Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, January 28, 2013

Aku.. Mahukan Cinta 25


 “Apasal pulak I yang kena duduk rumah?” Amir merungut. Disandarnya badan ke kepala katil dengan perasaan tak puas hati. Matanya memerhatikan tajam segala gerak-geri si isteri yang sudah lengkap memakai pakaian untuk ke ofis. Ahh.. rugi jugak masuk bilik lambat lepas sarapan tadi. Kalau tak dapat jugak peluang keemasan. Ini tak masuk-masuk aja Adelia dah siap segalanya. Tinggal nak gerak ke ofis aja. Bukan setakat peluang keemasan, peluang kegangsaan pun tinggal dihujung tanduk aja..Eh!Gatalnya kau, Amir.
“Yelah, sebab awak boss. Saya temporary project consultant aja.”
“ Tapi boleh aja kalau kita pergi ofis sama-sama kan?” Amir masih tak putus asa.
“Boleh, kalau awak nak staf-staf awak mula curiga kenapa awak dan saya cuti pada hari yang sama dan start kerja pada hari sama jugak. Nak ke jadi macam tu?”
“Okay aja.”
“Okay, fine. I don’t care. Yang  nak tanggung problem awakkan, bukan saya.” Adelia berkata selamba. Geram pun ada jugak. Dari mereka berada di taman tadi, Si Amir ni asyik nak cari pasal aja. Sudahlah dia tengah sibuk menjalankan misi pencarian telefon bimbit yang entah ke mana hilangnya.
Amir pandang Adelia tajam. “Arghhhh.”  Dia menjerit sambil meramas-ramas geram rambutnya. Cuba  melepas rasa teraniya oleh isteri sendiri.
Adelia sembunyi senyum. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. “Boleh tolong call phone saya tak?”
Call sendiri.”
Eh eh. Merajuklah tu. Ingat isteri awak nie nak pujuk ke? “Okay, saya guna phone awak kejap erk. Awak letak nama apa?” Adelia bertanya sambil meneliti nama- nama dari senarai contact Amir.
“Isteri kejam!”
“Haaaa..?” Adelia terkejut. Dia tatap wajah masam Amir. Iskk..tu dah macam doa aja. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa sebab suami murka.
Amir mengeluh perlahan. Kesian pulak tengok wajah terkejut Adelia.
My love.” Dia berkata perlahan. Pandangannya dihalakan pada skrin televesyen yang terpasang sejak tadi.
Adelia senyum panjang. Dia mula mencari nama ‘My Love’. Namun selepas itu, dia tersentak. “Kenapa ada My love 1 dengan My Love 2 nie? Awak curang erk? Eeeei …itulah kerja playboy. Tak cukup satu.” Adelia rasa geram bercampur sedih. Nak aja dia baling handphone canggih ini keluar tingkap. Biar berkecai. Nak kata dia ada dua nombor, memang mustahil. Dia tak suka guna banyak nombor. Sejak dia guna telefon bimbit, baru dua kali nombornya bertukar. Itupun sebab sim kad nombor lama hilang setahun lepas.
Amir terdiam. My Love 1 and My Love 2? Owhhh..dia tersenyum sendiri. Kenangan hampir setahun dahulu kembali berada di minda.
“Ehhhh..bro kita tanya perempuan tu la.”
“Iskk..tak payah la. Guna GPS sudah. Bukannya sesat dalam hutam amazon pun.” Khairul membantah. Nampak sangat tujuan utama Amir bukan sekadar bertanya tempat tapi nak bertanya nombor phone. Memang tak habis-habis dengan playboynya. Kata nak insaf, tapi rasanya dah berbulan dengar tapi tak jugak insaf-insaf. Semakin menjadi-jadi adalah.
“Ala..relax arr. Kau ingat GPS ni betul sangat ke?”
“Yelah tu, kata GPS tercanggih abad ni.”
“Heheh..tak boleh nak turn back la, aku dah siap parking kereta depan dia ni.” Amir senyum. “Kau tunggu dalam kereta. Aku keluar tanya kejap.”
“Keluar tanya ke keluar jual minyak?” Khairul menyoal geram.
“Kau rasa?” Amir senyum seraya mengenyitkan matanya.
Ahhhh..dasar playboy. Bagitau mummy kau karang, baru tahu.
“Errr…cik, nak tanya sikit boleh?” Amir senyum sehabis manis. Berbeza dengan perempuan di hadapannya ini yang memandangnya seperti pesalah yang perlu dihukum gantung. Agak seram.  Tapi tak apa. Mungkin juga itu taktik perempuan ini untuk jual mahal. Eh..ye ke?
Adelia masih belum bersuara. Hanya diperhatikan tindakan lelaki ini yang kembali ke kereta mengambil sesuatu. Haaah.. se..suatu? Pisau ke? Dia nak merompak? Ahhh…serius ke nie? Tapi…dia pakai baju melayu. Siap naik kereta CRV yang smart tu. Ehh…Hello Adelia jangan ingat manusia yang mengenakan baju melayu tak mencuri ya.  Kalau dah niat mencuri, merompak, meragut dan segala ‘me’ lagi, pakai baju apa pun dia tetap akan buat kerja tak senonoh tu. Eh..betul jugak. Oh my god. What should I do?
“Okay Didi, relax.”  Adelia menenangkan diri sendiri. Dia menfokuskan matanya. Macam benda petak warna ungu. Apa tu? Hahhhh…Sapu tangan yang ada kloroform ke? Dia nak culik aku? Ahhhhh..makkkkkkkk.
“ Err..cik, owhh cik.” Amir pelik. Boleh pulak perempuan cun nie melayan perasaan dekat sini. Culik karang baru tahu. “Cik..”
“Awak nak culik saya erk?!” Adelia sedikit menjerit.
Amir dah ternganga dengan soalan mengejut itu. Tapi dasyat jugak perempuan ni. Macamana dia tahu apa yang Amir fikir. Anak nujum tak? “Ehhh..mana ada. I just nak tanya jalan aja nie?”
“Ohhh. Iya ke?” Ton suara Adelia diturunkan sedikit. Tetapi dia masih kurang percaya.
“Iya.” Amir menyakinkan.
“Err..jalan apa?” Adelia masih ragu-ragu. Tapi bila diteliti gaya lelaki ini macam tak ada ciri-ciri penculik atau perompak pun.
“Nie.” Amir menunjukkan alamat rumah pengantin lelaki pada kad kahwin yang dibawa.
Adelia termalu sendiri. Patutlah pakai baju melayu dengan sampin bagai. Nak pergi rumah kenduri rupanya. “Ermm..kejap ya saya tengok.” Dia meneliti alamat tersebut. Lama. Lama. Dan tenungan paling lama.
“Err..cuba ikut peta dekat belakang kad nie. Nanti jumpalah tu.” Adelia sengeh.
Bummmm. Amir dah jatuh rahang. Punyalah lama dia tunggu perempuan ni fikir, kot-kot la dia nak tunjukkan jalan sampai depan pintu rumah pengantin ke, but lastly….. itu aja yang dia dapat? Memang betullah cakap Khairul, dia patut tanya GPS aja.
Adelia masih sengeh. Aisehh..rasa kejam pulak bila suruh lelaki ini tengok peta aja, tapi aku pun bukan orang sini. Setakat ibu negeri aku tahulah.
“Err..kalau sesat macamana?”
“Err.. kereta awak yang smart tu tak ada GPS ke?”
“Tak ada.” Tipu sunat.
“Owhhh..” Adelia terdiam. Blur seketika. Macamana kalau dia sesat. Dah la nak pergi kenduri. Karang sampai-sampai aja, orang dah sibuk nak kemas. Entah-entah khemah pun dah dirobohkan masa itu.
“Ermm..okay macam ni. Boleh bagi nombor phone awak?” Amir berlagak serius dengan cadangannya.
“Nak buat apa?” Adelia mula rasa pelik.
“Kot-kot saya sesat, boleh call awak tanya direction yang betul.”
Haa?..Adelia garu kepala. Sejak bila pulak dia nie jadi Google maps. Nak tanya direction bagai. Dekat tempat sendiri pun  dia selalu kena buat U-turn sebab asyik sesat, inikan pula dekat tempat orang. Haishhh. Ehh..wait, takkanlah nie taktik nak mengorat kot.
“Iya ke takut sesat? Ke taktik nak mengorat. Tapi kan taktik nie dah lapuk la. Kalau lelaki tu playboy dia takkan guna taktik ni dah.” Adelia semakin berani. Maklumlah lelaki ini nampak baik saja. Lainlah kalau muka samseng dengan tatu bagai. Mahu kecut perut dia. Waktu itu bukan setakat cakap, nak bernafas pun dia rasa semput.
“ Hahah..Adoi..ye ke? So saya salah guna taktik la nie.”
Gotcha! Pandai jugak aku teka ya. Dia memuji diri sendiri.
“Saya memang nak mengorat awak tapi kan…saya still takut kalau saya sesat. So nah…ini kad saya. Ada nombor phone dekat situ.” Ujar Amir sambil menghulurkan kadnya.
Lambat-lambat Adelia mengambilnya seraya memikirkan sesuatu.
“Untuk apa kad nie?”
Incase saya sesat nanti.” Amir senyum. Adelia fikir panjang.
“Tapi….kalau awak sesat, macamana saya nak tahu awak sesat waktu bila? Dan macamana awak boleh expect yang saya akan call awak right after awak sesat?” bertubi-tubi Adelia menyoal.
 Oh god, macaman saya  boleh tak terfikir,ya? Haishhhh…” Amir tepuk dahi. “Errmm..It’s okaylah, kalau macam tu. Nak buat macamana kan. I think I have to go. Kawan saya dah tunggu lama tu.”
“Eh.kejap.” Adelia mengambil pen di dalam beg tangannya. Dia mencatit sesuatu di belakang kad yang Amir bagi tadi.
“Nah..nombor phone saya. In case kalau sesat nanti, call lah.” Dia menyerahkan kembali kad Amir yang mengandungi nombor telefon bimbitnya.
Amir kawal senyum. “Thanks ya.” Dia terus mendapatkan keretanya. Seketika kemudian dia berpaling. “You know what. Kalau playboys professional kan dia akan mix and match kan old tactic dengan the new one untuk dapat nombor phone ni.” Amir berkata dengan senyuman penuh menggoda bersama lagak playboy. Tangannya melambai-lambai bersama kad yang sudah tertera nombor Adelia.
Adelia yang baru tersedar akan tactic mengorat lelaki tadi, terus terkaku. Tapi selepas itu dia senyum saja. “Dasar playboys cool and smart.”  Dia memuji
Dari jauh Adelia hanya memerhatikan CRV itu meluncur laju. Kemana? Dia pun tak pasti dengan alamat rumah pengantin tadi.
“ 18. 34 minit. The longest time kau guna untuk dapatkan nombor phone perempuan. Ermmm..why huh? Dah merudum ke kerjaya playboy kau?” Khairul senyum sinis.
Relax la bro. Yang baik takkan mudah dicapai.”
“Haha..Iyalah tu.”
#####
 “Mana satu, nombor saya nie?” Adelia bertanya geram. Handphone canggih sangat sampaikan dia tak tahu macamana nak tengok nombor phone My Love 1 and My Love 2.
“Bak sini.” Amir mengambil handphonenya. Hilang sudah kenangan yang diimbau. Dia kemudiannya mendail nombor telefon bimbit My Love 2.
“Yeayyy..dah jumpa. Thanks ya.” Adelia gembira. Segera dia mencapai telefon bimbitnya yang tersorok dibawah bantal dan segera turun ke bawah. Terlupa untuk bersalam dengan suaminya. Juga terlupa dengan ‘kecurangan’  Amir.
Amir hanya memandang. Dia senyum sedikit. “Haishh.. nombor phone sendiri pun tak perasan.”
Dalam leka itu, tiba-tiba phonenya berbunyi. Mummy’s calling.
####
“Mak, Didi dah pergi kerja erk?” Tergopoh-gapah Amir menuruni tangga. Puan Ainon yang sedang sibuk memvakum karpet merahnya memandang pelik. Aik..baru aja nikah beberapa hari, dah buat hal masing-masing ke?
“ Dekat luar lagi kot. Tadi dia tengah panaskan enjin kereta. Cuba Amir pergi tengok.” Puan Ainon memberi saranan. Amir segera keluar mendapatkan Adelia.
“Didi.”
Adelia menoleh. Amir nampak termengah-mengah. “Mummy call. Dia tanya kenapa menantu dia tak jenguk-jenguk dia pun?”
“Haaa?” Adelia ternganga. Aduhai..macamana dia boleh lupa yang dia dah ada keluarga mertua. Habislah dia. Dah  dua hari nikah,tapi dia masih belum berkenalan dengan keluarga mertuanya secara rasmi. Mesti dia dah di cop sebagai menantu derhakakan? Ahhhhhhh….
“Err..awak..nak buat macamana nie?” Dia gelabah.
“Masuk dalam, pergi tukar baju lepas tu kita balik rumah sana.”
“ Sekarang ke?”
“Habis tu tahun depan?”
“Takuttttt.”
“Siapa suruh cari pasal.”
“Tolonglaaaaa.”
“I tengah tolonglah nie. Dah cepat tukar baju.”
“Nie semua awak dengan perempuan hari tu punya pasal la.”
“Perempuan hari tu?” Amir menjongketkan keningnya. Adelia dah gelabah. Jangan Amir cop dia sebagai seorang yang cepat cemburu sudah. Bukan dia tak faham yang si  Amir nie playboy. So banyak aja perempuan yang dia kena hadapi bila dah jadi isteri nie. Salah satunya perempuan di villa keluarga Amir hari tu. Siap berpeluk sakan lagi. Itulah penyebabnya kenapa dia terbantut nak bertemu dan berkenalan dengan keluarga Amir. Bukan dia sengaja mengelat tau.
“Gadis hari tu ke?” Amir senyum panjang.
Adelia sudah mencebik muak. Rasa nak termuntah. Gadis? Eleh gadis la sangat perempuan hari tu. Benci arrr.
“Cakap la orang tu jealous.” Amir senyum extreme lagi. Dia menolak perlahan bahu Adelia dengan bahunya berkali-kali bila isterinya hanya diam. Malulah tu.
“Malas nak jealous. Kalau saya nie cepat jealous dah lama saya bunuh diri sebab tak tahan dengan sikap playboy awak tu. Dah berapa orang perempuan saya tengok duk menyendel dekat awak, saya cool aja.”
“ Haha..okay, okay. I faham. Mrs Didi nie memang tak jealous macam gadis hari tu yang cabut lari dengan teksi  sebab nampak hubby dia bermesra dengan gadis lain kan? Siap kena kick dengan handbag lagi. Cian hubby dia.”
“Err..itu geramlah bukan jealous.”
“Eh..Mrs Didi nie kenal ke dengan gadis hari tu?” Amir menyakat laju.
“Eeei..karang ada jugak orang yang nak kena side kick lagi. Suka betul nak kacau orang. Pagi-pagi lagi dah bagi orang marah. Nak balas dendam pasal agreement pagi tadilah tu.” Adelia mengomel panjang. Geram dengan usikan Amir punya pasal, menonong saja dia masuk ke dalam rumah. Ada baiknya  dia get ready untuk bertemu keluarga mertua daripada layan Amir melalut.
Amir ketawa kuat. “Gurau sikit pun nak marah. Period ke apa?”
#####
“Wow banyaknya makanan. Mummy masak semua nie ke?” Adelia rasa teruja. Makanan di atas meja makan diteliti satu-persatu. Berkat sejam lebih mereka bersuai kenal, Adelia mulai rasa selesa. Kagum dengan abah dan mummy mertuanya yang sangat low profile. Tak macam Amir yang memang nampak habis gaya mertoseksualnya.  Dari jauh pun  dah tahu dia ini anak orang berada.
Datin Hannah hanya tersenyum. “Bukan mummy aja, Mak Mah pun join.”
“Iyalah, nak suruh menantu baru dia masak, datang pun dah pukul 12 lebih. Padahal siap punyalah awal.” Bersahaja Amir membuka pekung di dada. Adelia dah jegil mata. Gila tak membantu isteri langsung.
“Amir..kenapa usik Adelia macam tu?”  Amir buat muka dengan teguran ibunya. Adelia dah ketawa gembira. Maklumlah dah ada orang yang sayang dalam vila ni.
“Dah..tak payah hiraukan Amir nie. Jom kita makan.” Datuk Aliff mula membaca doa makan. Mak Mah turut menyertai bila Datin Hannah memberi isyarat mata menyuruh wanita separuh abad itu duduk bersebelahannya. Tak mahu meja makan nampak kosong  bila anak-anaknya yang lain sibuk dengan family sendiri.
“Sedap. Mummy mesti selalu masakkan?” Adelia memuji. Dia sebenarnya kagum dengan Datin Hannah yang lebih suka memasak sendiri tanpa bantuan Mak Mah. Bagi Datin Hannah biarlah segala makanan dari air tangannya sendiri.
“Suri rumah, Delia. Tak ada kerja lain, asyik masak dan jaga rumah tangga ajalah.”
“Itulah sebabnya abah sayang mummy. Kan abah kan?” Amir menyampuk. Habis merah muka Datin Hannah. Malu bila diusik begitu di depan anak menantu. Kalau dia muda lagi, tak apalah jugak.
“Tau tak apa.” Dato’ Aliff bersuara selamba. Memang riuh meja makan dibuatnya bila Datin Hannah menjeling manja.
 “Adelia, pandai masak?” Datin Hannah bertanya tiba-tiba. Soalan itu walau kedengaran lembut, tetapi Adelia sudah terbatuk-batuk. Kalaut juga Datin Hannah mengusap-usap belakang menantunya. Amir dah ketawa geli hati.
“Err.. tak pandai sangat. Masakan yang simple-simpa aja Didi tahu.” Adelia bersuara tatkala tekaknya sudah terasa lega. Ada baiknya dia berterus terang menganai kelemahannya yang itu, daraipada dia cakap bohong.
Datin Hannah tersenyum. Sejuk mata Adelia melihatnya. Patutlah Dato’ Aliff sayang sangat dengan Datin Hannah. Maklumlah isterinya sangat sempurna pada pandangan mata manusia. Kalau dia, tak tahulah Amir sayang sampai ke tua atau tak. Sudahlah kasar, kerja nak melawan cakap dengan Amir aja. Masak pun tak pandai sangat, apatah lagi menguruskan rumahtangga.
“Tak apa, mummy dulu pun abah yang ajar masak.”
“Really.” Adelia kagum. Tak sangka Dato’ Aliff pakar dalam memasak. Tapi memang dia percaya pun. Bagi dia lelaki masak lagi sedap dari perempuan yang memasak. Sebab itulah dekat restoran-restoran ramai chef-chefnya ialah lelaki.
“Itu dulu, Adelia. Sekarang abah nak goreng telur pun dah tak pandai. Nak kena harapkan mummylah.” Dato’ Aliff merendah diri.
Adelia senyum. “So maksudnya, awaklah yang kena ajar saya masak?”
“Hah? Apasal pulak?” Amir pelik.
“Iyalah dah abah yang ajar mummy masak. So awak pun kenalah ajar saya masak.”
“Tak kuasa I.”
“Ek eleh..cakaplah awak pun tak tahu masak.”
Amir diam. Segera dia menghabiskan nasi dalam pinggannya. Tiba-tiba dia rasa berselera. Nak membantah cakap Adelia, tapi tak boleh sebab dia memang tak tahu masak! Tapi logic la jugakkan kalau lelaki tak tahu masak?

 p/s: hepy reading n don't forgt 2 leave comment n like.. :)

2 comments:

sweety said...

cik writer...rindu banget ni ..
4 your info..cite ni mmg sentiasa dihati ini..best3x..
cik writer ni jenis happy go lucky ke? or gile2 sikit mcm adelia? hahahaha...

amira aihara said...

heheh..tq sweety..muahhh

xde la..kdng2 happy go lucky mcm nk gelak 24 jam, kdg2 bad mood jgak mcm nak lempang semua orang..hahaha

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥