Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, July 4, 2011

Andai Cinta Ini Milikku-3(ii)

Shay

“Err..lupa pulak nak tanya.Apa kerja saya bos?”Hanna tersengih malu.Tombol pintu ditutup kembali.Tak jadi keluar.Shay Azril sudah ketawa besar.Terus mati senyuman Hanna dek tawa Shay Azril.Haishh..suka betul dia ketawa kan aku.Menci..menci.Jerit Hanna lantang dalam hatinya.Tiba-tiba sahaja dia jadi manja sebegini.Ahh..apa sudah jadi?

“Lepas dah sign dokumen baru awak nak tanya pasal kerja awak?Huh..Cuai betul.Sudah mari duduk sini.Saya terangkan semuanya.”

“Habis tu kenapa tadi bos biarkan aja bila saya kata nak balik.”Hanna bertanya pelik sambil kakinya dihalakan kearah bosnya.Dia kembali duduk.

“Saja nak test  sama ada awak sesuai atau tak untuk kerja nie.”Ucap Shay selamba sambil membelek satu fail  nipis.

“Hurm..saya tak lulus ke?”Tanya Hanna perlahan.Cuai.Perkataan itu sudah menunjukkan yang dia tak mampu nak menjawat apa saja jawatan.Masakan ada majikan yang mahukan pekerjanya cuai.

“Awak rasa macamana?”

“Err..tak lulus kot.Mana ada orang nak ambil pekerja yang cuai.”Ujarnya jujur.Shay Azril senyum  lagi.Hurm..lelaki ini memang suka senyum dan ketawa saja ke?

“Well…disebabkan awak cuailah,saya lagi yakin nak bagi kerja nie pada awak.”Hanna bertambah binggung dengan mainan kata-kata Shay Azril.Lagi lama dia duduk disini lagi cepat dia masuk Tanjung Rambutan.Agaknya hipotesis ini akan terbukti tak lama lagi.

“Haihh..Saya dah pening dengan bos nie.”kata Hanna sambil tangannya mengurut-urut dahinya.Nampak bersahaja saja kelakuannya di depan CEO syarikat besar.Mungkin disebabkan jarak perbezaan umur  mereka yang hanya beberapa tahun.

“Oklah bos.Kita straight to the point ajalah ya.Apa kerja saya kat sini?”sambung Hanna lagi.Kedengaran tegas disitu.

“Bukan dekat sini,tapi dengan saya.”Shay Azril saja ingin melihat reaksi Hanna.Hanna sudah semakin keliru plus bosan dengan kata-kata Shay Azril.Walaupun dia suka menatap wajah bosnya ini lama-lama,tapi tak bermaksud dia sukakan setiap patah kata lelaki ini yang semakin melalut-lalut dan membuang masanya.

“Ok..ok kerja dengan bos.So,apa kerjanya.”

“Ermm saya suka sifat awak nie.Tak hipokrit.”

“Bos!!!”Jerit Hanna lantang.See,kan dia sudah melampaui batas dengan bosnya sendiri.Itulah lain kali cakap panjang-panjang lagi.Apa salahnya kalau Shay Azril terus-terang mengenai jawatan yang akan dijawatnya nanti.Tak perlu bersusah payah belok sana-sini.

“Ok,ok..tugas awak ialah jadi….. bodyguard saya.”

Gulp.Terasa perit tekaknya apabila telingganya menampan kata-kata Shay Azril.Bodyguard.Biar betul?Bosnya ini perasan tak bahawa dia adalah perempuan.Diulang perempuan!Bukan lelaki.Tapi betul ke bodyguard?Ke aku salah dengar.Perang Hanna di dalam hati.

“Nie bodyguarad yang jaga bos kehulu kehilir keitu ke?”Shay Azril angguk.

“Err…kenapa bos tak ambil lelaki badan sasa yang muscle dia berketul-ketul tu aja,daripada ambik saya yang ramping nie?”Ahh…dalam masa sama sempat juga Hanna menaikkan saham dirinya.

“Sebab saya nak ambik awak jugak.”

Amboi bos ini senang saja cakap.Dia ingat jadi bodyguard tu setakat kehulu-kehilir dengan dia, pimpin tangan waktu dia  melintas jalan,tolong beli sarapan,lunch dan dinner saja?Mahunya musuh bos serang macamana?Rasanya akulah orang pertama lari dulu.Eh kejap,musuh?

“Bos ada musuh ke?”Tanya Hanna perlahan.

“Ada.”Sekali lagi Hanna telan liur.Tapi tak dinafikan biasanya orang business memang akan ada musuh perniagaan.Tambahan pula syarikat sebesar ini.

“Ramai ke?”Dilihatnya Shay Azril mengira-ngira dengan jari.

“Tak ada la ramai sangat...”Hanna lega.Mungkin musuh dalam selimut aja nie.

“Adalah dalam dua,tiga,empat,lima,enam orang yang cuba bunuh saya.Tak pun diorang hantar surat ugutan aja. Katanya nak kidnap saya.Tapi sampai sekarang tak datang-datang kidnap pun.”Amboi mulut tak ada insurans.Kalau betul dia kena culik macamana?

Hanna sudah rasa macam mahu hantukkan kepala ke dinding.Tak ramai dia kata?

“Hah..ada lagi,minggu lepas kot ada orang yang nak langgar saya,nasib baik kena kereta orang lain.Tu kira kejadian yang ke…hurm..entahlah lupa pulak saya.”Shay Azril senyum.Haihh…banyak betul pembohongan yang dia lakukan untuk gadis dihadapannya ini.Tapi tak apa,tipu sunat saja.
Hanna pula rasa mahu pengsan saja.Memang dia tempah mautlah kalau dia terima kerja ini.Tetapi masalahnya sekarang,dia sudah sign dokumen perjanjian!

“Bos saya hanya tahu taekwando jer bos.Itu pun baru tali pinggang putih.Tali pinggang lain saya tak lepas-lepas lagi.Silap haribuan kalau ada orang yang nak buat apa-apa kat bos,sayalah yang lari dulu.”

“Tak apa.Saya tak kisah.”Ternganga Hanna mendengarnya.Tak kisah?Habis tu buat apa dia upah aku?

“Apakata  bos ambik orang lain aja.Lebih baik bos ambik lelaki.Saya tak nak la kerja terlebih extreme macam nie bos.”

Shay Azril menarik nafas panjang.Ingatkan first missionnya sudah berjaya.Rupa-rupannya masih ada yang terbengkalai.

Remember syarat ke 2 perjanjian tadi?”Hanna angguk lemah.Syarat yang mengatakan bahawa dia tidak boleh berhenti kerja melainkan diberhentikan kerja.Ahhhhh….!

“So esok awak datang kerja macam biasa.Tapi make sure jangan pakai baju kurung.Tak pernah lagi dalam sejarah ada bodyguard pakai baju kurung.”Shay Azril mula mengeluarkan arahannya.

“Bosss..”panggil Hanna meleret.Kedengaran sedikit manja.Sebenarnya dia risau dengan jawatannya ini.Haihh..susah,susah.Tak ada kerja,susah,ada kerja,lagi susah.

Don’t worry.Everything will be ok.Dan saya janji yang musuh saya takkan berani kacau awak nanti.”Shay Azril membuat janji.

Tetiba Hanna rasa mahu ketawa.Sepatutnya dia sebagai bodyguardlah yang berjanji sebegitu kepadanya bosnya.Tapi ini terbaliklah pula.

p/s:komen please.. :)
p/ss:kat sidebar ada poll(1st time kot buat)klu rjin vote la ye..heee

11 comments:

Unknown said...

What! Hanna jdi bodyguard nya Shay??
Betul ke..?

amira aihara said...

yup...tp ada sbb knp habba jdi bodyguard shay...hehe

Anonymous said...

haha kelakarla ^-^

Afifah said...

hahaha...luculah diorang berdua tu..comel je..
apa sebenarnya muslihat shay??

amira aihara said...

heheh..itu kna 2ggulah dear...msih dlam pembikinan(haha...bajet mcm wat film jer)

nursya said...

amboi nakal btl si shay nie...
ye ya o jer nk suh si hanna jd bodyguard dia...
ke sbnrnyer nk suh jd gurlprend die??

Nurfazzy said...

hohoe...x sabo nak baca g...

lynx said...

jadi bodyguard??boleh ke hanna..
x sabar nak tahu apa cabaran utk hanna jd bodyguard..hehehe..

Cik Penulis said...

apasal shay azril handsome sgt?mcm kyle xy pun ada,,

Cik Penulis said...

apasal shay azril handsome sgt?cute lah diorang..

amira aihara said...

haha..hero kenalah hensem...tpi dia bkan kyle xy la..hee

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥