Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, August 21, 2010

7 kEajaIbaN DunIA(bUAtaN mAnUSiA)

Mungkin korang dh selalu dengar bicara bangga sesetangah  manusia yang berkait tentang ‘tujuh keajaiban dunia ‘ terutamanya taj mahal.Tapi kita kena ingat,7 benda ini tiada keajaibannya kalau tak dengan izin-NYA..
Errmm..apa-apa pun di bawah ini aku sertakan sedikit info tentang 7 kaajaiban dunia (buatan manusia)

"Piramid"

Dengan tinggi 137 meter dan diperbuat daripada batu kapur(lime Stone) .
Dibina hanya mengunakan landas angkat (ramp), roller dan di tarik oleh "ox".
Kedudukannya terletak diatas sekeping tanah yang diratakan Tapaknya segiempat sama yang hampir sempurna.
Pintu masuk adalah di sebelah utara menggunakan lorong sempit ke arah "Grand Gallery" yang menuju ke "King's Chamber" .
King's Chamber terletak 42.7 meter dari paras tanah.
Terdapat dua lagi ruang (chamber) di dalam pirmid tersebut.Ketiga-tiga piramid yang terdpat di sini membertuk satu kompleks yang terdiri daripada kuil,piramid kecil (untuk isteri) ,makam paderi dan orang kenamaan.


Menara Condong Pisa"

Ia adalah Menara Loceng untuk gereja Pisa di Tuscany, Italy.Menara ini mula dibina pada tahun 1173 dan kecondongannya semasa dalam pembinaan menyebabkan pembinaannya tergantung selama 1 abad.
Pembinaannya disambung pada 1275 dengan tingkat ketiga dan kelima dibina senget untuk mengurangkan kecondongannya.
Menara ini dibina dalam bentuk Romanesque daripada marmar putih dan berbentuk bulat segi lapan tingkat dan condong hampir 17 kaki atau 5 darjah.
Cara2 yang dilakukan untuk menstabilkan kecondongannya ialah dengan mengepam air dalam tanah,mencucuk simen ke asas menara,dan termasuklah memasang kabel besi sebagai sauh.


Menara Eiffel


Menara Eiffel terletak di kota Paris,Francis.
Pembinaannya bermula pada 1 Julai 1887 dan telah mengambil masa 22 bulan untuk disiapkan.
Ketinggiannya ialah 300 meter.
Dibangunkan dalam rangka pekan Pameran Dunia dan Revolusi Perancis.
Ia dirasmikan pada tanggal 31 Mac 1889.
Kerangka besi menjadi simbol Kota Paris.
Bahan yang digunakan ialah besi baja dikaitkan dalam bentuk persilangan dari 18.038 biji yang diperkuat dengan 2.500 000 paku.
Kerangka hasil pemikiran Tuan Gustbe Eiffel ini tahan angin dan berat menara hanya 7.300 tan.
Penerangan tentang "Gadis Besi" ini diterangi dengan 352 projektor 1.000 watts dan berkedip setiap setengah jam pada malam hari dengan 20.000 lampu dan 800 lampu disko.
4 lampu laser xenon yang bervoltan 6.000 watts berputar di puncak menara.
Jumlah tangganya pula ialah 1.665 tangga.terdapat juga lif.

 Taj Mahal (Agra, India)


Bangunan ini dianggap sebagai bangunan terindah di dunia. Dibuat sebagai makam oleh Kaisar Mughal, Shah Jahan, bagi istrinya tercinta, Mumtaz Mahal.

Pembangunan Taj Mahal dimulai pada 1632 dan selesai 21 tahun kemudian, pada 1653. Bangunan ini merupakan gabungan dari berbagai gaya seni bina sptMughal, Ottoman, Islam, Persia dan beberapa gaya lagi. Pengunjung yang datang selalu terpesona oleh langit-langit bangunan yang terbuat dari marmer yang sentiasa berubah warna dan berbagai bahagian dari bangunan yang merupakan karya seni yang luar biasa.Setiap pekarya seni ini dikatakan dipotong tagannya supaya mereka tidak lagi dapat mengukir karya yang sama seperti taj mahal.

Koloseum (Rom, Italia)

Menunjukkan kebudayaan Rom yang dianggap tinggi di dunia lama.Kaisar Vespasian adalah orang yang memulai pembangunan pada tahun 70 Masehi, tapi Kaisar tidak dapat melihat hasil akhirnya, kerana bangunan ini selesai dibina pada tahun 80 M, ketika Kaisar Titus, penggantinya, berkuasa di Rom
Bangunan ini mampu menampung 80.000 penonton. Berbagai pertunjukan, gladiator, eksekusi penjahat, dan berbagai penampilan besar ditampilkan di sini. Walaupun gempa dan cuaca membuat berbagai kerosakan besar terhadap bangunan ini, Koloseum tetap menjadi pusat perhatian.

Taman Tergantung Babylon




Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) telah dipertimbangkan untuk dinobatkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Taman ini dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal sekitaran tahun 600BC.
aman ini terletak di Babylon di tenggara Iraq yang dulunya dikenali sebagai Mesopotami. Ia terletak berhampiran tebing tinggi sungai Euphrates kira-kira 50 km di selatan Baghdad.Ia dibina ats dasar cinta raja Nebuchanezzar ii terhadap isterinya Permaisuri Amytis yang amat meridui kampung halaman.


Tembok Besar China

satu-satunya buatan manusia yang dapat dilihat dari permukaan Bulan adalah Tembok Besar Cina. Tembok utamanya berdiri sepanjang 3.400 Km.Tembok utama siap dibina pada masa pemerintahan Kaisar Shi Huang Ti (221 – 210 sM) , yang kemudian dipanjang hingga 2.800 Km oleh dinasti-dinasti berikutnya. Ketinggian tembok  antara 4,5 hingga 12 meter dan ketebalannya mencapai 9,75 meter. Tembok ini merentang dari Shanhaikuan di Teluk Bohai, hingga ke Yumenguan, dan Yang Guan.
Pada mac 1985, sebuah laporan dari penyelidik Pemerintah China berdasarkan penelitian selama 5 tahun berhasil membuktikan bahwa panjang total Tembok Besar China mencapai 9.975 Km.
Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia .


Sekian...

No comments:

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥