“Apasal
pulak I yang kena duduk rumah?” Amir merungut. Disandarnya badan ke kepala
katil dengan perasaan tak puas hati. Matanya memerhatikan tajam segala
gerak-geri si isteri yang sudah lengkap memakai pakaian untuk ke ofis. Ahh..
rugi jugak masuk bilik lambat lepas sarapan tadi. Kalau tak dapat jugak peluang
keemasan. Ini tak masuk-masuk aja Adelia dah siap segalanya. Tinggal nak gerak
ke ofis aja. Bukan setakat peluang keemasan, peluang kegangsaan pun tinggal
dihujung tanduk aja..Eh!Gatalnya kau, Amir.
“Yelah, sebab awak boss. Saya temporary
project consultant aja.”
“ Tapi boleh aja kalau kita pergi ofis
sama-sama kan?” Amir masih tak putus asa.
“Boleh, kalau awak nak staf-staf awak mula
curiga kenapa awak dan saya cuti pada hari yang sama dan start kerja
pada hari sama jugak. Nak ke jadi macam tu?”
“Okay aja.”
“Okay, fine. I don’t care. Yang nak tanggung problem awakkan, bukan
saya.” Adelia berkata selamba. Geram pun ada jugak. Dari mereka berada di taman
tadi, Si Amir ni asyik nak cari pasal aja. Sudahlah dia tengah sibuk
menjalankan misi pencarian telefon bimbit yang entah ke mana hilangnya.
Amir pandang Adelia tajam. “Arghhhh.” Dia menjerit sambil meramas-ramas geram rambutnya.
Cuba melepas rasa teraniya oleh isteri
sendiri.
Adelia sembunyi senyum. Tiba-tiba dia
terfikirkan sesuatu. “Boleh tolong call phone saya tak?”
“Call sendiri.”
Eh eh. Merajuklah tu. Ingat isteri awak nie
nak pujuk ke? “Okay, saya guna phone awak kejap erk. Awak letak nama
apa?” Adelia bertanya sambil meneliti nama- nama dari senarai contact Amir.
“Isteri kejam!”
“Haaaa..?” Adelia terkejut. Dia tatap wajah
masam Amir. Iskk..tu dah macam doa aja. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa sebab
suami murka.
Amir mengeluh perlahan. Kesian pulak tengok
wajah terkejut Adelia.
“My love.” Dia berkata perlahan.
Pandangannya dihalakan pada skrin televesyen yang terpasang sejak tadi.
Adelia senyum panjang. Dia mula mencari nama
‘My Love’. Namun selepas itu, dia tersentak. “Kenapa ada My love 1
dengan My Love 2 nie? Awak curang erk? Eeeei …itulah kerja playboy. Tak
cukup satu.” Adelia rasa geram bercampur sedih. Nak aja dia baling handphone
canggih ini keluar tingkap. Biar berkecai. Nak kata dia ada dua nombor, memang
mustahil. Dia tak suka guna banyak nombor. Sejak dia guna telefon bimbit, baru
dua kali nombornya bertukar. Itupun sebab sim kad nombor lama hilang setahun
lepas.
Amir terdiam. My Love 1 and My
Love 2? Owhhh..dia tersenyum sendiri. Kenangan hampir setahun dahulu
kembali berada di minda.
“Ehhhh..bro kita tanya perempuan tu la.”
“Iskk..tak payah la. Guna GPS sudah.
Bukannya sesat dalam hutam amazon pun.” Khairul membantah. Nampak sangat tujuan
utama Amir bukan sekadar bertanya tempat tapi nak bertanya nombor phone.
Memang tak habis-habis dengan playboynya. Kata nak insaf, tapi rasanya dah
berbulan dengar tapi tak jugak insaf-insaf. Semakin menjadi-jadi adalah.
“Ala..relax arr. Kau ingat GPS ni
betul sangat ke?”
“Yelah tu, kata GPS tercanggih abad ni.”
“Heheh..tak boleh nak turn back la,
aku dah siap parking kereta depan dia ni.” Amir senyum. “Kau tunggu
dalam kereta. Aku keluar tanya kejap.”
“Keluar tanya ke keluar jual minyak?”
Khairul menyoal geram.
“Kau rasa?” Amir senyum seraya mengenyitkan
matanya.
Ahhhh..dasar playboy. Bagitau mummy
kau karang, baru tahu.
“Errr…cik, nak tanya sikit boleh?” Amir senyum
sehabis manis. Berbeza dengan perempuan di hadapannya ini yang memandangnya seperti
pesalah yang perlu dihukum gantung. Agak seram.
Tapi tak apa. Mungkin juga itu taktik perempuan ini untuk jual mahal.
Eh..ye ke?
Adelia masih belum bersuara. Hanya
diperhatikan tindakan lelaki ini yang kembali ke kereta mengambil sesuatu.
Haaah.. se..suatu? Pisau ke? Dia nak merompak? Ahhh…serius ke nie? Tapi…dia
pakai baju melayu. Siap naik kereta CRV yang smart tu. Ehh…Hello Adelia jangan
ingat manusia yang mengenakan baju melayu tak mencuri ya. Kalau dah niat mencuri, merompak, meragut dan
segala ‘me’ lagi, pakai baju apa pun dia tetap akan buat kerja tak senonoh tu. Eh..betul
jugak. Oh my god. What should I do?
“Okay Didi, relax.” Adelia menenangkan diri sendiri. Dia menfokuskan
matanya. Macam benda petak warna ungu. Apa tu? Hahhhh…Sapu tangan yang ada kloroform
ke? Dia nak culik aku? Ahhhhh..makkkkkkkk.
“ Err..cik, owhh cik.” Amir pelik. Boleh
pulak perempuan cun nie melayan perasaan dekat sini. Culik karang baru tahu.
“Cik..”
“Awak nak culik saya erk?!” Adelia sedikit
menjerit.
Amir dah ternganga dengan soalan mengejut
itu. Tapi dasyat jugak perempuan ni. Macamana dia tahu apa yang Amir fikir.
Anak nujum tak? “Ehhh..mana ada. I just nak tanya jalan aja nie?”
“Ohhh. Iya ke?” Ton suara Adelia diturunkan
sedikit. Tetapi dia masih kurang percaya.
“Iya.” Amir menyakinkan.
“Err..jalan apa?” Adelia masih ragu-ragu.
Tapi bila diteliti gaya lelaki ini macam tak ada ciri-ciri penculik atau
perompak pun.
“Nie.” Amir menunjukkan alamat rumah
pengantin lelaki pada kad kahwin yang dibawa.
Adelia termalu sendiri. Patutlah pakai baju
melayu dengan sampin bagai. Nak pergi rumah kenduri rupanya. “Ermm..kejap ya
saya tengok.” Dia meneliti alamat tersebut. Lama. Lama. Dan tenungan paling
lama.
“Err..cuba ikut peta dekat belakang kad nie.
Nanti jumpalah tu.” Adelia sengeh.
Bummmm. Amir dah jatuh rahang. Punyalah lama
dia tunggu perempuan ni fikir, kot-kot la dia nak tunjukkan jalan sampai depan
pintu rumah pengantin ke, but lastly….. itu aja yang dia dapat? Memang
betullah cakap Khairul, dia patut tanya GPS aja.
Adelia masih sengeh. Aisehh..rasa kejam
pulak bila suruh lelaki ini tengok peta aja, tapi aku pun bukan orang sini.
Setakat ibu negeri aku tahulah.
“Err..kalau sesat macamana?”
“Err.. kereta awak yang smart tu tak ada GPS
ke?”
“Tak ada.” Tipu sunat.
“Owhhh..” Adelia terdiam. Blur seketika.
Macamana kalau dia sesat. Dah la nak pergi kenduri. Karang sampai-sampai aja, orang
dah sibuk nak kemas. Entah-entah khemah pun dah dirobohkan masa itu.
“Ermm..okay macam ni. Boleh bagi nombor
phone awak?” Amir berlagak serius dengan cadangannya.
“Nak buat apa?” Adelia mula rasa pelik.
“Kot-kot saya sesat, boleh call awak
tanya direction yang betul.”
Haa?..Adelia garu kepala. Sejak bila pulak
dia nie jadi Google maps. Nak tanya direction bagai. Dekat tempat
sendiri pun dia selalu kena buat U-turn
sebab asyik sesat, inikan pula dekat tempat orang. Haishhh. Ehh..wait,
takkanlah nie taktik nak mengorat kot.
“Iya ke takut sesat? Ke taktik nak mengorat.
Tapi kan taktik nie dah lapuk la. Kalau lelaki tu playboy dia takkan guna
taktik ni dah.” Adelia semakin berani. Maklumlah lelaki ini nampak baik saja.
Lainlah kalau muka samseng dengan tatu bagai. Mahu kecut perut dia. Waktu itu
bukan setakat cakap, nak bernafas pun dia rasa semput.
“ Hahah..Adoi..ye ke? So saya salah
guna taktik la nie.”
Gotcha! Pandai jugak aku teka ya. Dia memuji
diri sendiri.
“Saya memang nak mengorat awak tapi kan…saya
still takut kalau saya sesat. So nah…ini kad saya. Ada nombor phone
dekat situ.” Ujar Amir sambil menghulurkan kadnya.
Lambat-lambat Adelia mengambilnya seraya
memikirkan sesuatu.
“Untuk apa kad nie?”
“Incase saya sesat nanti.” Amir senyum.
Adelia fikir panjang.
“Tapi….kalau awak sesat, macamana saya nak
tahu awak sesat waktu bila? Dan macamana awak boleh expect yang saya
akan call awak right after awak sesat?” bertubi-tubi Adelia
menyoal.
“Oh
god, macaman saya boleh tak
terfikir,ya? Haishhhh…” Amir tepuk dahi. “Errmm..It’s okaylah, kalau
macam tu. Nak buat macamana kan. I think I have to go. Kawan saya dah
tunggu lama tu.”
“Eh.kejap.” Adelia mengambil pen di dalam
beg tangannya. Dia mencatit sesuatu di belakang kad yang Amir bagi tadi.
“Nah..nombor phone saya. In case
kalau sesat nanti, call lah.” Dia menyerahkan kembali kad Amir yang
mengandungi nombor telefon bimbitnya.
Amir kawal senyum. “Thanks ya.” Dia
terus mendapatkan keretanya. Seketika kemudian dia berpaling. “You know
what. Kalau playboys professional kan dia akan mix and match kan old
tactic dengan the new one untuk dapat nombor phone ni.” Amir berkata
dengan senyuman penuh menggoda bersama lagak playboy. Tangannya melambai-lambai
bersama kad yang sudah tertera nombor Adelia.
Adelia yang baru tersedar akan tactic
mengorat lelaki tadi, terus terkaku. Tapi selepas itu dia senyum saja. “Dasar playboys
cool and smart.” Dia memuji
Dari jauh Adelia hanya memerhatikan CRV itu
meluncur laju. Kemana? Dia pun tak pasti dengan alamat rumah pengantin tadi.
“ 18. 34 minit. The longest time kau
guna untuk dapatkan nombor phone perempuan. Ermmm..why huh? Dah merudum
ke kerjaya playboy kau?” Khairul senyum sinis.
“Relax la bro. Yang baik takkan mudah
dicapai.”
“Haha..Iyalah tu.”
#####
“Mana
satu, nombor saya nie?” Adelia bertanya geram. Handphone canggih sangat
sampaikan dia tak tahu macamana nak tengok nombor phone My Love 1 and
My Love 2.
“Bak sini.” Amir mengambil handphonenya. Hilang
sudah kenangan yang diimbau. Dia kemudiannya mendail nombor telefon bimbit My
Love 2.
“Yeayyy..dah jumpa. Thanks ya.”
Adelia gembira. Segera dia mencapai telefon bimbitnya yang tersorok dibawah
bantal dan segera turun ke bawah. Terlupa untuk bersalam dengan suaminya. Juga terlupa
dengan ‘kecurangan’ Amir.
Amir hanya memandang. Dia senyum sedikit.
“Haishh.. nombor phone sendiri pun tak perasan.”
Dalam leka itu, tiba-tiba phonenya berbunyi.
Mummy’s calling.
####
“Mak, Didi dah pergi kerja erk?”
Tergopoh-gapah Amir menuruni tangga. Puan Ainon yang sedang sibuk memvakum
karpet merahnya memandang pelik. Aik..baru aja nikah beberapa hari, dah buat
hal masing-masing ke?
“ Dekat luar lagi kot. Tadi dia tengah
panaskan enjin kereta. Cuba Amir pergi tengok.” Puan Ainon memberi saranan. Amir
segera keluar mendapatkan Adelia.
“Didi.”
Adelia menoleh. Amir nampak
termengah-mengah. “Mummy call. Dia tanya kenapa menantu dia tak
jenguk-jenguk dia pun?”
“Haaa?” Adelia ternganga. Aduhai..macamana
dia boleh lupa yang dia dah ada keluarga mertua. Habislah dia. Dah dua hari nikah,tapi dia masih belum
berkenalan dengan keluarga mertuanya secara rasmi. Mesti dia dah di cop sebagai
menantu derhakakan? Ahhhhhhh….
“Err..awak..nak buat macamana nie?” Dia
gelabah.
“Masuk dalam, pergi tukar baju lepas tu kita
balik rumah sana.”
“ Sekarang ke?”
“Habis tu tahun depan?”
“Takuttttt.”
“Siapa suruh cari pasal.”
“Tolonglaaaaa.”
“I tengah tolonglah nie. Dah cepat tukar
baju.”
“Nie semua awak dengan perempuan hari tu
punya pasal la.”
“Perempuan hari tu?” Amir menjongketkan
keningnya. Adelia dah gelabah. Jangan Amir cop dia sebagai seorang yang cepat
cemburu sudah. Bukan dia tak faham yang si Amir nie playboy. So banyak aja perempuan yang
dia kena hadapi bila dah jadi isteri nie. Salah satunya perempuan di villa
keluarga Amir hari tu. Siap berpeluk sakan lagi. Itulah penyebabnya kenapa dia
terbantut nak bertemu dan berkenalan dengan keluarga Amir. Bukan dia sengaja
mengelat tau.
“Gadis hari tu ke?” Amir senyum panjang.
Adelia sudah mencebik muak. Rasa nak
termuntah. Gadis? Eleh gadis la sangat perempuan hari tu. Benci arrr.
“Cakap la orang tu jealous.” Amir senyum extreme
lagi. Dia menolak perlahan bahu Adelia dengan bahunya berkali-kali bila isterinya
hanya diam. Malulah tu.
“Malas nak jealous. Kalau saya nie cepat
jealous dah lama saya bunuh diri sebab tak tahan dengan sikap playboy awak tu.
Dah berapa orang perempuan saya tengok duk menyendel dekat awak, saya cool aja.”
“ Haha..okay, okay. I faham. Mrs Didi nie
memang tak jealous macam gadis hari tu yang cabut lari dengan teksi sebab nampak hubby dia bermesra dengan gadis
lain kan? Siap kena kick dengan handbag lagi. Cian hubby dia.”
“Err..itu geramlah bukan jealous.”
“Eh..Mrs Didi nie kenal ke dengan gadis hari
tu?” Amir menyakat laju.
“Eeei..karang ada jugak orang yang nak kena side
kick lagi. Suka betul nak kacau orang. Pagi-pagi lagi dah bagi orang marah.
Nak balas dendam pasal agreement pagi tadilah tu.” Adelia mengomel
panjang. Geram dengan usikan Amir punya pasal, menonong saja dia masuk ke dalam
rumah. Ada baiknya dia get ready
untuk bertemu keluarga mertua daripada layan Amir melalut.
Amir ketawa kuat. “Gurau sikit pun nak
marah. Period ke apa?”
#####
“Wow banyaknya makanan. Mummy masak semua
nie ke?” Adelia rasa teruja. Makanan di atas meja makan diteliti satu-persatu. Berkat
sejam lebih mereka bersuai kenal, Adelia mulai rasa selesa. Kagum dengan abah
dan mummy mertuanya yang sangat low profile. Tak macam Amir yang memang
nampak habis gaya mertoseksualnya. Dari
jauh pun dah tahu dia ini anak orang
berada.
Datin Hannah hanya tersenyum. “Bukan mummy
aja, Mak Mah pun join.”
“Iyalah, nak suruh menantu baru dia masak,
datang pun dah pukul 12 lebih. Padahal siap punyalah awal.” Bersahaja Amir membuka
pekung di dada. Adelia dah jegil mata. Gila tak membantu isteri langsung.
“Amir..kenapa usik Adelia macam tu?” Amir buat muka dengan teguran ibunya. Adelia
dah ketawa gembira. Maklumlah dah ada orang yang sayang dalam vila ni.
“Dah..tak payah hiraukan Amir nie. Jom kita
makan.” Datuk Aliff mula membaca doa makan. Mak Mah turut menyertai bila Datin
Hannah memberi isyarat mata menyuruh wanita separuh abad itu duduk
bersebelahannya. Tak mahu meja makan nampak kosong bila anak-anaknya yang lain sibuk dengan
family sendiri.
“Sedap. Mummy mesti selalu masakkan?” Adelia
memuji. Dia sebenarnya kagum dengan Datin Hannah yang lebih suka memasak
sendiri tanpa bantuan Mak Mah. Bagi Datin Hannah biarlah segala makanan dari
air tangannya sendiri.
“Suri rumah, Delia. Tak ada kerja lain,
asyik masak dan jaga rumah tangga ajalah.”
“Itulah sebabnya abah sayang mummy. Kan abah
kan?” Amir menyampuk. Habis merah muka Datin Hannah. Malu bila diusik begitu di
depan anak menantu. Kalau dia muda lagi, tak apalah jugak.
“Tau tak apa.” Dato’ Aliff bersuara selamba.
Memang riuh meja makan dibuatnya bila Datin Hannah menjeling manja.
“Adelia,
pandai masak?” Datin Hannah bertanya tiba-tiba. Soalan itu walau kedengaran
lembut, tetapi Adelia sudah terbatuk-batuk. Kalaut juga Datin Hannah
mengusap-usap belakang menantunya. Amir dah ketawa geli hati.
“Err.. tak pandai sangat. Masakan yang
simple-simpa aja Didi tahu.” Adelia bersuara tatkala tekaknya sudah terasa
lega. Ada baiknya dia berterus terang menganai kelemahannya yang itu, daraipada
dia cakap bohong.
Datin Hannah tersenyum. Sejuk mata Adelia
melihatnya. Patutlah Dato’ Aliff sayang sangat dengan Datin Hannah. Maklumlah
isterinya sangat sempurna pada pandangan mata manusia. Kalau dia, tak tahulah
Amir sayang sampai ke tua atau tak. Sudahlah kasar, kerja nak melawan cakap dengan
Amir aja. Masak pun tak pandai sangat, apatah lagi menguruskan rumahtangga.
“Tak apa, mummy dulu pun abah yang ajar
masak.”
“Really.” Adelia kagum. Tak sangka Dato’
Aliff pakar dalam memasak. Tapi memang dia percaya pun. Bagi dia lelaki masak
lagi sedap dari perempuan yang memasak. Sebab itulah dekat restoran-restoran
ramai chef-chefnya ialah lelaki.
“Itu dulu, Adelia. Sekarang abah nak goreng
telur pun dah tak pandai. Nak kena harapkan mummylah.” Dato’ Aliff merendah
diri.
Adelia senyum. “So maksudnya, awaklah yang
kena ajar saya masak?”
“Hah? Apasal pulak?” Amir pelik.
“Iyalah dah abah yang ajar mummy masak. So
awak pun kenalah ajar saya masak.”
“Tak kuasa I.”
“Ek eleh..cakaplah awak pun tak tahu masak.”
Amir diam. Segera dia menghabiskan nasi
dalam pinggannya. Tiba-tiba dia rasa berselera. Nak membantah cakap Adelia,
tapi tak boleh sebab dia memang tak tahu masak! Tapi logic la jugakkan kalau
lelaki tak tahu masak?