Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, October 31, 2011

Jangan Cintai Aku 1


“Ehh…tu bukan kereta minah senget aka perempuan-paling-aku benci ke?”Langkahnya yang terjingkit,terhenti.Mata tersorot pada kereta Honda CRZ warna putih yang tersadai di kotak parking,yang sememangnya khas untuk orang berjawatan tinggi di tingkat bawah tanah banggunan setinggi 40 tingkat itu.
Lenggang-lenggok Azira yang berada di hadapannya turut terbantut.Pandangnya dihalakan sama pada arah mata Iman Izwani.
“Alah,bukan dia sorang pakai kereta vogue macam tu.”
“Tak lah.Aku yakin inilah kereta minah senget tu.Nombor plat dia aku dah hafal.Memang sebijik.”
“Ye ke?”Azira hairan.Sejak bila kawannya itu suka menghafal bagai.Nombor plat Myvi pinknya sendiri pun ingat-ingat lupa.Inikan pula nombor plat kereta orang lain.Hiashh…musykill.
“Iya,betul.Tapi aku pelik,buat apa dia parking kereta dekat sini.Siap dekat parking VIP lagi.Bukan dia kerja dekat hotel ke?”
“Entahlah.”Azira turut sama menjadi pelik.Dia turut curiga tentang apa yang dicurigai Iman Izwani.Tapi sekejap cuma bila tangannya menarik lengan Iman Izwani.Ingin segera  pulang kerana dia belum solat asar  dan ditambah lagi dengan badannya yang kepenatan. “Dahlah,jom balik.Kau tak penat ke berdiri lama dengan pakai tongkat bagai?”Tanya Azira.Dia yang sihat walafiat pun rasa penat walaupun bekerja di pejabat beraircond,inikan pula sahabat serumahnya yang patah kaki kanan.Tak rasa semput ke kehulu-kehilir dengan tongkat sentiasa di ketiaknya.Mahunya jadi kurus ketiak si Iman nanti,fikirnya.
“Kejab.sebelum balik aku nak bagi habuan untuk kereta cantik dia nie dulu.”Ujar Iman Izwani dengan pandangan serta senyuman sinis.
Azira yang terlihat sudah rasa tidak sedap hati.Bukan dia tak tahu bahawa senyuman itu mampu menggegarkan KLCC  dan pandangan mata yang mampu membunuh dari dalam.Wahh..hiperbolanya kau Azira.Ahh…abaikan.Yang penting,bukan boleh harap sangat dengan si Iman ini kalau tanduk syaitannya sudah mula tumbuh.Namun begitu dia tidak meghalang malah mengekori Iman Izwani mendekati kereta itu.Teringin  jugak dia usha ‘besi mewah’ ini dari dekat.
“Kau nak buat apa nie?”soalnya cuak apabila melihatkan Iman Izwani terkial-kial mengeluarkan kunci rumah mereka yang berada dalam simpanan beg tangan gadis itu.
Iman Izwani hanya tersenyum penuh makna.Tangannya yang memegang kunci mula didekatkan pada sisi kereta.
“Woi,kau nie biar betik.Takkan kau nak calarkan kereta  dia pulak.”Azira yang sudah dapat menangkap rancangan Iman Izwani ,segera memegang tangan gadis itu.Mahu menghalang perbuatan jahat kawan serumah serta sepejabat dengannya.
Hello !! Cuba kau bandingkan perbuatan dia yang menyebabkan aku jatuh tangga sampah patah kaki macam nie dengan perbuatan aku yang hanya nak mencalarkan kereta dia.Bukannya aku nak cederakan dia pun.”Ohh my..pandai pulak aku berkata-kata ya,fikir Iman Izwani.
 Azira melepaskan pegangannya pada lengan Iman Izwani.Bukan kerana dia mengalah dalam menghalang kerja jahat itu,tetapi dia kelu untuk membalas kata-kata Iman Izwani.Dia faham dengan perasaan kawannya itu.Sakit yang tertanggung sejak sebulan yang lalu akibat jatuh tangga gara-gara minah senget iaitu Iris mungkin masih dirasai Iman Izwani.Dia yakin itu setiap kali dia lihat dahi Iman Izwani yang berlapis-lapis bagai kek lapis Sarawak apabila kakinya mula mengorak langkah.Dia juga rasa sakit melihatkan situasi itu.Malah lagi sakit bila Iris langsung tidak mengucapkan kata-kata maaf.Mungkin di sebabkan itulah Iman Izwani jadi pendendam kini.
“Ehh..kejap.”halang Azira.
“Apa lagi kau nie,kan aku ….”
“Ada oranglah.Biarlah orang tu blah dulu.”potong Azira seraya melihatkan seorang lelaki berkemeja jalur biru gelap di hujung parking lot sana.
Iman Izwani terkejut.Rasa mahu saja dia patahkan kaki kirinya pula bila Azira seakan-akan menyokong kerja jahatnya.Kali pertama tu…
“Ok..orang tu dah tak ada.”
Iman Izwani menggangguk.Kunci rumah ditekankan pada bawah cermin sisi kereta mewah itu dan ditarik sehinggalah  ke hujung.Srekkkkkkkkkkkkkkkkk…ekkkkkkkkk…kkkkkkkkkkk.Dia memerhatikan calar yang dibuatnya.Ehh..tak cukup cantik lagi.Strekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....kkkkkk.Hah..barulah nampak seni gitu.Iman Izwani ketawa dalam hati.Dia rasa puas dengan senyuman yang tersungging di bibirnya.Dalam dia bersorak riang,terdengar suara keras seseorang.Kaku dia seketika.Ehh…pak guard ke?
What are doing?”

Pantas dua pasang mata  gadis menoleh ke belakang.Ke arah seorang lelaki berbaju kemeja jalur biru gelap lengkap dengan cermin mata hitam pelengkap gaya machonya.
Erk..lelaki yang dia nampak dekat parking lot sana tadi!!! Azira sudah kecut perut. Air liur ditelan kesat.Mesti lelaki itu sudah menangkap perbuatan mereka berdua.Mampus!
“Apasal?”Iman Izwani bertanya.Prinsipnya kini,berani biarpun salah.
Are you asking me apasal?”ujarnya dalam gaya tegas.Bukannya dia tak perasankan mereka berdua yang melakukan kerja jahat di sini tadi.Sengaja dia sorokkan diri tadi,mahu melihat apa yang ingin di lakukan oleh dua orang gadis ini.Dan ternyata dia tak menyangka gadis berbaju kurung dan bertongkat ini bertindak ‘mencederakan’ kereta dengan kunci di tangannya.
“Iyalah kitorang tak menyusah encik pun.Dan kitorang tak panggil encik ke sini pun.”
“Huhh…Seriously, you make me crazy.”
So what?”
Azira menyiku lengan Iman Izwani.Memberi amaran supaya dia tidak menaikkan marah si pemuda kacak di hadapan mereka ini.Tapi sia-sia saja bila mata Iman Izwani  membulat memandang lelaki itu.
 “So What?Helllllo,awak dengan tak bersalahnya dah calarkan kereta putih kat belakang awak tu?”
“Ikut suka hati sayalah nak calar kereta putih ke,kereta pink ke,kereta merah ke,kereta kelabu tahi anjing ke.Awak apa kesah.Bukan masalah awak pun.”nyaring Iman Izwani  membalas.
Lelaki itu sudah membuak-buak marahnya.Tak padan dengan bertongkat,fikirnya.
Azira sudah tak tahu mahu buat apa dengan situasi sekarang yang ala-ala babak novel yang selalu dia baca sahaja.Pertemuan yang dimulai dengan pertengaran yang kemudiannya di akhiri dengan percintaan.Begitu ceritanya nanti.Ermm entahlah.
“Masalahnya sekarang,wahai cik adik bertongkat,kereta putih yang ada di belakang awak yang awak dah calarkan sepanjang 1 setengah meter tu ialah kereta saya.Kereta S.A.Y.A.!”beritahunya lambat-lambat dan tegas.
Bummmmm!!!Terasa ada batu besar sudah menghempap kepala Iman Izwani.Dia sudah cuak.Terasa perutnya mula berpusing-pusing.Peluh sejuknya mula merembes.Kata-kata lelaki dihadapannya dianalisis lagi.Kereta saya?Kereta saya bermaksud kereta dia!Ohhhhh…tidakkkkk.
                Dengan muka pucat lesi,dia berbisik perlahan di tepi telinga Azira yang diam sejak tadi.”Tu bukan kereta minah senget tu ke?Apasal dah jadi kereta mamat hensem nie pulak?”
                “Mana aku tahu.Kau yang hafal nombor plat kereta tu.Bukan aku yang hafal.”
                ‘Hampeh punya Azira.’bisiknya dalam hati demi mendengarkan jawapan gadis itu.Bukannya mahu menenangkan hatinya yang tak keruan,tapi ditambah menjadi kacau bilau.
                “Err..serius ke tu kereta awak?”takut-takut Iman Izwani Iman bertanya.Terasa malu pula kerana tadi bermati-matian dia berperang mulut dengan lelaki ini.Tetapi sekarang dia seakan-akan menyerah diri minta dihukum pancung secepat mungkin.
                “Ehhh taklah.Ini kereta jiran atuk  sebelah laki mak saya merangkap sepupu saudara mak su saya!”katanya serius dalam unsur perli.Mahu saja dia memberi surat saman ataupun sekurang-kurangnya menghamburkan marah pada gadis berbaju kurung merah hati itu,namun disabarkannya apabila melihatkan keadaan gadis itu yang bertongkat.Kakinya melangkah menghampiri pintu sebelah pemandu.Terasa mahu melalak saja melihatkan calar panjang yang menghiasi sisi kereta kesayangannya.Sudah macam corak akar panjang yang melintang saja.
                “Err..saya mintak maaf,saya ingatkan tu kereta musuh saya.”ujar Iman berterus terang.Serius dia rasa amat bersalah.
Isyraff hanya menjeling tajam.Walaupun kata maaf itu kedengaran ikhlas,tetapi ia langsung tak membuka hatinya untuk memaafkan.Lalu dengan sebal di hati dia memecut keretanya pergi.Kalau dia jumpa lagi dua orang gadis,itu jagalah.Siap dia kerjakan.
           Iman Izwani dan Azira hanya memandang dengan perasaan bercampur aduk melihatkan kereta putih itu meluncur pergi.
“Wei,aku rasa bersalah gila.”ujar Iman Izwani perlahan.
“Itulah,aku dah halang tadi.Kan dah salah kereta.”katanya sambil berlalu menuju ke kereta MyVi pink milik Iman Izwani yang di pandunya.Kata duduk serumah,mestilah sekereta juga.Barulah tak sesak jalan raya.
“Alah,kau halang hangat-hangat tahi ayam aja.”Iman Izwani mengekor dengan langkah yang semakin perlahan.Sakit kakinya kini terasa lagi kerana tadi dia berdiri lama.Itulah,nak bertengkar punya pasal.
“Iya ke?”
“Iya la.”
“Ermm…nampaknya tak dapat la mu nak berlakikan dia.”
“Isk..kau nie,aku rasa bersalah aja bukan rasa nak kahwin dengan dia.”
“Ehh..bukan dulu kau nak kahwin dengan dia ke?”
“Dulu?”
“A’ah.Waktu first time kita jumpa dia dekat Kursus Kahwin di UKM.”Teringat kembali bahawa mereka pernah mengenggam segulung sijil kahwin sbelum menggenggam segulung ijazah.
Lama Iman Izwani berfikir.Mengimbas kembali zaman muda-mudi di UKM dulu.Cehh..muda-mudi?Sekarang pun muda lagi apa,bisiknya.
“Ehh..kejap.Itu mamat kursus kahwin tu ke?”
Azian hanya menggangguk.Tak sangka pula Iman Izwani tak kenal dengan lelaki yang terlalu gila dia minati semasa kali pertama bertentang mata dalam menjalani kursus kahwin dulu.Dia juga baru sahaja perasankan lelaki itu setelah dia memecut keretanya tadi.Sebiji cara dia memecut semasa habis kursus kahwin dulu apabila di kerja Iman Izwani.
"Oh my..He's more handsome,now..tapi sayang,still heartless."


 p/s:e-novel bru...tapi tjuk kat atas 2 sementara waktu aja..xtau nak bgi tajuk apa yg sesuai dgn e-novel nie...kalau ada sesapa nak bgi idea,silakan...heeee..TQ.

Tuesday, October 25, 2011

Andai Cinta Ini Milikku 10




“Cepatlah keluar.Ke awak nak saya seret awak?”Shay Azril mengugut sambil mengetuk cermin kereta bertinted gelap di bahagian penumpang.Matanya tajam memandang samar-samar wajah berpeluh milik Hanna yang masih duduk kaku di dalam keretanya.
          Hanna sudah cuak melihatkan wajah bosnya yang bertukar menjadi singa.Garang semacam.Tadi okay saja.Agaknya bosnya itu sudah tension kerana tidak berjaya memaksa dia keluar sampaikan ayat yang digunakannnya ialah seret.Huhh seret?Cakaplah dukung ke kendong ke.Barulah romantik sikit.Ini tak,seret!Spoil!
“Hanna!”Shay Azril menjerit kuat.Cermin kereta diketuk lagi bila tiada ura-ura Hanna akan keluar.
Hampir saja Shay Azril mahu menghantukkan kepalanya ke jalan raya apabila Hanna hanya menurunkan sedikit cermin kereta dengan senyuman kambing pada wajah yang tidak berdarah.
 “Errr…saya rasa,kaki saya dah okay nie,bos.Esok saya boleh pergi kerja dah nie,”Hanna mintak simpati.Poliklinik setia yang tersergam di seberang jalan sana dipandang dengan perut yang kecut.Takut benar dia.
“Alasan awak,saya tak terima!Dah,turun cepat.Nanti klinik tu tutup pulak.”
Hanna mencebik mendengarkan kata-kata bosnya.Tutup?Bukan Poliklinik Mesra ini buka 24 jam ke?
Shay Azril menghela nafas berat.Susah betul mahu handle si Hanna ini.Dia mencari idea terbaik.Lambat-lambat dia menekan On pada alarm keretanya.Cuba membuka pintu kereta di sebelah Hanna,tetapi berkunci.Dia membulatkan matanya.Nampak gaya macam Hanna memang sengaja ingin menguji kesabarannya bila dua tiga kali gadis itu mengunci kembali pintu apabila dia menekan On pada alarm kereta ditangannya.
Hanna tersengih takut.Rasanya dia sudah terlebih aksi.
“Hanna!!Baik awak keluar dari kereta sebelum saya naik angin.”Shay Azril mengugut lagi.Apalah yang ditakutkan sangat dengan doktor.Bukannya dia suruh berenang dengan jerung dalam Deep Bue Sea pun.
Hanna diam lagi.Berfikir-fikir alasan yang paling munasabah untuk tidak bertemu doktor.Namun belum pun otaknya ligat berputar,Shay Azril sudah laju menuju ke pintu kereta sebelah pemandu.
Hanna sudah membulatkan matanya.Tiba-tiba dia rasa bahawa dia lebih takutkan kelakuan Shay Azril sekarang berbanding doktor di poliklinik di seberang sana.Kelam-kabut Hanna menanggalkan tali pinggang keledar dan keluar dari kereta sebelum sempat Shay Azril membuka pintu kereta sebelah pemandu.Tadi kalau Shay Azril tekan ‘ON’ pada alarm kereta di tangan lelaki itu,cepat sahaja dia mengunci kembali dari dalam.Takut kalau bosnya menariknya keluar.Tapi sekarang dia terpaksa mengalah dengan bosnya yang sudah bermuka singa garang.Huh..terbang semangat!
“Ha!tahu pun nak keluar.Dah jom.”Shay Azril mendekati Hanna yang berdiri tegak disisi kereta.Lengan gadis itu yang dilapisi blouse berlengan panjang warna merah jambu ditarik melintasi jalan.Apabila terasa berat benar tubuh gadis itu mengikutinya,Shay Azril sekali lagi membulatkan matanya.Hanna pasrah.Ohh..doktor!
*******
“SEE,tak mati pun.”Shay Azril mengejek.Enjin kereta dihidupkan.
 “Memanglah tak mati.”
“Kalau tahu takkan mati, setakat jumpa doctor tu,apasal awak liat sangat tadi.Siap kena ugut baru nak mengalah.Keras kepala betul.”Shay Azril membebel lagi.Dia pun kurang pasti sejak bila dia jadi pembebel.Wajah Hanna yang kini sudah berdarah kembali dipandang sekilas.Bukan dia tak sedar tadi,muka Hanna yang bagaikan mayat hidup bila bertentang mata dengan doktor wanita separuh umur di Poliklinik Mesra.Tak berdarah langsung mukanya.Siap berpeluh lagi di dalam bilik ber air-cond.Padahal baik saja si doktor melayannya dengan senyuman manis.Hurm..memang Mesralah.
“Malaslah nak cakap dengan bos.”Hanna mencebik.Memanglah tak mati.Tapi separuh mati aku mengadap doktor tu.Dia tahu tak yang aku ni ada alahan dengan klinik,hospital,doktor,jururawat dan seangkatan dengannya.Hanna membentak dalam hati.
Shay Azril ketawa kuat.Dipandangnya wajah Hanna yang bagaikan merajuk.Hurm.. impressive.Pertama kali ada pekerjanya yang pandai dan berani  merajuk dengan bos sendiri.
“Ehh..kita buat apa dekat sini?”Tanya Hanna pelik melihatkan kereta yang dipandu Shay Azril berhenti di hadapan lobi hotel yang agak exclusive. Seorang pekerja hotel datang menghampiri dengan ucapan selamat malam dan senyuman yang manis.Kunci kereta di tangan Shay Azril bertukar kepada tangan pekerja tadi.Hanna yang lambat-lambat mahu keluar kereta sudah semakin berdebar.Dalam fikirannya kini semuanya tersenarai perkara negatif.
“Jogging.”
“Hah??”Hanna terkejut.Dia seakan percaya dengan jawapan bosnya itu.
Shay Azril mengelengkan kepala.Boleh pulak Hanna percaya kata-katanya.Takkanlah dia sudah tidak waras sehinggakan mahu  datang bersenam di restoran hotel 5 bintang?
“Kita datang dinner dekat sini.”
Terganga Hanna mendengar ayat bosnya.Huh..itulah orang kaya.Asal makan aja mesti restoran di hotel berbintang-bintang.Asal lapang saja mesti pergi shopping mall berderet-deret.Asal bercuti aja mesti pilih tempat bermusim empat.Dan banyak lagi asal lain yang orang kaya lakukan.
 “Jom.”Tangan Hanna ditariknya lagi memasuki lobi hotel menuju ke restoran yang berada di tingkat 5.
Hanna hanya akur walaupun dia rasa kurang senang mahu makan malam dalam gaya yang penuh adab terlebih sopan dan terlalu formal bagaikan mahu menjamu selera bersama pemimpim negara.Huh…nak makan saja pun.Tak perlulah formal bagai nak rak.
Are you mumbling?”Soal Shay Azril tiba-tiba.Bukan dia tak perasankan mulut Hanna yang terherot-herot tanpa suara.Mengutuk dialah tu.
“Ehh..mana a…”
“Well,well,well and well.”
Hanna tersentak demi mendengakan nada suara penuh keyakinan bersama dengan tepukan dua tiga kali yang membantutkan ayatnya.Begitu juga dengan Shay Azril yang turut terkejut.Pantas mata mereka berdua kaku pada sesusuk tubuh berusia awal 40-an yang berbalut pakaian mewah.Berdiri tegak lelaki itu dengan senyuman sinis yang jelas dipaparkan buat Shay Azril.Lambat-lambat Shay Azril melepaskan pegangan tangannya pada lengan Hanna.Matanya jelas menyabung tajam dengan pandangan lelaki di hadapan mereka.Hanna jadi pelik.Terasa kerdil dia dihimpit dengan dua lelaki yang tinggi dan berbadan sasa ini.Yang membezakan mereka hanyalah faktor umur.
“Tak sangka,kau pun macam lelaki lain jugak.Main kayu tiga!Dulu kau kata aku,tapi sekarang tengoklah siapa yang lagi teruk.Siap bawak perempuan masuk hotel.”Ujar lelaki yang tidak Hanna kenali itu, sinis.Penggunaan bahasa ‘kau’ dan ‘aku’ yang kasar,jelas mempamirkan bahawa Shay Azril dan lelaki ini tak sebulu.
“Dan aku jugak tak sangka yang kau nie bukan sahaja miang,malah pendek akal.Kau ingat orang datang hotel dengan perempuan semata-mata ingin masuk bilik ke?”Shay Azril bersuara keras.
Lelaki itu pula sudah berubah riak.Mungkin marah dengan kata-kata Shay Azril.
Hanna pula sudah terkesima.Pandangannya tajam dipakukan pada seraut wajah lelaki awal 40-an itu.Geram bila lelaki itu fikir yang bukan-bukan tentang dia dan juga bosnya.Hello..ingat kitorang tak ada kerja lain ke nak buat selain dari buat benda terkutuk tu?
“Suka hati kaulah nak kata apa.Tapi jangan salahkan aku kalau Surina dapat tahu pasal benda nie,”ujarnya lagi dengan senyuman paling sinis.Mungkin dia terasa puas setelah menghabiskan sebaris ayat ini.
Shay Azril mengetap giginya.Mahu sahaja dia memberi sebiji penumbuk buat lelaki tua yang sudah beredar itu,tapi disabarkan hatinya yang membuak marah.
“Jom balik!”arah Shay Azril garang.Laju sahaja langkah kakinya meninggalkan Hanna yang terkejar-kejar dari belakang.
*******
+DAH tidur ke?Sorry pasal tadi.Waktu tu saya memang tengah marah.Tak boleh nak control.
Mesej di hantar ke telefon bimbit Hanna.Selepas dia pulang ke rumah setelah menghantar Hanna,hatinya jadi tak keruan.Risau kalau-kalau Hanna ambil hati dengan sikapnya yang berubah dingin sehingga memaksa mereka pulang tanpa mengisi perut.Malah ditengkingnya Hanna di dalam kereta bila gadis itu membuka mulut hanya kerana ingin memberitahunya bahawa lampu isyarat sudah hijau tatkala dia termenung panjang.Kala itu memang seluruh inci hatinya di isi dengan amarah terhadap Datuk Junaidi.Dan malangnya ia dilempiaskan kepada Hanna.
Hanna terkejut apabila menerima mesej dari bosnya.Berfikir mahu membalasnya atau tidak kerana hatinya masih sakit dengan tengkingan Shay Azril tadi.Salah ke kalau dia cuma ingin mengingatkan lelaki itu bahawa lampu isyarat sudah hijau.
-Belum
Pendek dia membalas.Di sebelah sana Shay Azril sudah tersenyum.Pasti Hanna sedang merajuk kini,fikirnya.
+Merajuk ke?
-Siapalah saya nak merajuk dengan bos.
+Hahah..itulah tandanya awak merajuk.
-Mana ada!
+Erm..yelah tu..awak dah dinner ke?
-Dah.
+Dengan siapa?
-Sorang.
Tiba-tiba Shay Azril rasa bersalah.Kasihan Hanna.
+It’s okay.Esok kita dinner berdua okay.
Hanna mencebik.Nak pujuk akulah tu.Padahal aku tak merajuk pun,marah saja.Dan dia cuma ingin tahu siapa lelaki tadi dan siapa Surina yang diperkatakan.Tapi dia tiada upaya mahu bertanya.Takut!
-Malaslah.Nanti kena tengking lagi.
+Hanna..please.I’m so sorry.Saya janji lepas takkan jadi macam tadi lagi.
-Betul ke?
+Kalau nak tahu,kenalah dinner dengan saya esok.
Hanna tersenyum.Pandai saja bosnya menggunakan taktik baru untuk membuatkan dia bersetuju.

p/s:support me with ur supportive comments..heeee

Saturday, October 22, 2011

Please Don't Go-Bab 30++

Longlai saja kaki Ilya Darisya melangkah meninggalkan keretanya  yang dibiarkan tersadai di tepi jalan.Tidak sedar akan sepasang mata  sayu yang mengekorinya sejak tadi.
Kesedihan ditinggalkan orang yang disayangi membuatkan akalnya terasa bagaikan lumpuh.Dan yang paling menyedihkan suaminya,iaitu orang yang paling dia percayai sanggup menyembunyikan perkara ini daripada dia dan Ibu Erma.Entah macamana keadaan Ibu Erma sekarang.Sepatutnya dia menenangkan wanita tua itu.Tapi dia tak mampu,malah tindakannya lebih mendahului  akal.Sehinggakan dia sanggup memandu pergi meninggalkan hospital tanpa arah.Hasilnya kini dia terdampar di tepi jalan.Tak mampu lagi membawa hati dek tangannya yang lemah walau hanya untuk memegang stereng kereta.
Matanya yang sudah bengkak akibat menangis di tutupnya dengan cermin mata hitam .Beg tangannya dijinjing lemah.Mahu saja dia duduk di kaki lima jalan lengang ini dan menangis sepuas mungkin.Tetapi dia masih lagi waras untuk berbuat begitu.Rasa sebak yang menghimpit dadanya,dibiarkan.Namun sia-sia saja.Air matanya tetap mengalir laju mengenangkan kehilangan kali kedua.Dulu beginilah kesedihan yang dilaluinya tatkala mama dan abahnya meninggal dunia.Tapi waktu itu dia masih kecil untuk menangisi kehilangan.Yang dia tahu waktu itu ialah bertanya kemana mama dan abahnya pergi.
‘Rina…’bisiknya perlahan.Kepalanya ditundukkan menghadap kaki lima jalan.Namun kakinya masih melangkah.Entah  ke mana kaki itu akan membawanya pergi,dia ikut saja.
Ilya Darisya  cuba menenangkan dirinya.Rasanya dia tak patut meninggalkan Ibu Erma seorang diri terkontang-kanting di hospital meguruskan segala urusan jenazah Arina.Tetiba sahaja dia merasakan ada semangat yang bagaikan baru munculkan diri dalam hatinya.Dia harus kuat.Ya, kuat untuk Ibu Erma.
Namun,sesaat cuma semangat itu datang sebelum dia menekup mukanya kejap.Air matanya semakin mencurah turun.Berkali-kali  dia menggelengkan kepala.
“Aku tak….kuat.Rina….tolonglah..tolong…jangan pergi!!!!”Ilya Darisya mengongoi kuat.Sungguh,dia tak kuat untuk dugaan ini walau puas dia mendidik hati supaya jadi lebih tenang.
Dalam dia sedih begitu tiba-tiba saja beg tangannya direntap kuat sehinggakan Ilya Darisya jatuh.Pandanganya terpaku pada dua orang lelaki yang menaiki motosikal yang sudah jauh kehadapan bersama beg tangannya.Dia ingin menjerit meminta tolong.Tapi kerongkongnya bagaikan tersekat kini.Akhirnya Ilya Darisya hanya berteleku disitu sambil menangis teresak-esak.Perumpamaan sudah jatuh ditimpa tangga bagaikan kena dengan situasinya sekarang.
Lama Ilya Darisya menangis di situ sehinggalah ada seseorang yang menyuakan beg tangannya.Ilya Darisya tersentak lantas kepalanya di dongakkan ke atas.Walau sedikit kabur dek air mata,tapi dia yakin lelaki itu ialah Tengku Izzul.Ilya Darisya mengesat air matanya lalu menyambut beg tangannya.Dia bangun dibantu Tengku Izzul.Dia benci  Tengku Izzul sebab merahsiakan hal ini.Tapi entah kenapa dia tak ada mood untuk marah suaminya itu sekarang.
“Jom..kita pergi hospital ya.Jumpa Ibu Erma.”ujar  Tengku Izzul perlahan sambil mengusap kepala Ilya Darisya lembut.Dia turut sedih dan rasa bersalah apatah lagi melihatkan keadaan isterinya sekarang.Namun dia harus kuat untuk menenangkan wanita ini.
Ilya Darisya pandang Tengku Izzul sambil akalnya ligat memikirkan bagaimana Tengku Izzul berjaya mendapatkan kembali beg tangannya.Namun bibirnya bagaikan kaku untuk bertanya.Cuma matanya saja yang membalas pandangan mata Tengku Izzul lembut.Lama-lama pandangan matanya kabur dek air mata yang kembali gugur dan hatinya yang kembali sebak.Nasib baik juga ada cermin mata hitam yang dipakainya.
Tengku Izzul yang sudah menjangkakan situasi ini terus menarik isterinya kedalam dakapan.Mengusap-usap belakang wanita kesayangannya ini agar Ilya Darisya menjadi lebih tenang.
Lama mereka berkeadaan begitu .Sunyi tanpa sebarang bicara.Hanya kedengaran tangisan Ilya yang menjadi irama syahdu.Tak lama kemudian Ilya Darisya cuba merengangkan pelukan suaminya.Mengesat air matanya perlahan dengan ditonton oleh Tengku Izzul.Ilya Darisya menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan menghembusnya.
“Jom kita pergi jumpa Ibu Erma.”ajak Ilya Darisya sambil mendahului Tengku Izzul.
“Kita naik kereta abang ya?kereta Ilya nanti abang suruh Farouk tolong ambilkan.” Tengku Izzul memberi cadangan.Ilya Darisya hanya mengangguk lemah sambil kakinya dihalakan ke arah BMW X5 milik Izzul.Sedikit pun dia  tidak dipandang muka suaminya. Tengku Izzul pasti,Ilya masih marahkannya.Dia redha.Mungkin Ilya Darisya perlukan masa untuk berkeadaan seperti sediakala.
Lama Ilya Darisya dan Tengku Izzul berdiam dalam kereta.Hanya kedengaran celoteh FBI dan Fafau di corong radio.Sesekali Tengku Izzul menoleh kearah isterinya yang bersandar lesu sambil mata wanita itu kaku memadang ke luar tingkap.
Dia mahu bersuara memujuk Ilya Darisya.Tapi dia tak pasti apa yang ingin dikatakannya.Lalu hanya keluhan berat saja yang terlontar dari bibirnya.
Ilya Darisya yang tersentak dengan keluhan Tengku Izzul terus menoleh  kearah suaminya itu.Sepatutnya dia yang mengeluh bukan suaminya.Namun Ilya Darisya cepat-cepat beristigfar.Mengeluh bukan jalan penyelesaian dan amat tak disukai Allah.Jadi apa gunanya kita mengeluh?
Ilya Darisya kembali memakukan pandangannya ke luar tingkap.Mampukah dia mengiklaskan hatinya kini mengaggungkan dan melayan suaminya seperti dulu?Seperti sebelum semuanya ini terjadi? Ya,Ilya Darisya tahu,situasi dulu dan sekarang sudah berubah.Dulu tiada apa pun perkara yang membuatkan dia benci dengan Tengku Izzul.Tapi tidak sekarang.Penyakit Arina yang dirahsia oleh suaminya ini membuatkan Ilya Darisya hilang percaya padanya.Kematian Arina pula mencuri sedikit cinta dia untuk lelaki ini.Betulkah?Betulkah begitu Ilya?Betulkah kau sudah benci dengan suamimu sendiri?Betulkah cinta kau sudah berkurangan buat lelaki ini?Ilya Darisya  mengeleng perlahan.Ya,dia mengaku bahawa dia tak mampu untuk membenci  suaminya ini.Perasaan sayang dan cintanya terlalu kuat buat lelaki bernama Tengku Izzul.Namun perasaan marahnya buat Tengku Izzul masih belum berkurangan.


Ilya Darisya mendahului Tengku Izzul bagi mendapatkan Ibu Erma yang berteleku di kerusi panjang di hospital itu.Ibu Erma dipeluknya erat.Teresak-esak dia dibahu tua itu.
Tengku Izzul yang memerhati terasa bertambah bersalah.Lagi-lagi melihat wajah lesu Ibu Erma.Agak-agaknya semua keadaan akan berubahkah kalau dia berterus-terang sejak awal lagi berkenaan penyakit Arina?Ahh..takkan mungkin dia boleh putarkan masa,hanya kerana dia menyesali perbuatan lalu.Mungkin semua ini ada hikmahnya.Lagipun dia perlu hormati keputusan Arina dulu.
“Ibu tak sangka yang Rina mewarisi penyakit arwah ayahnya.”Ujar Ibu Erma perlahan.Ilya Darisya merenggangkan pelukan.Wajah Ibu Erma dipandang penuh persoalan.Begitu juga dengan Tengku Izzul.Dia tak sangka,rupa-rupanya penyakit Arina diwarisi oleh ayahnya.
“Maksud Ibu,ayah Hassan pun meninggal disebabkan penyakit nie?”Tanya Ilya Darisya perlahan-lahan bila Ibu Erma hanya diam.Takut juga kalau-kalau dia semakin menambahkan kesedihan Ibu Erma.Ilya Darisya mengeluh perlahan,apabila wanita tua itu mengangguk.Izzul terdiam,sungguh dia tak menyangka bahawa keluarga Arina ada sejarah dengan penyakit barah otak ini.Terasa dia gagal dalam menjadi doktor yang prihatin dengan pesakitnya.
Ilya Darisya memeluk kejap Ibu Erma.Dia menangis perlahan di bahu itu.Baru kini dia tahu bahawa ibu angkatnya itu kehilangan orang tersayang disebabkan satu penyakit yang sama.
“Ilya,jangan macam nie sayang.Kita redhakan pemergian Rina ya.Biar Rina tenang dekat sana.”Sebak kedengaran suara Ibu Erma.Air mata dipipi Ilya Darisya dikesatnya lembut.Kini dia hanya punyai Ilya Darisya saja di dunia ini.Arina hanya tinggal kenangan terindah buatnya yang bergelar Ibu.

P/S: INI ADALAH BAB YG SDAH DI LANGKAU..HEHEH..MAAFLAH SEMUA,TETIBA IDEA UNTUK WAT PART SEDIH DTAG,2 YANG TERWUJUDNYA BAB INI...BAB PART HONEYMOON ILYA N IZZUL AKAN MENJELANG NANTI.iNSYALLAH JIKA DIBRI KSMPATAN MASA....TQ ALL.. ^_^

Tuesday, October 4, 2011

Please Don't Go-Bab 30

Tengku Izzul mengeratkan gengaman tangannya apabila terasa jari-jemari kecil itu mulai sejuk dan mengigil.Dia tersenyum lembut.Sekilas wajah disisinya yang disolek cantik direnung.
“Relaklah,dear.Everything will be smoothly smooth,okay.”ujarnya lebih kepada berbisik.Dia tersenyum lagi.
“Abang cakap senanglah.Risya dah macam nak pitam nie.”Ilya Darisya berterus terang-terang.Memang majlis formal yang dihadiri tetamu yang kebanyakkannya tidak dia kenali,membuatkan rasa berdebar dan cepat naik anginnya datang.Malah mendengar kata-kata suaminya itu tadi pun buat dia rasa  tidak puas hati.Rasanya kalau sesiapa sahaja yang bercakap-cakap dengannya pasti akan dibalas tengkingan dikala ini. Semakin berdebar sahaja dadanya melihatkan betapa ramai yang menghadiri majlis resepsi mereka tatkala dia dan Tengku Izzul menghampiri karpet merah.Malah kebanyakkan tetamu nampak begitu anggun dan kacak dengan pemakaian yang boleh dikatakan glamour.Mesti semuanya berjawatan tinggi dan berada,fikirnya.
“Dear,anggap saja macam kita tengah main kahwin-kahwin,kan senang.”pujuk Tengku Izzul lagi lebih kepada mengusik.
Ilya Darisya mencebik di dalam hati.Nak mencebik betul-betul,tak boleh sebab dia dan Tengku Izzul kini menjadi perhatian dan bualan ramai.
“Risya dah tak nak cakap,takut tersungkur nanti.”Beritahu Ilya Darisya,matanya kembali difokuskan ke hadapan dengan senyuman menggigil.Berhati-hati dia berjalan di atas karpet lembut  dengan kasut bertumit setinggi 4 inci.Huh..ingat artis aja yang boleh jalan atas karpet merah dengan kasut berganda-ganda tingginya?Dia pun bolehlah.Ilya Darisya mengomel.Genggaman pada tangan Tengku Izzul dieratkan.Menarik nafas perlahan dan dihembukannya juga perlahan.Cuba menghalau perasaan berdebarnya sambil terus berjalan mendekati pelamin indah di hadapan sana dengan diiringi 5 orang ‘dayang’ dan 5 ‘hulubalang’.Dan salah seorang yang diiktiraf menjadi dayangnya ialah Arina.Gadis itu nampak sungguh yakin berjalan dan dengan semangatnya menaburkan kelopak bunga ros merah.Senyumannya juga langsung tidak meninggal bibirnya.Nampak yakin.Ahh..memanglah yakin kerana dia bukan watak utama dalam majlis besar ini.Kalau Arina berada di tempat Ilya Darisya,pasti dia juga terketar lutut.
Sesekali Ilya Darisya mencuri pandang kearah Tengku Izzul disebelahnya yang masih menguntum senyum buat tetamu.Kacak dengan sut lengkap berwarna putih sama warna dengan gaun meleretnya.Melihatkan wajah bersih itu, dia rasa bersalah pula kerana meninggikan suaranya pada Tengku Izzul sebentar tadi.Tak apalah nanti dah habis majlis aku minta maaflah,bisiknya menyedapkan hati.
Berada di atas pelamin dengan kerusi besar berwarna merah membuatkan Ilya Darisya sedikit tenang.Malah alunan music sentimental mendamaikan degupan jantung yang tidak keruan tadi.Dia gembira dengan riak para tetamu yang berbisik-bisik sambil tersenyum-senyum.Agaknya mereka juga mengatakan dia dan Tengku Izzul serasi bersama dan padan bergandingan.Ahh..benarkah fikirannya ini?.
Tengku Izzul mula berdiri.Tanggannya dihulur kepada si isteri.Ilya Darisya menyambut perlahan.Senyuman penuh ikhlas khas buat suaminya diberikan tanpa lokek.Seiringan mereka menuruni pentas pelamin dan menuju ke hadapan pentas.Tempat untuk sesi memotong kek yang bertingkat 5.Tinggi?Ya, memang tinggi dirasakan kek itu.Lagi tinggi daripada ketinggian Tengku Izzul.Kek yang berwarna putih dengan hiasan merah itu semakin membuatkan ia tampak eksklusif dengan rekaannya yang unik.Tengku Izzul mengambil pedang yang dihias dengan reben merah yang dihulurkan oleh salah seorang ‘hulubalangnya’.Genggaman tangan Ilya Darisya yang sudah terletak pada hulu pedang itu,digenggamnya erat.Mereka mula memotong kek pada tingkat yang paling bawah.Suara gemuruh tepukan tetamu bergema di setiap penjuru dewan besar ini.Apatah lagi saat Tengku Izzul menyuapkan kek ke mulut Ilya Darisya dan diikuti ciuman di pipi isterinya.Selepas ini ada makan beradap pula.
“AHH..penatnya.”Ilya Darisya berkata perlahan,tatkala dia dan Tengku Izzul berada di bilik persalinan hotel mewah itu.Nasib baik juga majlis mereka sudah selesai dengan lancarnya pada pukul 10.30 malam.
“Alolo..ciannya isterinya abang nie.Nak abang urutkan?”soal Tengku Izzul.Kot luar yang menyarung pada tubunya ditanggalkan.Serta-merta tangannya mengambil alih untuk mengurut perlahan tengkuk isterinya yang masih bertudung tanpa menunggu jawapan dari Ilya Darisya.
“Dah okay sikit.”kata Ilya Darisya bila dia sudah rasa selesa.
“Sure?”
“Yup.”
“okay,jom pergi hantar family kita balik.”
Pergi hantar family kita balik?Ayat Tengku Izzul bermain-main difikirannya.Ahh..mungkin sahaja Tengku Izzul tersalah cakap.
“Tak nak salin pakaian lain dulu ke?”
Tengku Izzul hanya tersenyum sebagai jawapan kepada Ilya Darisya.Jari-jemari isterinya ditarik keluar dari dari bilik persalinan dan menghala ke lobi utama.Kelam-kabut Ilya Darisya mencapai telefon bimbitnya.Sampai sahaja di lobi,kelihatansemua kaum kerabat Tengku Izzul sudah menunggu sambil berbual-bual.Begitu juga dengan Ibu Erma dan Arina yang nampak mesra dengan keluarga baru Ilya Darisya.
“Okay,bolehlah kita balik.Pengantin baru dah keluar tu.”ujar Tengku Sarah sepupu Tengku Izzul dengan senyuman mengusik.Tak padan dengan dirinya yang berbadan dua,ada hati nak mengusik orang.
“Itulah pasal,kita kena balik awal nie,takut ganggu masa pengantin baru nak berasmaradana pulak.”sampuk sepupu lelakinya pula.Tengku Izzul ketawa sambil mengangkat ibu jarinya.Ilya Darisya yang pening memikirkan kata-kata sepupu suaminya itu berasa pelik,tetapi malu tetap ada apabila mendengar bicara mereka.Pelik kerana bukankah mereka akan balik bersama-sama,Cuma kenderaan sahaja yang berbeza.
“Jom kita balik,Izz jangan ganas-ganas sangat ye?”kata Tengku Ismail,adik bongsu abahnya.Keluarga yang lain ketawa riang.Ilya Darisya yang faham akan maksud pak usu suaminya rasa macam mahu terjun kolam saja.Malu betul!
“Ilya,kau ingat tau petua malam pertama yang aku bagitau dekat kau tu.”Arina tersenyih tatkala dia membisikkan sebaris ayat itu.Beg Tanggan Ilya Darisya yang berada dalam jagaannya dari mula majlis diserahkan kembali.Ilya Darisya sudah membeliakkan matanya.Geram dengan kata usikan Arina.Sempat tangannya mencubit pinggang Arina.
“Err..kita tak nak balik ke abang?”soal Ilya Darisya.Hairan bila Tengku Izzul hanya melambai ahli keluarga tanpa mengikut mereka balik sekali.
“Buat apa kita nak balik?Kan first night kita kat hotel nie?”Tengku Izzul mengenyitkan matanya.
“Hah?”Ilya Darisya terlopong.Air liur ditelan.Kesat.Tangannya ditarik perlahan mengikuti langkah suami.
“Pergi mana?”soal Ilya Darisya berdebar.Rasanya pasti Tengku Izzul juga perasankan tangannya yang mulai sejuk.
“Bilik.”jawab Tengku Izzul sepatah.
Sampai sahaja depan pintu bilik bernombor D342,Tengku Izzul berhenti.Tangannya menyeluk kocek seluar.Mengeluarkan satu kad berwarna emas.Ilya Darisya pandang hairan.Entah bila agaknya suaminya itu mengambil kad kunci bilik hotel mewah ini.Dan yang paling pelik,sejak bila Tengku Izzul merancang semua ini?
“Jom,masuk.”Sekali agi Tengku Izzul menarik lembut tangan isterinya yang berwajah penuh kehairanan.Dia tersenyum.
“Err..nie….”Ilya Darisya bersuara takut-takut.
“Our honeymoon suite,dear.”ujarnya separuh berbisik.Ilya Darisya sudah ketar lutut.Owhh..Ibu Erma,tolong….!
“Abang nak mandi dulu,kalau sayang nak rehat,rehatlah dulu……..Ke sayang nak mandi sama-sama dengan abang?”Tengku Izzul bersuara menggoda.
Ilya Darisya sudah membeliakkan matanya.Terkejut tetapi malu pun ada sebenarnya.
Tengku Izzul melepaskan tawa.”Baru ajak mandi sama ,dah cuak.Kalau ajak buat benda yang lagi extreme,macamanalah reaksi Risya ye.”Dia mencuit hidung Iya Darisya yang dirasakan comel.Tersenyum dengan wajah isterinya yang malu-malu.Kemudia dia dengan selamba beransur ke bilik mandi.
Ilya Darisya menarik senyum.Anak matanya mengekori langkah Tengku Izzul yang memasuki bilik mereka.Mungkin suaminya itu mahu menggunakan bilik air di dalam bilik tidur.Terkapai-kapai dia memerhatikan suasana ruang tamu itu seorang diri.Tak adil betul rasanya bila Tengku Izzul langsung tak menunjukkan seluruh ruang dalam honeymoon suite itu.Nampak gayanya dia kena terokainya sendiri.Huhh..tak romantic langsung Tengku Izzul.Tak seperti dua minggu lepas.Jangan katakan romantic,segala moyang romantic pun ada.Cuma malam pertama saja belum berjalan lagi.
Sekeliling bilik yang dikatakan honeymoon suite itu diteliti Ilya Darisya.Luas.Siap dengan ruang tamu berkonsepkan bali.Kakinya diaturkan ke arah bilik yang dimasuki Tengku Izzul tadi.Tombol pintu dipulas perlahan.Manalah tahu kalau-kalau suaminya itu sudah habis mandi dan sedang memakai pakaian.Ahh..haru kalau dia ternampak keseksian Tengku Izzul nanti.Namun fikirannya meleset apabila pintu bilik air  masih tertutup dengan bunyi pancuran air.Tetapi yang mengejutkannya ialah bauan ros  menyegar  yang menusuk rongga hidungnya.Pantas,laju sahaja kakinya memasuki ruang kamar.Teruja dengan lilin-lilin warna merah jambu yang dinyalakan di setiap sudut bilik.Malah disisi katil yang ditaburi kelopak bunga ros merah juga terdapat dua batang lilin.Lampu utama yang tidak dipasang membuatkan suasana bilik jadi agak gelap dan romantik.Dia tersenyum.Cuba menikmati bauan yang menenangkan hatinya.
“Hah!Buat apa tu?”
“Owh mak kau wangi.Abang!Tekejut Risya.”Ilya Darisya buat muka marah.Ingin menutup rasa malu sebenarnya kerana dia melatah tadi.Tengku Izzul yang sudah siap mandi dengan hanya memakai jubah mandi ketawa kuat.
“Comellah sayang melatah.Dah lama abang tak dengar.”
Ilya Darisya tersenyum.Ada pulak dikatakan comel.
“Sayang pergilah mandi,lepas tu kita solat isyak sama-sama ya,abang tunggu dekat bilik solat sebelah bilik kita nie.”
“Okay…Err…tapi Risya tak bawak telekung.Err..baju salin pun Risya tak ada.”
“Tak payahlah pakai apa-apa.”Kata Tengku Izzul selamba.
Mendengar saranan itu,Ilya Darisya membulatkan matanya.Tengku Izzul ketawa lagi.
“Dalam almari tu ada semuanya.”
ILYA DARISYA mundar mandir didalam bilik air dengan hanya berkemban.Runsing dan malu mahu keluar hanya dengan memakai tuala sahaja.Maklumlah sejak mereka bergelar suami isteri,belumpernah lagi dia berkemban depan suaminya itu.Rasa malunya masih ada.Menyesal pula kerana tadi sebelum masuk ke bilik air dia hanya mengambil tuala yang berbentuk swan di atas katil.Langsung terlupa mahu menjengah almari mencari pakaian yang diperkatakan Tengku Izzul.Setelah agak lama berfikir,akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar juga.Rsanya mala mini segala rahsianya akan menjadi milik Tengku Izzul.Dia tersenyum.Berusaha membuang semua rasa malu.Karana tugas isteri adalah melayan dan melengkapkan semua kehendak suami.Ilya Darisya menarik nafas perlahan.Pintu bilik air di buka sedikit.Memerhati sekeliling bilik,tetapi pelik bila suaminya tiada.Agaknya dia sudah menunggu di bilik solat.
Dengan bahagianya Ilya Darisya keluar.Segera menghampiri almari.Namun saat pintu almari terbuka,hampir terjojol mata bila disaji pemandangan di hadapan.Gaun malam labuh berwarna hitam yang dipenuhi dengan labuci warna perak didada membuatkan dia mahu pengsan.Cantik sungguh.Tetapi takkanlah baju ini yang dimaksudkan suaminya,fikirnya.Segera dia menyelongkar almari.Mencari-cari pakaian lain,namun tiada.Gaun malam tadi dipandang lagi.Nampaknya memang Tengku Izzul mahukan dia memakai gaun ini.Dengan pantas Ilya Darisya menyarungnya.Memang muat dengan badannya yang ramping.Sedikit bedak disapu buat menyegarkan wajah.Telekung yang tergantung di pakai terus.Bilik solat ditujuinya.
“ABANG masuk bilik dulu ya.And make sure Risya pakai baju dalam almari tu.”pesan Tengku Izzul yang segak memakai baju melayu warna ungu.Ilya Darisya terkelu.Waduh,malunya mahu menunjukkan dirinya yang memakai gaun itu kepada suaminya.Sudah seksi habis baju ini.
Setelah Tengku Izzul berlalu,Ilya Darisya menanggalkan telekungnya lalu disangkut pada palang yang tersedia.Dirinya diperhatikan sekali lagi di meja solek yang ada di bilk solat.Pelik juga bila terdapat segala jenis barang make up didalam bilik solat.Namun entah kenapa,laju sahaja dia bersolek untuk menampakkan keserian wajahnya.Rambutnya yang panjang didandan rapi.Perlahan-lahan dia menuju ke bilik tidur mereka di honeymoon suite itu.Lama dia berdiri dihadapan pintu sebelum ia dibuka lambat-lambat.Saat matanya dihalakan di hadapan,dia terkaku.Terpesona dengan kekacakkan suaminya yang sudah lengkap memakai sut berwarna hitam.Ditanggan suaminya terdapat satu kotak kecil.
Tengku Izzul menghampiri isterinya dengan senyuman.Ilya Darisya yang kaku,rasa mahu pengsan sahaja bila Tengku Izzul tiba-tiba sahaja melutut dihadapan.Rasa terharu dan mahu menangis bila Tengku Izzul menyarungkan cincin emas putih dijari manisnya.
“Thank you for being my wife,sweetheart.”ucap Tengku Izzul lembut sambil mencium jemari isterinya.Ilya Darisya rasa sungguh terharu sehinggakan dia menangis gembira.
Tengku Izzul bangun.Pantas jari telunjuknya menyeka air mata si isteri.
“Janganlah menangis.Abang rasa sengsara tau tengok air mata sayang…Nah giliran sayang pulak.”Ujar tengku Izzul sambil menyuakan kotak cincin tadi.Ilya Darisya tersenyum.Satu lagi cincin yang serupa dengan cincin yang dipakaikan oleh suaminya tadi diambil dari dalam kotak.Lalu disarungkan pula ke jari manis suaminya.Terasa hangat kucupan Tengku Izzul didahinya.
“Jom kita makan.”Tengku Izzul menarik tanggan isterinya.
Ilya Darisya yang baru perasan kewujudan meja bulat kecil bersama dengan pelbagai makanan dan sebatang lilin ditengahnya,terkejut lagi.
“Abang selalu buat surprise tau.Sejak bila semua ni muncul.”Tengku Izzul menarik kerusi untuk diduki isterinya,kemudian dia mengambil tempat bertentangan Ilya Darisya.
“Waktu kita solat tadi.”beritahu Tengku Izzul lembut sambil merenung isterinya.Ilya Darisya yang persaankan sepasang mata romantic tersebut,mula rasa gelabah.
“Err…kenapa semua makanan serba satu aja?”Akhirnya soalan yang ditanya buat mengurangkan debar dihati.Tengku Izzul tergelak.Ilya Darisya menarik muka masam.Buat-buat merajuk kerana dia yakin suaminya itu mentertawakan kegelabahannya yang nyata.
“Alololo,my sweetheart honey lemon.Janganlah merajuk.”Tengku Izzul cuba memujuk.Jemari Ilya Dariya di atas meja diraih ke dalam genggamannya.
“Serba satu supaya both of us can share it.Remember,sharing is loving,right dear.”sambung Tengku Izzul.
Ilya Darisya tersenyum.Sharing is loving.Haha..pandai-pandai saja suaminya ini.Dan selepas itu mereka mula berbual mesra sambil suap menyuap.Tengku Izzul menyuap Ilya Darisya dan Ilya Darisya menyuap Tengku Izzul.Malah air juga dikongsi dalam gelas yang sama.Kata Tengku Izzul,Insyallah rasa bahagia dalam rumah tangga meraka akan berkekalan kalau mengikut sunnah Rasulullah dalam mengeratkan hubungan meraka suami isteri.Ilya Darisya mengangguk setuju.Jemari Tengku Izzul yang menggengam tangganya dibalas erat.Saat itu dia mula menanam impian untuk menbahagiakan suaminya ke akhir hayat.

p/s:yg dijanjikan..jeng,jeng...enjoy reading.. 


♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥