“Nak pergi ke?” Dia keliru. Dalam dilema
sebetulnya.
“Ke tak payah pergi?” Ditambah dengan rasa
bingung dan resah.
Akhirnya dia melangkah setapak dan berhenti.
“Tapi macamana nak cakap? Nak bagi intro apa?” Perlahan kakinya mengundur
ke belakang. “Tapi kalau tak cakap sekarang, nak tunggu bila lagi. Nanti Eima
dan mak balik dari pasar, kecoh pulak. Tak ada privasi…” Setelah berfikir
baik-buruknya, dia memberanikan diri. “Tapi…” Kakinya tiba-tiba menjadi kaku.
“Ahhhhh..apasal payah benor nak buat keputusan nie?!!!!” Dia tension. Tension
dengan otaknya yang tak pernah nak buat keputusan tetap. Semuanya dalam
persimpangan. Jadi terpaksalah hatinya berkerja keras memilih yang mana satu.
Cewahhhh..gaya macam nak pergi mengundi ya, kau Adelia.
“Buat ajalah. Apa yang susah benornya.”
Adelia terkaku. Suara itu membuatkan dia
cuak. Kuat sangat ke dia monolog tadi? Perlahan-lahan dia tersengeh memandang
wajah Amir yang duduk bersantai membaca majalah di tengah halaman rumah.
Dengan wajah selamba Amir menggamitnya ke
situ.
Lambat-lambat Adelia meenghampiri dan duduk
bertentangan suaminya.
Majalah ditangan ditutup dan diletakkan ke tepi.
“Ermm…nak cakap apa?” Amir bertanya.
Bummmm! Terus Adelia rasa nak pengsan. Memang
yakinlah yang dia monolog ramai-ramai. Bukan monolog sendirian. Kalau tak, tak
adalah si suaminya ini dengar.
“Err.. tak ada apa-apa.”
“Habis tu yang duk cakap sorang-sorang dekat
tepi tiang rumah tu, buat apa?”
“Err..hobi….”
“Hobi?” Amir kerut kening. Wajah isterinya
direnung pelik. Haishh..pandai pulak si Didi ni bermain kata-kata.
“A’ah..tak pernah tengok hobi orang yang
suka cakap sorang-sorang tepi tiang?”
Amir senyum tepi. Tangannya disilangkan ke dada. “ Pernah.”
“Haaa see..kan ada orang yang hobi
sama macam Didi.” Adelia berbangga. Selebihnya dia sekadar ingin menutup rasa
malu dek terkantoi tadi. “Awak jumpa dekat mana?” Sifat ingin tahunya
menggunung. Tak sangka pulak ada jugak manusia berhobi begini. Macam pelik aja
dengar. Serius ke ada? Dia pun tak ada
hobi sebegitu.
“Dekat rumah bernombor 234 Taman Selasih
Mewah.” Tanpa perasaan Amir bertutur laju. Riak muka usah cakaplah. Tak ada reaksi
langsung. Bak kata Najwa Latif, kosong.
Adelia diam mentafsir. Rumah bernombor 234 Taman Selasih Mewah?
Macam pernah dengar aja. Kalau tak salah macam alamat rumah yang dia selalu guna
kalau nak isi bermacam-macam borang. Adelia masih berfikir. Amir sudah tahan
ketawa sehinggalah akhirnya dia tak mampu lagi menampung rasa geli hati. “Haishhh..apalah
pahala dapat isteri macam pembaris ni, lurus betul.” Dia menggelengkan kepala. Dengan
senyuman yang masih bersisa, aktiviti membaca majalah Maskulin diteruskan tanpa
menghiraukan Adelia.
Adelia yang baru mengerti terus buat muka
monyok. Tak guna punya suami! “Eeei..mulut tak ada insurans ke? Suka hati aja
nak cakap macam tu. Dahlah malas nak layan!” Dia benggang. Jalan pun straight
aja dengan hentakan kaki yang agak kuat. Dah tak pandang kiri kanan. Rumah
bernombor 234 Taman Selasih Mewah konon. Itu rumah isteri youlah, Mr
Amir.
“So tak nak cakaplah nie?” Amir
memancing. Masih dengan sisa ketawa yang disorokkan disebalik majalah.
Langkah Adelia terhenti. Dengan pantas dia
berpaling. “Tak nak!” Haaa ambik kau. Sakit hati punya pasal, dosa bersuara
tinggi dengan suami pun diletakkan ke tepi. Haishhh…kenapalah perangai si
Adelia jadi begini?
“Betul tak nak cakap? Nanti dah tak ada chance
lagi. Baik grab chance nie sekarang. Nanti mak dan Eima balik, dah
terlepas….” Amir mula menggunakan umpan yang lebih ‘besar’.
Langkah Adelia terhenti lagi. Kalau tak cakap
sekarang bila lagi nak cakap? Dengan malas dan hati yang bengkak dia kembali
mendapatkan suaminya. Muka tetap masam. Malas nak senyum. Tambah-tambah lagi
duk tengok Amir yang susah payah tahan ketawa sampai naik merah wajahnya. Apa?
Lucu sangat ke? Bagi selipar karang baru tahu!
Amir senyum. Umpan mengena. “So…. my dear
wifey nie nak cakap apa tadi?” Amir memberi fokus kepada Adelia yang
bermuka tak puas hati. Majalah tadi terus ditutup rapat.
“Rahsiakan pernikahan kita!”
Amir tersedak. Ehhhh..tak minum air pun
boleh tersedak?
“Hahhhhh?” Dia masih tak percaya. Kot-kot
telinganya ada masalah pendengaran.
“Takkan tak faham kot?” Adelia bengang.
Dahlah hati tengah panas, si suami pulak buat muka blur mintak kiss.
Dahlah handsome. Ehhh..? Silap skrip ke Mrs Adelia?
“Tak.” Amir menggeleng. Dia kurang mengerti.
Apa sebenarnya yang isteri dia ini nak cakap. Takkanlah…
Adelia menarik nafas dalam. Wajah Amir
dipandang lama. “Kita rahsiakan pernikahan kita daripada orang yang tak tahu
lagi. Boleh tak?” Sepantas kilat Adelia bersuara lebih lembut. Sebagai taktik
untuk melembutkan hati Amir supaya bersetuju tanpa soalan yang berbunyi….. Why?
“Why?” Bannggggggggg. Terasa nak
tembak diri sendiri. Tak sangka Amir kebal dengan suara lembutnya ini.
“Err..sebab tak nak diorang tahulah.” Adelia
buat muka comel pulak.
“Ermm…okayyyy. Reason accepted.”
Wajahnya selamba
“Hahhh…?” Woww tahniah Adelia, anda memang pandai
mengutarakan sebab yang munasabah. Err..munasabah ke?
“Ermm..by the way, siapa orang yang
tak tahu lagi?” Once again, Amir
masih dengan keselambaannya yang dipertahankan supaya kepura-puraannya tidak
terbongkar. Padahal hati dah macam mercun buluh di malam raya.
Adelia mengeluh. Malas dah la nak buat muka
comel kalau Amir asyik dengan muka blurnya. “Yelah..manusia selain family
kita dan Julia la.”
Amir mengurut dagu. Dia berfikir sebentar. “Faris
and Khairul.” Amir menyambung tiba-tiba.
“Hahh?Diorang tahu ke?” Terkejut Adelia.
“Hello Mrs Adelia diorang tu housemate abang.
Mestilah tahu.”
Adelia diam. Habislah kalau dua orang lelaki
tu tahu. Nanti bocor satu company.
“Jangan risau diorang takkan pecahkan
rahsialah.” Amir memberi jaminan. Dia yakin Faris dan Khairul takkan berani
buat macam tu. Dia akan pastikan itu. “So…..reason please?” Amir
bertanya serius. Dia menyandar santai di kerusi batu itu. Wajah isterinya
direnung tajam. Tak dapat ditafsir maksud renungan itu oleh Adelia.
“Ehhh..reason apa lagi. Tadikan dah
bagitau?”
“Tadi tu reason untuk abang,
bukan untuk Julia, Faris and Khairul, Mrs Didi” Amir menegaskan.
Untuk family tak apa, dia boleh uruskan nanti.
“Ermm..kena ada reason untuk diorang
jugak ke?”
“Of course la. Didi ingat diorang
akan pakai bulat-bulat ke reason yang Didi bagi dekat abang tadi.
And..Didi ingat diaorang akan simpan rahsia nie ke kalau tak ada reason
yang kukuh yang boleh deal dengan diorang punya fikiran tu. Silap
haribulan pecah rahsia. abang tak nak tanggung nanti...”
“Ala.. tapi awak terima aja reason
tadi bulat-bulat.” Adelia tak puas hati. Dengan muka monyok dia menunduk dan
mula bermain-main dengan jari sendiri. Ada pulak dia kena fikirkan alasan baru
untuk tiga orang tu. Padahal alasan tadi Amir terima aja tanpa banyak kerenah.
Amir tersenyum. Comel saja gelagat Adelia
dimatanya. “Mrs Didi, you nak ke cari reason baru untuk abang
sekali lagi. Reason yang konkrit?” dia menyoal.
“Heheh..tak nak.”
“Okay, so sekarang fikir reason
untuk diorang.”
“Kenapa saya je kena fikir?”
“Sebab Didi aja yang nak rahsiakan
pernikahan nie.”
Adelia terdiam. Betul jugak. Aduhai susahnya
nak fikir. Ke nak guna alasan sebenar kenapa dia nak rahsiakan pernikahan
mereka yang drastik ini? Agak-agak malu tak nak cakap. Ahhhhh..hentam sudah.
“Errrr….”
“Dah ada reason ke?”Amir memotong.
Adelia angguk lambat-lambat.
“Wow..functioning jugak your brain,
ya?”
“Mr Amir!” Adelia sudah mencekak pinggang.
Amir ketawa. “Okay, okay, I bergurau
ajalah. Ehemm.” Dia membetulkan suaranya. “So reason please?” Amir
menunggu.
“Errr..” Haishh..malulah pulak.
“I’m waiting Didi.”
“Errr..well.”
Amir
buat kening double jerk. “Didi?”
“Err…saya takut orang lain fikir kita kahwin
express sebab, err sebab…”
Adoyai.. Adelia mengutuk diri sendiri dalam hati. Tadi dah elok-elok
susun ayat tiba stuck di tengah jalan.
“Sebab apa?”
“Errr..sebab terlanjur…”
“Haaa..apa Didi cakap?” Adelia pucat. Amir terus
cuak. Ohh..suara ibu mertuaku.
Lambat-lambat mereka berpaling. Mak dan Eima
dah tercegat depan pintu pagar dengan muka bengis. Ahhh…seram. Kalah Maya
Karin.
“Ehh..mak,
Eima.. Didi tengah mamai ni. Baru bangun tidur…hahah” Amir ketawa buat-buat
sambil terus mendapatkan mereka berdua. Adelia pula hanya kaku diduduknya.
“Haaa?” Mereka masih tidak percaya.
“Mak dengan Eima masuk rumah dulu erk. Nanti
Amir terangkan.” Amir memberi cadangan.
“Korang memang terlanjur?” Ibu mertuanya masih inginkan kepastian.
“Ehh..astagfirullah. Mana ada mak. Kalau
terlanjur dah lama Didi pregnant.” Amir berkata selamba. Adelia di belakang dah terbatuk bagai pesakit
kronik. Eeei..memang nak kena side kick betul la, Mr Amir nie.
“Ok, mak tunggu penerangan Amir dengan Didi berhubung
isu terlanjur tu ya.” Mak dan Eima nampak lega.
Amir senyum. Macam inspector polis pulak nak
ambik penerangan bagai.
“Okay..Mak dengan Eima masuk rumah dulu ye.
Amir nak settlekan hal dengan Didi kejap.” Ujar Amir seraya menghantar
Mak dan Eima ke dalam rumah bersama plastic bag yang berisi barangan basah.
Beberapa saat kemudian dia kembali kepada Adelia dengan mata yang merenung
tajam wajah gadis itu.
“Sorry..Tak sangka pulak mak
terdengar.” Awal-awal lagi Adelia sudah memohon maaf dengan sengehannya.
“Lain kali nak cakap tu pandang-pandang
dulu…So… apa reason yang Didi nak cakap?”
“Eh tadikan dah cakap.”
“Cakap apa?”
“Eeeii..kan saya cakap takut orang fikir
kita terlanjur.”
“Haaa terlanjur lagi? Eeeii Ya Allah anak
bertuah nie..”
Amir dah pecah ketawa. Itulah cakap macam pakai speaker.
Kan mak dah dengar.
“Ehh mak mak, bukanlah..adoi..”Adelia terus
mendapatkan maknya. “Mak masuk dalam dulu ye, jangan keluar-keluar erk. Nanti
kotorang masuk.”
“Habis tu air nie tak nak ke?”
“Tak apa nanti kitorang masuk minum dekat
dalam.”
“Ermm yelah..yelah.”
“Ingat mak , jangan keluar.”
“Yelah mak tahulah..Haishh apalah yang nak
dirahsianya, jangan betul-betul terlanjur sudah.”
“Terlanjur selepas nikah tak apa mak.” Amir
ketawa. Adelia geram. Terus di sikunya perut Amir keras.
“Sakitlah.” Amir menyeringai. Tajam betul
siku si Didi.
“Padan muka.”
“Apa?” Mak pandang pelik.
“Tak ada apa-apa mak.” Adelia tayang gigi.
Dia mendapatkan Amir setelah yakin maknya sudah menghilang ke dalam rumah.
“Bukan nak tolong. Tambah masalah adalah.”Adelia
merungut.
“Ehh..Didi yang mulakan dulu ya. Siapa suruh
cakap macam pakai speaker night club aja..”
“Eaaaa..macam selalu pergi clubbing aja
nie.” Adelia meneka rambang.
“Mana ada! Dalam tv kan banyak tunjuk night
club.”
Adelia mencebik. “Iyalah tu. So boleh pakai tak reason
tu?”
“Errmm well…”
“Boleh tak?”
“Okay..”
“Hah? Serius?”
“Iya.”
“Ok
kalau macam tu sign dekat sini.” Adelia mengeluarkan kertas bersaiz A4 dari
dalam kocek sweater pinknya dan diletakkan betul-betul di hadapan Amir.
Amir yang keliru memandang Adelia dan kertas
A4 tersebut silih berganti.
“Apa ni?”
“Surat perjanjian.”
“Mrs Adelia, kita bukan dalam cerita novel
tau?”
“Memang pun.”
“Habis tu surat perjanjian ni?”
“Eh..takkan surat perjanjian kena ada dalam
novel aja?”
Amir tenganga. Terus dia jadi tension sampaikan dihantuknya kepala ke meja
perlahan. “Arrgggghhh…kenapa dapat isteri macam nieeeeee? Why? Why?”
“La..apasal nie?” Adelia tahan ketawa.
Huh..baru Amir tahu. Siapa suruh kahwin dengan dia.
“Kenapa kena ada surat nie?” Tanya dia
dengan muka yang dibuat sedih.
“Heheh..kenalah ada sebab nanti awak langgar
perjanjian. Dah…. jangan banyak songeh. Awak bukannya putera yang teraniaya. Sign
sini cepat.” Arah Adelia seraya meletakkan pen di hadapan Amir.
Amir buat muka geram. Tapi ditandatangan
jugak surat itu tanpa dibaca. Benggang punya pasal sampai terlupa nak mendalami
isi-isi Surat Perjanjian Didi.
“Okay from now on, syarat yang paling awak kena ikut ialah
syarat nombor 1.”
“Hah?”
“Bacalah.”
“Menggunakan panggilan yang tidak mencurigai
pihak yang tidak mengetahui pernikahan kita?”
“A’ah.”
“Meaning?”
“ Awak kena panggil saya macam biasa dan
bahasakan diri awak jugak seperti sebelum kita bernikah.”
“Panggil apa?”
“Panggil saya Adelia la dan bahasakan I, you
macam yang awak selalu buat dulu.”
“Mana boleh!”
“Apasal pulak, awak dah sign.” Adelia
menunjukkan surat perjanjiannya.
Amir mencebik. Patutlah Adelia asyik duk
bahasakan saya, awak sejak subuh tadi. Sudah tak dengar lagi panggilan Didi,
abang dari mulut isterinya itu.
“Okay dah settle hal pertama. Hal
kedua pulak nanti awak yang terangkan dekat diorang kenapa kita nak merahsiakan
pernikahan ini ya.”
“Hah..apasal pulak?”
“Sebab nie….” Adelia sengeh sambil
menunjukkan syarat nombor 5 pada surat perjanjian di hadapan Amir.
“Blank aja?” Amir pandang Adelia.
Minta kepastian. Rasanya matanya masih elok untuk memastikan bahawa syarat
nombor 4 hanyalah tempat kosong yang ditinggalkan. Begitu juga dengan nombor 6 dan
sehinggalah nombor 10. Ke hanya orang
yang beriman aja yang nampak syarat nombor 5 hingga 10 nie?
“Memang blank pun.” Adelia senyum
simpul. Surat perjanjian ditarik menghampirinya. Pen di tangan Amir dirampas
perlahan. Sambil berfikir-fikir dia mencatit sesuatu.
“Tadaaaa…dah ada syarat nombor 5.”
Amir tak puas hati. Segera dia membaca
syarat yang baru muncul itu. “ Mr Amir dikehendaki menerangkan alasan untuk
merahsiakan pernikahan antara beliau dan Mrs Didi kepada ahli keluarga, Julia,
Faris dan Khairul. Sekiranya nama-nama yang disebutkan tadi meminta penjelasan,
Mr Amir haruslah bertindak secara rasional dengan sebab yang lebih kukuh tanpa
bantuan Mrs Didi.”
Adelia senyum. Amir buat muka masam. “It’s
not fair. Dahlah tulis syarat lepas I sign agreement. Lepas tu
semuanya hanya memihak You. So apa faedah yang I dapat?”
Adelia menggangguk puas hati. Puas hati
kenapa? Sebab Amir dah mengikut syarat 1. No more abang and Didi. Dia menarik
nafas panjang kemudiannya. “Relax Mr amir. Relax. Faedah yang awak bakal
dapat maybe awak tak nampak lagi.”
“Then bila I boleh NAMPAK faedah
untuk I tu?” Amir tekan intonasi suaranya. Geram betul dengan Mrs Didi nie.
Buat syarat semuanya untuk kebaikan dia saja. Nak bantah tak boleh sebab dah
tandatangan. Lagipun dia juga yang untung sekiranya pernikahan mereka
dirahsiakan. Plus, Mrs Didi ni isteri dia. Karang kalau bantah
habis-habisan lain pulak yang jadi. Silap haribulan, belum bersanding lagi, dia
dah dapat surat cerai. Tak ke menyesal sampai nak terjun pelamin?
“When the time comes.” Adelia
tersenyum penuh manis membalas wajah Amir yang mencuka. Dia kemudiannya berlalu
ke dalam rumah dengan surat perjanjian di tangan. Amir yang sedar terus
mengejar.
“When the times comes? When? Hundred years
more? Or Thousand….”
“Shhhhh. Nanti mak dengar.”
“Errr…”
“Shhhh..”
“But your cute fingers on my lips.”
Amir menguman dengan jari Adelia yang masih melekat pada bibir pinknya.
Adelia tersedar. Oh god. Sejak bila
dia berani buat tindakan gila sebegini.
“Err sorry. Tak sengaja.” Cepat-cepat
Adelia berlari ke dalam rumah. Mahu merah muka dia kalau lama-lama menatap anak
mata coklat yang mengancam itu. Dah la handsome. Opsss….dah dua kali dia
sebut perkataan handsome itu. Macamana nie?
“Iya ke tak sengaja? Ke itu one of your sexy tactic untuk goda I?” Amir
mengusik nakal.
“Tak sengajalah!” Adelia hampir menjerit.
Tension juga bila dia dikatakan hendak menggoda si suami. Tapi…memang menggoda
pun. Menggoda dengan tak sengaja. Okay tak?
“My
love, wait up.”
“Don’t you ‘my love’ me!”
“Ermm okay!.... My dear, tunggulah.
“Ahhhhhh!” Adelia stress. Di
tarik-tariknya rambut sendiri sambil kaki terus melangkah laju meninggalkan si
suami yang tak faham bahasa. Kalau macam inilah gayanya, macamana nak rahsiakan
pernikahan?
p/s: Finally dpt jgak post..Tq 2 lyn for the wifi... :)
3 comments:
i likeeeeeeeeeeeeeee!!!! che writer..u betul2 best lah!!!!!
bleh lh plak main rahsia2 soal nikah kawin neh...nape adelia?tk nyesal ker kalu ade lah minah2 gedik yg terover suker kat ur hubby...amir jejaka hot idaman wanita..jgn mase tuh nyesal adela...hehe comei lh perangai adelia neh..
niceeeeeee :)
Post a Comment