Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, April 9, 2012

Aku..Mahukan Cinta 18

Pintu bilik dibuka kasar, beg tangan Guess dibaling terus ke lantai. Eima yang baru nak riang ria ajak kakaknya lunch dekat luar terus pucat lesi. Ingatkan tadi boleh juga dia makan Japanese Soba dekat Secret Recipe bila kakaknya pulang awal hari ini. Tapi Nampaknya,harapan tinggal harapan ajalah.
Adelia menghampiri katil. Badannya dihempas kuat pada tilam empuk.Nasib baik empuk.Bantal bersarung ungu di tarik menutupi wajah. “Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…benci!Benci!Benci kau…. Amir!” Dia menjerit kuat. Cuba menenangkan diri yang langsung tak tenang.

Eima pasang telinga di muka pintu bilik kakaknya. Amir? Abang Amir ke? Apalah masalah diorang ni. Sekejap okay,mesra bagai angin sepoi-sepoi bahasa,sekejap tak okay,macam taufan Katrina. Apa kes?Nak kata couple of the year,tak juga. Tapi gelagat bermesraan dan gaduh-gaduh manja dah macam pasangan nak tunggu nikah saja. Tapi sekarang nie gaduh-gaduh manja ke?
Adelia mengetap kuat bibir dibawah bantal. Dia teringat kembali kata-kata mat dispatch yang dia tak kenal bergosip dengan Kak Sarah yang baru sampai ke parking lot bersama Lucy. Mungkin mereka baru mahu pergi makan tengahari kut. Niat dihati nak bagitahu yang dia nak terus balik ke officenya dan kalau ada hal berkaitan projek boleh terus telefon tapi terbantut tatkala dia terdengar sebaris ayat mat dispatch itu. Ayat yang membuatkan hatinya tersentap. Dan membuatkan dia bertambah kecewa dan marah dengan Amir.
“Betul Kak Sarah,kak Lucy. Saya tak tipu. Serious saya sendiri yang dengar semalam Encik Faris kata Encik Amir nak kahwin dengan..errmmm…apa pulak nama dia?Err..Azriena kot ke Arina.”
Mendengar ayat itu, terus Adelia rasa pelanginya semakin menghilang dan terus lenyap tak tinggalkan kesan. Yang ada cumalah hujan lebat berserta guruh. Amir..nak kahwin?Jadi selama ini Amir layan dia dengan dingin sebab hal ini ke?Sungguh..kau terlalu kejam Amir,terlalu kejam.
Lama dia terkaku,sehinggalah Kak Sarah memanggil dan menyentuh bahunya. Dia tersedar. Dia tak perlukan cinta. Dia tak perlukan cinta Amir!Sungguh! Adelia ketawa tiba-tiba. Siapalah dia,nakkan cinta dari Amir? Amir tak pandang dia pun. Adelia cuba menguatkan hati,tapi..gagal. Dia terus melajukan langkah menuju ke kereta meninggalkan mat dispatch,Kak Sarah dan Lucy yang tercengang kehairanan.
Dan..bukti kegagalan dia menerima kenyataan iti ialah dia kini sedang melepaskan geram,menjerit sekuat hati dengan muka yang ditekap dengan bantal. Dulu entah kenapa hatinya pernah yakin yang Amir sukakannnya dan dia juga cintakan Amir. Mungkin kerana waktu itu ada satu kata-kata yang keluar dari mulut Amir,membuatkan dia ingat sampai sekarang, ‘ love isn't who you can live with, it's who you can't live without.’ In fact,she, Adelia can’t live without guy named Amir.Full stop!
Bagi Adelia,dia hanya mahukan cinta,dia tak tahu bagaimana rasa cinta tapi once dia rasa tak boleh hidup tanpa Amir,terus dia jadi yakin. Tambahan lagi,bila Faris cakap yang Amir sekarang dah resign jadi Mr playboy,bertambah bahagialah dia melihat Amir. Tapi dia tak tunjuk sangat perasaannya kepada Amir. Rasa nak jual mahal. Lumrah dunia,benda yang susah dapat akan lebih dihargai. Tapi sekarang tengoklah,bukan dia yang dihargai Amir,tapi Azriena. Sungguh dia rasa mahu berada di tempat Azriena.Bertuah gadis itu. Tapi mungkin ada hikmahnya. Mungkin jodohnya bukan Amir. Mungkin jodohnya akan lagi baik berbanding Amir,Insyaallah.Dan mungkin… Allah mahu menguji hatinya dengan ujian cinta dunia.
Eima melangkah turun ke dapur. Kakaknya kalau tengah marah ,baik jangan kacau. Biarlah dia tenangkan hati dia sendiri. Kalau orang lain yang tenangkan nanti karang, jadi kes pembunuhan pulak. Kalau mak ada dekat sini lainlah cerita. Eima membuka cabinet putih. Sepaket spaghetti diambil. Belum sempat dia nak didihkan air,terdengar kakaknya menuruni tangga. Kalau Adelia tengah marah,duduk 20 kilometer pun, masih boleh dengar dia hentak kaki.
“Eh..along nak gi mana tu?” Eima bertanya laju. Dia berlari laju menyaingi kakaknya yang dah selamat masuk ke kereta.Dia mengeluh. Haishh..susahnya nak control,along.
*******
Adelia suap rakus ais cream nestle la cremeria ke mulutnya. Dah tinggal separuh dia makan. Tapi masih rasa tak tenang hati. Lama,barulah dia menarik senyum nipis. Sudu ditanggan diletakkan dalam beg plastic. Bekas 4 segi ice cream ditutup perlahan. Memanglah dia tak tenang. Bukan begini caranya nak cari ketenangan. Datang ke Port Dickson nak rasa angin laut sambil makan ice cream perisa coklat. Bukan begini,Adelia. Kau sepatutnya mengadu pada Allah,sebab Dia yang pinjamkan kau semua perasaan ini.Adelia mengingatkan hatinya.
Dia bangun sambil membimbit beg tangan dan beg plastic ice cream. Tangan kirinya menepuk-nepuk seluar yang sudah bersalut pasir pantai. Segera ingin beredar untuk pulang ke rumah mengadap Maha Pencipta,dan juga Eima yang pastinya tengah risau. Baru saja dia ingin menghampiri kereta,dua orang lelaki tiba-tiba meluru ke arahnya laju.Dia kaget.
********
Eima mundar-mandir di ruang tamu. Sesekali dia mendekati jendela.Mengintai-intai,kut-kut kakaknya muncul.Tapi dia hampa.Dah hampir pukul 11.30 malam, kakaknya masih tak menampakkan batang hidung di depan pintu.Dia risau dan musykil.Takkanlah  rajin sangat kerja sampai nak tidur dekat ofis. Kalau betul pun,apa salahnya kalau telefon,bagitahu dekat mana berada dan kenapa tak balik rumah lagi. Tapi memang betulkan tadi Adelia keluar buru-buru ke office?Maklumlah tadi kakaknya balik marah-marah semasa lunch break dan keluar semula after break,so mestilah ke office.Ke kakaknya melencong ke lain?Eima bertambah ragu memikirkan.
Jangan-jangan balik kampong tak?Eima berfikir.Tapi takkanlah balik kampong sampai tak ajak dia sekali.
Dia mula risau dan fikir yang tidak-tidak.Tapi kalau sekejab lagi dia jumpa kakak,dia akan pastikan kakaknya pecah kepala kena hempuk dengan sofa ni.Selalu aja buat orang macam kucing nak bersalin.Kehulu-kehilir ukur luas rumah dengan telefon bimbit setia dekat tangan.Dahlah dia call tak angkat.Asyik operator aja yang duk setia jawab call dia.Dia bukan nak dengar suara merdu operator tu.Dia nak dengar suara serak-serak basah alongnya yang ala-ala Pretty Zinta.
Eima beralih ke sofa.Skrin televisyen yang duk tayang cerita drama melayu klise langsung tak menarik minat.Kalau panggil pelakon handsome tak boleh blah belakon depan dia pun,dia buat tak tahu aja dalam keadaan genting macam nie.
Samsung Corbynya diperhatikan lagi.Nak call mak,tapi takut mak terkejut terus naik bas datang sini pulak.Nak call Kak Julia,tapi Kak Julia tengah syok camping dengan student UPMnya dekat Gunung Jerai.Nak call  Kak Ita,tapi rasanya sia-sia aja call orang yang tengah honeymoon dekat Pangkor. Nak call Abang Amir,tapi…..tapi?Yeaaaay…Eima bersorak riang.Abang Amir aja yang tak ada alasan kukuh untuk dia tak call.Ehhh…tapi bukan tengahari tadi kakaknya ada konflik besar ke dengan Abang Amir. Dia berfikir sejenak. Telefon bimbit dihentakkan perlahan di dahinya. Ahhh…pedulikan.Darurat nie.
“Hello,Abang Amir!”Eima menjerit tatkala talian bersambung.
Amir di sebelah sana berusaha focus dengan suara Eima.Bukan terlebih dengar tapi tak dengar.Maklumlah dia sekarang tengah main boling dengan geng-gengnya termasuklah kawan baik aka sahabat dunia akhirat,Khairul dan Faris gara-gara nak tenangkan hatinya yang gundah sebab bergaduh dengan Adelia masa dekat office tengahari tadi.Keadaan yang macam funfair membuatkan Amir  menjauhkan diri sedikit.Bila sampai turn dia nak tunjukkan kehebatan main boling terus dia pass dekat Faris.Kalau Faris main sure,sure,sure dan sure markah dia menjunam.Tapi peliknya Faris jugak yang dia cari suruh ganti.
“Kenapa Eima?”
“Abang Amir ada dengan Kak Didi tak?”
“Kak Didi?”Amir garu kepala. Didie Alias mana pulak yang Eima cari nie?
“Kak Adelia la. Family and sanak-saudara panggil Didi.”Eima terang ringkas. Tengah darurat,mana boleh bercerita macam dekat pertandingan bercerita antarabangsa.
 “Kak Didi.”Amir sebut perlahan.Comel. Terus dia lupa dia pernah bergaduh dengan Adelia tadi.
“Bukan dia dah balik ke pukul 1 tadi?”Amir pelik takkan balik pukul 1 tengahari dan sampai sekarang pukul 11.50 malam still tak sampai rumah.Bukannya jarak ofis dengan rumah sampai beratus-ratus kilometer.Tak pun mungkin Adelia bertapa dekat office di syarikat consultant tempat gadis itu bekerja.
“Tapi sampai sekarang Kak Didi tak sampai rumah lagi.”Eima kembali risau.Ternyata Abang Amir juga tak tahu kemana alongnya pergi.
“Dah call phone Kak Didi,tak pun call office Kak Didi?”
“Dah,tapi tak ada orang jawab.”
Amir automatic menegakkan badannya.Dia mula kuatir. Dia tak tahu kemana Adelia pergi lepas mereka bergaduh. “Ada tanya kawan-kawan dia yang lain?”
“Eima dah call,tapi tak angkat.Kawan-kawan Kak Didi kebanyakkannya tak ada dekat sini.Eima tak tahu nak tanya siapa lagi.”
Amir terdiam. Takkanlah Adelia melarikan diri sebab dia tengking gadis itu tengahari?Dia cemas.
“Okay,okay,macam nie,Eima tunggu aja dekat rumah.Kut-kut nanti Kak Didi call.Biar abang Amir aja yang pergi cari Kak Didi,okay?”
“Okay,thanks Abang Amir.”Dia lega.Sekurang-kurangnya ada usaha nak cari kakaknya.
“Okay,nanti kalau Kak Didi call atau balik rumah,inform Abang Amir ya.” 
"Okay."
Amir bergegas mendapatkan Faris dan yang lain. Dia ingin beredar segera mencari Adelia. Dikala ini dia terlupa dengan perintah akalnya yang mahukan dia menjauh dan tak endahkan Adelia.
Tatkala dia menghampiri kereta,satu panggilan dari nombor asing Berjaya memberhentikan langkahnya.Teragak-agak dia mahu mengangkat telefon.
“Helo.”
Amir terkesima.Blackberrynya digenggam kuat.Adelia!


p/s: jgn risau semua..cerita nie hepy ending..cik writer jamin..heheh (bgtau awal2 sbb tkut kna hentam dgn pembce n pengomen)
peace :D

5 comments:

eija said...

Kne culik ke??? Ishhhh sbuggggg... Xsbr nie..

Aida Sherry said...

apa dah jadi dgn Adelia.....hati dah dup dap dup dap.... plz tell me what happen to her....

sweety said...

cik writer bz ke? lama tau tggu n3 ni..sob sob sob

amira aihara said...

eija n aida :sabar ya my dears..heheh

sweety: sgt busy dear...lgi bpe mggu je nak anta tesis,nak exam final
nak gi perak,nak wat amali..hahahah...
klau nak snarai mmg byk...
idea mlimpah ruah,tpi xde mse..heheh...

Anonymous said...

hah, nie mesti org dato' azman yg culik adelia..

[hawa]

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥