Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, July 15, 2011

Andai Cintai Ini Milikku 6



“Tiap-tiap hari memang saya kena teman bos breakfast ke?”Hanna pandang Shay Azril yang begitu berselera mengunyah Nasi Lemak Daun Pandan.Mata lelaki itu hanya tertumpu pada makanan yang tersedia.Menjamah tanpa  sebarang kata-kata sejak dalam kereta lagi.Agak-agaknya,puting beliung apalah yang berjaya menghempas tekak lelaki ini sehingga tak boleh bersuara langsung.Naik seram pula Hanna bila mindanya mula memikirkan perkara yang tidak-tidak.Manalah tahu kot kot lelaki dihadapannya ini bukan Shay Azril,tapi makhluk lain.Owh..tidakkk.

“Ehem..ehemm..err..bos tak sihat ke?”Hanna berdehem perlahan sambil mengajukan soalan yang boleh dikatan logik,walaupun dia yakin bosnya  takkan menjawab soalan ini memandangkan soalan pertama pun belum ada jawapan. Shay Azril buat-buat tak endah dengan soalan Hanna. Hanna garu kepala.Haishhh tension melayan orang sakit mental macam ni.
           
           “Bos ada masalah ke?”Tanya Hanna untuk kali ketiga.Sudah macam pakar kaunseling pulak dia apabila asyik sabar mengorek rahsia  yang menyebabkan lelaki ini nampak dingin saja.Kalau Shay Azril tak jawab jugak soalannya kali ini,memang dia nak angkat kaki.

Satu minit.Tak apa kejap lagi dia jawablah tu.Dua minit.Mungkin dia tengah cari-cari jawapan kot.Lima minit. Tengah susun-susun ayat barangkali .Sepuluh minit.Tak apa,sabar ya.Lima belas minit.Cuba sabar lagi ya,Hanna.Dua puluh minit.Ok!!Ini sudah lebih!!!!

Hanna bingkas bangun dengan riak geram.Nasib baik dia sempat pegang kerusi yang didudukinya sebentar tadi supaya tak jatuh.Kalau tidak, lagi dramalah dia di pagi hari begini.Baru saja kakinya ingin melangkah pergi.Terdengar suara emas Shay Azril menampan gegendang telinganya.Ehh..Ada pulak suara dia.Ajaib!

“Awak nak pergi mana?”Shay Azril bersuara tanpa nada.

“Nak balik office la.Duduk sini pun bukan boleh buat apa pun.Macam tunggul aja.”Hanna bersuara kasar.Tak sedar yang dia berhadapan dengan majikan yang punyai masalah perasaan.Yang dia tahu,hatinya sakit bila niat baiknya tak dilayan.

“Nak balik naik apa?”

“Naik teksi la.”

“Duit ada?”

“Hahh?”Hanna terkesima.
Baru dia sedar yang dia datang ke sini hanya dengan lenggang kangkung saja.Tak sempat nak ragut beg tanggannya sendiri bila lengannya ditarik kemas oleh Shay Azril pagi tadi.Semput juga dia pepagi buta,bila terasa ada tangan kasar yang menyambar lengannya tatkala dia sedang leka membancuh air milo panas di pantry.Lagi semput apabila ada mata-mata yang memandangnya dengan mulut terlopong.Iyalah,siapa yang tak ternganga bila melihatkan CEO syarikat yang kacak lagi sasa menarik tangan gadis yang baru bekerja tidak sampai dua hari pun lagi.

Dalam keadaan kalut itu,ingin juga dia bertanya tetapi lelaki itu menonong sahaja menuju ke  arah Honda CR-V.Badannya yang sememangnya ringan itu bagaikan terasa diawang-awangan dalam menyikuti langkah Shay Azril yang besar dan laju.Di dalam kereta,bosnya itu hanya diam saja.Nak tanya lagi,tapi lidahnya jadi keras bila melihatkan muka Shay Azril yang tak ubah seperti asam boi.Lalu dibiarkan saja Shay Azril dengan pemanduannya yang mengalahkan formula 1.Kecut jugak perut Hanna.Tapi dia takut nak tegur.Karang tak pasal-pasal Shay Azril terus langgar  tembok jalan.Siapa yang susah?Dia jugak.
Hampir sejam perjalanan,akhirnya Shay Azril berhenti di restoran ini.Hanna pun tak pasti dimana mereka berada memandangkan perjalannan yang agak jauh hanya untuk pergi sarapan.Memang sah,lelaki ini ada masalah hati dan perasaan!


Hanna kembali duduk.Malu siot,bila sudah bangun dengan ganasnya,tetiba kena duduk balik dengan ayunya apabila dia terpaksa mengakui yang dia tiada wang untuk dijadikan tambang!Huh..sepatutnya dia kena lebih berhati-hati dalam setiap pelakuannya.Supaya nanti dia tak malu sendiri.Ok,itu satu pengajaran untuk semua.Tambah-tambah lagi apabila berhadapan lelaki kacak.

“Sorry about this morning.And sorry again sebab saya main tarik aja awak kesini dan tak layan soalan awak.”Ujar Shay Azril sambil memandang Hanna lembut.
Entah apalah yang merasuk fikirannya sehingga sanggup buatt semua ini.Mungkin agaknya dia cemburu bila pagi tadi dia mendapat panggilan seseorang yang mengatakan Datuk Junaidi kini berada di Perth.Ahh…pasti saja lelaki itu ingin mengejar cinta Surina disana.Mungkin disebabkan itu,mood Shay Azril jadi begini.Monyok saja.

Hanna jadi resah dengan renungan Shay Azril yang seperti tidak berkesudahan.Jantungnya bertindakbalas dengan melantunkan ton dengupan yang tak sekata.Laju sahaja.Ahh..sudah.Apalah kena dengan jantung aku nie,bisik Hanna.Dia menundukkan kepala sambil menguis-guis nasi lemak yang dia tak sempat jamah tadi.Tiba-tiba,terdengar Shay Azril ketawa.Dengan pantas Hanna memanggungkan kepalanya kembali.Pelik.Tadi bermuram durja,kini ketawa riang.

“Awak nak balas dendam,ya.”Tanya lelaki itu dengan ketawa yang masih bersisa.

“Haahh?”Hanna kurang faham dengan maksud Shay Azril.Balas dendam apanya?

“Iyalah,tadi saya jadi bisu,sekarang awak pulak.”Hanna tersenyum mendengar jawapan bosnya ini.Dia jadi bisu sebentar tadi pun tanpa dirancang.Bukan ada niat untuk membalas dendam,tapi terpana dengan renungan mata coklat Shay Azril.Nampak romantik sangat!

 I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you....


“Hello.Ya..I tengah breakfast nie.Hahh..Apasal tak bagitau awal-awal.Ok,ok.I pergi sekarang.”
Hanna mendengar butir-butir perbualan telefon Shay Azril.Pastinya pemanggil di sebalah sana ialah Nina.Bukan dia nak pasang telinga.Tapi sudah terang-terangan Shay Azril menjawab panggilan tersebut dihadapannya.Takkan dia nak tutup telinga pulak kot.

Setelah tamat panggilan, Shay Azril  kelam kabut pergi ke kaunter membayar bil.Hasrat hati untuk membawa Hanna sekali ke mesyuaratnya di ADM compony Sdn Bhd,dibatalkan bila teringatkan bahawa Hakim pasti hadir bersama.Gawat kalau Hakim tahu Hanna bekerja dengannya.Pasti hancur semua rancangannya.

“Awak tunggu sini ok.Lepas meeting saya jemput awak balik.”

“Err..bos…”

“Jangan risau meeting tu tak lama.”

Langkah kaki Shay Azril yang laju meninggalkannya,dipandang sepi.Apa kes,bosnya itu meninggalkannya disini.Sekurang-kurangnya bagilah duit untuk dibuat tambang kalau-kalau bosnya itu balik lambat nanti.Hishh..takkan dia nak jadi patung pameran dekat sini?

Hampir 2 jam menunggu.Kelibat Shay Azril masih belum kelihatan.Sesekali matanya memandang ke arah kaunter.Terdapat beberapa orang pekerja yang mengintai dan berbisik disana sambil menjuihkan bibir mereka ke arahnya.Agaknya pekerja-pekerja restoran ini rasa jelik bila ada pelanggan yang tak mahu-mahu pulang.Hanna rasa malu.Tadi kerap kali jugak seorang pelayan datang untuk mengambil order,iyalah sekarang sudah mahu masuk tengahari.Tapi Hanna hanya mampu menggelengkan kepala kerana dia tiada wang.Mahu menelefon Shay Azril untuk mengingatkan bosnya itu yang dia masih direstoran tapi  Nokia XpressMusic 5800 juga tertinggal di office.Ahhhhhhhhh…bos memang teruk!Jerit Hanna di dalam hati.Rasa mahu menangis bila memikirkan dirinya ditinggalkan begitu saja disini.Apa,ingat dia tak ada perasaan ke?

Hanna bergerak meninggalkan restoran.Rasanya jelingan pekerja restoran itu,sudah memberI isyarat bahawa ada baiknya dia menunggu diluar saja.Kaki Hanna melangkah kearah kerusi kosong di yang terdapat diluar restoran.Agak panas disitu.Tapi tak apa asalkan ada tempat yang boleh diduduki dan yang paling penting dia boleh nampak Shay Azril dengan jelas kalau lelaki itu datang menjemputnya nanti.


Akhirnya setelah hampir 3 jam menunggu,Hanna mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja untuk pulung.Itupun setelah dia yakin jalan balik ke rumahnya setelah meminta bantuan beberapa orang yang lalu-lalang tadi.Tak ada hati untuk dia terus ke office.Sesekali dia rasa takut juga kalau tersesat,maklumlah dia tidak biasa dengan jalan-jalan disini.Biasanya Hakim yang akan menghantar dia kemana saja.Air matanya menitis perlahan mengingatkan abangnya itu.Kalau Shay Azril itu prihatin dan sayangkannya seperti abangnya,mesti dia takkan ditinggalkan seperti ini.Ahhh..siapa dia untuk meminta keprihatinan dan kasih dari seorang lelaki yang tinggi taraf dari dirinya?


P/S:slmt memnbce...sranan untuk naik taraf dan komen amat dihargai.. :)

9 comments:

is said...

ala sian nyer si hanna....

lepas ni balas dendam kat shay azril...

iniakuyangpunyahati said...

ye balas dendam dulu.. bunga2 cinta 2 kemudian hehehe

Nurfazzy said...

balas dendam dengn shay..hohoe..
mogok sakit,demam,penat jalan kaki..
hehe...

amira aihara said...

hehe..tq gus...
2 la ingt nak wat Hanna mogok n bls dendam...

Anonymous said...

huhu...jahatnya shay azril ni.

Anonymous said...

jahatlah boss hanna ni.x apa lepas ni balas dendam balik.sian hanna.dahlah si hanna ni lurus bendul.

Afifah said...

sampai hati shay azril tinggalkan hanna sorang2..

nanti balas dendam balik k..hehehe..

p/s : terima kasih sebab suka AT.. :)

u n me said...

xde duit? kena tggl sorg2???

Patot meletop cam gunung berapi!

nursya said...

ish kejam betul si shay nie..
musti lupa la tu kat si hanna...
cian hanna blk jln kaki..
klw hakim tau maunyer kena gulai gak si shay nie...

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥