Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, July 9, 2011

Andai Cinta Ini Milikku 4

Hanna
           “Ops..”Terkejut Farish dengan kehadiran seorang gadis manis yang baru sahaja terjengul di muka pintu bilik Shay Azril.Hampir saja dia terketuk kepala gadis itu yang membuka pintu dari dalam dengan tiba-tiba.

           “Phewitt…”Dia bersiul dengan senyuman nakal.Atas bawah gadis itu diperhatikannya.Hanna sudah mencebikkan bibirnya sambil terus meninggalkan bilik Shay Azril.Dasar lelaki gatal.Asal jumpa perempuan saja,bersiul.Asal jumpa perempuan saja,phewit.Huh..tak penat ker mulut mereka?

           “Hei bro..kalau nak try pun,carilah perempuan lain.”Kata Shay Azril yang sudah sakit mata memandang adegan di depan pintu biliknya tadi.Walaupun hanya beberapa saat,tapi hatinya tetap rasa menjengkelkan dengan perangai kawannya itu.Memang pantang jumpa gadis cantik.
Farish tersenyum.Dia kini duduk berhadapan Shay Azril.

          “Jealous ke?”Farish membuat kening double-jerk.Pelik kerana Shay Azril jarang melarangnya mengayat mana-mana perempuan,kecuali perempuan tadi dan…Surina.

           “Tak ada maknanya.Dia tu bodyguarad aku.So jangan berani kacau dia.”Ayat Shay Azri yang berbau arahan itu Berjaya membuatkan Farish terkejut.

           “What?Bodyguard?”

Shay Azril mengangguk sambil tangannya kembali menaip sesuatu pada laptop.

          “Perempuan tadi tu bodyguard kau?”Tanyanya sekali lagi,bagaikan tidak percaya.

Shay Azril angguk lagi.Kali ini disambut dengan ketawa besar Farish.Shay Azril pandang kawannya itu,tajam.

           “Kau nie memang dah gila la.Ada ke patut ambik perempuan sebagai bodyguard kau.”Farish mengejek dengan ketawa yang masih bersisa.Dunia memang sudah terbalik.

           “Kau nie kalau datang sini nak sakitkan hati aku,baik kau blah aja.”Shay Azril bersuara tegas.Memang dia yakin,kalau semua orang tahu Hanna itu pengawal peribadinya,pasti akan ramai yang tak percaya.Tapi dia tak kisah kerana itu semua adalah salah satu daripada taktiknya.

            “Wooo…common la Shay,cool down.Itupun kau nak marah ke?”Farish angkat kedua tangannya.Lagaknya tak ubah seperti perompak yang diacukan pistol.

            “Banyaklah kau punya cool down.”

Farish tersenyih.

            “Ermm..macamana dengan meeting tadi.Dapat ke tender besar tu.”Farish mula menukar topik perbualan.Biarlah,dia sudah malas mahu bersoal jawab dengan Shay Azril lagi.Yang pastinya dia tahu lelaki ini ada rancangan yang tersendiri.

Mendengar soalan Farish itu,Shay Azril mengeluh.Badannya disandarkan ke kerusi.

            “Tak sure lagi.Ada problem sikit.Maybe minggu depan sambung balik.”

           “Problem?Problem apa?”

           “Hakim.”

            “Kenapa dengan dia?”

            “Aku rasa dia ada bagi rasuah la pada pengurus ADM compony tu.Kalau ikut ikutkan presentation tadi,aku sure company aku boleh menang.Tapi tetiba aja pengurus tu mintak postpone.”Luah Shay Azril tak berpuas hati.

Dia yakin Datuk Junaidilah dalang disebalik semua ini dengan menggunakan Hakim,orang kanannya sebagai pengerak kerja liciknya ini.Ahh..orang tua tak sedar diri itu memang sanggup melakukan apa saja demi memenangi kontrak sekaligus mendapatkan Surina.

Tapi Shay Azril kurang pasti samaada lelaki tua itu memang betul-betul cintakan Surina atau cuma menggunakan Surina untuk menggabungkan Syarikat miliknya bersama dengan syarikat milik papa Surina,Dato’ Ahmad.Maklumlah Datuk Junaidi dan Dato’ Ahmad sudah berkawan lama.Sejak mereka di bangku sekolah lagi.Manakala Dato’Ahmad dan Dato’Sharifuddin,abah Shay Azril pula sudah lama bermusuh dalam perniagaaan.Jadi mustahil Dato’ Ahmad akan sewenang-wenangnya membenarkan Shay Azril berkahwin dengan Surina,anaknya.Malah percintaan mereka juga ditentang habis-habisan.

Demi menghalang cinta Shay Azril dan Surina,Dato’ Ahmad sanggup ‘menjual’ anaknya sendiri kepada Datuk Junaidi. Masakan gadis muda itu mahu dijodohkan dengan duda yang sebaya ayahnya?Dato’ Ahmad memang sudah hilang akal.Tapi demi harta dia sanggup bermenantukan kawan baiknya sendiri.

Tetapi tak semudah itu untuk Dato’ Ahmad mencapai impiannya bila perkara ini ditentang habis-habisan oleh Surina.Malah gadis itu pernah mengugut mahu melarikan diri. Dalam masa yang sama Dato’ Ahmad juga tidak mahu kalah.Dia turut mengugut anaknya sendiri dengan mengatakan bahawa dia bukan lagi papa kepada Surina sekiranya gadis itu tidak mahu menikahi Datuk Junaidi.Ketika itu Surina jadi kelu,tak sangka papanya berkata begitu.Dia tak sanggup kehilangan satu-satunya insan yang membesarkannya dari kecil.Pada masa yang sama dia tak rela melepaskan cintanya dan menerima Datuk Junaidi sebagai suami.

Disebabkan itu maka lahirlah satu perjanjian.Perjanjian dimana syarikat Datuk Junaidi dan syarikat Shay Azril perlu mendapatkan projek sebanyak mungkin dalam tempoh masa 3 tahun,iaitu selama Surina berada di Perth untuk menyambung pelajarannya.Selepas tamat tempoh Surina akan berkahwin dengan orang yang Berjaya dalam perjanjian tersebut.Memang kedengaran pelik.Tetapi itulah dunia sekarang.

              “Habis tu apa plan kau,takkan nak biar aja lelaki tua tu?”

              “Hanna,bodyguard aku.”

              “Hahhh?”Farish buat muka pelik bila dia tak dapat menangkap maksud kata-kata Shay Azril.

             “Hannalah plan aku.”

            “Maksud kau?Aku tak paham.”

            “Aku akan gunakan Hanna untuk lemahkan Hakim,and sekaligus akan ‘melumpuhkan’ Datuk Junaidi dan syarikatnya.”Shay Azril tersenyum bangga.Dia sudah menghidu bau-bau kejayaan.

            “Wait!wait.Apa kaitan Hanna dengan Hakim?”

            “Hanna adik Hakim.”Farish sudah terlopong mendengar ayat Shay Azril.

            “So now,you get it,right?Aku bukan saja-saja ambik Hanna jadi bodyguard aku,tapi aku buat semua tu bersebab.”

             “Kau tak rasa bersalah ke dengan Hanna.Dia kan tak tahu menahu pasal benda alah semua nie.”Farish mula terfikirkan Hanna.Wajah Hanna yang Nampak innocent itu,membuatkan dia terfikir bahawa Shay Azril tak patut ‘menarik’ Hanna masuk kedalam masalah ini.

              “Well..bukan aku yang patut rasa bersalah.....tapi abang dia.”ucap Shay Azril tanpa perasaan.Yang penting bukan dia yang memulakan semua ini.Tapi Hakim.Hakim yang terlalu patuh dan lurus pada setiap arahan Datuk Junaidi,walaupun ternyata arahan itu berbaur licik dan kotor.Jadi patutkah Shay Azril membiarkan semua ini tanpa rancangan sendiri?Owhh..tidak mungkin!


p/s:Komen plizzzzzz...pnat perah idea..heee

8 comments:

Nurfazzy said...

jahatnya shay...!!
mempergunakan orang yang tdk tau apa2...hohoe..

Anonymous said...

jahatnya shay azril ni.mpgunakn hanna demi kpntingan diri sndiri.
hehe..x sabar nak tau next en3.nak tau apa yg tjadi slnjutnya.

amira aihara said...

anony n faz>>>hehe...nsib bek dia jdi hero jgakkn..hee

Anonymous said...

sian nye hanna dan hakim..jd mangsa dato' junaidi dan shay!!!sy pasti hakim xsejahat yg disangka..diorg cume xtaw yg diorg dipergunakan..xbsr nak tggu shay jth cinta kat hanna...tentu hakim akan lepaskan projek tu demi hanna..jahat la shay!!!!!

Anonymous said...

shay xjahat jgak tue..mybe dia t'paksa buat mcm 2.

Anonymous said...

jahat shay..mesti hanna kecewa bila dpt tau..smbg lagi ye.. :)

nursya said...

jahat btl la si shay nie...
licik sm mcm Datuk junaidi tuh...
elok sgt la tuh...
ade ke guna si hanna sbg umpan...
cian hanna...

u n me said...

alamak! heronya jahat.....

naseb baek die hero :)

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥