Adelia cuak. Lambat-lambat dia berpaling. Amir yang berdiri di sebelahnya
sudah buat muka pelik memandang perempuan dihadapannya tanpa berkelip. Adelia
dah naik geram. Hilang segala perasaan gementar. Perempuan yang tadinya menegur
dia macam nak cari gaduh, kini sedang senyum menggoda memandang suaminya.
Ehh..hello isteri dia dekat sebelah ni! Perasan tak!?
“Hey, sweetheart. Apasal tadi tak datang
majlis I?” tanya Amir seraya memeluk perempuan yang boleh dikatakan cantik
juga. Apatah lagi dengan pemakaiannya yang nampak sungguh err..ayu? Ayulah
jugak dengan kebaya ketat. Macam tak cukup kain!
Mata Adelia terus membulat saat perempuan
itu tanpa segan silunya mencium pipi Amir kiri dan kanan. Terus terkaku Adelia.
Hatinya tercalar melihat suaminya yang masih lagi berpakaian akad nikah mereka bermesra
dengan perempuan lain di depannya. Sungguh dia tak sangka Amir curang,
betul-betul dihadapan mata. Dasar playboy! Tak ada selindung-selindung.
Malah perbualan mereka yang mesra tanpa menghiraukannya yang berdiri bagaikan
patung cendana mengguris perasaannya. Terasa mahu menangis, tapi dia simpan
saja air matanya. Terasa mahu menghambur geram pada Amir, tapi rasanya tak
manis berbuat begitu dihadapan rumah mertua. Terasa mahu saja dia menarik
rambut perang perempuan tak sedar diri itu, tapi dia tahu itu bukan cirri-ciri
wanita bermaruah.
Tapi entah kenapa prinsipnya sudah ke laut
dan ke gunung bagai bila Amir langsung tak pandang dia. Tangan Amir yang masih
mengenggam erat jemari halus perempuan membuatkan dirinya tak dapat dikawal
lagi. Terus dia menjerit.
“You nie memamg teruk Amir! I hate you! I
hate you !” Adelia menghamburkan marahnya yang tak tertanggung dengan linangan
air mata. Amir yang tersentak tak sempat mempertahankan diri bila Adelia
memukul-mukulnya menggunakan handbag. Bagai dirasuk, Adelia bertindak tanpa
menghiraukan family Amir yang sudah ternganga di depan pintu menyaksi drama
pasangan baru nikah ini.
Amir masih lagi berusaha menenangkan
amarah isterinya. “Didi calm down.Hey please…”tangannya meraih lengan Adelia
tetapi cepat saja Adelia menepis. Nampaknya senjata Adelia terlalu berkuasa.
Handbag yang sudah beberapa kali menghentak kepala membuatkan dia hanya mampu mempertahan
diri tanpa berbuat apa-apa.
“Hey Didi!” Amir sudah cuak. Dia mengejar
Adelia yang sudah berlari melepasi
pintu pagar. Tanpa sempat ditahan Adelia
terus menaiki sebuah teksi yang kebetulan lalu.
Amir terkaku. Bukan kebiasaan bila teksi
melalui kawasan perumahan mewah ini. Hanya teksi tertentu sahaja yang boleh
masuk kesini. Dia jadi pelik. Tiba-tiba hatinya berdetak hebat. Cepat sahaja
dia meloloskan diri kedalam kereta.
“Chayok!”Perempuan tadi yang dipanggil
Farhana sudah tersenyum memberi semangat. Amir hanya senyum sikit. Perasaan
risau akan isterinya lebih menguasai diri.
Lama dia berpusing di sekitar kawasan perumahannya, namum kelibat
teksi merah putih itu sudah tak kelihatan. Satu sahaja optionnya kini.
Rumah Adelia!
******
“Tengok mak, Didi dah cakap tak nak
kahwin dengan dia….baru aja Didi…Didi jadi isteri dia..dia dah main kayu tiga, depan
Didi,mak. Depan Didi dia bermesra dengan perempuan lain.” Adelia sudah
teresak-esak. Telefon bimbitnya digenggam erat. Dia perlu meluahkan rasa
gundahnya kepada ibunya. Pemandu teksi yang tak tahu hujung pangkal hanya
menggarukan kepalanya.
“Didi, Didi salah faham kot, sayang.”
“Mak! Apa yang salah fahamnya. Depan mata
Didi kot dia curang.”
“Didi sayang, kadang-kadang mata boleh
menipu tau.”
Adelia diam. Dia ingatkan ibunya berada
dipihaknya, tapi nampaknya ibunya lagi percayakan menantu hantu itu!
“Didi, cuba Didi tanya Amir betul-betul
dulu.”
“Malas nak cakap dengan dia. Malas nak
cakap dengan mak jugak. Mak lagi sayangkan menantu hantu mak tu daripada Didi!”
Adelia bersuara tegas. Ibunya hanya ketawa.Didi, Didi tak matang lagi rupanya
anakku ini.
Sampai sahaja dirumah, Adelia dengan mata dan hidung yang merah
disambut oleh ibunya. Erma entah kemana menghilangnya. Langkahnya longlai saja
menuju ke pintu.
“Didi…”
“Tak nak cakap dengan mak..”
Puan Kalsom ketawa lagi. Adelia tengah
merajuk dengan dia dan juga Amir.
Adelia terus masuk ke biliknya. Badannya
dihempaskan ke katil. Wajahnya ditekupkan dengan bantal. Dia menangis
semahunya. Sungguh, dia baru sahaja nak menyemai rumah tangganya dengan
kasih-sayang dan keikhlasan. Menerima suaminya, kerana dia yakin Amir memang
jodohnya. Memekarkan kembali cinta yang pernah dia semai buat lelaki itu. Tapi
nampaknya semuanya sia-sia. Amir jadi playboy macam dulu, di depan matanya!
“Didi…” Puan Kalsom memanggil lembut.
Kepala anaknya yang masih berbalut tudung dan veil diusapnya perlahan.
Terdengar sedu sedan Adelia membuatkan dia juga turut rasa sebak. Dah hampir 20
tahun dia tak dengar Adelia menangis. sejak kali terakhir iaitu semasa
kematian suaminya dulu. Waktu itu.
Adelia cakap yang dia akan jadi kuat untuk mak dan Erma. Sungguh Puan Kalsom
akui itu. Adelia terlalu kuat. Kuat dengan menyembunyikan sedih hanya untuk
kegembiraan orang lain. Dan hari ini dia terdengar suara ini menangis hiba
kerana seorang lelaki yang baru dinikahinya. Tapi dari anak mata Amir dia yakin
lelaki itu mampu menjadi suami yang terbaik buat Adelia. Bukan kerana dia
menyebelahi Amir, tapi…entahlah. Mungkin dia yakin dengan Amir. Dan harapnya
Amir takkan hancurkan keyakinan dia, atau tak mungkin Amir akan menyesal nanti.
“Didi…”
“Didi benci dia, mak.”Perlahan saja suara
Adelia. Wajahnya masih bertutup bantal. Malu pada ibunya kerana akhirnya dia
menangis kerana seorang lelaki.
“Tak baik cakap macam tu. Mana tahu
kot-kot itu salah faham aja.” Puan Kalsom cuba memancing.
Adelia hanya diam. Katil bergerak
sedikit. Mungkin mak mendekati dia agaknya. Terasa kepalanya diusap perlahan.
Tangan mak ke nie? Kenapa rasa lain? Ahh..tak kesahlah.
“Kalau salah faham kenapa dia tak cari
dan terangkan semuanya pada Didi? Dia tak hiraukan Didi pun.” Setelah lama
menyepi, Adelia meluahkan rasa tidak puas hatinya. Geram bila Amir langsung tak
berusaha menjernihkan benda yang keruh. So, maksudnya perkara yang dia fikir tu
betullah.
“Siapa cakap abang tak hiraukan sayang? “
Mendengar saja suara itu, terus Adelia mengangkat
bantal yang menutupi wajahnya yang basah dek air mata. Terkejut saat melihatkan
Amir yang santai berbaring mengiring mengadapnya di atas katil. Bersahaja lagak
lelaki itu dengan tangan yang ditongkatkan ke kepalanya. Senyumannya..aduhai
manis daripada madu.
Dengan drastik adelia terus bangun dari
baring dan duduk sedikit jauh dari Amir. Amir pula hanya ketawa dengan gelagat
Adelia. Kelam-kabut habis isterinya ini.
Tadi bukan mak ke yang duduk sebelah dia
atas katil ?Dia bertanya sendiri dalam hati
Amir yang masih berbaring, segera faham
dengan mimik muka Adelia yang berkerut. “Mak dah bagi greenlight dekat
abang suruh masuk bilik ni.”
Adelia buat muka tak puas hati. Sesenang
aja masuk bilik dia tak bagi salam. Dah tu tutup pintu pulak tu. Haishhh…nie
mesti mak punya kerja. Nak bagi menantu kesayangan dia peluang kedualah tu.
“Sesuka hati aja masuk bilik I.”
“Bilik kita,sayang. Remember, Didi
dah kahwin dengan abang. So apa saja milik Didi akan jadi milik abang dan apa
saja milik abang akan jadi hak Didi. Faham,dear?” Amir bersuara lembut.
Penuh romantik. Buat Adelia telan liur dengan jantung yang tak stabil. Tambahan
lagi dalam bilik ini hanya mereka berdua. Dah halal pulak tu. Oh my….Adelia
mengeleng-gelengkan kepala dengan mata tertutup. Tak nak dah fikir benda
pelik-pelik!
Amir mengerutkan dahi. Hairan dengan
sikap Adelia. “ Tadi bukan dah bahasakan Didi, abang ke?Kenapa tukar balik jadi
I, you?”
“I tengah marahlah!”Adelia membentak.
Amir bangun dan duduk berhadapan Adelia
di atas katil. “Owhh…so my sweetpie nie tengah marahlah ye?”Amir sengaja
mengundang bala. Dah tahu,tanya lagi.
Adelia sudah menjerit geram. Nak saja dia
smackdown Amir. Tapi terhenti saat matanya terpandangkan dahi Amir yang
luka segaris. Amir yang perasan terus buat muka sedih sambil memegang lukanya
yang tak sebeberapa. Alah, sekadar luka 1 inci, apalah sangat bagi dia yang
setiap minggu pergi gim. Petik jari aja dah hilang sakit. Owhhh…sungguh riak ya
kau, Amir.
“Hadiah dari isteri abang.” Amir berkata
perlahan. Nak meraih simpati Adelia sebenarnya.
“Err…macamana?”Adelia bertanya perlahan
jugak.
“Masa isteri kesayangan abang belasah
abang dengan handbag dia. Maybe terkena zip handbag kot.”
Adelia terdiam. Dia buat Amir terluka? Huhu..serius
dia tak bermaksud begitu. Lantas, cepat saja jari-jemarinya menyentuh luka di
dahi si suami. Tapi sekejap cuma bila dia sedar dia dah terlanjur menyentuh
Amir..Ahhhhhhhh. Habis hancur sketsa marahnya tadi. Tapi nak buat
macamana,tangannya terlalu cepat bertindak dari akal. Lagipun, dia rasa
bersalah dengan Amir. I’m sorry, Didi don’t mean to hurt you. Sayangnya
ayat itu hanya bergema dalam hati. Tak mampu dia nak ungkapkan. Kerana
apa?Ego?Mungkin. atau kerana dia takut Amir sakiti dia nanti bila dia mula
menyerah cinta buat lelaki itu?Mungkin jugak.
“Kejap, Didi ambikkan plaster luka.” Adelia terus
bangun. Tangannya mencapai kotak first aid di dalam laci meja solek.
Amir kembali berbaring. Dia
tersenyum sambil mengadap siling. “Didi?Didi dah bahasakan diri Didi sebagai Didi,
so maksudnya Didi dah okay kan?” Amir bagaikan berkata pada diri
sendiri. Matanya semakin layu. Penat sebenaranya mengejar, mencari dengan hati
yang penuh kerisauan buat si isteri. Tapi rasanya Didi belum terpujuk 100%
selagi dia tak tahu siapa Farhana sebenarnya. Tapi perlu ke dia berterus-terang
buat masa sekarang. Ke nak teruskan sketsa?
p/s: heppy reading smua.. :D
jgan lupa tinggalkan komen, nnt boleh perbaiki penulisan sya..hehe
luv all :D
13 comments:
siapa sebenarnya Farhana..... Amir ni suka sgt berteka-teki... kesian Didi.....
hahaha. comel!! nak tengok gaya amir pujuk didi cm ne. hehehe
wah ad sketsa lagi ke amir nie..didi cepat ye sejuk ye.. sapa farhana 2
baru terjumpa blog ni. best
aida: 2 la psla..cian didi..
hana: hehe..amira nie playboy..so hrap2 bleh la dia pujuk didi
sis nzlyna'im: hrp2 didi cpat sejuk hati dgn suami dia..hehe
sim: tq dear...slalu la kemari..hehe
sweet couple....cik writer cari sorg somi utk sweety cam amir ni...hahaha
sweety: mcmne nie, cik writer pun xde calon...mcmne nak cri kt sweety...hahah..sng2 kta rembat aja amir nie dri didi...hoho
novel nie ade jual kat luar x? huhu
NAK KASI TAU PADA CIK WRITER...KITE SUKE SGTTTTTTTTTT NUKILAN CIK WRITER...SEMUA PUN LIKE..SO CIK WRITER HARUS TAU KITE2 NI RINDU N3 DARI CIK WRITER..MIS U...TP..TP KALO CIK WRITER BZ..WE UNDERSTAND..SOB SOB SOB
oh adik, leh tlg email alamat ngn no phone tak kat pestacerpen@gmail.com akak nak pos adiah nih...hehhhe
dari: warna kaseh
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya! terimakasih ...
e'in : Heee..xde jual lgi..
sweety: heheh..tq sweety..luv u...nnt sya try post new n3..agak buzy sbb praktikal...
Cinta: tq akak..nnt sya send..sorry lmbat..hehh
Post a Comment