Shay |
“Err…Assalamualaikum Cik Nina.”Hanna memberi salam sesopan yang mungkin.Nina yang sibuk mengatur jadual Shay Azril,mengangkat kepalanya.Atas bawah matanya dilarikan memandang Hanna.Ermm..boleh tahan jugak budak perempuan nie.Tapi satu aja yang menyakitkan matanya.Baju Kurung?Huh dia ingat Shay Azril akan terpikat ke tengok dia pakai baju kurung ala-ala perempuan melayu terakhir.Bisik Nina sambil tersenyum sinis.
“So,You la Hanna?”Tanyanya dengan senyuman yang menjengkelkan.Hanna menggangguk.Terasa sakit hatinya apabila dilayan seperti itu.Hello Cik Nina.You ingat you tu cantik sangat ke?Harap mekap aja tebal 4 inci.Mahu saja Hanna menyembur kata-kata itu.Tapi disabarkan hatinya dengan senyuman palsu.Tak apa ,selepas dia sudah rasmi menjadi pekerja di syarikat ini,tahulah dia mahu ajar perempuan dihadapannya kini.Biar dia rasa menyesal mencari masalah dengan Nur Hanna Bt Ismail!
“Ok jom ikut I.”Ajak Nina sambil mendahului Hanna menuju ke bilik Shay Azril.Lenggang -lenggok pergerakan Nina membuatkan Hanna rasa meluat.Hipokrit!Ahh…entah kenapa dia rasa terlalu sebal dengan segala tindakan Nina.
Hanna hanya memeprhatikan Nina mengetuk pintu bakal bosnya.Shay Azril B.Dato’ Sharifuddin Chief Executive Officer(CEO).Nama pada pintu bilik itu dibaca perlahan.Owh CEO.Hah CEO?Aduh tetiba aja hati aku rasa nervous nie apasal?Owhhh hati,janganlah kau buat pasal.Bisiknya sambil memegang dada.
“Masuk.”Terdengar suara macho lelaki menyuruh mereka masuk.Hanna hanya menundukkan kepalanya.Ahh..sudah.Apasal aku jadi macam betul-betul perempuan melayu terakhir nie.
“Shay,nielah budak perempuan yang you nak jumpa tu.”Ujar Nina yang kini berdiri bersebelahan bakal bosnya.Boleh tahan kacaknya.Tapi Shay?Gila berjiwa rakyat betul bakal bosnya ini.Siap boleh panggil nama aja.
“Ok you boleh keluar.”Arahnya pada Nina.
“Err ok.You nak air.I boleh buatkan.”Tanyanya sebelum melangkah pergi.
“No.I tak mahu diganggu.”Nina mengeluh perlahan.Susah betul nak faham hati Shay Azril.Dia berjalan keluar.
“Ehh..siapa suruh awak keluar?”Mata Shay Azril mencerlung memandang gadis yang sudah mahu menuju ke pintu.Hanna terkaku seketika.Dia kembali berpaling menghadap Shay Azril yang santai menyandar di kerusi empuknya.
“Tapi err tadi…”Isk aku nak panggil apa nie?Shay ke?Ahh..hentam ajalah.
“Err tadi Shay kata tak nak diganggu?”Terangnya lambat-lambat.Dilihatnya Shay Azril tersenyum kecil.
“Apa awak panggil saya?Shay?”Shay Azril berasa terkejut.Dalam masa sama dia rasa lucu pula.Nampak sangat gadis dihadapannya kini terllalu mentah dalam dunia pekerjaan.
“A’ah.Macam Cik Nina panggil.”Terangnya yakin.
“Owh..rasanya saya nak awak panggil saya… dengan panggilan lagi manja sikit,boleh?”Shay Azril sudah memulakan ayat menggodanya itu.Sumpah,Hanna sudah cair mendengar kata-kata lembut itu.
“Err..panggilan apa?”tergagap-gagap pula dia.
“Bos!!”Shay Azril kembali serius.Punah terus rasa bahagia yang mula menguntum di hati Hanna.Malah mukanya bagaikan disimbah minyak panas.Merah.
“Duduk.Saya akan terangkan mengenai jawatan awak.Tapi sebelum tu,saya nak awak baca dokumen perjanjian nie dulu.”Hanna yang sudah melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Shay Azril,membuka dokumen pejanjian yang dihulurkan lelaki itu.
“Hah peliknya.”komen Hanna.Sudah hilang sifat gementarnya bila Shay Azril menjadi serius.
“Apa yang pelik?”
“Perjanjian nie la.Kenapa saya tak boleh bagitau family saya mengenai jawatan saya nie?”Dahinya dikerut seribu.
“Err..kerja nie halalkan bos?”Hanna bertanya lagi curiga sambil berfikir-fikir mengenai untung rugi perjanjian ini untuk dirinya.
Shay Azril ketawa.Comel pula Hanna ni bila buat muka blank.
“Don’t worry.Kerja nie memang halal.”
“Betul ke?”
“Iya,betul cik Hanna.”
“Ehh kejap-kejap.Kenapa saya tak boleh berhenti kerja?Kalau saya tak suka dengan kerja tu macamana?”Hanna bertambah keliru.Tetiba sahaja dia rasa musykil dengan syarikat besar ini.
“Awak tak boleh tahu kenapa.Cukuplah awak tahu,yang hanya saya yang boleh pecat awak,tapi awak tak boleh berhenti kerja.Kalau awak tak suka pun tak apa.So jangan sign dokumen ni.”Shay Azril mengambil dokumen yang dipegang Hanna.
Cepat-cepat Hanna merampas kembali.”Siapa kata saya tak nak sign?”
Shay Azril menarik senyum lebar.First mission-complete!
8 comments:
nak lagi!!!
tak sabar nak tahu apa jadi.. =)
Cepat2 lah sambung, !
Nk tau apa nak jadi,. . Hehe
Best best!!!
Next n3 please,
nak lagi..nak tau apa jawatan hana..isteri shay ka..?
Shay azril ni dendam dgn Hakim ke?
Apa rancangan Shay kat hanna?
Jahat x?
tq semua...
jgn risau shay xjhat mne pun..hahah..dia jhat ckit jer..i2 pun bersebb...
insyallah next n3 akan dipost esok..heee
wawawawa..nak lagi..mendebarkan btol la~~:D
Post a Comment