“Oit… yang muncung mengalahkan hidung gajah tu apasal?”Tanya Hakim yang baru pulang bertemu client.Tali lehernya dilonggar.Badan yang penat disandarkan pada sofa bersebelahan adiknya itu.Cepat-cepat Hanna mengangkat kakinya duduk bersila mengadap Hakim.Mulutnya mula ingin menuturkan kata keresahan hati.
“Alonggg,orang tak suka la kerja…..”ayat yang sudah membuak-buat ingin keluar dari kerongkong ditahannya serta-merta.Perjanjian yang termeterai diingatkan kembali.
“Ingat perjanjian nie.Awak tak boleh beritahu family awak pasal perkerjaan awak nie.Even dekat mana awak bekerja.Faham?”
“Habis tu takkan saya kena bohong diorang pulak?”
“Well,it’s up to you.”Hanna teringat kembali perbualannya dengan Shay Azril.Dia mengeluh lemah.Kenapalah dia boleh terjebak dalam pekerjaan yang sepelik ini.
“Tak suka apa?”Tanya Hakim ingin tahu apabila Hanna terdiam.Bagaikan ada sesuatu yang disembunyinya.Hanna mula kelam-kabut mencari jawapan lain
.
“Err…tak..tak suka…. kerja kat office,hehe.”Akhirnya ayat itu yang terkeluar.Memang bijak kepala otak Hanna mencari jawapan baru.
“Office la best ada air-cond.”
“Hello,Cik along.Air-cond akan memdatangkan masalah penuaan kulit tau.Nak tau macamana?Air-cond akan ambik partike-pertikel air dekat udara untuk proses udara dingin.Bukan setakat dekat udara aja,air yang ada dekat kulit kita pun air cond nie boleh ambik secara penyejatan.So kulit kita akan jadi kering.Bila jadi kering senang la penuaan kulit berlaku.Bukan setakat tu aja,badan kita pun senang dapat syndrome macam Sick Building Syndrome.Sindrom ni terjadi sebab sekejap badan kita sangat panas,makumlah cuaca dekat Malaysia nie.Lepas tu bila masuk office pulak tetiba aja sejuk melampau disebabkan Air-cond.Tak ke system dalam badan kita jadi pening nanti.”
Terkelu Hakim mendengar fakta -fakta bernas lagi kukuh yang dikeluarkan adiknya.Begitu juga dengan Hanna.Dia sendiri jadi terkejut dengan kepandaian otaknya dan kelincahan bibirnya berbicara.Betul ke aku yang cakap tadi.Biar betik.Erm..dari mana aku culik semua fakta-fakta nie?Tapi apa-apa pun,aku memang giler hebat.Hahaha.Ketawa Hanna dalam hati.
“Ok,ok.Air-cond memang tak baik untuk kulit.Ok back to the topic,adik kerja kat compony mana?”
“Err..ala compony dekat hujung sana tu.”Hanna gelabah.Jarinya ditunjukkan kearah depan jalan rumahnya.Dia sendiri kurang pasti dengan kewujudan syarikat dkawasan perumahan ini.Ada ke?
“Ada compony ke dekat sini?”Tanya Hakim musykil.Sudah berpuluh tahun dia hidup dekat sini,belum pernah sekalipun dia ternampak bangunan yang boleh diketegorikan sebagai syarikat.Bukan saja bangunan,bayang bangunan pun dia tak pernah lihat.Takkanlah rabunnya semakin teruk pula. Ke cermin mata aku yang sudah kurang power. Fikir Hakim seraya memeriksa cermin matanya.
“Errr along,orang naik dululah.rasa nak terkucil pulak”Lebih baik aku lari sebelum lagi teruk di soal siasat,fikirnya.
“Oit..nak lari la tu.Duduk sini.”Hanna memuncungkan bibirnya.Punggungnya dihempaskan kembali ke sofa.Geram bila Hakim sudah buat muka macam warden asrama.
“Haa..cepat cakap kerja dekat mana?”
“Err…”
“Apa err err..”
“Urmmm…”
“Apa urmm urmm..”
“Aaaa…
“Apa..”
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don't understand is
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don't understand is
Terbantut ayat Hakim bila telefonnya berbunyi.Nama pemanggil diperhatikan lama.Hanna melepaskan nafas lega,apabaila Hakim seakan lupa dengan persolan tadi.Dalam masa sama Hanna yang berada disebelahnya mengambil kesempatan melihat skrin blackberry abangnya.Panjang saja tengkuknya mengintai nama si pemanggil.
“Isk..apa nie.Kacau aja.”Ujar Hakim.Skrin telefonnya ditekapkan ke dada.Hanna mencebit.Girlfriend la tu.
“Sudah,sudah pergi naik atas mandi.”Arah Hakim tiba-tiba.
“Orang dah mandi la.Dah solat maghrib pun.”
“Pergilah buat apa yang patut dekat atas tu.”Arahnya lagi.Selebihnya dia ingin Hanna segera berlalu.Telefon yang sudah berhenti berbunyi masih kejap di dadanya.Apabila kelibat Hanna sudah menghilang ke tingkat atas,Hakim mula mendail kembali si pemanggil tadi.
“Hello Datuk.Sorry saya tengah mandi tadi.”Hakim member alas an yang dirasakan kukuh.Haha..mandi?Baju kerjanya saja belum bertukar.
“Hurm…Esok aku nak kau booked kan tiket aku ke Perth.”
“Err…Datuk nak pergi esok ke?”
“Tak..Aku pergi hari rabu.Aku Cuma nak kau booked awal aja.Lagipun esok aku tak masuk office.Jadi kau pandai-pandailah uruskan urusan kita dengan ADM compony.Pastikan diorang percayakan kita.”
“Baik Datuk.”
“Haa..satu lagi.Aku pergi sana 3 hari.Meeting minggu depan kau jangan risau.Aku aka nada sekali.Tak sabar aku nak tengok muka budak hingusan tu melopong.”Kedengaran suara Datuk Junaidi ketawa dihujung talian
.
Hakim percaya Datuk Junaidi bukan ke Perth untuk urusan kerja,tapi urusan percintaan.Rasanya lelaki itu takkan berputus asa menagih kasih daripada Surina.Ahh..agaknya apa reaksi Shay Azril kalu dia tahu saban
bulan Datuk Junaidi ke Perth untuk bertemu Surina?
*******
Hanna sudah mundar-mandir didalam biliknya.Hatinya bagaikan tak bersedia lagi untuk memegang jawatan ‘bodyguard’ esok.Cewah,ayat mengalahkan orang yang terpaksa kahwin esok hari.Hanna senyum sendirian.Tapi kalau kena kahwin paksa dengan Shay Azril,dia lagi suka.Ahh..sudah sudah.Hati,tolonglah jadi normal kembali.Hanna menggelengkan kepalanya sambil memegang dadanya yang berdebar tiba-tiba.
Badannya dihempaskan ke tilam separa empuk.Mata berkelip-kelip memandang kipas yang berpusing.Telefon disebelahnya dipandang sekilas.Patut ke aku call bos?Tanyanya dalam hati.
Seketika kemudian number telefon Shay Azril yang diberi lelaki itu semalam di tekan lambat-lambat.Otaknya mengarahkan hati agar tidak berdebar dan mulut untuk ditidak Nampak terlalu skema.Maklumlah nanti hari-hari dia akan berkepit dengan lelaki itu.Jadi untuk langkah permulaan dia perlu berkomunikasi secara bersahaja dengan Shay Azril.
“Err hello bos.Ini saya,Hanna.”Hanna memulakan bicara bila panggilannya diangkat.Badannya yang duduk menghadap siling kini sudah meniarap.
“Uurmmm.”Hanna senyum nipis.Alahai manjanya suara serak basah dihujung talian.
“Err..bos tidur ke?”Soalnya.Jam di dinding dipandang sekilas.Baru pukul 8.45 malam!
“A’ah saya tertidur lepas maghrib tadi.Kenapa awak call nie?”
“Err..bos kalau saya tak pergi kerja esok boleh tak.Saya tak bersedia lagi la.Takut.”Hanna meluahkan rasa hatinya.Dihujung sana kedengaran Shay Azril ketawa kuat.Apa yang lucunya?
“Awak bukannya nak pergi bedah orang Cik Hanna oii.Awak Cuma datang sini dan ikut arahan saya,boleh?”
“Tak boleh.Saya still takut.”Beritahu Hanna jujur.Shay Azril megeluh perlahan.Memang tipulah kalau dia kata dia tak rasa bersalah langsung melibatkan Hanna dalam semua ini.Bukannya dia tak ada sifat perikemanusian,tetapi keadaan yang memaksa.
“Oklah,awak boleh start kerja minggu depan.”Hanna terkejut mendengar kata-kata Shay Azril.Hatinya rasa lapang dengan serta-merta.
"Hahh..betul ke?Thank you dear."Opss,Hanna menutup mulutnya dengan tangan.Inilah padahnya kalau dia selalu memanggil kawan-kawan baiknya dengan panggilan my dear.Kan dah tersasul.
Shay Azril disebelah sana tersenyum lebar.Seumur hidupnya itulah kali pertama,ada orang yang memanggilnya begitu.Family?Dulu mamanya suka memanggilnya sayang,tapi sejak mamanya meninggal dunia 12 tahun lepas,sudah tidak kedengaran lagi panggilan itu.Girlfriend?Sejujurnya Surinalah,gadis pertama yang berjaya menawan hati Shay Azril dan kini menjadi teman wanitanya.Paling dia pelik,gadis itu langsung tidak pernah memanggilnya dengan panggilan seumpama itu.Ahh..agaknya Surina ingin tunggu sehingga mereka bernikah nanti.
Kini barulah Shay Azril sedar,dia terlalu inginkan rasa kasih sayang seperti saat mamanya hidup dahulu.
p/s:selamat membaca n jgn lpa komen...rsenya inilah bab yg pling pnjang..heee
5 comments:
best ...hehe..manjanya hanna..sweet jerr...
hehe..hanna mmg manja,sbb anak bongsu...
abeh rr shay azril t awak jatuh-tegolek2 dgn hanna rr lepas nie..
best la.. comel je diorang tuh.. ;)
bestla...
Post a Comment