Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, March 4, 2013

Aku..Mahukan Cinta 26


Suara riang itu menggamitnya mendekati taman mini milik Datin Hannah. Kelihatan ibunya bersama Adelia tergelak-gelak dengan keletah Mickey si arnab putih yang dibela. Sesekali Datin Hannah menunjukkan cara menjinak Mickey. Tak susah cuma perlu mengusap-usap di bahagian tengkuknya sahaja. Macam kucingkan? Memang pun.
            Happy nampak?”  Dia menegur.
Serentak itu dua wanita di hadapannya berpaling. Adelia senyum sikit. Tak menjawab soalan Amir apabila dia tak pasti untuk siapa soalan itu ditujukan. Last-last dia hanya membiarkan soalan itu tanpa jawapan.
Datin Hannah pula hanya diam dengan pandangan hairannya. “Nak pergi mana nie?” Dia bertanya dengan mata yang memandang Amir dari atas bawah. Gaya macam mahu keluar bersiar-siar. Tapi seingatnya, semalam anak bongsunya ini cakap nak duduk rumah saja di hari minggu ini. Nak merehatkan diri bila semalam dia terpaksa ke ofis atas urusan pejabat yang tak dapat dielakkan sehinggakan anak lelakinya itu pulang dengan wajah lesu. Sungguh dia rasa pelik saat itu.
Amir merenung Adelia. Semalam dia ke ofis seorang diri. Tanpa Adelia. Walaupun kini Adelia sudah menjadi full time consultant di syarikat mereka, tetapi mereka berusaha supaya tak selalu nampak bersama demi menjaga rahsia dari staf-staf di Inline Architecture. Semalam juga dia menghubungi Puan Ainon. Memberitahu bahawa mereka ingin menginap di villa buat 2 atau 3 malam sebelum menghantar Adelia pulang. Syukur kerana Puan Ainon, Dato’ Ariff dan Datin Hannah sudah bersepakat membuat keputusan supaya Amir dan Adelia tidak tinggal sebumbung sebelum hari persandingan mereka tiba berkuatkuasa minggu depan. Bak kata orang-orang tua, tak nak seri pengantin mereka hilang. Mulanya memang Amir gembira sebab tak perlu dia susah payah meng’cover’ pernikahan mereka kepada orang sekeliling bila mereka tinggal sebumbung, tapi..ahhhhh rugilah pulak rasanya tak berada berdekatan isteri tersayang yang sudah sah baginya. Tetapi dia nak buat macamana? Demi rahsia pernikahan, terpaksalah dia setuju separuh hati, apatah lagi semalam Dato’ Azman muncul membawa masalah baru kepadanya.
“Nak keluar kejap, Mummy. Jom Didi.” 
“Hahh?” Adelia terkejut saat Amir menarik tangannya tanpa sempat untuk dia bersedia. Beg tangan pun dia tak sempat nak masuk ambil. Nasib baik juga pakaian dia baik-baik sahaja untuk keluar rumah.
“Nak pergi mana ni?” Setelah lama menyepi dalam CRV Amir, Adelia bersuara. Namun Amir hanya diam diri dengan reaksi muka yang kosong. Dahi Adelia sudah kerut seribu. Mogok ke ni? Tapi sebab apa? Rasanya macam tak ada motif untuk Amir mogok bisu.
“Okay. Dah sampai.” Akhirnya Amir bersuara. Dia menanggalkan tali pinggang keledar dan terus keluar.
Adelia memerhati dari dalam kereta. Mentafsir sesuatu. Amir nampak macam orang yang susah hati dan datang ke sini hanya untuk meleraikan gundahnya. Susah hati sebab apa? Sebab kahwin drastik dengan dia ke?
Tok..tok…Adelia terkejut. Amir dah berdiri sebelah kereta sambil mengetuk cermin kereta. Memberi isyarat menyuruhnya turun. Nampak sangat komunikasi antara mereka hari ini ditahap terendah. Amir pun jarang-jarang bersuara. Dia? Kalau Amir tak bersuara, dia lagilah mati akal.
“Buat apa datang sini?” Adelia menyoal serius. Berjam-jam dalam kereta, hanya untuk datang ke sini? Sudahlah ke mari sehelai sepinggang saja. Kad pengenalan pun dia tak bawa bersama. Paling dia geram dengan perangai Amir yang berubah tiba-tiba. Sejak lelaki itu balik ofis semalam, dingin saja sikapnya. Tak ada pun usikan-usikan romantik.
Amir yang sudah melangkah ke hadapan menoleh dengan senyuman yang hanya sedikit. “Saja. Nak ambik angin. Nak tenangkan diri.”
“Tenangkan diri? Ada masalah ke?” Adelia mula rasa bersalah. Tak baik dia mengutuk suami sendiri. Entah-entah lelaki ini punyai masalah di syarikat.
“Siapa?” Amir menyoal. Blur seketika sebelum dia melabuhkan duduknya di tepi pohon Ru.
“Awaklah.”
“Kenapa I pulak?”
“Dah tu, awak yang cakap nak tenangkan diri.”
“Tenangkan diri, tak bermaksud ada masalah. Cuma nak rehat-rehat sambil tengok alam  aja.”
“Tu nak beriadah. Bukan tenangkan diri.” Adelia geram. Nak beriadah aja rupanya. Ingatkan ada masalah dunia tadi. Tapi…kalau tak ada masalah, kenapa dia berperangai pelik.
“Bukan sama aja ke?”
“Lebih kurang sama tapi situasi tak sama.”
Tak sama ke? Amir mula berfikir logiknya kata-kata Adelia. Namun tiba-tiba dia rasa pelik. Apasal dia kena fikir soalan bahasa melayu ini? “Dahlah. Malas nak fikir. Balik nanti I tengok kamus DBP ya,” dia memutuskan. Matanya kembali pada ombak-ombak yang menghempas pantai. Bila sedar Adelia masih berdiri jauh darinya, terus dia gamit Adelia duduk bersebelahan.
“Nanti basah seluar.”
“Pasir ni tak basahlah. Lembab sikit aja.”
Adelia akur. Dia duduk memeluk lutut di sebelah Amir di atas pasir pantai Port Dickson. Turut merenung ke hadapan. Bunyi ombak ini memang mengasyikkan. Buat dia rasa seperti didodoi.
“Kenapa awak kahwin dengan saya ya?” Entah kenapa soalan itu meniti lancar di bibirnya.
Serentak Amir berpaling memerhatikan wajah Adelia yang tenang di sisi. Dia mengeluh perlahan. Jawapan apa yang ingin dia kasi? “Entah,” dia menjawab sepatah.
“Entah?” Adelia mengulang jawapan Amir. Suatu jawapan yang ternyata meleset dari apa yang dia fikir. Dia memandang suaminya itu lama. Meminta penjelasan atas jawapan ‘entah’ tadi. Namun Amir hanya senyum sekilas padanya sebelum lelaki itu sekali lagi hanyut dengan menungnya. Sedikit sebanyak Adelia rasa sedih. Sedih kerana Amir bagaikan terpaksa mengahwininya tanpa secubit pun rasa ikhlas menerima jodoh ini. Dan secara tiba-tiba dia rasa dirinya bodoh sangat. Bodoh kerana menerima pernikahan ini tanpa mendengar sebab yang kukuh dari Amir. Malah alasan kenapa Amir ingin menikahinya juga dia tak ambil peduli. Apa sebenarnya niat Amir? Betulkah Amir mengahwininya kerana rasa cinta? Atau Amir sengaja mahu main-mainkan perasaannya? Tapi…untuk apa?
“Saya tak tahu… nak fikir positif ke negatif?” Adelia bertanya perlahan. Lebih kepada persoalan untuk diri sendiri.
“Fikir apa yang hati you nak.” Amir membalas juga perlahan.
Pantas Adelia pandang Amir dengan pandangan penuh kemusykilan. Dia mula rasa bahawa dia tak kenal siapa Amir Isyraff b. Dato’ Ariff. Semalam lelaki ini penuh dengan gurauan. Kata-katanya menghiburkan walau kadang-kala suka menyakitkan hati. Tetapi pagi ini, dia nampak…. lain. Pasif dan hanya suka mendiamkan diri. Semalam pun Amir hanya mengikut apa yang dia cakap. Tak membantah langsung bila dia menyuruh Amir tidur di atas sofa. Selalunya mereka pasti akan berperang bantal terlebih dahulu. Bila sudah penat mengacu senjata bantal, akhir sekali kedua-duanya tumbang. Yang kalah atau menang akan tetap mendapat katil. Yang menjadi pertahanan di tengah-tengah pula hanyalah bantal peluk. Dan biasanya bantal peluk tersebut tiba-tiba saja ghaib bila pagi menjelma. Yang malunya mestilah Adelia, kerana tatkala dia bangun Amir dah tersenyum nakal. Entah waktu bila dia peluk Amir masa tidur pun dia tak pasti. Tetapi semalam dengan relanya Amir menjadikan sofa sebagai tempat tidurnya. Ahhh…pelik betul dengan perangai suaminya ini. Bad mood semacam. Benci!
“ Apa masalah awak nie? Kalau awak tak suka kahwin dengan saya bagitaulah terus-terang?”
“Eh, kenapa nie?”
“Awak tak nampak ke saya tengah marah?”
“Nampak.”
“Dah tu tanya lagi?”
“Memang la kena tanya. Dah you marah tiba-tiba.”
“Yang awak tu, tak bad mood tiba-tiba ke? Dari semalam bad mood. Tension tau tak!”
“Ehh..sepatutnya I yang tension, bukan you.”
“Apasal pulak?”
“Sebab I bad mood.”
“Owhh…” Adelia berfikir sejenak. Betul jugak tapi.. “Awak ingat orang yang tengok orang bad mood, tak tension ke!?”
“Tension..”
“Haa..see. Awak pun tahu orang lain akan rasa tension bila tengok awak bad mood. So..janganlah bad mood. Saya tak suka.” Adelia meminta perlahan. Selesai ayat dia hanya tunduk bermain main pasir dengan ranting kecil yang dipungut.
 Sorry.” Amir ucapkan kata itu bagaikan berbisik. Wajah Adelia dipandang lama. Sanggupkah dia libatkan Adelia dalam kes ini? Sanggupkah dia membiarkan wajah yang penuh innocent ini, tiba-tiba bertukar jadi ketakutan. Dan sanggupkah dia pertaruhkan nyawa gadis ini hanya kerana dia sudah mengahwininya. Amir mengeluh. Dia membuang pandang ke hadapan. Apa pilihan yang dia ada? Dia bertanya sendiri.

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥