“Tak guna !”Dato’ Azman menengking kuat.Kata-kata Bad buat darah tinggi dia naik mendadak. Hampir-hampir dia melemparkan segala fail di atas meja. Sudahlah dia masih tak puas hati bila projek megamall dekat Sungai Buloh tak berjaya diraih. Memang depan Amir dia kata okay dan berlagak selamba. Tapi dalam hati bagai nak sumpah seranah Amir dan consultantnya,Adelia. Tak pernah lagi dia kalah pada architect muda. Tapi beberapa minggu lepas dia terpaksa menerima perkara yang mengaibkannya itu.Sekarang Azriena pula yang bawa sial. Kata nak berkahwin. Hal itupun dia dengar dari mulut Bad,orang upahannya. Kalau tak memang budak sial tu nak kahwin senyap-senyap agaknya.
Dato’ Azman duduk menyandar pada kerusi empuknya. Matanya dipejam rapat. Kalau difikirkan secara teori, Azrienalah yang paling berkuasa ke atas syarikat dan harta peninggalan arwah isteri keduanya Datin Habibah. Dia perlu lakukan sesuatu. Sesuatu yang membolehkan dia mendapat kuasa dan hak itu. Yang paling penting dia tak nak tersalah langkah lagi sepertimana dia kesal ke atas kematian kakak Azriena yang dirancangnya dulu.Bukan kesal kerana dia telah mengorbankan Azlina,tapi kesal kerana dia membuatkan Azriena lebih berkuasa. Tanpa dia sedar Azriena telah dinamakan oleh arwah Azlina sebagai penama tunggal bagi polisi insuransnya. Hasilnya, Azriena mendapat wang insurans secara beneficial, malah segala harta dan saham syarikat milik arwah Azlina juga jatuh ketangan gadis lurus itu. Nasib baik juga dia lurus,mahunya dia sebijik macam arwah Azlina, kemungkinan besar Dato’ Azman hanya merempat di Syarikat Bima.
Bila semuanya sudah tidak seperti yang dirancang, Dato’ Azman mengubah plan. Dia tak perlukan kematian Azriena untuk mendapatkan saham syarikat dan juga harta. Tetapi dia hanya perlukan persetujuan gadis itu sambil disaksikan oleh peguam keluarga arwah Dato’ Mahadi dan Datin Habibah. Dia mahukan perkara itu terjadi dengan ‘kerelaaan’ Azriena sendiri. Dan sekarang… dia juga perlu menghalang Azriena dari berkahwin. Tujuannya hanya satu, supaya harta atau saham Azriena tak dinamakan atau diberi kepada yang lebih berhak iaitu bakal suaminya nanti.
“Aku nak kau siasat background bakal laki si Riena tu. Cari kelemahan dia dan gunakan kelemahan itu sehingga dia sendiri yang putuskan hubungan dia dengan Riena.And make sure Azriena knows nothing.” Dato’ Azman sudah merancangan. Sekarang dia akan berlakon seperti segala yang terjadi antara Azriena dan bakal suaminya adalah bukan atas tindakkannya. Disebabkan itulah dia merancang akan menggunakan taktik psikologi ke atas bakal suami Azriena supaya dia sendiri yang mengundur diri. Dato’ Azman tersenyum puas.
“Err…Dato’ tahukan yang bakal suami Azriena ialah…. Amir Isyraf?” Bad bertanya lambat-lambat. Wajah Dato’ Azman yang berubah menjadi terkejut dipandangnya dengan pandangan takut.
“What did you just say? Amir Isyraf?Amir Isyraf bakal suami Azriena?” Dia sudah berdiri tegak. Mata Bad ditentang dalam. Melihat anggukan dari lelaki di hadapannya, Dato’ Azman terus menghentam kuat meja dengan penumbuknya. Tak guna kau Amir!Hatinya menjerit. Kali ini dia rasakan rancangan sedikit kurang menyakinkan. Amir bukan calang-calang orang. Bukan senang nak ugut dia tanpa melibatkan pihak lain. Silap haribulan polis datang serbu ofisnya tanpa amaran.
Tapi pelik. Kenapa selama ini dia rasa bahawa Amir menyimpan perasaan terhadap Adelia. Serius, setiap kali meeting di Syarikat Sutra dulu, dia dapat menangkap mata kedua-duanya saling bertatapan walau kadang-kala cepat saja Adelia melarikan pandangan dari Amir. Malah mereka terlalu rapat sehingga kerap-kali dia nampak mereka berdua lunch bersama. Sungguh dia rasa pelik. Takkanlah Amir saja nak berkahwin suka ria dengan Azriena.
Dato’ Azman menarik nafas. Dia perlu bertenang. “ Selama kau intip Amir dengan Azriena, diorang tu nampak macam couple ke?”
“Amir dengan Azriena Nampak mesra tapi saya rasa diorang tak couple. Kalau dengan perempuan lagi sorang,maybe betul kot Amir couple.” Bad teringat lagi, sejak dia mengintip pergerakan Amir, lelaki itu lebih kerap berada dengan seorang perempuan berambut ikal separas dada daripada bersama Azriena.
“Adelia?”
“Saya tak sure nama dia,tapi dia selalu ke company Amir.”
Dato’ Azman mengangguk-angguk. Memang sah Adelia. Dia yakin memang Amir dan Adelia ada something. Perasaan cinta dalam diam mungkin.Tiba-tiba Dato’ Azman mengukir senyum lebar. Matanya dihalakan ke arah Bad.
“Aku nak kau buat sesuatu….”
******
Adelia mengemas fail-failnya perlahan sambil mata memerhatikan Amir yang macam kejar masa nak keluar dari bilik meeting. Lelaki itu langsung tak memandangnya sepanjang meeting dengan wakil-wakil Intra-lina Contractor. Segala penerangnya tadi pun dipandang sepi oleh Amir. Kalau tak Amirlah yang akan bertepuk sekuat hati sambil mengerakkan bibir mengucap ‘good job,dear’ tanpa suara. Tapi hari ini bagaikan sepi sahaja. Dua tiga hari lepas pun Amir begini juga. Tapi kala itu Adelia ingatkan Amir bad mood sebab ada masalah dengan Intra-line Contractor. Sekarang, bila masalah dah selesai pun Amir still begini. Monyok tak tentu hala. Nak pandang pun tak nak, apatah lagi bercakap. Sekurang-kurangnya say something,man!. Bagi salam ke atau ucap hai ke. Agaknya ada diamond dalam mulut kot. Maklumlah diamondkan lagi berat dari emas dengan skala Mohs tertinggi iaitu 10. (http://en.wikipedia.org/wiki/Mohs_scale_of_mineral_hardness )
“Jom Delia,gi lunch dengan kitorang.” Faris mengajak. Dilihatnya wakil-wakil dari Intra-line juga sedang menunggunya di muka pintu bilik mensyuarat untuk makan tengahari bersama. Pandangan dihalakan lagi ke arah Amir yang sudah menghilang setelah bersalaman dengan wakil-wakil Intra-line.
“Err..Amir tak join sekali ke?”
Faris terkesima. Takkan dia nak cakap yang Amir tak nak lunch sekali sebab ada Adelia? Haishhh..memang parah betul dengan Amir ni. Kalau Amir tak buat keputusan nak kahwin dengan Azrienakan senang. Tak payah susah-susah nak elak dengan Adelia. Dan dia juga tak payah pening-pening nak kelentong gadis ini. “Errr…dia diet kot..hahhah.” Faris ketawa paksa.
Wajah Adelia berubah. Something fishy. Takkan badan dah sasa macam tu pun still nak diet. Bukan perut boroi pun. Silap haribulan bukan setakat six pack,eight pack,ten pack pun ada dekat badan si Mr. Amir tu. Nie mesti tak lain dan tak bukan, Amir nak mengelak dari dia. Tapi kenapa? Dia ada buat salah ke?
“Tak apa. Delia pun nak diet jugak.” Dia sengaja memerli. Yakin sangat yang Faris tahu mengenai perubahan sikap Amir. Kawan sejatilah katakan.
“Heheh…serius ke?”Faris sengeh.Macam terkantoi dengan Adelia aja.Haishhh..nasib kau la Amir,aku dah try kelentong untuk kau nie.
“Mestilah serius. Orang six pack pun diet takkan orang slim tak boleh diet?” Adelia senyum. Sempat juga dia angkat bakul.
Faris yang sengeh,tiba-tiba bertukar senyum tepi. Keningnya di angkat sebelah. “ Macamana boleh tahu Amir ada six pack nie?”
Adelia kelu.Wajah membahang. Panas!
“Oit buta ke?” Amir menahan marah. Lagi menyakitkan hati bila pemandu kereta Gen2 warna hitam itu hanya mengangkat tangan tanda mohon maaf sambil terus memecut pergi. Nasib baik dia sempat tarik tangan Adelia yang nak melintas tak pandang kiri-kanan betul-betul. “Bawak Gen2 macam bawak F1. Lalu jalan KL macam lalu litar sepang.Menyakitkan hati betul. Dah la..bla..bla..bla…” Amir terus membebel dan membebel.
Adelia yang melekap kemas pada tubuh Amir tersentak. Bukan sebab nyaris-nyari nak kena langgar tapi sebab pelukan Amir. Uishhh…Astagfirullahalazim.
“Err…Mr Amir?”Adelia panggil Amir perlahan.
“Kenapa?”Amir bertanYA. Macam orang blur.
“Bila agaknya you nak lepaskan I ya?”Adelia senyum paksa. Memang dia pun dah rasa malu sangat. Tak tahulah dah blushing atau belum wajahnya di bawah panas terik dekat depan Sunway Piramid ni?
Wajah Amir dah membahang.Merah.Nasib baik dia pakai Police sunglasses. Tak adalah nampak sangat muka dia yang berubah.Segera tangannya yang melingkar pinggang Adelia dilepaskan. “Err…sorry,sengaja.”
“Hahhh?”Adelia hampir menjerit. Sengaja?
“Ehh..tak I mean, tak sengaja.” Muka Amir bertambah merah.Aigoo..mulut,tolong beri kerjasama pada tuan anda ya.Dia sengeh menutup getar hati. First time dia rasa berdebar begitu sejak dilahirkan. Errr…over sangat ke ayat dia?
Adelia membetulkan blous hitam yang dipakainya. Dia simpan senyum malu. Macam ni rupanya wajah orang yang diserbu malu. Sebelum nie dia tertanya-tanya,betul ke nampak merah muka orang yang diserbu darah cebab malu seperti dalam novel. Rupa-rupanya,betul. Tambahan lagi kalau orang itu berkulit cerah,memang jelas Nampak pipinya yang ala-ala pakai blusher gitu.
“Hai..jauh berangan….. serius tak nak join ke nie?”Faris melayang-layangkan tangannya depan wajah Adelia.
Adelia tersentak. Dia tersengeh seraya menggeleng.Haishhh..macamana dia boleh teringatkan peristiwa dia ber ‘dating’ dengan Amir 2 minggu lepas.
“Okay,kitorang pergi dulu.”
*******
Tok..tok..tok.
Amir panggung kepala. Penelitiannya terhadap pelan lakaran yang terdapar di atas drawing board terganggu. Siapa pulak yang datang ganggu waktu lunch ni?Takkan Adelia. Ahhh…impossible!
“Come in.”Amir bersuara. Matanya dipakukan pada arah pintu. Dia terdiam. Adelia?Okay, now everything looks possible.
“ Busy ke?” Adelia menjenguk di sebalik pintu.,
Amir hanya mengangguk. Dup dap dup dap.Ahhh..sudah. Hati dia dah mula menari inang.Cepat-cepat dia kembali memandang pelan lakaran.
“Err..I ada buat salah ke?”Tanya Adelia straight to the point. Dia menapak masuk dan berdiri berhampiran Amir di depan drawing board.
Amir masih tekun menelaah pelan lakaran. “Tak ada.” Dia menjawab sepatah. Adelia please,leave me alone!Jeritnya dalam hati. Sejak akhir-akhir ini Adelia kerap bertanya soalan itu. Dia pulak buntu nak jawab apa. Kalau macam nie gayanya,macamana dia nak jauhkan diri dari Adelia?
“Kalau tak ada salah,kenapa you layan I macam nie?” Adelia bertegas. Asyik-asyik kata tak ada apa-apa. Tapi layan aku macam layan musuh. Tension betul.
“Entah.” Amir cuba untuk bersikap selamba.
“You nie…”Adelia bertambah geram. Jari jemarinya digenggam erat. Dia menarik nafas dalam.
Amir masaih begitu. Tenang walau hatinya bagaikan dilanda rebut. Drafting machine scale diambil dari atas meja dan dipasangkan ke atas drawing board. Mata Adelia yang mengekori setiap geraknya membuatkan dia rasa janggal.
“Kalau ada apa-apa yang tak puas hati,bagitaulah. Jangan buat diam aja lepas tu layan I macam layan musuh. Apa kes?” Adelia bersuara tak puas hati.
Tiba-tiba Amir menghentakkan tangannya ke drawing board. Perlu ke dia bertindak begini. Ya perlu! “Can you just…leave me alone!” Dia juga bersuara tegas. Matanya menentang mata Adelia yang memerah. Sungguh,dia tak nak buat semua ini dengan Adelia. Sungguh dia tak nak suara tinggi untuk pendengaran Adelia.Dia tak nak bermuka masam untuk pandangan Adelia. Tapi… dia terpaksa!
Lama Adelia terdiam. Tersayat hati bila kali pertama Amir meninggikan suara. Entah kenapa dia rasa sensitive sekarang. “Okay fine!” Dia cuba menguatkan hati dan segera berlalu pergi. Tanpa ditahan ada air mata yang menuruni pipinya. Panas dan pandangan kabur. Beg tangan segera diambil di atas meja kak Sarah. Kakinya laju dihalakan ke arah lif.
Amir terduduk. Dia maraup wajah. Terdengar keluhan berat dari bibirnya.
8 comments:
serius amir nk kawen dgn azriena?
ats dasar apa tu? mintak2 xjd kawen..huhu (terjahat lak)
kesian plak kat adelia..msti dato' azman ada plan something kat adelia..
[hawa]
npe amir wat adelia cam tuh,.,
ksian kat adelia.,.
cik writer cpt2 smbng ehh
hawa : atas dasar simpati mcm dh di trgkan dlm bab lepas2...
:)
ano : insyaallah..tgh brusha update cepat2 (even teramatttttt busssyyyyy ) spy readers xlri..hahha...
mcm nak dera hati i je ni....tak mo la amir tawen ngan azriena...
nak adelia ngan amir juga.
sweety : amir mm ska dera hti org len..hati cik writer pun dia dera gak..heheh..
ano:no worries,cik writer pun nak amir n adelia
Apa ne? :'( Kesian Adelia. Tak nak arr kawin dengan Azriena :'(
Bila nak update :D
Post a Comment