Bersahaja lagak lelaki itu dengan tangan yang ditongkatkan ke kepalanya. Senyumannya..aduhai manis daripada madu.
Dengan drastik adelia terus bangun dari baring dan duduk sedikit jauh dari Amir. Amir pula hanya ketawa dengan gelagat Adelia. Kelam-kabut habis isterinya ini.
Tadi bukan mak ke yang duduk sebelah dia atas katil ?Dia bertanya sendiri dalam hati
Amir yang masih berbaring, segera faham dengan mimik muka Adelia yang berkerut. “Mak dah bagi greenlight dekat abang suruh masuk bilik ni.”
Adelia buat muka tak puas hati. Sesenang aja masuk bilik dia tak bagi salam. Dah tu tutup pintu pulak tu. Haishhh…nie mesti mak punya kerja. Nak bagi menantu kesayangan dia peluang kedualah tu.
“Sesuka hati aja masuk bilik I.”
“Bilik kita,sayang. Remember, Didi dah kahwin dengan abang. So apa saja milik Didi akan jadi milik abang dan apa saja milik abang akan jadi hak Didi. Faham,dear?” Amir bersuara lembut. Penuh romantik. Buat Adelia telan liur dengan jantung yang tak stabil. Tambahan lagi dalam bilik ini hanya mereka berdua. Dah halal pulak tu. Oh my….Adelia mengeleng-gelengkan kepala dengan mata tertutup. Tak nak dah fikir benda pelik-pelik!
Amir mengerutkan dahi. Hairan dengan sikap Adelia. “ Tadi bukan dah bahasakan Didi, abang ke?Kenapa tukar balik jadi I, you?”
“I tengah marahlah!”Adelia membentak.
Amir bangun dan duduk berhadapan Adelia di atas katil. “Owhh…so my sweetpie nie tengah marahlah ye?”Amir sengaja mengundang bala. Dah tahu,tanya lagi.
Adelia sudah menjerit geram. Nak saja dia smackdown Amir. Tapi terhenti saat matanya terpandangkan dahi Amir yang luka segaris. Amir yang perasan terus buat muka sedih sambil memegang lukanya yang tak sebeberapa. Alah, sekadar luka 1 inci, apalah sangat bagi dia yang setiap minggu pergi gim. Petik jari aja dah hilang sakit. Owhhh…sungguh riak ya kau, Amir.
“Hadiah dari isteri abang.” Amir berkata perlahan. Nak meraih simpati Adelia sebenarnya.
“Err…macamana?”Adelia bertanya perlahan jugak.
“Masa isteri kesayangan abang belasah abang dengan handbag dia. Maybe terkena zip handbag kot.”
Adelia terdiam. Dia buat Amir terluka? Huhu..serius dia tak bermaksud begitu. Lantas, cepat saja jari-jemarinya menyentuh luka di dahi si suami. Tapi sekejap cuma bila dia sedar dia dah terlanjur menyentuh Amir..Ahhhhhhhh. Habis hancur sketsa marahnya tadi. Tapi nak buat macamana,tangannya terlalu cepat bertindak dari akal. Lagipun, dia rasa bersalah dengan Amir. I’m sorry, Didi don’t mean to hurt you. Sayangnya ayat itu hanya bergema dalam hati. Tak mampu dia nak ungkapkan. Kerana apa?Ego?Mungkin. atau kerana dia takut Amir sakiti dia nanti bila dia mula menyerah cinta buat lelaki itu?Mungkin jugak.
“Kejap, Didi  ambikkan plaster luka.” Adelia terus bangun. Tangannya mencapai kotak first aid di dalam laci meja solek.
Amir  kembali berbaring. Dia tersenyum sambil mengadap siling. “Didi?Didi dah bahasakan diri Didi sebagai Didi, so maksudnya Didi dah okay kan?” Amir bagaikan berkata pada diri sendiri. Matanya semakin layu. Penat sebenaranya mengejar, mencari dengan hati yang penuh kerisauan buat si isteri. Tapi rasanya Didi belum terpujuk 100% selagi dia tak tahu siapa Farhana sebenarnya. Tapi perlu ke dia berterus-terang buat masa sekarang. Ke nak teruskan sketsa?

p/s: heppy reading smua.. :D
jgan lupa tinggalkan komen, nnt boleh perbaiki penulisan sya..hehe
luv all :D

Thursday, June 7, 2012

Aku..Mahukan Cinta- Bab 21


“Eeee…apa nie pegang-pegang pinggang orang.” Adelia tepis tangan Amir Isyraf. Di jelingnya lelaki yang baru saja bergelar imamnya yang tersenyum manis. Tetapi tangan Amir memang tak makan saman. Tak bagi pegang pinggang, dia pegang lengan. Haishhh…Adelia pasrah. Susah nak bagi ceramah kalau semua perbuatan lelaki itu terhadap dia kini dah pun halal,diberi lampu hijau oleh Pencipta.
“Ala..pegang sikit pun marah,dah halal apa.”
Adelia mencebik tak puas hati. Walaupun suka, tetapi bila teringat kembali bahawa dia adalah pilihan kedua lelaki disebelahnya ini, buat hati Adelia sayu dan..beku. Iyalah, siapa yang nak jadi yang kedua?
“Jom.” Amir menarik lembut tangan Adelia yang berada dalam genggamannya menuju ke kereta. Adelia ikut aja. Kalau tak ikut nanti takkan dia nak naik pengangkutan awam dengan baju kurung moden warna putih dan veil serta kasut warna pink?Dah sah-sah la orang kata dia lari dari majlis akad. Tak pun lari dari fashion show pengantin. Nak naik kereta sendiri balik rumah, lagilah tak boleh. Erma awal-awal lagi dah ambil kunci kereta dan balik dengan keluarganya yang lain. Ini semua salah Amir. Lepas aja tamat majlis akad nikah di Masjid Putrajaya, terus dia culik Adelia bawa pergi tempat yang Adelia sendiri tak tahu. Yang pasti tempat itu memang sangat-sangat dan sangat cantik. Penuh dengan bunga. Rupa-rupanya, Amir dah rancang sesi outdoor photoshoot untuk mereka. Teruju tu memang teruja, tapi entahlah. Dia pun tak pasti samaada semua yang Amir rancang sebenarnya memang untuk dia ataupun untuk Azriena. Tetapi disebabkan Azriena  tak jadi kahwin dengan Amir, Amir terus ambil dia sebagai penganti. Macam tu ke?Ahhh…Adelia mengeluh. Dia terlalu berfikiran negative ke?
“Kita nak pergi mana nie?”
Amir senyum. “Ingatkan dah tak suara tadi.Baru ingat nak bawak pergi ofis, terus kerja.”
Amir mengusik. Adelia dah membulatkan matanya. “Mr Amir, are you crazy. Kalau orang lain tahu macamana?” Entah kenapa Adelia tak bersedia lagi untuk mengumunkan pernikahan mereka pada orang lain. Takut nanti orang salah anggap kata diorang berdua terlanjur kerana tiba-tiba aja bernikah. Tapi kalau tak bagitahu sampai bila nak sorok?
“Apa salahnya. Bukan kita buat salah pun.” Terus Amir pegang tangan Adelia dan dibawa ke dadanya. Sebelah tangannya lagi masih mengawal stereng kereta.
“Isk jangan mengatal la.”Adelia membentak. Buat muka marah dengan hati yang dup dap dup dap tak menentu.
Hello Mrs Amir, bila masa masa pulak abang kena label mengatal dengan isteri sendiri ni?”
Adelia simpan senyum. Abang? Mrs Amir? Sound sweet. Tak sangka dia sekarang ialah Mrs Amir. Tapi sekejap cuma dia bahagia kerana dia yang kedua. Adelia mengingatkan diri.
“Kita nak ke mana nie?” Adelia bertanya lagi. Tak dilayannya soalan Amir tadi.
“Balik rumah mummy and daddy.”
“Haaa?Nak buat apa pergi sana?”Adelia cuak. Bukan tak suka,tapi tak bersedia lagi.
“Mestilah sebab nak kenalkan menantu baru diorang nie?”
“Hahh…err…Didi tak bersedia lagi ni..opss.”Adelia kaku dengan tangan yang cepat-cepat menutup mulut. Adoyai, macamana dia boleh bahasakan dirinya Didi dengan Amir. Biasanya panggilan itu hanya untuk orang yang rapat dengan dia seperti keluarganya. Bukan dengan orang luar. Tapi…sekarang secara teorinya Amir bukan lagi orang luar bagi dia.
Amir dah senyum simpul. Adelia yang kaku disebelahnya dipandang manja. Sempat dia mencuit pipi isterinya. “Sweetnya, so abang pun kena panggil Didi dengan pangilan Didi la ye?”
“ Nama tu untuk family je la.”
“Habis tu abang bukan family sayang ke?”
Adelia terkelu. Bukan tak tahu jawab soalan Amir, tapi sebenarnya dia tak tahu nak bagi reaksi apa dengan panggilan sayang Amir itu. Kedengaran lembut dan ikhlas.
“Okay, kita dah sampai.” Amir memberitahu. Adelia memerhati dengan penuh kagum. Dari cara pergaulan mummy dan daddy Amir, sungguh dia tak sangka mereka sekaya ini. Punyai Banglo 2 tingkat dengan halaman yang cukup luas.
“Jom.” Adelia tak sedar sehinggalah Amir membukakan pintu kereta untuknya.
Adelia buat muka cuak. Air liur terasa kesat. Dah gaya macam nak pergi interview dekat syarikat besar lepas grad. Memang berpeluh habis tanganya yang sejuk.
“Kenapa?” Amir sengaja bertanya bila punggung Adelia bagaikan melekat pada seat kereta. Mesti isterinya cuak nak berhadapan dengan semua familynya. Di masjid tadi mungkin Adelia okay lagi sebab ada Mak, Erma, Julia dan keluarganya yang lain menemani. Tapi sekarang Adelia keseorangan menghadapi kaluarga barunya. Tapi Amir dah nekad dia akan berusaha buat Adelia rasa selesa.
“Kenapa nie?”Amir melutut depan pintu keretanya yang terbuka. Terus mengadap isterinya.
“Err…takut la, Didi tak biasa dengan family you?”
“Didi..Didi…Didi…takkan dah kahwin pun ber I ber you lagi?”
“Habis tu nak panggil apa?” Adelia tiba-tiba saja tak sedar bahawa dia kini sedang berkata-kata dengan manja di hadapan Amir. Amir senyum panjang. Sejuk telinga dengar suara isterinya yang sudah berubah ton.
“Panggil abangkan sedap sikit dengar.”
“Tak biasalah. Seumur hidup Didi tak pernah pun panggil orang lain dengan panggilan abang.”Adelia memberitahu. Sungguh dia tak pernah panggil orang lain dengan panggilan abang. Kalau ada pun mungkin akan ditambah nama di belakangnya seperti mana dia panggil sepupunya yang lebih tua dengan panggilan Abang Sham.
“Okaylah tu Didi tak pernah panggilan orang lain dengan panggilan abang sebab panggilan tu untuk suami aja kan?”Amir buat keing double jerk. Adelia berfikir panjang.
“Tak biasalah.”
“Okay kalau macam tu, panggil aja you dekat abang. Then nanti jangan mengadu kata mummy dengan daddy tak suka Didi.”
Adelia terkejut. Dilihat saja Amir yang dah nak melangkah masuk ke banglo di hadapannya ini.
“Ehh..abang nantilah.” Terus lancar ayat itu dari mulut Adelia. Takut mertua tak suka punya pasal.
Amir yang baru melangkah beberapa langkah sudah senyum. Adelia memang kena ugut dulu baru nak mengalah. Yang penting nama mummy dengan daddynya boleh digunakan sebagai bahan ugutan manjanya. Pantas dia kembali kearah Adelia. Tangan dihulurkan. Lambat-lambat Adelia menyambut. Nafas panjang ditariknya sebelum melangkah. Nak menhadapi mertua kena kuat mental dan fizikal. Tapi rasanya mental dia dah kuat kot sebab ada Amir yang janji nak backup kan kalau mummy dan daddy mertua nak siasat pasal dia nanti.
              "Hey!Adelia!" Belum sempat kaki melangkah masuk ke dalam banglo terdengar suara kasar mengurnya dari belakang. Serta-merta Amir menoleh. Adelia dilihatnya sudah pucat lesi. Apa semua ini?

p/s: curi masa wat sambungan AMC 21..hehhe
khas untuk Sweety dan yg lain2 yg setia menanti...TQ semua... :D

Wednesday, June 6, 2012

Tanya Sama Hati- Prolog



“Ehh…tu bukan kereta minah senget aka perempuan-paling-aku-benci ke?”Langkahnya yang terjingkit,terhenti. Mata tersorot pada kereta Honda CRZ warna putih yang tersadai di kotak parking ,yang sememangnya khas untuk orang berjawatan tinggi di tingkat bawah tanah banggunan setinggi 40 tingkat itu.
Lenggang-lenggok Azira yang berada di hadapannya turut terbantut. Pandangnya dihalakan sama pada arah mata Iman Izwani terhala.
“Alah,bukan dia sorang pakai kereta vogue macam tu.”
“Tak lah. Aku yakin inilah kereta minah senget tu. Nombor plat dia aku dah hafal. Memang sebijik.”
“Ye ke?”Azira hairan.Sejak bila kawannya itu suka menghafal bagai.Nombor plat Myvi pink sendiri pun ingat-ingat lupa. Inikan pula nombor plat kereta orang lain. Hiashh…musykil.
“Iya, betul. Tapi aku pelik, buat apa dia parking kereta dekat sini. Siap dekat parking VIP lagi. Bukan dia kerja dekat hotel ke?”
“Entahlah.”Azira turut sama menjadi pelik. Dia turut curiga tentang apa yang dicurigai Iman Izwani. Tapi sekejap cuma bila tangannya menarik lengan Iman Izwani. Ingin segera  pulang kerana dia belum solat asar  dan ditambah lagi dengan badannya yang kepenatan. “Dahlah, jom balik. Kau tak penat ke berdiri lama dengan pakai tongkat bagai?”Tanya Azira. Dia yang sihat walafiat pun rasa penat walaupun bekerja di pejabat beraircond, inikan pula sahabat serumahnya yang patah kaki kanan. Tak rasa semput ke kehulu-kehilir dengan tongkat sentiasa di ketiaknya. Mahunya jadi kurus ketiak si Iman nanti,fikirnya.
“Kejab, sebelum balik aku nak bagi habuan untuk kereta cantik dia nie dulu.”Ujar Iman Izwani dengan pandangan serta senyuman sinis.
Azira yang terlihat sudah rasa tidak sedap hati. Bukan dia tak tahu bahawa senyuman itu mampu menggegarkan KLCC  dan pandangan mata yang mampu membunuh dari dalam. Wahh..hiperbolanya kau Azira. Ahh…abaikan. Yang penting, bukan boleh harap sangat dengan si Iman ini kalau tanduk syaitannya sudah mula tumbuh. Namun begitu dia tidak meghalang malah mengekori Iman Izwani mendekati kereta itu. Teringin  jugak dia usha ‘besi mewah’ ini dari dekat.
“Kau nak buat apa nie?” soalnya cuak apabila melihatkan Iman Izwani terkial-kial mengeluarkan kunci rumah mereka yang berada dalam simpanan beg tangan gadis itu.
Iman Izwani hanya tersenyum penuh makna. Tangannya yang memegang kunci mula didekatkan pada sisi kereta.
Azira sudah membulatkan mata yang sepet. “Woi,kau nie biar betik.Takkan kau nak calarkan kereta  dia pulak.”Azira yang sudah dapat menangkap rancangan Iman Izwani ,segera memegang tangan gadis itu. Mahu menghalang perbuatan jahat kawan serumah serta sepejabat dengannya. Tak dapat dia bayangkan wajah tak bersalah perempuan bernama Iris yang Iman Izwani benci tu. Kesian. Nak marah dia tu pun kena fikir ber puluh kali. Ini pulak nak calarkan kereta dia?
Hello !! Cuba kau bandingkan perbuatan dia yang menyebabkan aku jatuh tangga sampah patah kaki macam nie dengan perbuatan aku yang hanya nak mencalarkan kereta dia. Bukannya aku nak cederakan dia pun.”Ohh my..pandai pulak aku berkata-kata ya,fikir Iman Izwani.
 Azira melepaskan pegangannya pada lengan Iman Izwani. Bukan kerana dia mengalah dalam menghalang kerja jahat itu,tetapi dia kelu untuk membalas kata-kata Iman Izwani. Dia faham dengan perasaan kawannya itu.Sakit yang tertanggung sejak sebulan yang lalu akibat jatuh tangga gara-gara Iris mungkin masih dirasai Iman Izwani. Dia yakin itu setiap kali dia lihat dahi Iman Izwani yang berlapis-lapis bagai kek lapis Sarawak apabila kakinya mula mengorak langkah. Dia juga rasa sakit melihatkan situasi itu. Tapi dia yakin sebenarnya Iris gadis yang lemah-lembut itu tak berniat nak tolak Iman Izwani. Mungkin saja emosi yang lebih mengawal fikiran. Ditambah pula keadaan Iman Izwani yang berdiri betul-betul di atas anak tangga teratas di tingkat 10 dengan keadaan tidak bersedia. Apa lagi, sekali tolak,opss bukan tolak,sekali sentuh aja terus Iman Izwani tergolek jatuh membilang tangga. Iris yang ketika itu hanya terkaku dengan muka pucat tak berdarah dan langsung terkunci mulutnya untuk meminta maaf. Mungkin sebab itu Iman Izwani mendendami dia hingga sekarang.
“Ehh..kejap.”halang Azira.
“Apa lagi kau nie,kan aku ….”
“Ada oranglah. Biarlah orang tu blah dulu.”potong Azira seraya melihatkan seorang lelaki berkemeja jalur biru gelap di hujung parking lot sana.
Iman Izwani terkejut. Rasa macam nak saja dia patahkan kaki kirinya pula bila Azira seakan-akan menyokong kerja jahatnya. Kali pertama tu… Boleh buat status dekat facebook ni.
“Ok..orang tu dah tak ada.” Azira melaporkan.
Iman Izwani menggangguk.Kunci rumah ditekankan kuat sisi kereta mewah itu dan ditarik sehinggalah  ke hujung. Srekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Dia memerhatikan calar yang dibuatnya. Ehh..tak cukup cantik lagi. Strekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....kkkkkk. Hah..barulah nampak seni gitu. Iman Izwani ketawa dalam hati.Dia rasa puas dengan senyuman yang tersungging di bibirnya.Dalam dia bersorak riang, terdengar suara keras seseorang. Kaku dia seketika. Ehh…pak guard ke? Mati aku, mati aku!!!
What are doing?”
Eh?Pak guard sekarang dah pandai speaking Englishlah. Jangan pandang rendah okay.
Pantas dua pasang mata  gadis menoleh ke belakang. Ke arah seorang lelaki berbaju kemeja jalur biru gelap lengkap dengan cermin mata hitam pelengkap gaya machonya. Terus Iman Izwani terdiam. Bukan pak guard tapi bos kepada pak guard!
Dalam keadaan sunyi yang bagaikan ada malaikat melintas, Azira masih berfikir. Waduh, patutlah, ini lelaki yang dia nampak dekat parking lot sana tadi!!! Azira sudah kecut perut. Air liur ditelan kesat. Mesti lelaki itu sudah menangkap perbuatan mereka berdua. Mampus!
“Apasal?”Iman Izwani bertanya. Prinsipnya kini, berani biarpun salah. Muka yang cuak disembunyikan disebalik wajah garang.
Are you asking me apasal?”ujarnya dalam gaya tegas. Bukannya dia tak perasankan mereka berdua yang melakukan kerja jahat di sini tadi. Sengaja dia sorokkan diri tadi, mahu melihat apa yang ingin di lakukan oleh dua orang gadis ini. Dan ternyata dia tak menyangka gadis berbaju kurung dan bertongkat ini bertindak ‘mencederakan’ kereta putih ini dengan kunci di tangannya.
“Iyalah kitorang tak menyusah encik pun. Dan kitorang tak panggil encik ke sini pun.” Iman Izwani semakin garang. Ngaumm.
“Huhh…Seriously, you make me crazy.”
So what?” Dia masih seperti tadi. Walau lelaki dihadapannya ini cukup handsome, sasa dan sewaktu dengannya pada pandangannya, namun sifat kegarangan masih tersemat dek kerana nak menyembunyikan kesalahan.
Azira menyiku lengan Iman Izwani. Memberi amaran supaya dia tidak menaikkan marah si pemuda kacak di hadapan mereka ini. Tapi sia-sia saja bila mata Iman Izwani  membulat memandang lelaki itu.
 “So What?Helllllo, awak dengan tak bersalahnya dah calarkan kereta putih kat belakang awak tu?”
“Ikut suka hati sayalah nak calar kereta putih ke, kereta pink ke, kereta merah ke, kereta kelabu tahi anjing ke. Awak apa kesah? Bukan masalah awak pun.”nyaring Iman Izwani  membalas.
Lelaki itu sudah membuak-buak marahnya. Tak padan dengan bertongkat,fikirnya.
Azira sudah tak tahu mahu buat apa dengan situasi sekarang yang ala-ala babak novel yang selalu dia baca sahaja. Pertemuan yang dimulai dengan pertengaran yang kemudiannya di akhiri dengan percintaan. Begitu ceritanya nanti.E rmm entahlah.
“Masalahnya sekarang, wahai cik adik bertongkat, kereta putih yang ada di belakang awak yang awak dah calarkan sepanjang 1 setengah meter tu ialah kereta saya. Kereta S.A.Y.A.!”beritahunya lambat-lambat dan tegas. Sempat lagi dia ukur panjang calar tu ya.
Bummmmm!!!Terasa ada batu besar sudah menghempap kepala Iman Izwani. Dia sudah cuak. Terasa perutnya mula berpusing-pusing. Peluh sejuknya mula merembes.Kata-kata lelaki dihadapannya dianalisis lagi. Kereta saya?Kereta saya bermaksud kereta dia! Ohhhhh…tidakkkkk.
                Dengan muka pucat lesi, dia berbisik perlahan di tepi telinga Azira yang diam sejak tadi.”Tu bukan kereta minah senget tu ke?Apasal dah jadi kereta mamat hensem nie pulak?”
                “Mana aku tahu. Kau yang hafal nombor plat kereta tu. Bukan aku yang hafal.”
                ‘Hampeh punya Azira.’bisiknya dalam hati demi mendengarkan jawapan gadis itu. Bukannya mahu menenangkan hatinya yang tak keruan, tapi ditambah menjadi kacau bilau.
                “Err..serius ke tu kereta awak?”takut-takut Iman Izwani bertanya.Terasa malu pula kerana tadi bermati-matian dia berperang mulut dengan lelaki ini. Tetapi sekarang dia seakan-akan menyerah diri minta dihukum pancung secepat mungkin.
                “Ehhh taklah. Ini kereta jiran atuk  sebelah laki mak saya merangkap sepupu saudara mak su saya!”katanya serius dalam unsur perli. Mahu saja dia memberi surat saman ataupun sekurang-kurangnya menghamburkan marah pada gadis berbaju kurung merah hati itu, namun disabarkannya apabila melihatkan keadaan gadis itu yang bertongkat. Kakinya melangkah menghampiri pintu sebelah pemandu. Terasa mahu melalak saja melihatkan calar panjang yang menghiasi sisi kereta kesayangannya. Sudah macam corak akar panjang yang melintang saja. Kalau hantar ke bengkel, mahu berminggu-minggu jugak buah hati kesayangnya dia kena tinggal disana. Huaaaaa…
                “Err..saya mintak maaf, saya ingatkan tu kereta musuh saya.”ujar Iman berterus terang. Serius dia rasa amat bersalah.
Rayqal hanya menjeling tajam.Walaupun kata maaf itu kedengaran ikhlas,tetapi ia langsung tak membuka hatinya untuk memaafkan.Lalu dengan sebal di hati dia memecut keretanya pergi. Kalau dia jumpa lagi dua orang gadis, itu jagalah. Siap dia kerjakan.
           Iman Izwani dan Azira hanya memandang dengan perasaan bercampur aduk melihatkan kereta putih itu meluncur pergi.
“Aku rasa bersalah gila.”ujar Iman Izwani perlahan.
“Itulah, aku dah halang tadi. Kan dah salah kereta.”katanya sambil berlalu menuju ke kereta MyVi pink milik Iman Izwani yang di pandunya. Kata duduk serumah, mestilah sekereta juga.Barulah tak sesak jalan raya.Karbon dioksida pun berkurang. Mampan gitu.
“Alah, kau halang hangat-hangat tahi ayam aja.”Iman Izwani mengekor dengan langkah yang semakin perlahan. Sakit kakinya kini terasa lagi kerana tadi dia berdiri lama. Itulah, nak bertengkar punya pasal.
“Iya ke?”
“Iya la.”
“Ermm…nampaknya tak dapat la mu nak berlakikan dia.”
“Isk..kau nie,aku rasa bersalah aja bukan rasa nak kahwin dengan dia.”
“Ehh..bukan dulu kau nak kahwin dengan dia ke?”
“Dulu?”
“A’ah.Waktu first time kita jumpa dia dekat Kursus Kahwin di UKM.”Teringat kembali bahawa mereka pernah mengenggam segulung sijil kahwin sbelum menggenggam segulung ijazah.
Lama Iman Izwani berfikir. Mengimbas kembali zaman muda-mudi di UKM dulu.Cehh..muda-mudi?Sekarang pun muda lagi apa,bisiknya.
“Ehh..kejap. Itu mamat kursus kahwin tu ke?”
Azila hanya menggangguk selamba.Tak sangka pula Iman Izwani tak kenal dengan lelaki yang terlalu gila dia minati semasa kali pertama bertentang mata dalam menjalani kursus kahwin dulu. Dia juga baru sahaja perasankan lelaki itu setelah dia memecut keretanya tadi. Sebiji cara dia memecut semasa habis kursus kahwin dulu apabila di kejar Iman Izwani. Huhhh..memang gila kan si gadis bernama Iman Izwani. Apalah nasib dia dapat kawan macam ni.
            Iman Izwani terkaku. Seriously ,itu ‘dia’?
#######

“Oit..menung apa?”Azila menegur.Dari jauh lagi dia nampak Iman Izwani hanya statik sambil pandang makanan. Langsung tak hiraukan suasana restoran yang hingar-bingar.
Iman Izwani hanya senyum segaris.
            “Aik..takkan dari jauh aku datang nak lunch sekali semata-mata nak tengok kau senyum-senyum aja?”
            “Nie haa,aku baca balik novel sekerat jalan yang aku buat dulu.Tak sangka best jugak jalan cerita ni ya?”Iman Izwani tersengeh sambil menunjukkan Microsoft word pada skrin Acernya.Saja puji hasil tulisan sendiri. Nak suruh orang lain puji, memang kelaut la.
“Ceh..memang la kau kata best. Dah kau buat diri kau sendiri jadi heroin. Rayqal pulak jadi hero kau.”Azira mencebik.
Iman Izwani ketawa. Tak sangka novel sekerat jalan yang mengisahkan kisah benar antara dia dan jantung hatinya, kini bagaikan sudah jadi diari lama buat dia. Diari yang menyimpan kisah pertemuan kedua antara dia dan Rayqal. Sungguh manis saat itu walaupun tidak semesra mana mereka berdua tatkala itu. Tapi sehingga bab itu saja dia menulis. Masuk bab dia mula mengorat Rayqal balik, dia dah berhenti. Bukan apa,busy nak tackle hati Rayqal lah katakan. Mana ada masa nak karang ayat bagai.
            “Erm..yelah tu. So,kenapa ajak aku lunch nie?Kalau tak asyik lunch dengan encik hubby dia je.”
 Iman Izwani hanya diam. Dia menarik nafas perlahan. Kata-kata Azila langsung tak mampu nak buat dia senyum.
            “Aku rasa bersalah dengan Iris” Iman Izwani mula menukar ke channel sedih. Entah kenapa sejak suaminya meluahkan perasaan cinta pada dia,dia rasa teramat bersalah. Bersalah sebab pernah hancurkan kebahagiaan suaminya itu dengan seorang gadis cantik.
 “La..kenapa pulak nie?”
“Kau rasa, aku jahat sangat ke? Sebab sanggup putuskan hubungan suami sendiri dengan tunang dia dulu?”
Azila mengeluh. Iman Izwani sekarang sudah banyak berubah. Berubah menjadi bukan dirinya sendiri. Berubah menjadi orang lain. Orang putus asa. “Dulu kau jugak yang cakap, diorang tak ada jodoh. Bukan sebab kau yang putuskan hubungan diorang.”
“Diorang tak ada jodoh sebab aku.” Iman Izwani berkata perlahan.
“Pulak.”Azila mengeluh. Entah apa yang ada dalam fikiran Iman Izwani,dia pun tak tahu. Pelik sebab,bila dah dapat cinta si suami baru nak rasa bersalah. “ Emm..Puan Iman, kau dah dapat true love dari encik hubbykan,so..just go on with that,Iman! “Dulu waktu Iman berusaha dapatkan Rayqal sampai sanggup guna taktik nakal, taktik mengoda bagai,tak ada pulak rasa bersalah dengan Iris yang masih bergelar tunang Rayqal, ketika itu. Sekarang ini bila Iris dah jauh dari hidup Rayqal, Iman baru nak rasa bersalah?Ehh..hello,apa game yang kau main ni,Iman? Haishhh..sungguh aku tak faham kerenah seorang Iman Izwani!
Iman Izwani senyum paksa. Just go on with that.Dia mengulang ayat itu. Boleh ke dia buat tak tahu aja dengan rasa bersalah dia pada Rayqal and…. just go on with that?Oh my god. Dia rasa dia tak mampun. Sekarang..hanya satu yang dia mampu buat untuk suaminya, Rayqal.Telefon bimbitnya dikeluarkan lambat-lambat. Betul ke apa yang dia buat nie? Dia pandang Azira. Azira hanya diam,mungkin masih cuba membaca apa yang ada dalam fikirn Iman.
Satu pesanan ringkat dibaca berulang kali. Dengan jari yang terketar dan tubir mata yang memberat dia menghantar pesanan tersebut.
Abang, Iman rasa ini yang terbaik buat Iman. Iman dah tak sanggup hidup dengan abang. Please..lepaskan..Iman!!
Biarlah. Biarlah dia yang dipersalahkan!


p/s :New enovel...(again..haishhhh hahah)
feel free to komen...
sya hanyalah insan biasa (cewahh) kalau ada slh silap boleh tegur...huhu
p/s/s:novel nie dh pernah post tapi diedit balik sebab jln cerita dah 180 berubah..hehhe

Thursday, May 3, 2012

Aku..Mahukan Cinta 20


“Eima!Apa nie?”Adelia berdiri betul-betul di hadapan Eima dengan muka menyeramkan yang bertempek bedak sejuk dan rambut yang disanggul tinggi. Eima yang terkejut terus tercekik pop corn. Kelam-kabut dia capai air mineral atas tepi sofa. Baru dia nak feeling-feeling nangis tengok cerita The Vow,terus kena potong.
Baju warna putih yang dipegang Adelia dipandang dengan sengihan. Kantoi! “Errr..baju kurung Pahang..” Ujarnya lambat-lambat.Takut sebenarnya.
“Memamg la baju kurung Pahang,tapi nie apa nie?Labuci dengan pearl warna pink sana sini?Dulu bukan along kata nak baju kurung kain putih kosong  without labuci and pearl ke?”
“Memang la along,tapi tak best la kalau kosong. Macam kain kapan aja. Cuba tengok,sekarang nie ‘kain kapan’ dah tukar jadi kain gorgeous gitu. Lip lap sana sini.Cantik apa.”Erima sengeh tayang gigi arnabnya.
“Mati nanti kain kapan jugak yang kau guna.Tak adanya kain lip-lap lip –lap macam nie.”Selam Adelia bersuara. Eima dah terkelu. Bila masuk bab kematian memang susah dia nak sangkal.
“Err..okaylah my lovely sis,sekali-sekala nak cantik.”
“Kalau cantik,apasal baju kau kosong aja,baju along pulak yang terlebih vogue.Nanti orang konfius mana satu pengantin,mana satu tetamu.”
Eima sengih. Nak balas apa nie? “Err..tak apa…”
“Tak apa,apa? Kalau macam nie gayanya along malas la nak pergi.” Adelia mula melangkah. Nak masuk bilik dan tidur. Baju kurung putih itu diletakkan kembali dalam beg kertas dan ditinggalkan atas meja.Sememangnya dia tak kesah sangat pasal baju lip-lap lip-lap tu. Setakat kena pakai baju vogue je,bukannya kena bogel. Tapi dia sengaja guna alas an baju itu untuk tak hadir ke majlis ‘bahagia’ Amir. Takut nanti dia yang menangis dengan irama sendu. Iyalah cinta dalam diam yang tak kesampaian. Tapi..ahhh..biarlah, Amir kan playboy.Siapa yang nak  kahwin dengan dia. Takut nanti lepas kahwin,berderet-deret jugak mak we si Amir. Biarlah dia tak dapat cinta Amir,kalau cinta ini hanya dusta.
“Ala..along jangan macam nie.Dulu kata nak pergi.”Eima tarik tangan Adelia.
Adelia mengeluh. Memanglah dia setuju nak pergi majlis pernikahan Amir dengan Azriena. Bukan dengan rela tapi terpaksa sebab Eima dah ugut dia dengan air mata. Terus dia cair. Mak pun join sekali pujuk dia. Pelik juga bila difikirkan. Sejak bila mak dia rapat dengan Amir sampaikan mak dia sendiri cakap yang Amir menjemput mereka sekeluarga.
“Along…”Meleret-leret Eima panggil Adelia.Lengkap sekali dengan muka tak cukup sen.
Adelia mengeluh. “Okay,Along pergi.”
“Yeayyy..”Erima berjoget riang.
Adelia berfikiran positif. Sekurang-kurangnya adik kesayangan dia bahagia,walaupun nanti di majlis itu dia sengsara.Ahh..Adelia,Adelia,Adelia..kau kata kau tak nak cinta Amir walau dia bagi free pun sebab dia bukan calon mithali untuk jadi suami kau!Tapi kenapa kau masih nak rasa sedih??Cubalah jadi matang,Adelia.Jadi matang. He’s no one to you.So,just act normal!Adelia mengingatkan diri. Ya dia perlu bersikap seperti biasa. Anggap saja dia menghadiri majlis pernikahan kawan sekerja!
********
Entah kenapa sejak dia sampai ke perkarangan Masjid Putrajaya,dia rasa pelik semacam. Sudahlah tadi dia naik hairan bila Eima cakap ibu mereka sudah sampai ke masjid dengan Pak Long.Eh..Pak Long?Sejak bila pulak Pak Long jadi driver ibu mereka?Dia semakin musykill.
Sampai sahaja di tingkat dua masjid,ramai saudara perempuan sebelah Amir sedang berkumpul. Semuanya berpakaian ala-ala datin. Memang agak kayalah Ya kaum kerabat si Amir ni.Ternampak saja ibu dengan mak long yang duduk bersembang dengan seorang wanita anggun,mungkin mummy Amir segera mereka berdua menghampiri. Adeli tiba-tiba rasa kekok. Kenapa semua orang pandang dia sambil senyum-senyum ni?Melampau sangat ke baju yang dia pakai. Haishh..ni semua salah Eima. Tapi yang peliknya Eima dengan ramahnya bertegur sapa dengan ibu,mak long dan seterusnya ahli keluarga Amir.Siap bersalam cium tangan. Nak tak nak,Adelia pun turut melakukan perkara yang sama.
“Awalnya mak datang?”Adelia berbisik perlahan ditepi telingga ibunya.
“Hari bahagia anak mak,mestilah kena datang awal.”Kata-kata ibunya penuh makna.
Tapi Adelia tak perasan kerana dalam kepala otaknya tengah mencari jawapan kepada beberapa persoalan. Pertama,di mana Azriena? Kedua,kenapa mak,mak long dan …Julia?Dia terkejut. Julia menghampirinya dengan selamba.
“What?”Julia bertanya pelik?
“Kenapa kau ada dekat sini?”
“Aik,takkan majlis kawan sendiri pun aku tak boleh datang kot?”Julia sengeh.
Adelia berfikir sejenak.Julia kawan Amir rupanya. Ke Julia ni kawan Azriena?Ahhh…banyaknya persoalan. Something fishy.Tapi dia buat tak endah saja bila hati dia berdengup kencang tiba-tiba. Mummy Amir  menghampiri dengan senyuman dan mengajak dia ke sudut sedikit jauh. Dia akur walau rasa pelik tahap petala infiniti. Mak,Eima dan Julia mengekori.
“What?”Adelia menjerit kuat tatkala mendengar segala penerangan. Bila terperasan yang orang lain turut terkejut dia segera menutup mulut. Dia cuba menenangkan diri membalas pandangan mummy Amir yang penuh mengharap dan pandangan ibu yang penuh senyuman. Jadi sekarang ini dia hanya jadi pengganti ke?Ahh…murahnya maruah dia. Hanya jadi pengganti.Dimana Azriena?Entah dia pun tak tahu.
Wajah-wajah disekelilingnya diperhatikan. Tak sangka dah 3 minggu diorang rancang semua ini. Siap sempat pulak buat hantaran dan beli pakaian untuk dia. Kata mak,semua ini hasil usaha Amir,dia yang pilih semuanya.Yang lain hanya bantu sikit-sikit.Bila difikirkan balik,bermaksud 3 minggu ini dia diperbodohkan orang sekeliling?Nak marah tapi mereka semua keluarnya. Patutlah juga pak long datang sini dengan mak.Rupa-rupanya untuk jadi walinya. Ahhh..detailnya rancangan diorang.
“Along. Jom bersiap.”Setelah kata setuju dicapai,Eima dan Julia segera menariknya ke bilik air. Dia pandang lagi wajah ibunya dan bakal mummy mertuanya yang Nampak sangat gembira.Dia?Dia gembira kalau dia jadi pilihan pertama walau pada lelaki playboy  yang pernah bersumpah dah tinggalkan kerja playboy itu.Tapi kini dia sebagai pilihan kedua Amir.Perlukah dia rasa bahagia?Bila difikir-fikirkan kembali,mudahkan,Adelia berubah fikiran kerana Amir.Sekelip mata dia bersetuju jadi isteri Amir,padahal dulu dia juga yang cakap taknak cinta Amir walaupun diberi percuma sebab Amir playboy.
Di bilik air,Adelia dimake upkan untuk dia Nampak sweet di hari ‘bahagianya’. Veil putih yang dibawa Eima dalam beg kertas di ambil dan diletakkan elok diatas kepalanya yang bertutup tudung pink bermanik. Beg kertas yang dipegang Eima di intai lagi.
“Wedges shoes pink?”

“A’ah..untuk outdoor photoshot nanti.Barulah Nampak matching dengan Abang Amir”
“Abang Amir pakai kasut pink?”Adelia tanya tak bersalah.Kata matching.Mestilah dia pakai kasut pink jugak.
Julia pantas mencubit lengan Adelia.” Apalah kau nie.Dia pakai kasut hitamlah. Tapi kain sampin dia songket warna pink,baju melayu warna putih. Tu warna tema korang.Pinky White. Owhh..how sweet.”
Adelia mencebir. Ingatkan Amir pakai kasut pink tadi,baru nak bersorak riang.
Walaupun semuanya berlaku secara drastik dan diluar dugaan Adelia,dia tetap rasa terharu bila Amir dengan lembut menyebut nama penuhnya hanya dalam sekali lafaz.Paling dia tak tahan,bila Amir  membaca ikrarnya sebagai seorang suami kepada Adelia. Terus air mata keluar tak henti.
Saat Amir menghampiri dengan senyuman penuh manis,Adelia hanya kaku. Bergetar habis jantungnya. Dalam fikiran ,dia dah bagi amaran pada hati.Jangan terlalu over. Bukan senang dia nak terima Amir sebagai suami,sedangkan dia hanya dianggap sebagai pengganti. Yang pasti lepas ni dia akan uji Amir.Nak tahu,samaada betul ke Amir benar-benar ikhlas menyintainya sebagai dalam ikrar tadi. Senyum tepi sudah tersirna di bibir Adelia. Dia mula yakin diri. Lepas nie,siaplah suamiku,Amir Isyraf.
“Hai.”Perlahan aja Amir menegur saat dia sudah duduk melutut depan isterinya,Adelia yang duduk bersimpuh. Dia senyum menggoda.
“Assalamualaikum suamiku.”Perlahan juga Adelia membalas.
Amir sudah merah muka. Demi menutup malu dia tersengeh dan menjawab salam isterinya.Tukang ambik gambar professional dan tak profesioanal dah tunggu detik-detik manis Amir dan Adelia. 
Dan apabila bibir Amir mengenai dahinya,dia rasa dunia seakan terhenti berputar,masa seakan tersekat dan dia seakan diawang-awangan.

p/s: hepy reading semua..ini bru permulaan hdup Adelia n Amir..
(maaf kalau ada silap bhsa or ejaan..tak sempat edit lgi..hehhe)
jgan lupa komen tau.. ^_^

Tuesday, April 10, 2012

Aku..Mahukan Cinta 19

                Adelia pandang geram. Mata dah nak jadi juling,asyik duk jeling dua orang lelaki tak beradap ni. Seorang ke hulu-kehilir berjalan depan dia sambil jawab panggilan dengan muka serius. Yang seorang lagi sibuk duk sedut rokok Dunhill sambil menghembus megah asap rokok ke arahnya. Ehh,hello!! Kalau nak mati sakit jantung pun sila mati seorang diri okay.Jangan heret aku sekali! Kalau tak kerana tangan dia kena ikat kuat dekat tiang rumah papan buruk ni,dah lama dia bagi penumbuk maut dekat dada lelaki itu. Biar rosak terus jantung dia. Tapi lagi baiklah kan,jantung dia hancur sebab Adelia,daripada rosak sebab rokok yang tak bernyawa tu. 
Kembang kempis hidung Adelia menerima asap rokok yang dihembus.Walau tak kena direct tetapi dia still rasa terseksa. Dahlah dia jenis sensitif dengan asap rokok. Bau asap rokok boleh buat dia semput tahan nafas, tahu tak?
Adelia teringat kembali slogan yang dia baca dekat  wall facebooknya.

SAYA TIDAK MELARANG  ANDA MEROKOK DI RUANGAN INI,
 TETAPI MOHON ASAPNYA DITELAN.

Memang lucu tapi ada yang tersirat. Punyalah Adelia sokong slogan tu sampai setiap hari dia akan shared di wall facebooknya. Biar perokok tegar atau tak tegar tahu dia anti rokok,juga anti dengan perokok. So,kalau rasa anda kawan Dunhill, Marlboro, Shelton, Belmont  dan sekutu dengannya,sila musuhi Adelia! Kerana gadis bernama Adelia amat,amat dan amat bencikan anda.
                “Bos cakap apa?”Perokok tadi bertanya.
                “Bos suruh kita lepaskan perempuan ni?”Lelaki berbaju hitam itu bersuara tenang.
           “Hah?Baru culik sehari dah kena lepas?Bos nie gila ke apa?”Perokok tadi nampak berang. Puntung rokok yang sudah pendek dibuang dan dilenyekkan dengan kaki mematikan sisa api.
        “Kalau kau berani,kau lawanlah cakap bos. Aku tak nak masuk campur. Lagipun bos cakap dia dah settlekan hal dia. Aku jamin dia berjaya ugut lelaki itu. Bukan main bahagia lagi dia cakap dalam telefon tadi.”
   Adelia memasang telinga. Nak juga dia tahu kenapa dia di culik?Siapa dalang penculikkannya dan siapa lelaki yang kena ugut itu?Pelik.Nak kata diorang culik sebab nak jadi tebusan,memanglah jauh api dari panggang sebab dah sehari lebih di kena culik tapi tak ada pulak penculik bagitahu familynya.Nak kata culik untuk balas dendam,tapi…dendam siapa?Dia ada musuh ke?
Kedua lelaki yang bercakap sesama sendiri itu dipandang. Rupa memang Nampak samseng tapi tak adalah gangstar sangat macam geng Along. Ada gaya pemeras ugut tapi tak ada gaya penculik sebab diorang berdua memang terlalu lurus ikut perintah dari bos mereka. Sikit pun tak kacau Adelia. Itulah sebabnya Adelia kurang menjerit minta tolong. Makanan yang diorang kasi pun okay aja,Nasi tomato dengan ayam masak merah dan teh ais. See,mana ada penculik yang baik hati sangat macam ni.
“Jom,aku lepaskan kau.”Kata lelaki berbaju hitam. Dia mengeluarkan sehelai kain berwarna coklat. Kain tersebut digunakan untuk menutup wajah Adelia.
Adelia kaget tiba-tiba. “Apa nie,main tutup-tutup mata?”
“Pilih sama ada main tutup-tutup mata atau main tutup-tutup nyawa?”
Adelia mencebik. Nak ugutlah tu. “Ok fine.”
Adelia dibawa merentasi hutan. Sesekali dia terasa kakinya basah. Mungkin saja mereka merentasi sungai cetek,tak pun parit. Bunyi unggas dan cengkerik memang kuat sehinggakan dia yakin rumah papan buruk yang menjadi lokasi penculikkannya terletak didalam hutan tebal. Terasa terlalu lama dia dan dua orang penculik itu berjalan dalam hutan. Banyak kali juga Adelia tersadung disebabkan tunggul kayu,mungkin juga akar pokok hutan.  Habis sakit hujung jarinya. Tangan yang terikat juga semakin terasa sengal.
Sebaik sampai dikawasan jalan raya yang kecil,penculik tadi melonggarkan sedikit ikatan pada lengan Adelia. Soalan Adelia yang macam butir peluru munculnya,tidak dijawab. Malah mereka terus melarikan diri. Berdesup sehingga akhirnya Adelia yakin dia ditinggalkan seorang diri di sini. Ikatan pada lengan yang longgar dirungkaikan. Kain penutup mata dibuka. Adelia kaget. Malam?Dan dia ditinggalakn ditepi jalan yang dikelilingi hutan?Dia cuak. Dia dekat mana sekarang ni?Macamana nak balik?
Adelia terduduk. Dia lagi suka diculik dan berada di rumah papan using berbanding berada seorang diri di tepi hutan.Terasa mahu menangis tapi sekejap Cuma bila matanya tersilau dengan lampu kereta. Adelia mengucap syukur. Segera dia bangun dan menahan kereta iswara itu.
********
Sejak peristiwa penculikkan itu,sebulan yang lalu,Adelia kini semakin berhati-hati. Kalau nak kemana aja mesti bawak si Eima. Sehingga kini dia tak tahu menahu siapa yang menjadi bos kepada dua penculik itu dan kenapa dia diculik. Dia sudah malas berfikir bila langsung tidak diberi hint. Apatah lagi kini dia semakin busy dengan projek megamall Sungai Buloh yang sudah siap 60%. 5% kedepan jika dibandingkan dengan jadual yang diberikan kepada kontraktor. Amir Isyraff? Dia sudah berubah jadi lebih baik. Tak lagi melayannya dengan dingin. Tapi hati Adelia masih panas. Tak faham dengan tingkah lelaki bernama Amir Isyraff. Sekejap macam kucing,sekejap macam singa. Dengar khabar lelaki itu akan bernikah minggu depan. Dia dijemput mungkin kerana mereka rakan sekerja. Yang peliknya beria-ria pulak Eima nak pergi majlis itu. Siap tempah baju untuk mereka berdua lagi. Baju Eima warna pink dan baju dia warna putih. Padahal majlis akad nikah aja pun,bukan majlis sanding.
“Apasal nak gi shopping pulak nie?”Adelia bertanya. Tegas. Tak ada aura-ura dia nak turun kereta jadi terpaksalah Amir dengan lagak machonya membukakan pintu kereta untuk Adelia.
“Jom.”Amir menunduk sedikit. Cermin mata hitam dipakainya. Panas membahang waktu tengahari ini.
“Tadi kata nak makan di restoren yang dekat dengan ofis aja sambil bincang pasal projek.Nie apasal datang KLCC pulak?”
                “Well,I nak you tolong carikan cincin untuk majlis akad nikah.Lepas tu baru kita pergi makan.Boleh?”Amir senyum.
Adelia gigir bibir kuat. Geram! Amir memang sengaja nak duga hati dia kot. Kalau macam nie caranya memang tak perlu bersusah payah dia bunuh rasa cinta dan tanam rasa benci pada lelaki itu. Sebabnya,Amir sendiri yang letak baja dalam pasu yang penuh dengan rasa benci.Senang nak tumbuh mekar kan? 
          “Kalau nak beli cincin ajaklah your girl bukan I.” Adelia membentak. Amir hanya tersenyum.
                “Cepatlah,nanti lambat pulak kita nak lunch and bincang pasal projek.”Amir mengajak lembut.
Adelia masih tak bergerak dalam kereta.
“Come.”
Akhirnya Adelia mengalah. Membiarkan hatinya bertambah luka dengan senyuman lelaki yang bakal bergelar kepunyaan Azriena nanti.Ohh..tuhan,sungguh kalau aku tahu cinta itu perit,takkan aku mahukan ia.

p/s: Taip2 trus post...x sempat edit..so kalau ada salah silap,cik writer mintak maaf..sedikit pendek sbb busy..hahah

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥