Suara riang itu
menggamitnya mendekati taman mini milik Datin Hannah. Kelihatan ibunya bersama Adelia
tergelak-gelak dengan keletah Mickey si arnab putih yang dibela. Sesekali Datin
Hannah menunjukkan cara menjinak Mickey. Tak susah cuma perlu mengusap-usap di bahagian
tengkuknya sahaja. Macam kucingkan? Memang pun.
“Happy
nampak?” Dia menegur.
Serentak itu dua
wanita di hadapannya berpaling. Adelia senyum sikit. Tak menjawab soalan Amir apabila
dia tak pasti untuk siapa soalan itu ditujukan. Last-last dia hanya
membiarkan soalan itu tanpa jawapan.
Datin Hannah
pula hanya diam dengan pandangan hairannya. “Nak pergi mana nie?” Dia bertanya
dengan mata yang memandang Amir dari atas bawah. Gaya macam mahu keluar bersiar-siar.
Tapi seingatnya, semalam anak bongsunya ini cakap nak duduk rumah saja di hari
minggu ini. Nak merehatkan diri bila semalam dia terpaksa ke ofis atas urusan
pejabat yang tak dapat dielakkan sehinggakan anak lelakinya itu pulang dengan
wajah lesu. Sungguh dia rasa pelik saat itu.
Amir merenung
Adelia. Semalam dia ke ofis seorang diri. Tanpa Adelia. Walaupun kini Adelia
sudah menjadi full time consultant di syarikat mereka, tetapi mereka
berusaha supaya tak selalu nampak bersama demi menjaga rahsia dari staf-staf di
Inline Architecture. Semalam juga dia menghubungi Puan Ainon. Memberitahu
bahawa mereka ingin menginap di villa buat 2 atau 3 malam sebelum menghantar
Adelia pulang. Syukur kerana Puan Ainon, Dato’ Ariff dan Datin Hannah sudah
bersepakat membuat keputusan supaya Amir dan Adelia tidak tinggal sebumbung
sebelum hari persandingan mereka tiba berkuatkuasa minggu depan. Bak kata
orang-orang tua, tak nak seri pengantin mereka hilang. Mulanya memang Amir
gembira sebab tak perlu dia susah payah meng’cover’ pernikahan mereka kepada
orang sekeliling bila mereka tinggal sebumbung, tapi..ahhhhh rugilah pulak
rasanya tak berada berdekatan isteri tersayang yang sudah sah baginya. Tetapi
dia nak buat macamana? Demi rahsia pernikahan, terpaksalah dia setuju separuh
hati, apatah lagi semalam Dato’ Azman muncul membawa masalah baru kepadanya.
“Nak keluar
kejap, Mummy. Jom Didi.”
“Hahh?” Adelia
terkejut saat Amir menarik tangannya tanpa sempat untuk dia bersedia. Beg
tangan pun dia tak sempat nak masuk ambil. Nasib baik juga pakaian dia
baik-baik sahaja untuk keluar rumah.
“Nak pergi mana
ni?” Setelah lama menyepi dalam CRV Amir, Adelia bersuara. Namun Amir hanya
diam diri dengan reaksi muka yang kosong. Dahi Adelia sudah kerut seribu. Mogok
ke ni? Tapi sebab apa? Rasanya macam tak ada motif untuk Amir mogok bisu.
“Okay. Dah
sampai.” Akhirnya Amir bersuara. Dia menanggalkan tali pinggang keledar dan
terus keluar.
Adelia
memerhati dari dalam kereta. Mentafsir sesuatu. Amir nampak macam orang yang
susah hati dan datang ke sini hanya untuk meleraikan gundahnya. Susah hati
sebab apa? Sebab kahwin drastik dengan dia ke?
Tok..tok…Adelia
terkejut. Amir dah berdiri sebelah kereta sambil mengetuk cermin kereta.
Memberi isyarat menyuruhnya turun. Nampak sangat komunikasi antara mereka hari
ini ditahap terendah. Amir pun jarang-jarang bersuara. Dia? Kalau Amir tak
bersuara, dia lagilah mati akal.
“Buat apa
datang sini?” Adelia menyoal serius. Berjam-jam dalam kereta, hanya untuk
datang ke sini? Sudahlah ke mari sehelai sepinggang saja. Kad pengenalan pun
dia tak bawa bersama. Paling dia geram dengan perangai Amir yang berubah
tiba-tiba. Sejak lelaki itu balik ofis semalam, dingin saja sikapnya. Tak ada
pun usikan-usikan romantik.
Amir yang sudah
melangkah ke hadapan menoleh dengan senyuman yang hanya sedikit. “Saja. Nak
ambik angin. Nak tenangkan diri.”
“Tenangkan
diri? Ada masalah ke?” Adelia mula rasa bersalah. Tak baik dia mengutuk suami
sendiri. Entah-entah lelaki ini punyai masalah di syarikat.
“Siapa?” Amir
menyoal. Blur seketika sebelum dia melabuhkan duduknya di tepi pohon Ru.
“Awaklah.”
“Kenapa I
pulak?”
“Dah tu, awak
yang cakap nak tenangkan diri.”
“Tenangkan
diri, tak bermaksud ada masalah. Cuma nak rehat-rehat sambil tengok alam aja.”
“Tu nak
beriadah. Bukan tenangkan diri.” Adelia geram. Nak beriadah aja rupanya.
Ingatkan ada masalah dunia tadi. Tapi…kalau tak ada masalah, kenapa dia
berperangai pelik.
“Bukan sama aja
ke?”
“Lebih kurang
sama tapi situasi tak sama.”
Tak sama ke?
Amir mula berfikir logiknya kata-kata Adelia. Namun tiba-tiba dia rasa pelik.
Apasal dia kena fikir soalan bahasa melayu ini? “Dahlah. Malas nak fikir. Balik
nanti I tengok kamus DBP ya,” dia memutuskan. Matanya kembali pada ombak-ombak
yang menghempas pantai. Bila sedar Adelia masih berdiri jauh darinya, terus dia
gamit Adelia duduk bersebelahan.
“Nanti basah
seluar.”
“Pasir ni tak
basahlah. Lembab sikit aja.”
Adelia akur.
Dia duduk memeluk lutut di sebelah Amir di atas pasir pantai Port Dickson.
Turut merenung ke hadapan. Bunyi ombak ini memang mengasyikkan. Buat dia rasa
seperti didodoi.
“Kenapa awak
kahwin dengan saya ya?” Entah kenapa soalan itu meniti lancar di bibirnya.
Serentak Amir
berpaling memerhatikan wajah Adelia yang tenang di sisi. Dia mengeluh perlahan.
Jawapan apa yang ingin dia kasi? “Entah,” dia menjawab sepatah.
“Entah?” Adelia
mengulang jawapan Amir. Suatu jawapan yang ternyata meleset dari apa yang dia
fikir. Dia memandang suaminya itu lama. Meminta penjelasan atas jawapan ‘entah’
tadi. Namun Amir hanya senyum sekilas padanya sebelum lelaki itu sekali lagi
hanyut dengan menungnya. Sedikit sebanyak Adelia rasa sedih. Sedih kerana Amir
bagaikan terpaksa mengahwininya tanpa secubit pun rasa ikhlas menerima jodoh
ini. Dan secara tiba-tiba dia rasa dirinya bodoh sangat. Bodoh kerana menerima
pernikahan ini tanpa mendengar sebab yang kukuh dari Amir. Malah alasan kenapa
Amir ingin menikahinya juga dia tak ambil peduli. Apa sebenarnya niat Amir?
Betulkah Amir mengahwininya kerana rasa cinta? Atau Amir sengaja mahu
main-mainkan perasaannya? Tapi…untuk apa?
“Saya tak tahu…
nak fikir positif ke negatif?” Adelia bertanya perlahan. Lebih kepada persoalan
untuk diri sendiri.
“Fikir apa yang
hati you nak.” Amir membalas juga perlahan.
Pantas Adelia
pandang Amir dengan pandangan penuh kemusykilan. Dia mula rasa bahawa dia tak
kenal siapa Amir Isyraff b. Dato’ Ariff. Semalam lelaki ini penuh dengan
gurauan. Kata-katanya menghiburkan walau kadang-kala suka menyakitkan hati.
Tetapi pagi ini, dia nampak…. lain. Pasif dan hanya suka mendiamkan diri. Semalam
pun Amir hanya mengikut apa yang dia cakap. Tak membantah langsung bila dia
menyuruh Amir tidur di atas sofa. Selalunya mereka pasti akan berperang bantal
terlebih dahulu. Bila sudah penat mengacu senjata bantal, akhir sekali
kedua-duanya tumbang. Yang kalah atau menang akan tetap mendapat katil. Yang
menjadi pertahanan di tengah-tengah pula hanyalah bantal peluk. Dan biasanya
bantal peluk tersebut tiba-tiba saja ghaib bila pagi menjelma. Yang malunya
mestilah Adelia, kerana tatkala dia bangun Amir dah tersenyum nakal. Entah
waktu bila dia peluk Amir masa tidur pun dia tak pasti. Tetapi semalam dengan
relanya Amir menjadikan sofa sebagai tempat tidurnya. Ahhh…pelik betul dengan
perangai suaminya ini. Bad mood semacam. Benci!
“ Apa masalah
awak nie? Kalau awak tak suka kahwin dengan saya bagitaulah terus-terang?”
“Eh, kenapa
nie?”
“Awak tak
nampak ke saya tengah marah?”
“Nampak.”
“Dah tu tanya
lagi?”
“Memang la kena
tanya. Dah you marah tiba-tiba.”
“Yang awak tu, tak
bad mood tiba-tiba ke? Dari semalam bad mood. Tension tau tak!”
“Ehh..sepatutnya
I yang tension, bukan you.”
“Apasal pulak?”
“Sebab I bad
mood.”
“Owhh…” Adelia
berfikir sejenak. Betul jugak tapi.. “Awak ingat orang yang tengok orang bad
mood, tak tension ke!?”
“Tension..”
“Haa..see.
Awak pun tahu orang lain akan rasa tension bila tengok awak bad mood.
So..janganlah bad mood. Saya tak suka.” Adelia meminta perlahan.
Selesai ayat dia hanya tunduk bermain main pasir dengan ranting kecil yang
dipungut.
“Sorry.” Amir ucapkan kata itu bagaikan
berbisik. Wajah Adelia dipandang lama. Sanggupkah dia libatkan Adelia dalam kes
ini? Sanggupkah dia membiarkan wajah yang penuh innocent ini, tiba-tiba
bertukar jadi ketakutan. Dan sanggupkah dia pertaruhkan nyawa gadis ini hanya
kerana dia sudah mengahwininya. Amir mengeluh. Dia membuang pandang ke hadapan.
Apa pilihan yang dia ada? Dia bertanya sendiri.
6 comments:
ape kes nih amir...nape lh plak sampai membahaya kn nyawa adelia..ala dek akk rindu lh dgn depa nih rase cam ciput jer,tk puas baca....nk lg la dek..heeheee cepat2 up n3 baru yer dek...
Aggghhhhh...komplik dah ni...tak sempat nak hepi lama2 nihh cik writer..
Alaaa!! Pendeknye..next n3 please..
Aisemennn knp plk dah tu.bru bc cerite ni.adeila mcm cute je.
Nur
kak norihan: huhu..2 la ciput sgt.. ini kes xde idea ni..hehe
sweety: jgn risau konflik dia x kemuncak lgi nie..bru suam2 kuku je..hehe
ano: insyallah..nanti sya smbung ya...heheh
Tak sambung pun :( dah bulan 4 dah ni. Im still waiting please reply on my email : Aroraez10@gmail.com ok?Good Luck for thr becoming penulis :)
Post a Comment