Sudah hampir sebulan pinangan itu aku tolak.
Dan sejak itu jugalah Fakrul tak lagi menghubungiku.
Malah dia semakin jauh dariku memandangkan aku tidak lagi ke HKL berikutan kakiku yang sudah pulih sepenuhnya.
‘Mungkin dia marahkan aku’.
Itulah kesimpulan yanga aku dapat buat.Tapi apa hak dia nak memprotes segala keputusanku?
Aku mengeluh lagi.Rasanya sejak kematian nazrin lagi,bibirku sudah pandai mengeluh.
‘Ya Allah ampunilah aku yang selalu sahaja lupa untuk bersyukur atas nikmatmu.’
Ya aku sepatutnya bersyukur kerana mampu lagi menjalani kehidupan untuk mencari bekalan pahala.
Dan aku juga sepatutnya boleh berfikiran matang,Kerana setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Aku kembali teringatkan Fakrul.
Walaupun aku tak mencintainya,tapi sedikit sebanyak aku rasa tidak enak atas penolakkanku terhadap pinangannya.
Apa maksud perasaan ini?Cinta?hahhah…paling tidak mungkin.
***********
Keesokkan paginya aku pergi ke HKL untuk bertemu Fakrul .Kenapa?Entah la aku hanya mengikut langkah kaki.
Lagipun aku rasa,aku perlu jernihkan persahabatan kami kembali.Bak kata pepatah ambil yang jernih buang yang keruh.
OK..sekarang aku nak ambik yang jernih.
Setelah memastikan Jadual Fakrul yang agak ‘lengang’ melalui nurse di kaunter tadi,aku melangkah kaki dengan bangganya walau hati dah macam paluan kompang..wah nervous gitu.
Apa kes pulak nak nervous-nervous jumpa mamat tu.
Ok korang perasan tak ayat aku yang dah nampak macam versi lain.
Sebenarnya itulah aku,Happy go Lucky-lucky..heheh.
Mungkin aku dah dapat terima 234% takdir yang menimpa aku.
Ok back to the ‘mamat’.Aku masih mencari biliknya.Maklumlah aku jarang datang ke sini untuk berjumpa dengannya walaupun waktu kami menjadi suami isteri dulu.
Ok..corection,bukan jarang tapi tak pernah langsung.
Puas jugak aku belok sana sini.Dah segala macam unit aku lawat sebelum sampai ke biliknya.
Unit bersalin la,unit farmasi ,unit orthopedics dan macam-macam lagi la.
Akhirnya jumpa juga aku dengan bilik Fakrul setelah puas aku tawaf satu banggunan.Peluh pun dah meleleh.
Lalu aku ambil keputusan untuk ke tandas dahulu.Touch up sikit-sikit.
‘Erk apa hal nak touch up-touch up?’
‘Suka hatilah’.
Ok,aku tanya dan aku jawab sendiri.
Tapi sebelum melakukan proses mentouch up,aku hafal segala jalan untuk ke biik itu semula.Takut tersesat lagi.
Aku mengetuk pintu bilik Fakrul berkali-kali.Hehhe..saja nak buat dia tension.
Dan berkali-kali juga aku dengar dia melaungkan masuk.
Hahah..baru sepadan.
Segera aku masuk.Aku lihat Fakrul begitu sibuk dengan fail yang bertimbun.Busy sangat la tu.
Seketika kemudian dia tersentak melihat aku yang tetiba sahaja muncul.Automatik,aku pun terkejut dengan sentakkannya.Haha..ayat apa ini?
Aku buat-buat selamba.Dia pun sama.
“Erm..duduklah.”Dia mempelawa seketika dan kemudian meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi.
Ceh…dia tunjuk protes la tu.Macamlah aku tak tahu perangainya yang selalu buat-buat sibuk bila dia rasa tak puas hati.
Setahun kami hidup sebumbung dulu,membuatkan aku pakar dengan perangainya yang satu itu.
“Busy ker?”Aku buat-buat tanya,padahal dah terbuntang didepan mata.
Fakrul hanya mengangguk.Sedikit pun matanya tak memandangku.
Sedikit terkilan.
“Sory la ganggu,aku balik dulu.”rajukku seraya berdiri ingin meninggalkan bilik mamat-tak-tau jaga-peraaan-orang tu.
Rasa macam nak dibelasahnya mamat nie dengan kayu besbol.
Cubalah hargai kedatangan aku ni.Bukan susah pun.Aku sampai sanggup bersesat-sesat tau semata-mata nak jumpa dia.
Fakrul segera mengangkat kepalanya.Mungkin terkejut dengan ribut yang tetiba saja datang dari aku.
“Sory la,aku bukannya…”
“Tak pe aku datang nie pun cuma nak damaikan apa yang patut,tapi macam tak perlu jer.”pintasku.
“Liana,aku betul-betul mintak maaf ok.Aku memang busy sikit.Aku cuma tak pandang kau jer,tapi apa yang kau nak cakap nanti aku dengar.”Terangnya lagi seraya berdiri.
Dia nie macam tau-tau saja aku merajuk sebab dia tak fokuskan padaku.Isk..demand juga aku nie.
“Duduklah dulu.”sambungnya lagi
“tak pe…”
“Liana…”
“Seriusly,tak apa.Aku balik dulu erk.”Entah kenapa aku jadi pelik sebegini,sedangkan aku dah cool down sikit bila dengar kata maaf dari Fakrul.Namun kakiku tetap melangkah ingin keluar.
“Liana….”
“Rasanya tak perlulah buat majlis pertunangan,buat akad nikah terus."
erk…adoyai,apa yang aku merepek nie.Isk..nak makan pelempang betullah mulut nie.
Bila masa pula aku merancang nak terima pinangan dia.
‘Ib,ayah tolong LIa’.
‘Apa aku nak buat nie?’
Aku cuba memandang reaksi Fakrul.Mula-mulanya terkejut kera juga aku tengok.Tapi lepas boleh pula dia senyum saja.
“Ermm…betul jugak cakap Lia,lagipun kitakan dah pernah kahwin buat apa nak tunang-tunang dulukan.”ujarnya lagi sambil mengusap-usap dagunya mengiakan kata-kataku.
Senyuman masih lagi tak lekang dari bibirnya.Aku tak tau la senyuman tu senyuman mengejek aku ke,atau senyuman kemenangan.
‘Sure senyuman mengejek aku.Yelah dulu aku yang beria-ria tolak lamaran dia.Pagi nie alih-alih aku jugak yang datang sini,,untuk terima dia,adaoiiii.’
Dan..aku pasti sekarang mukaku dah macam ketam kena rebus.So untuk keselamatan,lebih baik aku pergi sekarang sebelum mulut aku nie bertambah gatal.
“Errr..aku balik dulu!”
3 comments:
hahaha.. liana x leh blah. malu malu kucing plak
hahahha...dia mmg
tats cute .... lain di rancang lain lak kuar dr mulut!...
-Ema G
Post a Comment