Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, June 27, 2011

Andai Cinta Ini Millikku-Prolog

“Ingat!Aku tak nak sesiapa pun tau pasal hubungan kita,especially  orang dekat office.Once aku dengar ada orang yang sebut-sebut pasal kita,kau tahu la nasib kau nanti.”Keras saja suara lelaki itu memberi amaran.Pandangannya pula usah dikatalah,lagi tajam rasanya dari pedang samurai.Panggilan kata ganti nama juga sudah bertukar.Dengan muka sebal ,dia bergerakkan  kearah katil yang berhias kemas.Lantas badan sasanya dilandingkan ditengah-tengah katil ,dengan kata lain secara melintang.Haabis katil bersaiz Queen itu dikuasainya seorang.

“Siapa sebenarnya saya pada bos,sekarang nie?”sayu kedengaran suara Hanna bertanya.Hampir sudah hilang sifat happy go luckynya selama ini.Yang paling menyesakkan dadanya bila bosnya sendiri seakan-akan sudah membenci dan hilang kepercayaan terhadapnya.Ternyata Hanna tersalah perkiraan apabila nadanya  yang sedikit  perlahan juga masih mampu membuatkan Shay Azril  kembali menegak dari pembaringan.Muka bosnya itu yang masih mencuka bertambah kelat tatkala mendengar suara Hanna.Ahh..habislah dia kali ini.

Hanna sudah berasa cuak.Kepalanya yang tertunduk dianggkat sedikit demi melihat wajah lelaki yang semestinya sedang baran kini.Terasa longlai kakinya,melihat sepasang mata itu.Menyesal pula dia bersuara tadi.Sudah elok lelaki itu ingin tidur,dia pula mengganggu dengan soalan bodoh.Tapi sekurang-kurangnya dia perlu tahu status dirinya yang sebenar.Walaupun dia yakin,jawapan lelaki ini pasti akan meremuk redamkan hatinya yang sudah terhiris dek  perlakuan Ibunya yang terang-terang turut menyalahkannya.Tahukah Ibunya,bahawa dia juga tidak ingin semua ini berlaku.Sumpah,bukan dia yang merangcang semua ini!

“Siapa kau pada aku?Aku rasa kau tahukan jawapannnya.Cuma kau aja yang tak sedar diri.”Shay Azril cuba memperlahankan ton suaranya.Kalau ikutkan akalnya,dia mahu seisi rumah ini tahu betapa dia menunjukkan rasa marah.Tapi hatinya melarang.'Drama' ini perlu dilakonkan dengan berhati-hati.Jangan sampai semua terbongkar  berikutan aksinya yang terlebih daripada yang sepatutnya.Namun dengan muka yang bagaikan singa ganas,dia yakin lakoanannya akan berjaya.Barangkali 'drama' yang hanya dibintangi dirinya sendiri ini boleh berada di carta tertinggi.

“Sudah!Jangan kacau aku nak tidur dengan soalan bodoh kau tu.”
Hanna hanya memandang tatkala katil miliknya sudah dikuasai Shay Azril.Dia tahu Shay  Azril takkan benarnya mereka tidur sekatil.Dan untuk pengetahuan semua,kalau bosnya itu tak sudi,dia lagi tak ingin.Cuma yang paling dia tak puas hati kenapa sesenang saja lelaki itu mengambil katilnya.Sepatutnya dia yang berada di situ sekarang.

‘Bos memang kejam,kejam,kejammmm!’hanya itu yang mampu dia lakukan.Meluahkan segala ketidakpuasan hanya didalam hati.Mahu menangis tapi matanya sudah penat mengeluarkan air mata.Malah tiada siapa yang simpati.Agaknya kalau dia menangis air mata darah sekalipun,belum tentu ada yang menghulurkan tangan meringankan tekanan perasaannya.Maklumlah diakan dicop sebagai pihak yang bersalah.Pihak yang menganiaya.

Penat berdiri,Hanna duduk diatas lantai marmar  yang pasti menjadi ‘katil’nya pada malam ini.Matanya memerhati sekeliling bilik yang nampak kemas walau tidak seindah dari yang sepatutnya.Perlahan-lahan pandangannya jatuh pada sekujur tubuh lena yang kerap menukar posisi tidurnya.Agaknya dia tidak selesa tidur diatas katil milik Hanna iaitu musuhnya yang terbaru.

Seraut wajah bosnya itu diperhatikan penuh asyik.Memang kacak sehinggakan dulu dia pernah menaruh perasaan pada lelaki berkaliber itu,tapi kini dia sedar,dia bukan siapa-siapa untuk terus menaruh perasaan pada lelaki yang jauh  lebih tinggi keturunannya berbanding dia.Walaupun hidup Hanna sekeluarga tidaklah semiskin mana,tapi masih belum tertanding dengan kekayaan keluarga Shay Azril.Bak kata orang,bagai enggang dengan pipit,bagai langgit denggan bumi dan bagai Shay Azril dengan Hanna.Ahh..memang jauh berbeza antara mereka.

Hanna berdiri mendekati almari bajunya.Sebiji bantal dan sehelai selimut diambilnya.Nampak gayanya malam ini dia tidur berlapikkan lantai sejuk.Nasib baik jugalah kipas angin dibiliknya tidak selaju mana.

Hanna mengeluh perlahan,entah bagaimana agaknya,nasib dirinya selepas ini.Adakah masih ceria dan bahagia seperti dulu atau hanya sengsara yang menantinya dihadapan sana?

“Opocot mak kau cicak.”Hampir meletup jantung Hanna dengan kehadiran cicak yang tiba-tiba saja jatuh dihadapannya.Agaknya haiwan berdarah sejuk ini baru jatuh dari siling rumah.Tersenyum dengan gelagat cicak ini yang bagaikan menjeling kearahnya sebelum berdesup lari menyelamatkan diri.Ermm cicak zaman sekarang memang tak ada budi bahasa.Pandai menjeling pulak tu.

“Haishhh..buat kecoh aja kau nie cicak.Baru aku nak feeling feeling sedih,dah tak jadi dah.”terkumat kamit bibir Hanna membebel sambil matanya tak lekang memandang cicak tadi yang kembali memanjat dinding.
Di atas katil,terkebil-kebil mata Shay Azril memandang Hanna .Ternyata dia terkejut dek latahan Hanna tadi.Selamatlah dia tak turut sama melatah.Kalau tidak,musnahlah segala kemachoan yang dipertontonkan dihadapan gadis itu selama ini.

“Apa lagi yang kau membebel tu.Dah,dah tutup lampu.Aku nak tidur  pun susah.Dengan cicak pun nak bersembang,mengganggu ketenteraman aku nak tidur  aja.Sudahlah esoknya aku kena pergi office.Kau tak apalah,cuti sampai seminggu."

Kini mata Hanna pula yang terkebil-kebil memandang Shay Azril yang sudah baring semula.Kata orang membebel,padahal mulut dia yang terkumat-kamit merunggut itu ini,boleh pulak.Hah..lagi satu,cuti seminggu?Hello..saya tak mintak  cuti pun,bos yang nak kasi!Tak nak bagi orang dekat office syaklah tu.Entah-entah pak Guard kat situ dah heboh satu malaysia pasal hal mereka berdua ini.Bentak Hanna di dalam hati.
Teringat lagi muka Pak Guard yang berubah riak tatkala mereka ditangkap basah pada malam tiga minggu yang lepas.Pasti selepas ini dia malu untuk bersuara dengan lelaki pertengahan usia tersebut.

“Bos..bos,saya nak tidur kat mana?”Hanna mencuba nasib stelah lama dia termenung sendiri.Manalah tahu kut-kut bosnya itu baik hati membenarkan dia tidur di atas katil.Alah bukan dia nak buat apa-apa pun dekat bos dia itu.

Shay Azril yang hanya tidur-tidur ayam,kembali menegakkan badannya.Sempat bibirnya mengukir senyuman pelik pada pandangan Hanna.”Kau...teringin nak tidur dengan aku ke,sayang?”Pertanyaan bosnya yang ala-ala romantic itu membuatkan mata Hanna membuntang.Lain macam saja bunyinya,sampaikan dia terasa cuak sendiri.Seram.

“Ehh..tak apa,tak apa.Tetiba aja saya rasa sedap pulak tidur atas lantai nie.Sejuk aja.”tolak Hanna dengan senyuman terpaksanya.Cepat-cepat dia berbaring membelakangi Shay Azril di atas katil sana.Haishh..lantai pun lantailah.
Shay Azril senyum sinis.Tahu takut.



p/s:my new e-novel..heheh..sorry semua..mira dah banyak wat novel bru,tapi yg lme xjgak sambung2...

10 comments:

Wild Cherry said...

Best la cite ni mira.. Msti dorg kena tgkkap basah kan?

amira aihara said...

hehe..mybe...

zura asyfar addy rifqhiey said...

nmpk cm klise tp ramai yg suke....hehe..btw mira why nmpk jd cm double je post?

Nurfazzy said...

ea post dia double..
tapi stori gni best..hehe..
mesti romantik..hehe..

amira aihara said...

a'ah double post..xtau la mcmne boleh jdi mcm 2..hukhuk

blinkalltheday said...

best,hope xtrgantung,,

fara said...

bestnyaaaaa!!!!!!!!!!
harusla smbung laju2...
i like this kind of story...!!
hehehehe... =)

amira aihara said...

insyallah x...heeee

aya said...

bez2..nak lagi~

Anonymous said...

best...
cpt2 smbung ea...
^___^

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥