Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, September 17, 2011

Andai Cinta Ini Milikku 9

Hanna mandail nombor  Shay Azril.Misi kedua akan dijalankan.Tetapi di ingatkan,misi ini tidaklah se’extreme ‘ mana.Cuma hanya untuk melengkapkan kedua-dua misinya sahaja.
“Helo.”Terdengar suara serak basah menjawab panggilannya.
“Asal saya call aja mesti  tidur,asal tidur aja mesti saya call.”Hanna membebel tanpa sempat mulutnya memberi salam.Dia pasti sangat yang bosnya itu baru terjaga dari tidur dengan suara serak basah yang menampar gegendang telinganya.
Shay Azril menarik senyum dengan mata yang masih kuyu.Dia duduk menyandar di kepala katilnya perlahan.Sungguh dia sakit hati kalau ada orang yang menganggu tidurnya.Tetapi entah kenapa dia tak rasa begitu terhadap Hanna.Malah boleh pula otaknya yang masih dalam keadaan pasif memberi arahan pada otot-otot di mukanya supaya menarik senyum segaris tatkala mendengar suara itu.
“Dah awak call tak kena waktu.”
“Baru pukul  10 malam takkan bos dah tidur.”
“I’m tired.Baru lepas balik dinner dengan client.”ujar Shay Azril.Lenggok suaranya seakan mengadu nasib sahaja kepada Hanna.
“Aiks semalam dah jumpa client,hari pun jumpa lagi?”Hanna bertanya sekadar ingin membanyakkan soalan sebelum dia menuju kepada tujuan utama dia menelefon.Sudah berminggu dia bekerja dengan Shay Azril,dia sudah masak dengan sikap workaholic lelaki itu.Kadang-kala naik bosan dia duduk di mejanya dengan memerhati bosnya itu yang asyik bergelumang dengan fail-fail yang bertimbun.Sampaikan adakalanya bosnya itu tidak perasan dia ada di situ.Agaknya waktu itu Shay Azril lupa bahawa mereka duduk dalam bilik kerja yang sama.Cuma meja mereka sahaja yang terpisah jauh.
“Itulah,business Hanna.Urmm..awak call saya nie kenapa ?Anything problem?”soal Shay Azril layu.Matanya dipejamkan tetapi telinga masih lagi menunggu bicara si gadis.
Hanna di sebelah sana jadi serba salah.Tak tahu macamana mahu membuka mulut.Dalam kepalanya mula menyenaraikan  baik buruk permintaan yang akan disampaikan kepada bosnya itu.
 “Err…tak ada apa-apalah,bos.Bos pergilah sambung tidur.Bye,Assalamualaikum!”laju Hanna menamatkan perbualan.I-phonenya ditekapkan ke dada.Rasanya tidak patut dia meminta Shay Azril supaya membatalkan perjanjian yang mereka pernah setujui dahulu.Dia rasa itulah keputusan terbaik.Takut nanti kalau dia membuka mulut membuat permintaan itu,kerjanya pula yang tergadai.
Tak sampai beberapa saat,telefon Hanna berbunyi.Semakin lama deringan itu dibiarkan berbunyi,semakin laju pula jantungnya memalu.Akhirnya panggilan Shay Azril dijawab juga.
“Hanna…can you please stop in making me curious.”
“Ha!bila masa pulak saya buat bos curious?!”Hanna terkejut.Nadanya suaranya juga sedikit meninggi.Pantas dia menekup mulutnya.Sedar sejak dia bekerja dengan Shay Azril,dia bagaikan melayan Shay Azril seperti kawan,bukan seperti majikan.Nasib baik juga Shay Azril jenis manusia yang bergelar bos yang tak ambil kesah hal sebegitu.Kalau tak,sudah lama dia di tendang keluar daripada syarikat.
“Habis tu yang awak call saya tu kenapa?
“Bukan saya yang call,tapi bos!”Sekali lagi Hanna melayan Shay Azril seperti kawan.Dia menampar pipnya perlahan.Rasanya dia tak boleh nak bersikap lebih hormat atau dengan kata sebenar menggunakan ayat-ayat skema dengan nada suara bagaikan berbisik apabila berbicara dengan Shay Azril.Adakah ini kerana Shay Azril ialah bos muda?
“Memanglah saya call awak sebab tadi awak letak phone.”Shay Azril tak berpuas hati.Penat-penat dia korbankan masa tidurnya semata-mata mahu menelefon Hanna kembali,tapi lihatlah apa yang dia dapat.Hanya jeritan gadis itu yang dia dengar.
“Hahh..cepat bagitau saya,kenapa awak call tadi,”sambungnya lagi
“Errr….errr.”Hanna mula tergagap-gapap.Aduh..nak cakap apa nie?
“Hanna,I’m waiting.”Shay Azril mendesak dengan caranya sendiri.
Hanna bertambah keliru.Patutkah dia bagitahu?
“Err..errr..bos boleh tak kalau kita batalkan perjanjian kita dulu tu?”
Shay Azril kerut dahi.Duduknya kini menegak.”Perjanjian mana?”
“Bos,kita berdua ada satu aja perjanjian.”
“Maksud awak?”soal Shay Azril lagi.Kini dia betul-betul inginkan kepastian.
Hanna pula mengeluh sambil menghantukkan perlahan kepalanya ke cermin meja solek.Terasa mahu menjerit saja demi mendengarkan soalan-soalan tidak pandai bosnya itu.
“Maksud saya,saya nak bos batalkan perjanjian yang saya sign masa saya baru mula kerja dengan bos dulu….”Hanna menarik nafas dan kembali duduk tegak.Biasan wajahnya pada cermin dipandangnya sebelum dia menyambung ayat tadi.“…supaya saya boleh bagitau tentang pekerjaan saya pada ibu dan abang saya.”
“No way!”Shay Azril bersuara tegas setelah dia faham akan permintaan Hanna.Mustahil dia akan membatalkan perjanjian penting itu.Apatah lagi membiarkan Hanna membocorkan rahsianya ini kepada Hakim.Owh..dia tak akan buat begitu.Biarlah rahsia ini dia sendiri yang bongkarkan.Tetapi bukan Hanna.
“Maksud bos,tak boleh ke?”soal Hanna lambat-lambat.Takut kalau-kalau Shay Azril naik darah lagi dengan permintaannya tadi.
“Yup.Tak boleh.Itukan perjanjian kita.Awak ada masalah ke dengan perjanjian tu?”Shay Azril bertanya dengan intonasi yang sudah direndahkan.Risau pula,kalau-kalau Hanna ambil hati.
“Ibu dengan abang saya asyik tanya aja,saya kerja dekat mana?syarikat apa?jawatan apa?Saya dah penat nak kelentong diorang.”
“Who told you to kelentong diorang?”
“Habis tu takkan bos nak saya bagitau hal sebenar?Nak suruh saya langgar perjanjian?”
“Hurm…saya tak suruh awak langgar perjanjian.”
“Kalau macam tu,saya nak buat macamana nie?”
“Don’t worry,next week saya akan pergi rumah awak untuk terangkan semuanya pada ibu awak,okay?”Shay Azril memberi idea.Walaupun kedengaran seperti mengali kuburnya,tetapi dia tidak risau kerana dia punyai rancangannya sendiri.
“Tersangat okay.”Hanna tersenyum gembira.Tak sangka bergeliga jugak otak bos aku,fikirnya.Baru kini dia sedar bahawa perjanjian itu mengatakan bahawa hanya dia yang di larang memberitahu hal pekerjaannya pada keluarga,tetapi bosnya tidak.Alahai,bosnya itu bila-bila masa saja boleh langgar perjanjian kalau dia mahu sebab dia yang mewujudkan perjanjian yang telah di termeterai itu.
“Urmm..awak dah pergi klinik ke?”soal Shay Azril menukar topik.
“Hahh..err tak pulak.Sikit aja melecetnya bos.”
 “Okay kalau sikit aja melecetnya,esok saya nak jumpa awak dekat office  tepat jam 9 pagi.”
“Ehh semalam bos kata saya boleh cuti lagi esok?”
“Kan kaki awak dah nak lega.Siap tak perlu pergi klinik lagi.”
“Mana ada nak lega.Teruk lagi nie bos.”Hanna menepuk dahinya.Haishh..tungging langgang ayatnya kalau berbicara dengan Shay Azril.Dia mencebik saat terdengar Shay Azril ketawa kuat.
“Dah,dah.Saya nak awak siap-siap.Lagi  45minit saya sampai.”ujarnya lagi.
“Sampai mana bos?”Hanna pening.Sampai ke bulan ke bos?
“Rumah awaklah.Err…family awak ada dekat rumah ke?”Shay Azril bertanya.Dia perlu mengetahui maklumat itu kalau tak mahu ada masalah nanti.
“Ibu saya dah tidur tadi,abang saya keluar jumpa kawan kot.”Hanna menyampaikan.Ibunya memang tidur awal.Hakim pula keluar makan.Mungkin dengan kawan pejabat agaknya.
Shay Azril tersenyum lega.Memang itulah yang dia ingin dengar dari mulut Hanna.Ketiadaan Hakim supaya mereka tidak terserempak nanti.
“Err..bos nak datang meminang saya ke?”Hanna bergurau.Shay Azril ketawa kuat.

“Pergi kliniklah.”ujar Shay Azril saat ketawanya reda.
“Apa bos?”lantang suara Hanna bertanya.Pantang betul dia kalau ada orang mengajaknya ke klinik atau hospital.Kalau boleh pilih dia lagi rela terjun bangunan daripada mengadap muka manusia bernama doctor.
“You choose.Clinic or office?”
“Clinic!”Sekali lagi Hanna tepuk dahi.Mulutnya ini memang nak kena saman,laju aja menjawabnya.Tadi dalam hati sanggup mahu terjun bagunan bagai.Tapi bila diberi pilihan klinik dan ofis,klinik pula yang disebutnya.
“Hah..pandai pun pilih.
*******
“Shay,nak pergi mana malam-malam nie.Tadi keluar sekarang pun nak keluar lagi.”Langkahnya  menuruni tangga terhenti.Wajah tua yang baru muncul di ruang tamu dipandangnya dengan senyuman.
“Tadi keluar dengan client,sekarang nak keluar dengan bodyguard saya pulak.”
“Bodyguard?”
Shay Azril hanya tersenyum.Tiada hati mahu menerangkan selanjutnya.
“Mak Siti tak tidur lagi ke?”Dia mengubah topic.
“Mak Siti nak tunggu Datuk dengan abang kamu balik dari masjid dulu.Lambat pulak diorang balik hari ini.Ada ceramah agama agaknya.”
“Abang Mil dah balik Malaysia ke Mak Siti?”Shay Azril terkejut.Tak sangka abangnya balik senyap-senyap tanpa memberitahunya.
“La,Shay tak tahu ke.Dia balik lepas Shay pergi ofis pagi tadi.Mak Siti ingatkan Shay dah tau.”
“Dia tak call Shay pun.Masa Shay balik ofis tadi pun dia tak ada.”
“Waktu Shay balik tadi diorang dah pergi masjid dah.Dia nak buat surprise kot.Itulah Shay nie busy sangat.”
“Terpaksa Mak Siti.Nak majukan company papa.Ermm..tak apalah Mak Siti.Saya pergi dulu,nanti kalau Abang Mil dah balik dari masjid suruh dia tunggu Shay erk.”
Mak Siti mengangguk.Anak matanya mengekor langkah kaki Shay Azril.Tadi dia kata penat,sekarang boleh pulak dia keluar lagi.

p/s:walaupun sibuk duk risaukan tesis,tapi muncul jgak bab nie kaan..heheh...itupun kna tunggu bertahun...

3 comments:

Afifah said...

suka3x.. =)

Anonymous said...

uit...lame x update...senang2 post new n3 erk...hehehee..:)

Anonymous said...

suka3...smbg cepat2 ek ;)

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥