Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, October 22, 2011

Please Don't Go-Bab 30++

Longlai saja kaki Ilya Darisya melangkah meninggalkan keretanya  yang dibiarkan tersadai di tepi jalan.Tidak sedar akan sepasang mata  sayu yang mengekorinya sejak tadi.
Kesedihan ditinggalkan orang yang disayangi membuatkan akalnya terasa bagaikan lumpuh.Dan yang paling menyedihkan suaminya,iaitu orang yang paling dia percayai sanggup menyembunyikan perkara ini daripada dia dan Ibu Erma.Entah macamana keadaan Ibu Erma sekarang.Sepatutnya dia menenangkan wanita tua itu.Tapi dia tak mampu,malah tindakannya lebih mendahului  akal.Sehinggakan dia sanggup memandu pergi meninggalkan hospital tanpa arah.Hasilnya kini dia terdampar di tepi jalan.Tak mampu lagi membawa hati dek tangannya yang lemah walau hanya untuk memegang stereng kereta.
Matanya yang sudah bengkak akibat menangis di tutupnya dengan cermin mata hitam .Beg tangannya dijinjing lemah.Mahu saja dia duduk di kaki lima jalan lengang ini dan menangis sepuas mungkin.Tetapi dia masih lagi waras untuk berbuat begitu.Rasa sebak yang menghimpit dadanya,dibiarkan.Namun sia-sia saja.Air matanya tetap mengalir laju mengenangkan kehilangan kali kedua.Dulu beginilah kesedihan yang dilaluinya tatkala mama dan abahnya meninggal dunia.Tapi waktu itu dia masih kecil untuk menangisi kehilangan.Yang dia tahu waktu itu ialah bertanya kemana mama dan abahnya pergi.
‘Rina…’bisiknya perlahan.Kepalanya ditundukkan menghadap kaki lima jalan.Namun kakinya masih melangkah.Entah  ke mana kaki itu akan membawanya pergi,dia ikut saja.
Ilya Darisya  cuba menenangkan dirinya.Rasanya dia tak patut meninggalkan Ibu Erma seorang diri terkontang-kanting di hospital meguruskan segala urusan jenazah Arina.Tetiba sahaja dia merasakan ada semangat yang bagaikan baru munculkan diri dalam hatinya.Dia harus kuat.Ya, kuat untuk Ibu Erma.
Namun,sesaat cuma semangat itu datang sebelum dia menekup mukanya kejap.Air matanya semakin mencurah turun.Berkali-kali  dia menggelengkan kepala.
“Aku tak….kuat.Rina….tolonglah..tolong…jangan pergi!!!!”Ilya Darisya mengongoi kuat.Sungguh,dia tak kuat untuk dugaan ini walau puas dia mendidik hati supaya jadi lebih tenang.
Dalam dia sedih begitu tiba-tiba saja beg tangannya direntap kuat sehinggakan Ilya Darisya jatuh.Pandanganya terpaku pada dua orang lelaki yang menaiki motosikal yang sudah jauh kehadapan bersama beg tangannya.Dia ingin menjerit meminta tolong.Tapi kerongkongnya bagaikan tersekat kini.Akhirnya Ilya Darisya hanya berteleku disitu sambil menangis teresak-esak.Perumpamaan sudah jatuh ditimpa tangga bagaikan kena dengan situasinya sekarang.
Lama Ilya Darisya menangis di situ sehinggalah ada seseorang yang menyuakan beg tangannya.Ilya Darisya tersentak lantas kepalanya di dongakkan ke atas.Walau sedikit kabur dek air mata,tapi dia yakin lelaki itu ialah Tengku Izzul.Ilya Darisya mengesat air matanya lalu menyambut beg tangannya.Dia bangun dibantu Tengku Izzul.Dia benci  Tengku Izzul sebab merahsiakan hal ini.Tapi entah kenapa dia tak ada mood untuk marah suaminya itu sekarang.
“Jom..kita pergi hospital ya.Jumpa Ibu Erma.”ujar  Tengku Izzul perlahan sambil mengusap kepala Ilya Darisya lembut.Dia turut sedih dan rasa bersalah apatah lagi melihatkan keadaan isterinya sekarang.Namun dia harus kuat untuk menenangkan wanita ini.
Ilya Darisya pandang Tengku Izzul sambil akalnya ligat memikirkan bagaimana Tengku Izzul berjaya mendapatkan kembali beg tangannya.Namun bibirnya bagaikan kaku untuk bertanya.Cuma matanya saja yang membalas pandangan mata Tengku Izzul lembut.Lama-lama pandangan matanya kabur dek air mata yang kembali gugur dan hatinya yang kembali sebak.Nasib baik juga ada cermin mata hitam yang dipakainya.
Tengku Izzul yang sudah menjangkakan situasi ini terus menarik isterinya kedalam dakapan.Mengusap-usap belakang wanita kesayangannya ini agar Ilya Darisya menjadi lebih tenang.
Lama mereka berkeadaan begitu .Sunyi tanpa sebarang bicara.Hanya kedengaran tangisan Ilya yang menjadi irama syahdu.Tak lama kemudian Ilya Darisya cuba merengangkan pelukan suaminya.Mengesat air matanya perlahan dengan ditonton oleh Tengku Izzul.Ilya Darisya menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan menghembusnya.
“Jom kita pergi jumpa Ibu Erma.”ajak Ilya Darisya sambil mendahului Tengku Izzul.
“Kita naik kereta abang ya?kereta Ilya nanti abang suruh Farouk tolong ambilkan.” Tengku Izzul memberi cadangan.Ilya Darisya hanya mengangguk lemah sambil kakinya dihalakan ke arah BMW X5 milik Izzul.Sedikit pun dia  tidak dipandang muka suaminya. Tengku Izzul pasti,Ilya masih marahkannya.Dia redha.Mungkin Ilya Darisya perlukan masa untuk berkeadaan seperti sediakala.
Lama Ilya Darisya dan Tengku Izzul berdiam dalam kereta.Hanya kedengaran celoteh FBI dan Fafau di corong radio.Sesekali Tengku Izzul menoleh kearah isterinya yang bersandar lesu sambil mata wanita itu kaku memadang ke luar tingkap.
Dia mahu bersuara memujuk Ilya Darisya.Tapi dia tak pasti apa yang ingin dikatakannya.Lalu hanya keluhan berat saja yang terlontar dari bibirnya.
Ilya Darisya yang tersentak dengan keluhan Tengku Izzul terus menoleh  kearah suaminya itu.Sepatutnya dia yang mengeluh bukan suaminya.Namun Ilya Darisya cepat-cepat beristigfar.Mengeluh bukan jalan penyelesaian dan amat tak disukai Allah.Jadi apa gunanya kita mengeluh?
Ilya Darisya kembali memakukan pandangannya ke luar tingkap.Mampukah dia mengiklaskan hatinya kini mengaggungkan dan melayan suaminya seperti dulu?Seperti sebelum semuanya ini terjadi? Ya,Ilya Darisya tahu,situasi dulu dan sekarang sudah berubah.Dulu tiada apa pun perkara yang membuatkan dia benci dengan Tengku Izzul.Tapi tidak sekarang.Penyakit Arina yang dirahsia oleh suaminya ini membuatkan Ilya Darisya hilang percaya padanya.Kematian Arina pula mencuri sedikit cinta dia untuk lelaki ini.Betulkah?Betulkah begitu Ilya?Betulkah kau sudah benci dengan suamimu sendiri?Betulkah cinta kau sudah berkurangan buat lelaki ini?Ilya Darisya  mengeleng perlahan.Ya,dia mengaku bahawa dia tak mampu untuk membenci  suaminya ini.Perasaan sayang dan cintanya terlalu kuat buat lelaki bernama Tengku Izzul.Namun perasaan marahnya buat Tengku Izzul masih belum berkurangan.


Ilya Darisya mendahului Tengku Izzul bagi mendapatkan Ibu Erma yang berteleku di kerusi panjang di hospital itu.Ibu Erma dipeluknya erat.Teresak-esak dia dibahu tua itu.
Tengku Izzul yang memerhati terasa bertambah bersalah.Lagi-lagi melihat wajah lesu Ibu Erma.Agak-agaknya semua keadaan akan berubahkah kalau dia berterus-terang sejak awal lagi berkenaan penyakit Arina?Ahh..takkan mungkin dia boleh putarkan masa,hanya kerana dia menyesali perbuatan lalu.Mungkin semua ini ada hikmahnya.Lagipun dia perlu hormati keputusan Arina dulu.
“Ibu tak sangka yang Rina mewarisi penyakit arwah ayahnya.”Ujar Ibu Erma perlahan.Ilya Darisya merenggangkan pelukan.Wajah Ibu Erma dipandang penuh persoalan.Begitu juga dengan Tengku Izzul.Dia tak sangka,rupa-rupanya penyakit Arina diwarisi oleh ayahnya.
“Maksud Ibu,ayah Hassan pun meninggal disebabkan penyakit nie?”Tanya Ilya Darisya perlahan-lahan bila Ibu Erma hanya diam.Takut juga kalau-kalau dia semakin menambahkan kesedihan Ibu Erma.Ilya Darisya mengeluh perlahan,apabila wanita tua itu mengangguk.Izzul terdiam,sungguh dia tak menyangka bahawa keluarga Arina ada sejarah dengan penyakit barah otak ini.Terasa dia gagal dalam menjadi doktor yang prihatin dengan pesakitnya.
Ilya Darisya memeluk kejap Ibu Erma.Dia menangis perlahan di bahu itu.Baru kini dia tahu bahawa ibu angkatnya itu kehilangan orang tersayang disebabkan satu penyakit yang sama.
“Ilya,jangan macam nie sayang.Kita redhakan pemergian Rina ya.Biar Rina tenang dekat sana.”Sebak kedengaran suara Ibu Erma.Air mata dipipi Ilya Darisya dikesatnya lembut.Kini dia hanya punyai Ilya Darisya saja di dunia ini.Arina hanya tinggal kenangan terindah buatnya yang bergelar Ibu.

P/S: INI ADALAH BAB YG SDAH DI LANGKAU..HEHEH..MAAFLAH SEMUA,TETIBA IDEA UNTUK WAT PART SEDIH DTAG,2 YANG TERWUJUDNYA BAB INI...BAB PART HONEYMOON ILYA N IZZUL AKAN MENJELANG NANTI.iNSYALLAH JIKA DIBRI KSMPATAN MASA....TQ ALL.. ^_^

5 comments:

Anonymous said...

good job :) lama x tulis ceta ni.harap nti sambung la lg next ceta ni ek...

amira aihara said...

hehhe...tq dear,..insyallah klu dberi kampatan mse ...akan ada next bab ...^_^

lysa said...

thanks ada sambong ... huhuu how's risya n izz punya life ye ... looks complicated n risya merajuk ... smapi 8 bulan n izz dah give up(prolog) ... kesiannya! cepat sambong ya dik writer ... :)

amira aihara said...

hehhe..biasalh lysa,hidup xsllu indah..panas xsllu smpai ke petg tpi jngan risau nnt akan muncul pelangi cantik....

IVORYGINGER said...

Alahai takkan la sbb hal Rina ni yg bt Lysa benci husband dia??? benda ni kan ketentuan kenapa nk salahkan husband dia??? Lgpun tu permintaan Rina tuk rahsiakan. bukan salah Izz. Risya sedar la. jgn bt Izz kecik hati akan sikap dia. ti Izz pergi br dia tau. dah la ada musuh dlm selimut yg mmg nk hancurkan perkahwinan dia. ti Nur ambik kesempatan ats sikap Risya tu. Sedar2x la Risya. Ish geram la pompuan camni. Letak emosi lebih dr akal.

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥