“Angah,angah bukak la hadiah nie.Mesti hadiah best nie.Dia punya bungkusan pun macam best aja.”pujuk Tengku Irdina.Perasaan ingin tahunya meluap-luap demi melihatkan hadiah yang bertimbun-timbun.Hadiah yang diperkatakannya diserah kepada Tengku Izzul.Tengku Izzul hanya memandang sekilas.Tersenyum.Hadiah berbalut kertas merah itu di ambil.Dibelek-belek sekektika sebelum menyerahkan kembali kepada Tengku Irdina.
“Kejap lagi ya,kita tunggu kak Ilya dulu ok.”ujar Tengku Izzul lembut sambil mengusap-usap kepala adik perempuannya yang sudah menginjak 15 tahun.Tetapi manjanya alahai,macam kanak-kanak umur 3 tahun!
“Alaa..Tadi kak Ilya suruh kita bukak dulu.Kak Ilya nak mandi.”
“Betul ke nie?”Tengku Izzul mengangakat keningnya.Bukan boleh percaya sangat dengan Tengku Irdina ini.Sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan kehendaknya.
“Betullah,tadi adik dah tanya kak Ilya.”
“Oklah meh sini hadiah tu.” Tengku Izzul mengalah.Kalau tak mahu bukak hadiah itu nanti karang merajuk pula adiknya ini.
Hadiah yang berbalut dikemas itu disambut Tengku Izzul. Tangannya laju sahaja membelek-belek hadiah tersebut.Terdapat kad berwarna putih yang tersemat di penjuru atas hadiah tersebut.
“Nur?”Kad putih itu direnung penuh musykil.
Selamat Pengantin baru Izzul.
Berdoalah supaya bahagia awak berpanjangan.
Love Nur.
“Hadiah dari siapa ..err..abang?”Malu-malu Ilya Darisya menuturkan panggilan untuk suaminya itu dihadapan Tengku Irdina.Tengku Izzul yang tersentak mendengar suara itu hanya tersenyum.Dia tahu Ilya Darisya malu tapi perlu untuknya memanggil Tengku Izzul dengan panggilan itu.Barulah ada feel sebagai pasangan suami isteri.Tak gitu?
“Dari siapa?”ulang Ilya Darisya.Kali ini ayat pertanyaannya juga sudah dipendekkan.Bukan apa,dia cuma malu untuk membahasakan Tengku Izzul sebagai abang.Ahh..gayanya macam baru beberapa minit saja diakenal suaminya itu.Dalam debar yang menggila dan tangan yang sudah beku kesejukkan ,dia duduk menyertai suami dan adik iparnya itu membuka hadiah di ruang tamu.Cuba mengawalm supaya jantungnya kembali berdetak normal.
“Entah.Tak ada nama.”bohong Tengku Izzul.Tangan kanannya pantas mennyembunyikan kad tadi di celahan sofa tanpa pengetahuan Ilya Darisya.
“Eh tadi bukan ada kad ke kat hadiah tu?”Tengku Irdina jadi pelik.Tadi rasanya,abangnya itu memegang kad putih yang disertai dengan hadiah berbalut merah itu.Takkan hilang tiba-tiba?Isk..musykil betul.
Tengku Izzul yang mendengar mulut comel itu bertanya,segera sudah menbeliakkan matanya kearah adiknya.Baru saja dia nak cover line,tup tup ada pula orang yang kacau.
“Err memang la ada tapi tak ada nama.Ada ucapan aja.”bela Tengku Izzul.
Tengku Irdina kecut perut walaupun dia ternyata tidak tahu hujung pangkal dan motif abangnya itu menjengilkan mata.Seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan.Namun diikut juga rentak yang dimainkan abangnya.
“Owh..a’ah betullah tu.”
“Mana yang lain?”Tanya Ilya Darisya tanpa mengambil peduli situasi pelik yang sedang berlangsung antara suami dan adik iparnya itu.Baginya yang paling penting sekarang ialah mengambil hati keluar barunya ini.Dia tak mahu nanti keluarganya ini menganggap dia seorang yang suka buat hal sendiri kerana tadi dari petang dia memerapkan diri dalam kamar pengantin mereka.Bukan apa,dia Cuma penat setelah seharian melayan tetamu untuk kenduri di sebelah pihak lelaki.Itu belum termasuk majlis resepsi mereka minggu depan di hotel pula.
“Diorang kat dapur tu tengah buat spaghetti.”Beritahu Tengku Izzul lembut sambil memeluk bahu Ilya Darisya.Terasa agak lain bila mereka berdua duduk berdekatan begini,walaupun sudah hampir 2 minggu bergelar suami isteri.Tapi kalau diikutkan,baru hari ini mereka duduk sebilik.Itupun belum ada malam pertama lagi.Tengku Izzul tersenyum.Gatal jugak aku nie,bisiknya nakal.
“Hah?Ilya nak pergi tolonglah.”ujar Ilya Darisya dengan rasa terkejut lalu menepis tangan suaminya itu.Sebenarnya itu hanyalah lakonan sahaja demi melepaskan diri daripada Tengku Izzul yang suka menyendeng.Kalau nak bermanja pun tunggulah dalam bilik nanti.Ini tak,depan Tengku Irdina pun jadi ke?
“Sayang.Kitakan pengantin baru.Biarlah yang lain yang buat kerja.”
Ilya Darisya sudah membulatkan matanya demi mendengar bait kata suaminya.Amboi senangnya dia cakap.
“Apalah abang nie.Kesian dekat mama..”
“Tak apalah Ilya.Mama yang tak nak kamu tolong.Ilyakan menantu baru dalam rumah nie.Biarlah Ilya rasa dulu masakan mama dengan kakak ipar Ilya nie,ya sayang.”ujar Puan Sharifah lembut sambil menatang sepingan kek coklat lalu diletakkan ditengah-tengah meja makan.
Ilya hanya tersenyum.Malu pula dia mendengar kata-kata ibu mertuanya itu.What??Puan Sahrifah ialah ibu mertuaku.Ya.Itulah kenyataannya wahai Ilya Darisya.
Dia tersenyum lagi.Rasa bahagia kerana dengan sekelip mata dia kini punyai keluarga yang ramai untuk dikongsi suka duka bersama.Dia bersyukur kerana ke semua keluarga Tengku Izzul dan juga saudara-mara mereka menerimannya dengan baik sekali.Dulu dia sentiasa menangis bertanyakan kenapa Allah pisahkan dia dengan kedua orang tuanya.Sehinggakan dia sering tertanya-tanya,adakah takdir ini adil buatnya yang bergelar yatim piatu.Tapi kini baru dia sedar,Allah maha penyayang kerana menggantikannya dengan insan-insan sebaik keluarga mertuanya ini.
Di meja makan,Ilya Darisya hanya diam.Tak tahu apa yang mahu dibualkan.Sesekali saja dia menyampuk.Maklumlah sifat malu-malu pengantin barunya,masih menebal.Apatah lagi dia tidak pernah makan semeja dengan keluarga ramai begini.Paling ramai pun tiga orang.Dia,Arina dan Ibu Erma.Rasa kekok masih ada.
“Sayang..”
Ilya Darisya terkejut dengan tindakan Tengku Izzul yang tiba-tiba saja menyuakan sesudu spagethi Bolognese ke mulutnya.Dia malu.Apatah lagi melihatkan ahli keluarga mertuanya ini yang tersenyum-senyum memandang mereka dengan tekun.Sekali tengok,macam ada gaya nak tunggu penyampai mohor raja-raja untuk mengumumkan tarikh hari raya saja.
Tengku Izzul mendekatkan lagi sudu ke mulut Ilya Darisya dengan senyuman mengodanya.Ilya Darisya tersenyum penuh kekambingan.Ehh..ada ke ayat itu.Ahh..maksudnya dia tersenyum kambinglah.
Dengan drastic kakinya menendang kaki Tengku Izzul di bawah meja.Gila malu dengan perangai Tengku Izzul yang terlebih romantic dihadapan keluarga mertuanya.
“AAuww!!”Tengku Izzul menjerit kecil.Automatik sudu yang penuh spagetthi itu diletak kembali dalam pinggannya.Hilang moodnya untuk bermanja.
“Orang nak suap pun salah.”ujar Tengku Izzul mengomel perlahan.Kerusinya ditarik sedikit menjauhi Ilya Darisya.Alolo,merajuklah tu.
Ilya Darisya yang melihat tindak-tanduk suaminya itu rasa mahu ketawa sahaja.Tak comel langsung bila suaminya merajuk.
“Ek eleh,angah merajuk la.Tak cool langsung,kan kak ngah?Nak mintak pujuklah tue.”Sempat Tengku Irdina mengusik abangnya.Ahli keluarga yang lain sudah ketawa riang.
Ilya Darisya sudah garu kepala yang tak gatal.Tetiba dia rasa bersalah.Tapi takkan nak pujuk depan mama dengan abah?Malulah siot.
“Bukak mulut..”Ilya Darisya meminta penuh manja.Dia mendekatkan kerusinya dengan kerusi Tengku Izzul sambil menyuakannya spagethi.Salah satu cara yang harus dilakukan untuk memujuk suaminya.Yang penting dia tak perlu mengeluarkan ayat-ayat romantic dihadapan keluarga mertuanya untuk memujuk.
Ilya Darisya tersenyum bila Tengku Izzul membuka mulutnya.Kiranya rajuk Tengku Izzul sudah dibelinyalah kan?.Ahli keluarga yang lain senyum sambil bertepuk tangan.Isk..melampau betul reaksi mereka.Lagak macam dia mendapat tepukan gemuruh kerana berjaya melamar putera idaman saja.
Sepantas kilat satu ciuman singgah dipipinya.Ilya Darisya terkaku.Berderau darahnya menyerbu muka.Tengku Izzul tersengih.Selepas ini sah mereka akan di cop sebagai pengantin yang tak tahu malu.Owhhh…tidak.
“Uishh…angah.Tunggulah masuk bilik dulu.Tak sabar betul.Tengok dah merah muka Ilya.”Kini abang ipar Tengku Izzul pula yang menyusik.Biasalah,memang adat.Setiap pengantin akan diusik selagi bergelar pengantin baru.Haishh..dunia!
7 comments:
bestt... smbg lagi ye :-)
comel!!!
sambung lg cik writer:)
ala.. pendek..hehe xpuas!
nak lg..heheh
sambung2 :D
best..
sambung cepat ye..
ader2 jgn rsau truskan usaha murni mu mnulis e novel nie....
hehhe...tq semua...serius rase terharu sbb ada lgi yg bce...huhu
Post a Comment