“Eeee…apa nie pegang-pegang pinggang orang.” Adelia tepis tangan
Amir Isyraf. Di jelingnya lelaki yang baru saja bergelar imamnya yang tersenyum
manis. Tetapi tangan Amir memang tak makan saman. Tak bagi pegang pinggang, dia
pegang lengan. Haishhh…Adelia pasrah. Susah nak bagi ceramah kalau semua
perbuatan lelaki itu terhadap dia kini dah pun halal,diberi lampu hijau oleh
Pencipta.
“Ala..pegang sikit pun marah,dah halal apa.”
Adelia mencebik tak puas hati. Walaupun suka, tetapi bila teringat
kembali bahawa dia adalah pilihan kedua lelaki disebelahnya ini, buat hati
Adelia sayu dan..beku. Iyalah, siapa yang nak jadi yang kedua?
“Jom.” Amir menarik lembut tangan Adelia yang berada dalam genggamannya
menuju ke kereta. Adelia ikut aja. Kalau tak ikut nanti takkan dia nak naik
pengangkutan awam dengan baju kurung moden warna putih dan veil serta kasut
warna pink?Dah sah-sah la orang kata dia lari dari majlis akad. Tak pun lari
dari fashion show pengantin. Nak naik kereta sendiri balik rumah,
lagilah tak boleh. Erma awal-awal lagi dah ambil kunci kereta dan balik dengan
keluarganya yang lain. Ini semua salah Amir. Lepas aja tamat majlis akad nikah
di Masjid Putrajaya, terus dia culik Adelia bawa pergi tempat yang Adelia
sendiri tak tahu. Yang pasti tempat itu memang sangat-sangat dan sangat cantik.
Penuh dengan bunga. Rupa-rupanya, Amir dah rancang sesi outdoor photoshoot
untuk mereka. Teruju tu memang teruja, tapi entahlah. Dia pun tak pasti samaada
semua yang Amir rancang sebenarnya memang untuk dia ataupun untuk Azriena.
Tetapi disebabkan Azriena tak jadi
kahwin dengan Amir, Amir terus ambil dia sebagai penganti. Macam tu ke?Ahhh…Adelia
mengeluh. Dia terlalu berfikiran negative ke?
“Kita
nak pergi mana nie?”
Amir
senyum. “Ingatkan dah tak suara tadi.Baru ingat nak bawak pergi ofis, terus
kerja.”
Amir
mengusik. Adelia dah membulatkan matanya. “Mr Amir, are you crazy. Kalau
orang lain tahu macamana?” Entah kenapa Adelia tak bersedia lagi untuk
mengumunkan pernikahan mereka pada orang lain. Takut nanti orang salah anggap
kata diorang berdua terlanjur kerana tiba-tiba aja bernikah. Tapi kalau tak
bagitahu sampai bila nak sorok?
“Apa salahnya. Bukan kita buat salah pun.” Terus Amir pegang tangan
Adelia dan dibawa ke dadanya. Sebelah tangannya lagi masih mengawal stereng
kereta.
“Isk jangan mengatal la.”Adelia membentak. Buat muka marah dengan
hati yang dup dap dup dap tak menentu.
“Hello Mrs Amir, bila masa masa pulak abang kena label mengatal
dengan isteri sendiri ni?”
Adelia
simpan senyum. Abang? Mrs Amir? Sound sweet. Tak sangka dia sekarang
ialah Mrs Amir. Tapi sekejap cuma dia bahagia kerana dia yang kedua.
Adelia mengingatkan diri.
“Kita nak ke mana nie?” Adelia bertanya lagi. Tak dilayannya soalan
Amir tadi.
“Balik rumah mummy and daddy.”
“Haaa?Nak buat apa pergi sana?”Adelia cuak. Bukan tak suka,tapi tak
bersedia lagi.
“Mestilah sebab nak kenalkan menantu baru diorang nie?”
“Hahh…err…Didi tak bersedia lagi ni..opss.”Adelia kaku dengan
tangan yang cepat-cepat menutup mulut. Adoyai, macamana dia boleh bahasakan
dirinya Didi dengan Amir. Biasanya panggilan itu hanya untuk orang yang rapat
dengan dia seperti keluarganya. Bukan dengan orang luar. Tapi…sekarang secara
teorinya Amir bukan lagi orang luar bagi dia.
Amir dah senyum simpul. Adelia yang kaku disebelahnya dipandang
manja. Sempat dia mencuit pipi isterinya. “Sweetnya, so abang pun kena
panggil Didi dengan pangilan Didi la ye?”
“ Nama tu untuk family je la.”
“Habis tu abang bukan family sayang ke?”
Adelia
terkelu. Bukan tak tahu jawab soalan Amir, tapi sebenarnya dia tak tahu nak
bagi reaksi apa dengan panggilan sayang Amir itu. Kedengaran lembut dan ikhlas.
“Okay, kita dah sampai.” Amir memberitahu. Adelia memerhati dengan
penuh kagum. Dari cara pergaulan mummy dan daddy Amir, sungguh dia tak sangka
mereka sekaya ini. Punyai Banglo 2 tingkat dengan halaman yang cukup luas.
“Jom.” Adelia tak sedar sehinggalah Amir membukakan pintu kereta
untuknya.
Adelia
buat muka cuak. Air liur terasa kesat. Dah gaya macam nak pergi interview dekat
syarikat besar lepas grad. Memang berpeluh habis tanganya yang sejuk.
“Kenapa?” Amir sengaja bertanya bila punggung Adelia bagaikan
melekat pada seat kereta. Mesti isterinya cuak nak berhadapan dengan semua
familynya. Di masjid tadi mungkin Adelia okay lagi sebab ada Mak, Erma, Julia
dan keluarganya yang lain menemani. Tapi sekarang Adelia keseorangan menghadapi
kaluarga barunya. Tapi Amir dah nekad dia akan berusaha buat Adelia rasa
selesa.
“Kenapa nie?”Amir melutut depan pintu keretanya yang terbuka. Terus
mengadap isterinya.
“Err…takut la, Didi tak biasa dengan family you?”
“Didi..Didi…Didi…takkan dah kahwin pun ber I ber you lagi?”
“Habis tu nak panggil apa?” Adelia tiba-tiba saja tak sedar bahawa
dia kini sedang berkata-kata dengan manja di hadapan Amir. Amir senyum panjang.
Sejuk telinga dengar suara isterinya yang sudah berubah ton.
“Panggil abangkan sedap sikit dengar.”
“Tak biasalah. Seumur hidup Didi tak pernah pun panggil orang lain
dengan panggilan abang.”Adelia memberitahu. Sungguh dia tak pernah panggil
orang lain dengan panggilan abang. Kalau ada pun mungkin akan ditambah nama di belakangnya
seperti mana dia panggil sepupunya yang lebih tua dengan panggilan Abang Sham.
“Okaylah tu Didi tak pernah panggilan orang lain dengan panggilan
abang sebab panggilan tu untuk suami aja kan?”Amir buat keing double jerk.
Adelia berfikir panjang.
“Tak biasalah.”
“Okay kalau macam tu, panggil aja you dekat abang. Then
nanti jangan mengadu kata mummy dengan daddy tak suka Didi.”
Adelia
terkejut. Dilihat saja Amir yang dah nak melangkah masuk ke banglo di
hadapannya ini.
“Ehh..abang nantilah.” Terus lancar ayat itu dari mulut Adelia.
Takut mertua tak suka punya pasal.
Amir
yang baru melangkah beberapa langkah sudah senyum. Adelia memang kena ugut dulu
baru nak mengalah. Yang penting nama mummy dengan daddynya boleh digunakan
sebagai bahan ugutan manjanya. Pantas dia kembali kearah Adelia. Tangan
dihulurkan. Lambat-lambat Adelia menyambut. Nafas panjang ditariknya sebelum
melangkah. Nak menhadapi mertua kena kuat mental dan fizikal. Tapi rasanya
mental dia dah kuat kot sebab ada Amir yang janji nak backup kan kalau mummy
dan daddy mertua nak siasat pasal dia nanti.
"Hey!Adelia!" Belum sempat kaki melangkah masuk ke dalam banglo terdengar suara kasar mengurnya dari belakang. Serta-merta Amir menoleh. Adelia dilihatnya sudah pucat lesi. Apa semua ini?
"Hey!Adelia!" Belum sempat kaki melangkah masuk ke dalam banglo terdengar suara kasar mengurnya dari belakang. Serta-merta Amir menoleh. Adelia dilihatnya sudah pucat lesi. Apa semua ini?
p/s: curi masa wat sambungan AMC 21..hehhe
khas untuk Sweety dan yg lain2 yg setia menanti...TQ semua... :D
4 comments:
Lorhh knp short sgt ? Baru nk feeling sudahhh hbs. So unfair :P
tinn qqqq cik writer...lps jugak rindu ni..u a good
anony: kejar mse 2 yg pendek 2...hehhe :)
sweety: tq jgak dear.. hehhe :D
x puas bace,.,
nax lagi
Post a Comment